Akan Datang!

Saturday, November 5, 2011

Review: Libas


Kemenangan Malaysia dalam kejuaraan Libas bakal menentukan nasib sejarah takraw. Kononnya itulah yang cuba disampaikan dalam filem Libas arahan Jurey Latif Rosli ini. Pengarah yang mana punya puluhan tahun pengalaman dalam penerbitan drama tv ini cuba untuk menceritakan sesuatu yang bersifat patriotism tetapi dalam gaya berbeza. Libas, pada aku ada idea yang menarik, mesejnya juga nampak bersungguh sungguh untuk disampaikan.

Daripada menyuntik semangat patriotism dalam filem sejarah ataupun tokoh tokoh silam yang kurang mendapat sambutan, Jurey cuba untuk menanam semangat itu melalui sukan fiksyen rekaannya. Ilham terhasilnya libas adalah dari sepak takraw.

Ideanya cukup menarik. Teringat aku kepada filem Rollerball (2002) arahan John McTiernan. Filem sukan futuristic hasil olahan sukan bola jaring. Malangnya, Libas hanyalah satu satunya percubaan sebegini dan pandangan aku, ianya terlalu banyak kelemahan. Rosyam Nor pada aku cuba dijadikan tarikan, dan juga dia sudah bersungguh sungguh untuk memberikan lakonan yang terbaik.

Beberapa kurang dititik beratkan dalam filem ini. Hasilnya, idea patriotism dalam filem ini hanya sekadar satu ejekan atau mungkin sekadar komedi ringan yang tak mampu untuk membawa konsep sayangkan negara dengan lebih mendalam.


Pertamanya, idea filem ini adalah perebutan merebut bola warisan yang kononnya membuktikan sejarah sepak takraw dalam berasal dari Malaysia. Namun, apa kes perkara sebesar ini, yang berkait dengan sejarah besar kononnya, hanya dijalankan dalam versi street jer? Pada aku, jika niatnya untuk sampaikan tentang sejarah, kenapa ianya tidak disampaikan dalam format permainan yang lebih mega?

Keduanya, peraturan Libas tidak jelas. Malah bola itu sendiri, sejarahnya yang rahsia juga entah apa apa. Contohnya, kenapa bola itu tiba tiba berubah menjadi harimau berapi? Kenapa aura bola tersebut buatkan pengadil terkejut? Jika pertandingan LIBAS diadakan untuk merebut satu sejarah, kenapa si Adnan Saladin terpaksa meminta untuk bermain dengan bola warisan?

Ketiganya, Mr Thompson yang entah apa apa. Kononnya Thailand mahu mengambil sejarah sepak takraw tetapi kenapa mereka bertanding selepas diajak oleh orang putih tersebut?

Keempatnya, ironinya waris libas tersebut tidak dijelaskan dengan jelas. Kenapa jika bola tersebut milik orang Malaysia dan lambing sejarah, kenapa Adnan Saladin dan teamnya yang mati matian mempertahankan maruah Negara tidak mencari bola tersebut?

Kelimanya, aku lihat ada penjaga garisan di setiap garisan. Tetapi, semasa perlawanan diorang macam tak ada apa apa fungsi. Terbang sana sini. Penjelasan tidak disertakan. Maka, persoalannya begini ke perlawanan merebut maruah negara dijalankan?

Komik komedi berada pada lakonannya juga aksi yang luar biasa. Even kita tahu banyak guna tali dalam adegan terbang terbang dan juga CGI dalam timbang bola, itu dikira ok lah sebab ini sebuah filem komik komedi. Tetapi, lima negatif yang aku senaraikan itu, menjadikan komik komedinya kosong, lekang dan tidak tercantum baik.

kesilapan dalam filem LIBAS:

Pendek kata, semuanya kusut masai. Hanya sekadar emosinya boleh dikatakan bijak. Aku suka cinta Megat, Ratna dan Adnan. Walaupun kurang menyerlah, Shca Al Yahya memberikan satu lagi alternative untuk aku terus menonton filem ini. Namun, disebalik idea yang berterabur, aku suka binaan babak filem ini. Bagaimana Jurey membina kritikan sinis dalam perlawanan libas dengan memasukkan beberapa negara luar yang dikenali. Sebuah kritikan halus juga melucukan.

Komedinya kadangkala menjadi. Kadangkala tidak. Keseluruhannya, sederhana saja. Adnan Saladin tidak mampu untuk memberikan gaya komedinya yang terbaik. Namun salute to Johan kerana karakternya yang cukup lawak dan pada masa yang sama mampu untuk bermain dengan emosi.

Keseluruhannya, filem Libas teruk dari garapan plotnya. Aku lihat plotnya terlalu besar untuk dijelaskan dalam masa 1 jam 30 minit. Namun, dari apa yang diusahakan pengarah ini, patriotism itu adalah kunci segalanya untuk filem ini. Pada aku, Libas rebah atas idea yang terlampau obsess untuk memaparkan kehebatan negara sehinggakan kehebatan itu tenggelam dalam tulisan yang kurang jelas dan kabur dari fakta fiksyen binaannya. Apapun, percubaan Jurey mungkin satu yang patut dibanggakan!

2.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...