Monday, September 19, 2011

Review: Hantu Bonceng

Sempat juga aku menonton filem Hantu Bonceng yang dicanang mencapai kutipan sehingga RM8 juta sepanjang tayangannya Aidilfitri lalu sekaligus menjadikannya sebagai filem pertama dalam musim perayaan yang mencatatkan kutipan tertinggi. Berdasarkan apa yang aku lihat dari formula Adnan Semp-it, aku rasakan filem ini menggunakan olahan komedi yang sama, tetapi dengan suntikan beberapa idea baru yang membuatkan Hantu Bonceng boleh berdiri sebagai filem komedinya tersendiri.


Hantu Bonceng memang sebuah filem seakan akan parody. Entahlah, even ianya tidaklah menggunakan babak babak filem lain untuk dikomedikan, Hantu Bonceng seperti menggunakan reality sebenar untuk dijadikan bahan komedinya. Unsur agama antara yang jelas digunakan. Tetapi ianya taklah sampai ke tahap menghina (pada pandangan aku…). Sejauh mana penulis ini cuba untuk menerapkan gaya komedinya, aku rasakan Hantu Bonceng mempunyai komedi yang lebih jauh hebatnya berbanding Adnan Semp-it.


Ok. Kita jauhkan Adnan Semp-it dari review ini. Sekarang, hanya Hantu Bonceng sahaja, berdiri sendirinya dengan reviewnya tersendiri. Ramai orang mengatakan bahawa komedi Zizan menjadi tunggak utama filem ini. Aku percaya! Aku rasakan persembahan dalam filem ini rasanya lebih baik dari karakternya dalam filem KL Gangster. Namun, masih ada lagi yang perlu diperbaiki mutu lakonannya. Sesetengah lakonan Zizan nampak kaku, dan terlalu skema. Namun, mungkin di situ letaknya komedi pelakon ini.


Pada aku, daripada ceritanya, Ahmad Idham hanya membawa idea biasa sahaja. Idea mat rempitnya, idea hantu hantunya, dan yang penting adalah penerapan mesej. Namun, aku rasakan cukup sukar untuk penonton yang menonton suka suka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Aku nampak mesejnya, tetapi aku rasakan mesej tersebut lebih dipandang sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap sesuatu. Terpulanglah kepada penonton untuk menilainya.

Jujurnya, kalau ditanya adakah filem ini mencapai tahap apa yang aku inginkan? Jawapan aku, sudah tentu tidak.


Kenapa? Pertamanya, aku mampu bertahan untuk menerima jalan ceritanya tetapi bila dengar gubahan muziknya yang entah apa-apa, emosi dah mula down. Jujurnya, aku rasakan skor muzik filem ini terlalu banyak mengisi ruang sehingga tidak ada masa untuk diam sekejap pun. Bayangkan babak aksi yang begitu fast-paced digabungkan dengan muzik yang agak slow dan biasa. Resultnya, emosi untuk babak tersebut tak timbul.

Aku lebih mempercayai garapan Syamsul Yusof yang pandai menggabungjalin skor muzik untuk filemnya walaupun skor muzik tersebut bukanlah original buatannya.

movie mistakes dalam filem HANTU BONCENG:

Keseluruhannya, Hantu Bonceng filem komedi biasa saja. Aku hairan, kenapa filem sebegini mampu untuk mencapai tahap RM8 juta, sedangkan Hikayat Merong Mahawangsa yang garapannya lebih hebat, kemas dan mengagumkan hanya mampu mencapai RM6juta? Penonton kita hanya menonton filem tahap ni je ke? Tahap filem yang tak mampu untuk mencapai tahap penonton global. Tahap yang hanya mampu untuk membuatkan filem tersebut terkurung dalam Malaysia sahaja. Anda fikirkan. Renung renungkan dan selamat beramal!...:-)

3/5

19 comments:

Azura said...

best cite nih :)

erleena said...

nyampah tgok cite nieh , lebih kagum ngn merong , hah ak xhm nape org suke sgt cite nieh siyeslyyyy

Dr Ibnbakr said...

Entahlah,tapi berdasarkan statistik industri filem skrg,memang dapat disimpulkan,pemikiran rakyat Malaysia skrg memang agak terkebelakang.Ya,bukan semua.Tapi ramai. Cerita yg naik,pasal gangster,mat rempit,hantu bagai. Bila ada filem pasal sejarah,perjuangan,semuanya tak laku. Tak ramai yg nak tengok.

PerangFilem said...

aku pun tgk filem ni walaupun aku tak suka sgt Ahnmad Idham tapi mungkin sebab zizan. Walau bagaimana pun aku sekadar ingin rilekkan otak dan tak terlalu mengambil berat sgt mcm TMBF punya review....

Shafiqah Hairiri said...

cerita ni okay la jugak. tapi kalau ulang tengok 4-5 kali, boring jugak. zizan pun tak kelakar sangat lah dalam HB ni. yang jadi kawan dia tu lagi kelakar kot.

HI-DA-YAH said...

bosan cite ni. ntah hape2 nyesal tengok

Miss A said...

saye rse cite ni boleh lah jalann,just for fun.takde lah mcm wow,,mesti kene tgk,mesti kena tgk! btw,nice story,and faham lah ape yg dorg cuba nk smpaikan.simple and santai.tp bg sye,babak nyanyi2 tu mcm tah pape sket,and then zizan dlm cite ni agk skema lah jgak,but who cares,dia bjaye bwak watak dia,so I think,takde problem sgt. :)

Titisan Hujan said...

setuju dgn komen Dr Ibnbakr

skg lebih menerima crita yg ntah pape dri yg lebih berisi

Hasrina.As said...

mungkin sebab pemilihan pelakon dia yang okay kot. btw tak tengok lagi cerita ni. will watch soon

Nizam Ijam said...

xbest langsung criter nie..

Terbelog said...

aku tgh tgk hantu bonceng ni
baru download semalam

Susan Lolo B. said...

suka baca ulasan ni.. dah rejeki si Pelakon & pengarah film ni, nak dpt Rm8jt...

velasrizal said...

aku tgk kt youtube je. jimat duit

budakijaupendek said...

orang lebih tertumpu kpd komedi sekarang ni.
minat penonton berbeza rasanya.

Aizat Chik Suliman said...

Salam Singah balik wah... komen nyer... macam pakar je.. ^^v hehe... apepon bagus pandangan pasal hantu bonceng supaya depa lebih proaktif dalam pembikinan serta target untuk filem abaout 6 jutaaaaa... tinggi bagi individu but kalo satu2 produksi... cukup makan jela... :p

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Btol pdhal cerita merong mahawangsa 2 jauh lagi best dr filem ne...:)

Abang Ijat said...

Semua komen tuan/puan agak betul (betul dari pandangan masing2), ttp kita x boleh paksa untuk ornag suka apa yang kita suka, dan menyampah dgn apa yang kita fikirkan.
Secara jujurnya saya amat jarang utk menonton @ pawagam, ttp sesiapa saja nak untung juta2... buat la filem yang boleh gerakkan hati orang untuk ke pawagam, bukan buat filem untuk 'pengkritik' filem komen berjela2 (yang tah apa2)untuk puaskan hati 'pengkritik' tersebut....

fikir2...lah

ieda said...

masyarakat skrg bukan menilai tahap cerita itu .. kebanyakannya fikir janji terhibur .. dia x fikir punn cerita leh bawak jauhh .. bukan mereka dpt nama .. kutttttttt ! :)

Anonymous said...

kau rsa cm x mnghina??peliknya..sbb 1st time ak tgok kt utube dia pnya trailer,bila dtg part ngucap dia yg campur2 tu,ak dh rsa something dh..alahai.org perlis ka menulis mcm ni..malu plak ak nk ngaku satu negeri ngan org cm kau..smpai agama kena hina..ko rsa bnda tu besa2 ja..x mcm mnghina..aduss..pelik2.agak2 r nk berhibur..dh la ngucap campur2..pastu ada part kawan dia nk gi kelab,leh plak nasihtkn awek zizan dlm ceta ni gi solat..mcm si**..amik kau.,tu x smpai lgi bnyk adegan2 lain yg bagi ak x buat pun x pa..tpi ak malas nk taip pnjg2..serius x lawak langsung ceta ni..ak tgok filem raya x jadi ak lgi enjoy..ceta cm smpah dpt 8 juta..nmpk sgt mentaliti org kita ni memang teruk,suka ceta2 mcm ni..ptutla x maju2..ak dh nmpk skrg npa.suma anggap bnda2 mcm ni remeh..last2 jadi mcm ni..dlu kes yasmin pnya filem,bnyk gak hina islam..tu pun menang mcm2 anugerah..Ya Allah,pa la nk jadik ngan masyarakt skrg ni..skrg filem ahmad idham ni plak.pasni spa plak?makin lama makin ramai yg berani jadik agama sbagai bahan gelak n gunakn tuk dpt duit.ak pelik ramai plak yg mnyokong.kalu dh tersokong x pa la,leh plak menegakkan bnda yg salah.dunia2..yg pihak penapisan filem satu lgi x guna..suma nk wat duit ja ni..terang2 hina islam,still luluskn..pa nk jadik dgn manusia skrg..ak x phm..kerana duit suma dh hancur!!