Sunday, November 6, 2011

Review: Trespass


Trespass juga punya idea yang cukup tiny miny. Ianya hanyalah kisah yang terjadi di dalam sebuah rumah orang kaya si Kyle. Keseluruhan cerita adalah berkisar tentang motif dan komplot antara mereka, yang akhirnya membawa kepada satu perkara yang tidak pernah dijangka.


Pada aku, idea Trespass ok. Mengagumi garapan situasi yang kecil namun dibesarkan untuk filem berdurasi 1 jam 30 minit ini. Filem sebegini memang mampu memberikan ketegangan walaupun ianya hanyalah babak babak yang pada aku hanyalah biasa dalam pembentukan filem thriller. Pernah anda tonton Panic Room (2002) lakonan Jodie Foster, filem ini lebih kuranglah.

Idea Joel Shumacher kali ini mirip idea Phoone Booth lakonan Colin Farrel tahun 2002. Bagi yang menonton filem tersebut, Phone Booth adalah drama setempat yang mengisahkan bagaimana kehidupan seorang lelaki yang terperangkap di dalam phone booth setelah menjawab panggilan orang yang tak dikenali. Kisahnya walaupun hanya berlatarkan sekitar kawasan phone booth di tengah Bandar New York itu cukup tegang walaupun kebanyakan dialog hanyalah berkisar tentang perbualan mereka berdua dan penglibatan polis di akhirnya.


Trespass adalah sebuah filem crime drama thriller yang mengisahkan situasi tegang dalam satu malam apabila rumah Kyle (Nicholas Cage) dimasuki penceroboh yang ingin merompak berlian. Namun, semakin kita hampir ke penghujung cerita, kita akan ketahui rompakan ini jauh lebih dari sekadar merompak berlian.

Keseluruhannya, Trespass mungkin untuk peminat thriller one situation. Joel Shumacher cuba untuk memberikan situasi yang baik dan logic namun beberapa elemen kejutan nampaknya tidak sukar dijangka. Tetapi, beberapa babak dan key point dalam filem ini bijak ditwist untuk sesuatu debaran penontonan.


Apapun, Trespass adalah filem thriller yang sesuai untuk yang pernah menonton filem seperti Phone Booth, Panic Room dan Flightplan. Mungkin bagi yang tidak menyukai filem sebegini, anda mungkin akan rasa rimas sebab situasi filem ini kebanyakannya hanya berkisar tentang apa yang berlaku di dalam rumah Kyle. Oh ya, mungkin filem ini bukan hanya drama, aku mungkin boleh klasifikasikan filem ini sebagai filem psiko jugak.


Trespass sudah ditayangkan di pawagam malaysia sejak 20 Oktober 2011.

4/5

No comments: