Wednesday, September 21, 2011

Review: Warrior

First of all, aku memang nak ucapkan bebanyak terima kasih to ChurpChurp sebab giving me a pair of ticket untuk menonton filem ini. Tak sangka pulak giveaway kali ini amat mudah (memang giveaway diorang mmg mudah… tapi tak sangka semudah itu) dan keadaan aku yang mengizinkan membenarkan aku untuk menyertai special screening ini. Bertempat di Hall 10 TGV KLCC Jam 9 malam tanggal 20 September 2011, aku berpeluang menonton Warrior bersama geng geng churperz yang lain.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui filem ini. Dari poster filemnya, nampak macam sebuah pertandingan boxing biasa. Tapi aku sendiri pada awal sesi promosinya dahulu, tidak menyangkakan yang Warrior ini adalah sebuah filem. Jangan terlalu mengharapkan nama besar dalam filem ini. Tetapi, aku yakin filem ini bakal memberikan satu ruang untuk anda bersorak gembira jika anda penggemar wrestling dan juga seni mix martial art.


Teringat aku kepada beberapa filem sebegini dahulu. Suatu ketika dahulu, pernah muncul filem Never Back Down. Beberapa bulan dulu juga, filem boxing bertajuk The Fighter juga menjengah pawagam. Dan jujurnya, aku tak menonton kedua dua filem tersebut kerana ianya bukan filem yang aku gemari. Tapi, for me Warrior seumpana starting point untuk aku menonton filem bergenre sebegini. Konklusinya, genre sebegini hebat juga sebenarnya.

Warrior mengetengahkan Joel Edgerton (The Thing, Animal Kingdom, Star Wars Episode 2 & 3) dan Tom Hardy (Bronson, RocknRolla, Sucker Punch, Inception) sebagai tunggak utama dalam sebuah kisah yang bertemakan kekeluargaan, kemaafan, dan juga kehidupan.


Secara kasarnya, Warrior sebenarnya memfokus kepada pertandingan mixed martial art (MMA) yang dikenali sebagai Sparta. Sebuah pertandingan yang menggabungkan wrestler2 terbaik untuk bertarung mendapatkan USD 5 juta. Brendan dan Tommy adalah adik beradik dan merupakan anak kepada bekas peninju, Paddy (Nick Nolte). Brendan adalah bekas peninju yang sudah bersara dan berkeluarga. Kini, dia hanya guru fizik di sebuah sekolah.

Namun, kesesakan kewangan membuatkannya menyertai Sparta. Tommy si adik, yang punya kisah lampau kembali kepada ayahnya meminta untuk diajarkan ilmu boxing untuk menyertai pertandingan tersebut. Brendan si abang berusaha sebaik mungkin untuk muncul juara. Tetapi, apa yang tidak diketahuinya, finale perlawanan ini bakal menemukan mereka dalam satu gelanggang. Walaupun mereka bersaudara, seseorang mesti kalah.


Keseluruhannya, aku rasakan first half filem ni bosan. Emosi yang berat dan mampu untuk menjana reaksi reaksi spontan (I mean, macam orang tengok gusti kat depan tv) adalah pada second half. Menonton Warrior pada second half seolah olah seperti menonton wresting secara live dalam bentuk lakonan.Second half memang mendebarkan, walaupun kita sudah tahu bahawa filem ini bakal menemukan pertarungan antara abang dan adik, kita masih mahu tahu siapa yang menang, dan siapa yang bakal kalah. Pendapat aku, finalenya adil dan memang wajar.

Aku suka lakonan Nick Nolte. Nampak bagaimana anak anaknya meminggirkannya kerana masa silamnya. Bagaimana seorang ayah itu menangis apabila semua anak lelakinya tidak mampu untuk menerima hakikat kisah lampau. Aku suka sangat. Wataknya ada emosi dan mampu untuk member tangisan. Kevin Dunn pula (kalau sape tak kenal, pelakon ni menjadi bapa kepada Sam Witchwicky dalam Transformer) sebagai principal sekolah Brendan yang tidak menggemari aktiviti Brendan sebagai street fighter kelakar. Jelasnya, watak principal Zito ni menunjukkan bahawa pengetua ni, even skema benar kat sekolah, dalam hati diorang minat juga hal hal fighting ni. Kalau tak faham apa aku cakap, g tengok sendiri lah.


Keseluruhannya, filem ni bukanlah untuk penggemar aksi yang boom boom bang. It’s a dush dush dush! Sebuah filem streetfighting yang mengajar erti hubungan kekeluargaan, kisah cinta luar biasa antara saudara juga tentang dendam dua saudara yang akhirnya berakhir dengan satu konklusi yang begitu menyentuh hati. Warrior mungkin tidak akan mendapat sambutan yang hangat, tetapi filem ini memang dilengkapi dengan mesej mesej yang cukup berkesan untuk dijadikan pengajaran.

Satu lagi pakej istimewa filem ini yang tidak diketahui (mungkin), filem ini menampilkan kemunculan Kurt Angle sebagai Kobra. Hebat!

3/5

3 comments:

j0j0_bdiN@ said...

Huih, awainye buat review...
Saya pon ade semalam tgk screening filem ni kat KLCC dapat dari churp2..

haha.. memang bosan pun..
lagi2 semalam mmg tak de subtitle..
1/2 jam tengok macam bosan n tak faham tros keluar panggung.. tak larat nak tunggu n try fahamkan...

[*nampak ade staf churp2 komplain pasal subtitle tak keluar..]

APAN said...

xtau lak ada tayang citer ni skang...kalau tau tadi, leh gak dijadikan pilihan utk ditonton.gi tengok raya x jadi...ok gak la...

Hananorima said...

try Tomorrow's Joe...