Saturday, October 29, 2011

Review: Ra.One

Ra.One dikhabarkan menjadi filem termahal dari kilang Bollywood. Dengan kehebatannya yang digembar gemburkan, juga kehadiran penyanyi Akon dalam menyumbangkan suara dalam beberapa lagu filem ini, Ra.One punya satu promosi yang bijak. Tarikh tayangannya cocok, Deepavali!. Berkesempatan menonton filem pertama Shah Rukh Khan bagi tahun 2011 ini, sebelum menyusulnya Don 2 pada tanggal Natal hujung tahun ini. Berpeluang menonton filem termahal ini di GSC MidValley jam 1.15pm, 29 Oktober 2011 di Hall 9.

intai filem ini di sini:

Keseluruhannya, Ra.One tidak mengecewakan. Karya coretan Anubhav Sinha (mula mengenali karyanya sejak Dus dan juga Tathastu) nampaknya tidaklah terlalu gelap seperti Dus, dan juga cubaan memberikan cemas yang gagal dalam Tathastu. Ra.One work very well dengan adunan CGI juga sudut fiksyen pengarahannya.

Ra.One adalah filem superhero. Superhero setelah munculnya Endhiran The Robot juga Krrish sebelum ini. Ra.One bukan setapak melangkah dari filem filem tersebut. Ra.One jauh melangkah, dengan pelaburan berani mati, Ra.One memang sebuah filem superhero terhebat. Aku akui, sebagai peminat filem hindi!

Shah Rukh Khan sebagai G.One.

Pada aku, Ra.One ada sudut positif dan negatifnya. Walaupun aku rasakan filem ini sebuah masala fiksyen sains paling sempurna Bollywood, ada sedikit kekecewaan juga kegembiraan dalam menonton filem ini.

Satunya, sedikit kecewa apabila trek Dildara terlalu pendek dan tidak seperti yang diharapkan. Namun, menyaksikan kembalinya Shekar untuk mengalunkan lagu tersebut (walaupun hanya miming) cukup untuk memberikan mud. Ra.One tanpa Shekar memang kaku! Yala, Ra.One kan robot!

Keduanya, aku gembira sebab Akon join venture untuk filem ini. Chammak Challo memang international dan gempak. Tetapi serius x bleh blah, suara Akon memang tak match langsung dengan Shah Rukh Khan! Geli gelak dalam hati, sambil tersenyum bergembira dengar lagu ini.

Ketiganya, tergamam seketika menyaksikan bagaimana terminal keretapi Mumbai runtuh gara gara dua watak jahat ini. Terbaik dalam sejarah perfileman, tak pernah lagi filem Bollywood cuba untuk meruntuhkan monument sejarah untuk filem, walaupun ianya sekadar kesan khas.

Kemunculan Chitti the Robo memang mengundang senyuman. Ternyata tribute ini sebenarnya juga satu tarikan buat peminat filem Tamil juga Telegu. Sebabnya, file mini didubbing dalam 3 bahasa (hindi, tamil dan telugu. Itu yang keempat. - tonton kemunculan khas Rajini di sini

Babak aksi di stesen keretapi memang the best!

Kelimanya, pre final battle, di stesen keretapi nampak jelas cuba untuk menunjukkan bollywood mampu buat lebih baik dari Endhiran The Robot. Malangnya, walaupun adegan ini memang lagi gempak dari Endhiran, adegan G.One berlari di dinding keretapi nampaknya gagal! Endhiran berlari di dinding keretapi nampak lebih real.

(Anubhav Sinha, pengarah filem ini menafikan adegan tersebut ditiru Endhiran, menurut temubual di sini, katanya dia cuba untuk lari dari masalah tersebut dengan menonton Endhiran dan cuba membentuk aksi yang berbeza daripada Endhiran. menurutnya, mana mana filem ada babak sebegitu.)

Direka oleh Robert Kurtzman, orang kuat disebalik pembikinan kesan solekan khas Hollywood, G-One dan Ra.One nampak simple dan tak ada identity. Serius sejak mula lagi kita tidak boleh menidakkan yang G-One itu adalah idea yang terhasil dari Iron Man. Perhatikan saja HART yang mirip ‘jantung’ Stark!. Malah, syarikat pengeluar game filem ini juga mirip gaya Stark Industries, tetapi gaya Hindi. Tak original tetapi ideanya diolah menarik.... itu yang keenam kot.

Ketujuhnya, emosi Shekar dan Prateek nampak belum sempat naik dah habis. Jiwa bapa yang menyayangi anaknya kurang sampai. Namun, elemen kekeluargaan masih jelas. Sebuah filem hindi yang masih mengekalkan elemen utama ini walaupun ideanya jauh ke hadapan.

Shekar (Shah Rukh Khan) adalah seorang bapa yang cuba untuk mengambil hati anaknya. Siapa Shekar? Dia adalah pereka permainan komputer. Hubungan Shekar dan Prateek (Armaan Verma), si komputer genius kurang ngam sebab masing masing ada pendapat berbeza. Prateek mahukan ayahnya membina sebuah permainan yang mana si jahatnya memang sukar dikalahkan. Hati si ayah yang selalu mempertahankan prinsip yang 'baik selalu menang' akhirnya mengalah. Demi cintakan anaknya, Shekar bersama team membina pernainan Ra.One.

trailer filem Ra.One

Siapa Ra.One? Ra.One adalah karakter jahat yang paling kuat dan sukar dikalahkan. Ia diciptakan dengan kepandaian buatan terhebat yang membuatkannya boleh berfikir sendiri. Diciptakan juga si baik, G.One untuk melawan Ra.One. Ditakdirkan si anak ini bermain game ini dan kemahirannya hampir berjaya mengalahkan Ra.One. Ra.One mula membina ego. Ra.One sudah menjadi diluar kawalan. Kepandaian buatannya mula berfikir secara sendiri.

Ra.One keluar dari permainan ke dunia manusia (melalui teknologi pemindahan gelombang yang dijelaskan pada awal filem), untuk mencari Lucifier, nama samaran Prateek, Dalam pencarian, ayah Prateek terbunuh. Dunia huru hara. Apa lagi, G.One dibawa keluar Prateek dari dunia maya untuk mengalahkan Ra.One. Seterusnya, sebuah cat and mouse game, dengan aksi yang cukup mengujakan. Aksi aksi yang luar biasa dengan kesan khas yang cukup hebat! Jujurnya, aku tidak menyangkakan kisahnya adalah sebegitu sebab sepatutnya hero terbina dari dunia manusia dan bukannya dunia maya.

Overall, plotnya biasa. Simple dan senang difahami. Mudah dihadam kanak kanak sehingga dewasa. Pendek kata, ianya universal.

Dibikin dengan visual efek yang memang astounding, Ra.One memang dibikin dengan cermat dan teliti. Kesan khas nampak teliti, khususnya karakter Ra.One digital pada awal filem. Aksi cemas juga hebat dan memang banyak kos. Paling best adalah babak tren merempuh dinding stesen keretapi sehinggakan bahagian hadapan stesen runtuh. Babak paling buat aku tergamam sebentar.

Kareena dalam persembahan Chammka Challonya..

Chammak Challo trek yang cukup hebat. Walaupun suara Akon tak masuk langsung dengan Shah Rukh Khan, boleh la layan santai2. Paling top adalah Dildara. My fevret song dari filem ni. Lagu yang cukup romantika menyentuh jiwa. Vishal Shekar compose trek dengan baik.

MTV
Chammak Challo

Dildara

Shah Rukh Khan sekali lagi membuktikan yang dia adalah king of Khan. Lakonannya hebat. Dengan gandingan Kareena Kapoor di sisi, juga Arjun Rampal sebagai antagonisnya, filem ini punya chemistry yang cukup sifat. Armaan Verma si cilik yang menyerlah dan hebat lakonannya. Barisan penampilan khas dari Rajinikanth ke Priyanka Chopra, Sanjay Dutt dan beberapa lagi nama membentuk mega hit!.

Finale, Ra.One dibikin dengan keberanian. Bagaimana beraninya king Khan ini mempertaruhkan wang kompaninya dengan menyumbang modal termahal dalam sejarah filem Bollywood untuk filem ini membuktikan keazaaman untuk memberikan sesuatu perubahan kepada industry Bollywood.

Filem yang dikhabarkan paling kompleks ini juga (perhatikan di bahagian kredit filem, anda akan kagum dengan gaya kerja mereka) memberikan satu sudut pandang yang baru. Namewee, kau salah! Orang India sekarang bukan ada di belakang pokok, malah mereka jauh berada di depan pokok! Jauh untuk berfikir! Salutation untuk filem terhebat Deepavali ini. Dengar khabar pembukaannya juga tertinggi untuk tayangan perayaan Deepavali di india. Tahniah.

4.5/5

4 comments:

pearlorientgal said...

assalamualaikum,saya juga peminat filem bollywood dan saya cukup kagum dengan king of bollywood,mr shah rukh khan,bagi la apa jenis watak pun,beliau mampu melakukan yang terbaik!salute la sama shah rukh ji,hee...ra.one,filem terbail bollywood abad ke-21...:D

Kamus Hitam said...

gaa..bollywood 2011 best lg ke? zaman2 tahun 2000 dulu layan ah.

salam kenal

mira_nas said...

wah... tak sabar nak tgk.. jarang la tgk citer Bollywood yang genre fiction ni..

Nuriy Arisa said...

da lame x tgk bollywood ^_^