Akan Datang!

Wednesday, February 23, 2011

OMG!!! Ada Something Missing...

4.15PM – baru balik dari SMK Methodist, sekolah yang berhadapan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Itupun aku pergi sebab tertaksengaja masuk menjadi representative untuk satu persembahan poem recitation pada 7 Mac 2011 nanti. Namun, aku terpaksa batalkan untuk jadi penyajak hari tu sebab clash dengan persembahan teater. Tapi, tadi aku terlibat juga dalam melatih 10 pelajar pilihan dari SMK Methodist ini. Mereka akan terlibat sama dalam persembahan ini, dan kami pelajar UPSI akan menjadi tenaga pengajarnya.

4.17PM – aku terus mandi. Selepas melahap sebotol air laici dan sebungkus teh o ais, menulis aksara pos entry ini..

4.33PM – Waktu di SMK Methodist, rupanya aku menyedari...

1) I’m not quite good with kids.. budak budak tak shy dgn aku (tekun je dengar aku xplain), bila diorang tekun jer, aku dah mula cemas.. khusyuk giler budak2 nih!!! Mata x klip2...

2) Sekali lagi, aku jadi blur.. English aku jadi blur blur sampai one student blur blur. Then, student tanya, ‘sir, we just nod.. actually we don’t understand anything’. Tepuk dahi! (panjang2 aku explain! Huh, x paham rupenye.. patut tekun dan khusyuk!!)

3) Tak payah mengimpikan suasana Bilik e-learning di sekolah. Sekolah is like a heaven with special features of hell. Hot condition but fun! (really??)

4) Mengajar 3 orang recite poem adalah benda termudah yang aku rasa aku boleh buat. Tapi, nah kau, 3 orang pun dah blur dengan explanation aku (waktu tu aku cuba explain poem stanza by stanza) ... inikan nak ngajar sekelas...

5) Aku mula mengimpikan kenangan zaman dulu seindah student zaman sekarang. Diorang ada Facebook saat Form 1 dol! Aku dulu Friendster pun lom kenal..

6) Ah, one more... diorang dah ada nombor HP dol! Aku HP pun tak boleh pegang g zaman Form 1.

7) Students sekarang friendly. Tapi, kena belajar bagaimana hendak mengimbangi imbangan friend-teacher n teacher-student dengan baik. Nanti, silap2 aku jadi students sekali nanti (main aci sembunyi dengan student)

8) Multiracial – ini satu lagi perkara yang aku perlu hadapi. Dulu, sekolah aku semua Malay. Fuh, persediaan mental dan language diperlukan!!! Mulut kena jaga, jangan celupar macam dalam Mikroteaching.

9) Mengajar ni best kalau kita sudah masuk ke dalam dunia itu. Best tengok bagaimana cikgu lain kat sekolah tu berkomunikasi dengan pelajar (contohnya cikgu kaunseling yang bawak kitorang tadi) ... friendly but still ada sense of respect.

10) Adakah aku bersedia sepenuhnya? Itu soalan aku ... untuk selamanya selagi praktikum belum sampai..

4.45 – THE END... menjangkakan hari ini boleh layan movie panas Katrina Kaif pukul 2ptg selepas kelas muzik tradisional, tetapi nampaknya diganti dengan pengalaman ke SMK Methodist yang sebenarnya membongkar ketidakseriusan aku sebagai bakal cikgu. Serius, ada sesuatu dalam diri aku yang hilang sebagai bakal guru. Perlu cari dan letak di tempat asal.

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...