Tuesday, November 8, 2011

Review: Super 8


Pada aku, filem ini bermula dengan satu subplot yang jauh terpesong daripada idea utamanya. Macam sesuatu yang jauh dan pelik, pada aku. Tetapi cantuman dua dunia ini bijak apabila gabungan idea tentang keinginan sekumpulan bebudak yang hendak buat filem zombie (jelas nampaknya mengkritik Romero) tiba tiba terlibat secara tak langsung apabila menjadi saksi kepada kejadian kemalangan keretapi yang bakal mengubah hidup mereka.


Walaupun pada aku pengakhiran filem ini adalah klise Spielberg, yah memang dia si peminat genre science fiksyen selamanya rasanya, aku rasa mesej dalam filem ini bukan sekadar lebih dari biasa. Ianya sebuah filem yang menyelongkar kehidupan tentang keinginan dan cita cita, juga persahabatan antara rakan rakan. Oh ya, paling tak bleh blah cerita cinta monyet yang kelakar tahap tersenyum.

Utamanya, mesej kekeluargaan juga hubungan keluarga jelas dipaparkan. Apapun, Super 8 arahan J J Abrams sebuah drama aksi fiksyen science dengan klise Spielberg yang menarik. Aku suka. Jom tengok kesilapan konti dalam filem ini dengan tekan butang di bawah:

1 comment:

KizZ said...

DAh tengok movie ni..
Best-best...awek tu comel kot..