Akan Datang!

Thursday, October 27, 2011

Sneak Peek: Misteri Jalan Lama

Daripada penerbit Hantu Kak Limah dan pengarah filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 22, Misteri Jalan Lama akan berada di pawagam 24 November 2011. Sinopsisnya, Misteri Jalan Lama mengisahkan sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.

Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Que Haidar sebagai Ilya, alahai... macam masked raider je..

Wow... merah darah si Hans Isaac nih!

ni sape ek?.. Vanida Imran kah?!

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.


Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? (sumber - sinemamalaysia.com)

6 comments:

Anonymous said...

first baca tajuk,macam teringin nak tengok.tapi bila tengok pakaian mcm tuh..err..adesss kikikiki..yang 'darah' tuh nampak sangat tak real. eh tuh bukan vanida rasanya.pelakon baru kut.

snow queen said...

macam best je...hehehe..kalau da tgk tlg kuarkan review boley..hehhehe..tenkiu

Unknown said...

diorg ni xblh ke wat filem tu btol2 skit.. asik wat yg merapu2 je..

Azzam Fadzil said...

lawak kostum tu..

yg perempuan tu mcm marion caunter je ? huhuhu

anyss said...

Assalamualaikum,
Wow! Hans ada...macam best, tapi...nape pakaian depa tu macam masker rider je? Errrr...ke depa masuk alam lain hingga sesat ke Jepun?

Kakiwayang said...

hi orang perlis...jemput singgah bagi comment kat review filem Misteri Jalan Lama di www.kakiwayang.com ... filem ni best cuma CGI die cam kureng... dan Marion Caunter tu cam 'panas' sangat babak dia...haha..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...