Monday, April 23, 2012

Review: 3 Temujanji

3 Temujanji ada formula yang menarik. Aku jujur katakan 3 Temujanji adalah idea yang cantik, dari segala aspek. 3 Temujanji punya nafas yang baru, romantikanya jujur dalam membawa mesej, tidak banyak bermain dengan komersialisme walaupun cinta adalah idea komersialisme yang dasyat lagi membawa duit berganda. Pada aku, filem Hashim Rejab ini punya nafas yang membuatkan aku tersenyum, tatkala itu juga mampu untuk masuk ke dunia 3 temujanji Reanna.


It seems that filem ni sedikit lewat untuk keluar ke pawagam, melihat kepada Diana Amir yang masih tidak bertudung. Tetapi, abaikanlah. Balik kepada cerita ini, tidak over aku katakan, filem ini ada serapan nafas nafas filem cinta Pierre Andre yang dulu dulu. Aku yakin, pengarah muda ini yang menjadi pelakon dalam filem ini membawakan watak si Mukhsin dengan ideologinya yang tersendiri.

movie mistakes:

Ternyata Mukhsin bukan saja lelaki yang digambarkan tabah dan seorang yang teguh dengan konsep menghormati keluarga dulu baru bercinta, tetapi mampu bermain dengan romantiknya menunaikan 3 temujanji Reanna dan meruntuhkan ego Reanna yang tidak percaya pada cinta. 


Ending filem ini siapa siapa pun akan rasakan ianya cliche. Ya, ianya memang perlu macam tu. Tetapi, apa yang speselnya cerita ini ialah 3 temujanji itu. Bagaimana Reana mempermainakan lelaki dengan 3 temujanjinya tetapi akhirnya lemah bila dia sendiri terjumpa lelaki yang dijodohkan untuk dirinya. Sepenuh hati, tidak salah kalau aku bandingkan yang aura filem ini nampak sama seperti Ombak Rindu. Bagaimana permainan intipatinya iaitu ego dan prinsip cuba dikopak oleh seorang lagi pelakon lain untuk masuk dan bersatu. Ianya sebuah idea magis yang aku suka. Even Ombak Rindu dan 3 Temujanji punya prinsip sama, masing masing punya mesej berbeza. 


Namun begitu, dalam masa memuji kecantikan 3 Temujanji arahan Hashim Rejab ini, aku rasakan beberapa part yang dibawakan oleh pelakon pelakon extra, walaupun bintangnya agak ternama, agak goyah dan tidak mampu untuk melahirkan ketawa mahupun keserasian. Zul Handyblack dan Cat Farish nampaknya tidak serasi dalam sebuah drama yang begitu romantik sebegini. Namun, tidak mengapa. Nasib baik mereka muncul sebentar. Kalau tak, cacat cerita. 

Jujurnya, komedi yang diselitkan tidak keterlaluan. Kita tidaklah dibawa untuk ketawa terbahak bahak, tetapi hanya sekadar tersenyum melihat realiti cinta mereka dan diri kita. Filem ini dekat dengan jiwa penonton dengan garapan yang bersahaja. Oh ya, babak Reanna bila Mokhsin bawa Reanna berjumpa dengan keluarga tu menarik. Masa ahli keluarga Mohksin asyik pandang Reanna sampai lupa nak sambut hari jadi tok wan memang best. Scene main ibu jari tu kelakar.


Diana Amir nampak comel pulak dengan rambut tembikai tu. Walaupun Kamal Adli tu nampak macam takde umph masa awal awal filem, akhirnya dia menangis merayu membuatkan semua gadis berkata, wow, greatlah. Awesome!

Pierre Andre nampaknya sekali lagi menunjukkan taring yang dia mampu membawakan cinta ala muda muda yang cukup komedi dan cantik. Ekspresi mukanya nampak kreatif dalam bermain dengan segala rentak cerita. Lakonannya tenang dan bersahaja membuatkan aku rasakan dirinya cocok untuk watak si Mukhsin. Yana pula membawakan cerita cintanya dengan cukup baik. Dibantu Diana Amir yang nampak gedik dan nampak kelakar walaupun aku tak mampu nak gelak untuk persembahan Armanda, watak Reanna nampak jelas egonya. 


Yana Samsuddin dan Pierre Andre nampaknya pada aku antara pasangan dalam filem yang cukup sifat, cukup rencah dan cukup garam dan gulanya. Dalam erti kata lainnya, lauk ini sedap dimakan kalau bersama nasi yang panas. Lepas makan pun rasanya masih boleh rasa lagi perencah perencah kat dalam lauk tu. Itu tersiratnya. Kalau tak faham, aku sebenarnya bercakap tentang bertapa seronoknya melihat lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin dalam filem ini. 

3 Temujanji bercakap tentang ego wanita. Cerita yang jarang kita lihat. Bercakap tentang realiti itu sendiri, tak salah jika aku katakan 3 Temujanji sebenarnya seimbang dalam memperkatakan cinta lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Lihat saja kisah Amanda dan Kamal yang mana fokus kepada ego lelaki, dan Reanna dan Mokhsin, yang fokus kepada ego wanita. Sebuah filem yang sama berat, dan papan jongket berada selari dan cantik di atas udara. 


Keseluruhannya, lebih banyak keindahan dalam 3 Temujanji. Aku tengok kutipan filem ni bukanlah hebat sangat. Tetapi secara peribadinya aku rasakan 3 Temujanji bukan sebuah filem romantik biasa. Ianya tentang hati, naluri dan keserasian. Ianya bukan sebuah filem main main dan aku rasakan Yana Samsudin dan Pierre Andre memang pasangan yang cocok sekali dalam filem ni. Sebuah cerita tentang hati, perasaan dan cinta, bagi gadis yang merasakan lelaki itu buaya. Sangat sangat menyukai filem ini.

4/5

4 comments:

Anonymous said...

David teo bayor ke suruh review?? cam pelik sikit tak best la citer ni...

~~oOpEt~~ said...

boleh la crta ni :)

kaishin said...

tak sempat nak g tengok lagi

cikpinky said...

cite ni okeyla sb piere tu nmpk mcm gntleman :)