Saturday, October 1, 2011

Review: Al-Hijab

Berani sungguh Empat Semudra Sdn. Bhd. selaku syarikat penerbit bagi filem ini melabel Al-Hijab sebagai sebuah filem seram terhebat 2011. Ketakukan jikalau filem ini tidak mencapai perkataan ‘terhebat’ itu, aku menantikan Al-Hijab sebagai sebuah filem seram biasa dari Pierre Andre. Bukan apa, sebagai sebuah produksi filem yang pertama kali menerbitkan filem, perkataan ‘terhebat’ itu adalah sesuatu yang berani. Beraninya seumpama Dr. Rozmey mempertaruhkan perkataan juta jutanya, yang akhirnya berakhir dengan hanya ribuan. Berkesempatan menonton Al-Hijab tayangan perdana di UPSI, terimakasih untuk Unit Kediaman Luar Kampus UPSI kerana membawa filem ini.

this is the best part, terbaik!!

Aku akui gaya arahan Pierre Andre sudah mula memecahkan tradisi seramnya sejak Seru. Karyanya berkolaborasi dengan Wong Ming Jin itu antara sesuatu yang segar dari ladang, menyemakkan kepala, menakutkan dalam keadaan aku tersenyum sambil berkata ‘bijak, memang bijak!’. Sejauh itu akal Pierre Andre pergi untuk memberikan sebuah seram versi baru. It is a salutation to him.

baca kesalahan konti dalam filem ini di sini:

Kini, sekali lagi dia berada di kerusi pengarah, Al-Hijab pada pandangan aku antara sebuah filem yang pada aku masih lagi bertunjangkan aspek seram biasa, namun masih ada sentuhan yang cukup untuk membuatkannya luar biasa. Pada aku, Al-Hijab memang menarik untuk ditonton kerana ada beberapa perkara yang cukup menarik dimainkan dalam filem ini. Sebagai sebuah filem seram, Al-Hijab nampaknya adalah naskah Pierre yang begitu bagus menyuntik sindiran sindiran. Sedar atau tidak, beberapa adegan dalam filem ini mengingatkan kita kembali kepada filem Pierre yang terdahulu.

Gandingan Pierre dan Nur Fathia, nampak xde kimia, tapi oklah....

Al-Hijab memang menyeramkan. Aku akui ianya bukan sesuatu yang memang dibuat buat. Aku rasakan, Pierre sudah berjaya menangani seram itu dengan cukup menarik dan kreatif. Gaya arahannya tidak dibayangi cliché.

Kisah Al-Hijab berkisar disekitar watak anti-seram kita, Rafael. Rafael adalah seorang new comer dalam industry filem, diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam sebuah filem seram. Demi untuk mendapatkan feeling seram, Rafael mempelajari tentang hijab. Dikatakan, jikalau hijab ini dibuka, maka akan terserlah dunia yang satu lagi. Maka, demi untuk mendapatkan feel, Rafael akhirnya bertemu Mak Itam, rakan arwah ibunya setelah mendapat mesej misteri. Dari situ, semua keseraman bermula.

Watak Qiss dari Nur Fathia, permainan yang mengejutkan..

Perlu aku tekankan di sini, Al-Hijab is like a roller coaster. Kalau sekali korang masuk, you cannot go out selagi roller coaster tak berhenti. Yes, a brilliant idea! Keseluruhannya, hantu dalam filem ini memang menyeramkan dan cukup realistic. Gaya hantunya yang cukup mengerikan dan penampilannya yang biasa dan pada masa yang sama menakutkan, cukup sifat untuk sebuah filem seram hebat. Memang yang lemah semangat dinasihat jangan tonton sebab filem ini takkan berhenti menakutkan korang sampai filem ini tamat.

Pada aku, Al-Hijab kuat pada idea. Idea filem ini yang hanya bermain dengan satu malam sahaja (teringat gaya Seru, yang hanya bermain dalam satu malam juga) berjaya mengumpulkan emosi seram dalam kadar yang cukup tinggi, diluahkan tanpa henti, memberikan kadar seram yang memang tinggi. Kisah yang simple, tetapi seram. Pierre Andre bijak memanipulasi adegan demi adegan, mempermainkan penonton dengan cerita dalam ceritanya, mimpi dalam mimpinya juga babak demi babaknya.

movie mistakes filem AL-HIJAB

Dari satu aspek, Al-Hijab berdiri sebagai sebuah filem ‘takut-menakut’ yang berjaya memberikan seram tahap tinggi. Dari satu aspek lagi, Al-Hijab sebenarnya memberikan satu wajah baru kepada industri filem tempatan. Sebuah filem yang memang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bercakap pasal Al-Hijab, Jangan Pandang Belakang sudah jauh ketinggalan. Sebagai sebuah filem yang memang dark ada beberapa perkara lagi aku ingin katakan.

Pierre sebagai Rafael

Satu, Al-Hijab ada balancing komedi yang menjadi. Ngasrizal Ngasri, dan rakan rakannya antara sekuen komedi yang menjadi R&R sebentar untuk rehat.

Satu setengah, balancing untuk romantika biasa biasa. Tak la gedik sangat, cukup untuk persediaan sebelum betul dikejutkan dengan horor tanpa henti.

Kedua, permainan watak Qiss di pertengahan filem antara point seram tahap tinggi yang cukup memberikan energy seram tahap dewa.

Ketiga, kemunculan hantu yang steady giler bangang di sebalik pintu merenung tajam tanpa bergerak. (adegan Rafael buka pintu dan terkejut tak beruk sangat) Pada aku, hantu sebegitu memang cukup menyeramkan dari hantu yang bergerak mengangkang ngangkang ke arah watak kita. Tak pernah lihat dalam filem lain, ianya menjadi!

Keempat, part hantu terbeliak dan merangkak rangkak tu pun memang adrenalin rush gak!...

Efek hantunya cukup menjadi. Aku puas hati dengan babak babak semasa Qiss muncul di tengah filem. Sebuah waktu yang pada penonton awalnya cuba dimomokkan dengan masa ketenangan (idea untuk membuatkan penonton rasakan masa ini masa santai), kemudian dikejutkan dengan permainan misteri watak Qiss yang cukup hebat. Efek hantu ‘pipi terkoyak’ tu (tak tahu nama hantu apa..) memang menjadi dan cukup menyeramkan. Even aku sendiri terwujud keseraman secara sendirinya.

Mainon Mutalib, Nur Fathia & Pierre Andre, untuk trailer klik sini

AL-HIJAB - sebuah filem seram one night yang memang seram tahap tinggi. 1 jam 30 minit yang memang singkat. Babaknya luar biasa dengan kejutan yang cukup berjaya dimanipulasi pengarah. Permainan yang bijak dan at the end, kepuasan menonton Al-Hijab berakhir dengan senyuman, dan a salutation to the director...... Good job! (even endingnya cliché…) Yes, aku akui, filem ini mungkin boleh menjadi apa yang taglinenya katakan, FILEM SERAM TERHEBAT 2011.

4.7/5

27 comments:

AyuTimah said...

aku ade cite ko punye source kat blog.. :P

fiq. said...

thanks for review, nak tgk jugak nanti =]

Hans said...

walawehhhhhhhhhhhhh
awal ko tgok
untunglah

RinsyaRyc said...

suka tengok muka hantu lam gamba first tu.. comel.. ^^

http://bulatmata.blogspot.com/

AinsHa=( said...

wei, nak tngok gak.. pergh, scary movie mkanan eden..

PerangFilem said...

mm betul ke ni? was2 PF mula2 tgk trailer....

yana halim said...

macam best. ini dah boleh kira wajib tonton...

kpah k-poh said...

tak mau tengok..akak takut antu..

♥Aien Najwa♥ said...

yes!!~~ nk tgok la nanti..serious mcm seram giller..sangat xsabar...

afzalsukasuki said...

aimacam nak kena tengok je ni walaupun aku takut2 kucing:P

Pendamba Mawar said...

cam best je

MAYA_mustwany said...

macam best tapi takut terkene macam filem KHURAFAT.

orang lain semua terkejut terjerit,just only me,diam sebab so boring n tak seram langgsung for me.

(-_-)

aienhashimm said...

jom gy tengok .
(:

Cik Ice said...

Seram sangat ker? Macam takut jer nak tengok..huhu

mohdhazlan Dreadlock said...

mcm bes..:)

Phat said...

ada dah org g tgk td n mmg seram giel die org ckp

UYC said...

mcm terbaek je,,

sobri yaacob said...

dah tengok dah tdi..
best gak la..
tpi babak yg tbaik 10 minit ptama :)

Myra Jay said...

Teringin nak tengok tapi takut lak :)

Ujang9897 said...

gua tak berkesempatan lagi tgk..grr

Arya Putra said...

ape yang takut sangat dengan filem ni??
aku langsung tak takut..
balik rumah pun steady je malam tu..



tapiii...tidor berkelubung dalam selimut weh! takut antu tu ikut macam dalam citer ni! hehehe..serammmmmm niiii..

Kakiwayang said...

cite ni macam banyak unsur2 terkejut kot...haha...walau ada beberapa foul, tapi still, mungkin inilah filem seram terbaek 2011...hoho..

Ikhwan said...

Menakutkan gile gmbar yg first tu..

yufi zetty said...

yup, 10 minit pertama mmg best, pastu siaplah... non-stop terkejut pny scene.. hahaha smpai 2 hari pas tgk cite tu pun msh terbayang muke hantu yg mata bulat cm anak patung dlm citer "Chucky" tu.. =.=''

Mia Meymi said...

adehh..x brani nk tgk citer ni..

iza said...

Assalam...
Tau tengok je...tp x tengok lg..

afqh said...

pelakon pompuan tu sape
baru ke