Wednesday, November 30, 2011

Review: Bujang Terlajak

Straight to the point, aku rasakan bahawa permulaan filem ini sebenarnya satu benda yang membosankan. Entah kenapa aku rasakan permulaan filem ini yang terlalu tinggi tidak mampu untuk menanam komedi secara berhemah. Apa yang aku lihat, permulaaan filem ini sudah mula memberikan assumption bahawa filem ini worst!
Namun, lama kelamaan, aku tarik balik kata kata tu sebab adegan adegan filem ini berjaya memberikan komedi tak hengat. Sebenarnya, aku bukanlah orang yang ketawa terbahak bahak kalau menonton sesuatu jenaka. Melihat kepada suasana penayangan yang sudah gila dengan ketawa, aku rasa, selagi filem ini sudah mampu membuatkan ramai penonton tertawa, aku rasa adegan file mini memang garapan yang tidak membosankan.


Berkesempatan menonton filem Bujang Terlajak di Auditorium UPSI pada 30 hb November 2011. Aku antara diantara yang berkesempatan menonton filem ini awal sebulan. Tarikh tayangan filem ini adalah pada 19 January 2011.

Filem ini hanyalah untuk jenaka. Pada aku, inilah antara filem Razak yang cukup hebat komedinya. Aku suka binaan adegannya yang memang penuh jenaka. Pada awal filem, kita dipaparkan pada dialog pertama lagi tentang idea utama filem ini. Menonton saja babak awal ini, aku dah rasa filem ini suck! Tak sampai satu point yang jelas, terus Razak memberikan isu utama filem ini dalam komikal. Namun, walaupun babak awal filem ini sudah mengundang tawa, pada aku aku masih belum dapat untuk bergembira kerana permulaannya adalah ….


Satu metafora. Aku sedang berada di atas awan. Aku lihat di bawah, indah dengan gelagat gelagat manusia yang cukup menarik. Oh ya, pramugara pramugari dalam kapal terbang ni cantik. Aku macam tak mahu tinggalkan kapal terbang ini walaupun kapal terbang ini meletup ataupun buat emergency landing di kawasan amazon, mahupun kawasan Madagascar. Aku juga leka berada dalam kala terbang ini kerana pengalaman ini cukup menarik. Tetapi, persoalannya, bila masa aku naik kapal terbang ini? Takkan kapal terbang ini terus berada di awan. Hmm…


Itu yang aku cuba gambarkan tentang filem Bujang Terlajak. Filem terbaru Razak ini nampaknya membuatkan aku berkata wow, tetapi malangnya kapal terbang yang telah dibuat telah berada di atas awan, dengan kecantikan pramugara pramugarinya tetapi, persoalannya bila kapal terbang ini naik dari landasan aku tak tahu.

Dalam bahasa mudahnya, filem ni terus mula dengan plot utama. Pada aku, permulaan yang ringan nampaknya lebih baik untuk menyuntik penonton dengan dunia Bujang Terlajak ini daripada permulaan yang telah dipaparkan. Permulaan filem ini sebenarnya nampak tidak memberikan keyakinan untuk menjawab satu soalan, TERLAJAK sangatkah bujang bujang ini?

Apapun, kita abaikanlah permulaan yang memang terlalu obses untuk nak berikan kelakar tuh! Keseluruhannya, nah! Ini buah tangan jenaka paling gila daripada Razak. Walaupun karakternya nampak bodoh, tetapi aku rasa Nabil, Johan dan Saiful Apek menangani filem ini dengan jayanya. Dengan berbekalkan komedi masing masing yang beridentiti, filem ini ada mix up comedy yang hilarious.

Plotnya simple. Aku rasa filem ini bukan pentingkan plot sangat. Serius untaian adegan nampaknya macam terpisah satu sama lain. Seolah olah menyaksikan Three Stooges Malaysia! Apapun, plot yang simple aku rasa cukup untuk membuatkan filem ini sebuah filem komedi rehat minda yang memang cukup menarik ditonton untuk hiburan semata mata. Mesejnya ada, tetapi kalau sampai terbahak bahak, xde la nak fikir fikir lagi dahh...


Aku menyukai pilihan heroinnya. Fazura dilihat memberikan balancing untuk komedi dan juga membentuk drama yang memberikan variasi komedi dan juga drama filem ini. Lakonan Fazura nampak tenang tetapi gayanya cukup untuk memberikan elemen tambah untuk komedi Nabil, Johan dan Saiful Apek. Johan, ini era kau! Persembahan kau memang cukup mantap. Nabil, this is the best film ever. Saiful Apek, sampai masa untuk kau tinggalkan karier berseorangan. Gabungan korang cukup menarik dan sukup sifat. Terbaik!

Audio memuaskan! Suka dengan permainan bunyi bunyi untuk menambahkan komedi. Lagu rap tu ok oklah. Namun, aku tak puas hati dengan skor muzik yang kadangkala tak masuk dengan situasi.


Pada aku, Bujang Terlajak memang sebuah filem komedi yang santai dan memang untuk berhibur. Perhatian jika korang yang mahu tonton filem ini jangan bangun selagi kredit dah role. Ada kejutan dan anda akan kerugian jika anda sudah keluar panggung.

Kesimpulannya, inilah the new Anak Mami untuk era ini. Terbaik untuk komedinya dan juga mesejnya. Komedi yang tak kering gusi. Direkomendasi untuk peminat Nabil juga Johan dan Apek. Bukan senang untuk aku menyukai karya Razak, dan yea…. Aku suka filem ini walaupun ia hanya mampu untuk membuatkan aku tersenyum.

3/5

3 comments:

Alieza Dayasari said...

hello.. singgah jap di sini... sambil baca review sambail usha iklan... sama2 tambah dana tabung.

On The 7 said...

wuaaa wajib di nonton nih kayaknya , mantap dahh

Fendy said...

not bad la....