Friday, June 24, 2011

Review: Sucker Punch


Kalau bercakap pasal filem Zack Snyder, mesti akan terbayang visual yang memang stylo gegiler. Sucker Punch tak lari daripada konsep yang sama. Dibawah tulisan Zack Snyder sendiri serta Steve Shibuya, Sucker Punch bukanlah suck! Tetapi ianya memang filem yang memang bercerita tentang asylum yang mungkin akan buatkan penonton juga menjadi orang gila. Sebuah filem yang memang gila dan cukup penat berfantasi selama dua jam. Buai buai dunia fantasi Baby Doll yang begitu gila membuatkan aku sendiri pecah kepala. Nasib baik aku diselamatkan dengan visual memukau dan momentum aksi yang begitu hebat!

Sucker Punch berdiri sebaris dengan filem gila lain seperti Inception (ya, aku klasifikasikan Inception sebagai idea gila, tetapi bijak dalam garapan). Filem yang memang jaraknya mungkin hanya mengambil masa beberapa minit saja di realiti dan jam jam filem tersebut (baki baki sisa tiket wayang) dihabiskan dengan menonton fantasi yang tak masuk akal tetapi diukir membentuk filem bercabang cabang. Bukan saja ianya memeningkan, tetapi sebenarnya memenatkan.

Penontonan Sucker Punch memang boleh difahami. Tetapi aku sendiri menghadapi kesukaran untuk menangkap bagaimana idea Zack Snyder untuk membayangkan tarian mengiurkan orang orang gila dalam asylum dalam satu persembahan aksi yang dunia fiksyennya begitu indah. Apapun, Sucker Punch memang gila. Filem ni memang memeningkan tetapi tetap menghiburkan dari satu sudut. Persembahan Zack Snyder yang luar biasa, tetapi aku lebih suka kebiasaan. Filem ini memang geeer!!! Menggeramkan! Apapun, tetap suka filem Zack Snyder!

1 comment:

Mentrox said...

citer ni banyak berangan.. naik mengantok akuu tgok..