Akan Datang!

Monday, December 31, 2012

12 Analisa OPM Terhadap Industri Filem Malaysia 2012

2012 bakal melabuhkan tirainya. Sepanjang 2012, aku sudah review hampir 80% filem filem yang diterbitkan oleh orang Malaysia. Senarai penuh filem filem yang sudah direview bagi 2012 boleh korang baca di sini. Terima kasih buat yang membaca. Terima kasih juga buat yang mengutuk dan membenci. Terima kasih buat semua penyumbang trafik blog OPM yang tidak jemu jemu memberikan aku semangat untuk terus menulis. 

Bukan banyak mana pun duit yang admin dapat dari berblog. Apabila ada yang berdiskusi, dan ada yang berbual dan berkongsi artikel aku, itu lebih bermakna dari duit. Menjadi seorang reviewer memang mencabar. Ada yang dikeji ada menghina. Tapi, jadi seorang pengarah filem sebenarnya lebih banyak cabarannya. 

Walaupun aku hanya tahu mereview bahan siap yang ditayangkan, aku sebenarnya tabik dengan peningkatan filem tahun ini. Walaupun masih dimonopoli oleh David Teo, aku harap dalam sedikit masa, ada penerbit lain yang mampu mengantikan kilang filem yang naik turun dalam industry ini. Tahniah kepada yang membikin filem. Mungkin anda, yang mana terlibat dalam pembikinan sesebuah filem selama ini hanya menganggap review aku hanya sekadar cakap biasa seorang peminat filem Malaysia. 

Tak mengapa. Sebab aku hanya menyampaikan pandangan. Sesungguhnya anda semua, wahai pembikin filem Malaysia adalah terbaik dalam skop anda tersendiri. Sekurang kurangnya, teruk mana pun filem korang, anda sudah bikin filem. Aku, mungkin mimpi lagi buat masa ni. 


Apapun, setelah menganalisa hampir 80% filem yang admin tonton tahun ini, admin dapati yang… 

1. Prof Razak masih rasakan zaman Anak Mami masih lagi ada pada millennia ini. 
Dengan keuntungan jualan tiket sehingga 2.6 juta, memang tak dapat dinafikan yang pensyarah ini nampaknya masih mengenali penonton filem Malaysia. Jadi, dia masih terus berada di treknya dengan memulakan tahun baru dengan Bujang Terlajak yang sudah ditayangkan pada 19 Januari 2012. Malangnya, nampaknya keputusannya untuk tidak menukar trek menjadikan Ngorat bagai tren jatuh trek. Dengan kutipan sebanyak 0.37 juta, aku rasa, patutkah dia bertukar genre sekali sekala? 

2. Orang kita masih belum menerima ‘remake’ walaupun Hollywood dah sampai ke fasa ‘reboot’.
Remake di Hollywood dah banyak. Sekarang, remake dah tak boleh buat duit, Hollywood naik ke fasa ‘reboot’. Di Malaysia, nampaknya penerbit sudah mula naik ke fasa ‘remake’. Azura memulakan semuanya dengan kutipan sebanyak 0.99 juta. Tidak berapa bagus! Namun ianya experiment yang menunjukkan ketidaksediaan orang kita menonton remake. 

3. Apabila animasi kita ke persada dunia. 
Tahun ini nampaknya menunjukkan peningkatan dari genre animasi. Seefood contohnya punya karakter yang baru dan comel. Kutipannya hanyalah 2.36 juta! Oklah tu walaupun ceritanya tidak berapa best dari segi garapan. Malangnya, kehebatan itu tidak mampu dicantas oleh War of the Worlds: Goliath yang mencatat kutipan yang sedikit dari filem Seefood

4. Nama orang menjadi tajuk filem adalah trend tahun ini. 
Jidin Sengal, Uncle Usin, Mael Lambong, Azura, Tai Kun, Ajiboy, Chantek nampaknya digunapakai dan diperkenalkan kepada penggemar filem tahun ini. Tahun depan agak agak nama apa pulak yang keluar ya? Dan walaupun namanya indah, janganlah lupa kualitinya. 

5. Adaptasi mula bercambah, jalan senang untuk buat duit. Malangnya… 
Filem adaptasi tahun ini nampaknya ada beberapa tajuk. Untuk Tiga Hari dan Lagenda Budak Setan 2 (adaptasi novel Ahadiat Akashah) nampaknya antara tajuk novel yang diadaptasi. Malangnya, adaptasi kali ini tidak mampu menjadi sehebat adaptasi filem Ombak Rindu. Kesian. 

6. Biografi, orang kita memang tak suka tonton cerita orang.Benarkah begitu?
Zaiton Ceritaku menjadi satu satunya dalam sejarah 2012 yang mana jauh dari genre genre biasa. Sebuah filem yang memperkenalkan genre baru yang amat menarik. Malangnya, kutipannya yang tak sampai 10 ribu nampaknya menjadikan filem ini berada di dalam senarai filem filem dengan kutipan terendah 2012. Malang sekali. Pelik kan? Sedangkan orang kita menyanjungi filem biografi Hollywood seperti Lincoln, W, dan lain lain, kenapa filem biografi tentang orang kita tidak pula disanjung?

7. MIG tak pernah berubah. “Pedulikan apa orang kata, janji kami kutip duit”, kata David Teo dalam mimpinya. 
Tahun ini macam biasa, filem MIG berlambak di pasaran. Namun, lambakan filem filem tahap rendah ini nampaknya tidak pernah menyatakan yang MIG mahu berhenti buat filem. Tidak ada peningkatan dalam kualiti cerita, mahupun visual. Sama saja. Semua filem tangkap muat dan ada beberapa dari filemnya hanyalah recycle beberapa idea yang sudah diterbitkan Hollywood. Apapun, baguslah sebab mereka ada. Mereka menjadikan tayangan setiap minggu aktif. Ada je filem baru. Go go MIG! 

8. Filem yang biasa, cinta tiga segi lapuk, tapi bila tukar latar tempat, terus jadi sweet. 
Istanbul Aku Datang tu tak ada papepun sebenarnya. Kisah cinta lapuk. Tapi, disebabkan settingnya di Istanbul, ianya jadi amat sweet. Dengan segala gayanya, filem ini aku rasakan bolehlah dikategorikan sebagai filem paling cantik dan indah bagi tahun 2012. 

9. Hampir 70% filem tahun ini punya kualiti visual yang macam drama tv. Malah, ada yang lebih teruk dari drama tv.
Istanbul Aku Datang, Zaiton, Ceritaku, Untuk Tiga Hari, Hantu Kapcai, 29 Februari, Lagenda Budak Setan 2, Kahwin 5, Hoore Hoore, Azura, Berani Punya Budak, Mantera, Chow Kit, Sesuatu Yang Tertinggal dikecualikan. The rest of the filem memang aku rasakan kualiti visualnya agak sederhana dan biasa biasa. Yang teruk dan tak layak di tv mahupun di panggung ialah Uncle Usin, dan Baik Giler!

10. Penerbit sudah berani explore new genre, dan ianya perkara yang amat bagus. 
Tahun ini, Aziz M Osman explore genre remake, dan resultnya mengecewakan. Apapun tahniah. KRU Studios pula explore genre komedi yang menggunakan haiwan, dan tahniah walaupun pada aku masih lemah. Tahun ini juga, Dain Said explore Bunohan dengan gayanya. Tahniah. Afdlin Shauki pula explore genre black komedinya dengan dua filem berbeza iaitu Berani Punya Budak dan Ponti vs. Omi. Muzikal pula diexplore Saw Teong Hin dengan Hoore Hoore! Cerita invisible man pula diexplore Hashim Rejab. Dan rempit + CGi diexplore Hantu Kapcai. Dan yang paling gempak dan berani adalah exploration terhadap penerimaan penonton terhadap filem science fiction. Mantera! Walaupun gagal, it still satu filem yang menjana perubahan.  Salute juga kepada waris si Haslam dengan exploration psiko thriller, SAM!

11. Orang kita suka komedi, seram dan sedih, bagi diorang gelak, terkejut atau menangis, duit bedesup masuk.
Itu yang menjadikan filem filem yang memerlukan penonton berfikir dan diam tanpa reaksi tidak mendapat sambutan. Kasihan Bunohan tidak dihargai penonton Malaysia. Yang dihargai orang kita hanyalah filem filem dengan wajah wajah yang kononnya mampu buat mereka rasa kelakar, sedih dan terkejut. Penonton minta cerita berubah, tetapi penontonan kita tak nak berubah, macam mana tu?

12. Hantu masih lagi seronok menjadi selebriti.
Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Air, Hantu Gangster, Hantu Kapcai antaranya. Nampaknya penerbit menerbitkan filem seram dengan tajuk bermula dengan perkataan hantu untuk menarik penonton. Hanya satu saja filem hantu yang tidak menggunakan tajuk hantu pada tahun 2012, iaitu Sesuatu yang Tertinggal. Aku teringin juga nak mendengar tajuk tajuk pelik yang lebih umph! Try to be different!

Itu saja 12 perkara yang aku rasakan aku nampak pada tahun ini. Tahun 2013 kita akan ada pelbagai lagi exploration terhadap pelbagai idea. Jadi stay tune dengan Orang Perlis Menulis, tonton filem tempatan dan jangan lupa LIKE fanpage admin untuk ulasan filem terbaru. Jom!

p/s: analisa ini adalah pendapat peribadi dan tidak dipengaruhi mana mana pihak. TQ

Review: Strawberi Cinta

Masih idea idea biasa yang tak mampu untuk memberikan kepuasan. Strawberi Cinta yang pada aku, mungkin dibuat untuk menarik dan memancing penggemar filem filem Jepun mahupun siapa saja yang merasakan ada kelainan dalam file mini untuk menonton. Malangnya, pasti semua orang setuju jika ada yang mengatakan filem ini sebenarnya tidak sempurna dari pelbagai sudut. Strawberi selalunya sedap, tetapi cerita filem atas nama strawberi ini hambar. 

Lembab mungkin satu perkataan yang mungkin aku boleh katakan. Maaf aku cakap, kesemuanya nampak kosong dari awal hingga akhir. Tidak ada cerita yang khusus dan membolehkan aku menonton dan terus menonton hingga akhir. Segala ceritanya nampak kelam kabut sekejap ke sana sekejap ke sini macam tak ada arah tuju sehinggalah satu titik dimana cerita utamanya mahu diceritakan. 

Cerita utama filem ini tentang Ichigo yang nak cari ibunya yang terpisah disebabkan satu perkara silam. Dan what the.. ceritanya macam nak tak nak saja ditonjolkan. Sekejap tenggelam sekejap timbul. Keluar masuk begitu saja tanpa arah tuju. Malah, cerita cinta antara Ichigo dengan Hakimi nampaknya macam nak tak nak je diceritakan. Kesian sungguh dengan watak partner bisnes Hakimi lakonan Diana Amir yang macam tak ada apa apa. 

Overall, dari segi potitifnya, aku rasa Strawberi Cinta mencuba. Itu yang baiknya lah. Mana ada orang lain yang berani mempertaruhkan filem yang separuh filem menggunakan perbualan bahasa jepun dan juga mix up language. Memang tahniahlah kepada penulis penulis dialog yang bertungkus lumus menyiapkan segala galanya. Walaupun aku taklah faham bahasa Jepun, bahasanya menjadilah. Segala galanya perfecto! 

Positifnya lagi, unsur islami itu nampaknya satu keunikan walaupun aku rasakan unsur islami itu nampaknya hanyalah trend MIG untuk menarik penggemar penggemar filem Islami. Walaupun tak menjadi, bolehlah diberikan pujian. 

Namun, dari keseluruhan filem, aku rasakan negatifnya terlalu banyak. Pertamanya, cerita ini amatlah lembab macam kura kura. Terlalu banyak dialog dialog yang tak penting dan tak menunjukkan jalan cerita. Terlalu banyak sehinggakan tenggelamnya cerita pencarian ibu Ichigo yang sepatutnya lebih diberi penekanan berbanding cerita Ichigo dalam pakej percutiannya. Terlalu banyak lawak yang tak patut ada, dan ianya teruk sangat sangat. 

Malah, aku rasakan ending cerita ini, babak dimana ibu Ichigo jelaskan kenapa dia berpisah nampak macam bodoh je. Earthquake tahun bila? Itu tidak dijelaskan dengan baik. Or malas buat kajian nih? Amat amatlah pelik apabila Ichigo tetiba saja menangis di bahu ibunya tanpa apa apa sebab yang memulakan. Janggal. 

Selain itu, beberapa reaksi yang agak pelik nampaknya menjadikan beberapa scene filem ini nampak dikerjakan sambil lewa. Masa Ichigo dedahkan tujuannya datang ke Malaysia atas sebab dia nak cari ibunya, reaksi Hakimi tidak terkejut sikit pun. Boleh je terus dia masuk ke dalam cerita dengan sukarela. Malah, penjelasan bagaimana polis boleh jumpa ibu Ichigo di Kampung Pulai nampaknya tidak dijelaskan dengan baik. Yang peliknya, si penyiasat peribadi kata yang mak Ichigo ada kat Kedah. Mana satu nih? 

Lastly, dialog filem ini nampak goyah dan erk terlalu biasa untuk berada dalam standard filem. Aku mula sedar beberapa dialog ibu Hakimi nampak macam luar biasa kepelikannya pada sesetengah babak. Agak janggal. The rest oklah. 

Keseluruhan cerita ini sambil lewa. Mungkin faktor x yang menjadikan satu tarikan ialah persembahan Yana Samsuddin bertutur bahasa Jepun. Namun, kesemuanya dari segala faktor, amatlah tidak bagus untuk ditonton. Boleh buat korang tidur nyenyak, namun pastinya super fan Yana akan terus tersenyum melihat kecomelan Yana yang sempurna berpakaian ala ala anime. Pada aku, better jangan tonton. Tapi kalau nak tonton juga, silakan. 

2/5

Sunday, December 30, 2012

VFX Breakdown: The Avengers Final Battle


Eh, Black Widow dok bertenggek atas laki tu buat apa? Dia tengah buat apa tu? Takkanlah dia nak buang air besar kot? Hah, jangan risau. Black Widow tengah fokus berlakon tu. Cerita apa? The Avengers lah tajuknya. Mesti korang tak percaya kan? 

Jom, kita dengar penjelasan pembikinan babak aksi battle terakhir filem The Avengers dari Jason Smith dan David Meny, orang yang berada di sebalik pembikinan visual efek filem ini. Untuk pengetahuan, visual efek The Avengers dibikin oleh Industrial Light & Magic iaitu sebuah kompani CGI yang confom sudah dikenali oleh ramai penonton filem Hollywood. Jom tonton!



Jangan lupa tonton VFX Breakdown untuk filem filem berikut juga:
[Transformers 3] [POTC: On Stranger's Tide] [The Amazing Spiderman] [Transformers 2]
[Final Destination 5] [Ra.One] [Don 1 & 2] [Endhiran

Friday, December 28, 2012

Review: Upside Down

Untuk pengetahuan, filem ni masih belum ditayangkan di US. Ikut IMDB, US akan menayangkan filem ini pada March 2012. Malaysia bertuahlah sebab filem arahan Juan Diego Solanas dan ditulis oleh Santiago Amigorena dan pengarah ini juga sudah mula ditayangkan di pawagam semejak 27 Disember 2012. Filem ni mula ditayangkan bermula di Russia semejak Ogos 2012. Lakonan Kirsten Dunst yang kedua dalam filem pelik selepas Melancholia. Aku hanya mampu berkata wow kepada cetusan idea. 

Tak ada siapa mampu bayangkan bagaimana permainan gravity dapat dikaitkan dengan cinta epic. Kisah cinta yang aku sifatkan seperti cinta cinta merubah dunia seperti kisah epic Hindi nampaknya diadun dalam sebuah filem yang berlatar belakangkan sebuah dunia yang agak pelik dan tidak pernah wujud dalam fikiran manusia. Dan, aku rasakan ianya menakjubkan. Mengingatkan aku kepada idea The Invention of Lying suatu ketika dulu. 

Tabik kepada siapa saja yang berada dalam produksi ini, filem ini terbaik dari segi visual. Tidak ada yang hebat dari menyaksikan sebuah dunia dua planet yang berada berdekatan dan mempunyai sifat gravity masing masing yang menghalang dua dunia dari bergabung. Ianya sungguh unik dan sungguh menakjubkan. Kesemuanya sempurna dari segi setting juga visual yang agak hebat. 

Walaupun visual efek amatlah menarik, dan dengan gaya penceritaan yang simple dan juga biasa, Upside Down tetap tidak mengecewakan. Kisahnya simple. Kisah dua orang manusia yang saling bercinta, namun dihalang oleh gravity yang saling memisahkan antara dua dunia. Paparan dalam filem ini diteruskan dengan halangan halangan Adam dalam cuba mendapatkan Eden yang sudah hilang ingatan disebabkan satu kemalangan lampau. 

Mungkin si peminat romantika sci-fi melodrama sebegini akan terus berkata, sweeeet sangat. Ya, aku pun begitu. Walaupun dunia filem ini tidak pernah wujud, ianya masih boleh diterima akal. Penjelasan setiap hukum alam dua planet menyebabkan penonton boleh masuk ke dalam dunia planet yang agak pelik ini. 

Muzik nukilan Benoit Charest banyak membantu melodrama dalam filem ini. Dari aspek lakonan pula, Jim Sturgess nampaknya memanglah charming giler. Sungguh kau akan disukai ramai aweks di luar sana. Tetapi pada akulah, watak si Bob nampaknya berjaya mencuri perhatian aku selain Jim Sturgess sendiri. 

Tak ada apa yang mampu nak dikata. Walaupun ceritanya amatlah biasa dan tipikal, namun pengalaman yang menarik memang akan datang disebabkan settingnya yang agak luar biasa. Idea dua planet yang saling berada berdekatan, dan gravity yang menghalang seolah olah memberi nafas baru kepada watak antagonis dalam sebuah filem cinta. Perfect! Fresh! 

Oh ya, mungkin satu perkara negatif tentang filem ini ialah disebabkan dunia fiksyen ini terlalu luas penciptaannya, ending filem ini nampak macam ergh, mengejutkan dan menentang hukum alam yang dijelaskan pada awal filem. Iyalah, pasti ada satu dua elemen yang agak tak logik dalam unlogikalnya.  Paling tak dapat diterima akal adalah Eden dapat live with Adam sebab anak yang dia kandung tu anak Adam. Erk, aku macam tak dapat nak hadam idea nih. Namun, aku tak kisahlah, asalkan dua pasangan ni bertemu dan hidup bahagia sudahlah. Haha.. 

Upside Down memang tidak mengecewakan. Percayalah, minah minah yang hati rapuh conform akan menangis apabila melihat kegigihan Adam dalam usahanya untuk cuba dapatkan Eden. Laki pon confom akan terbuai dengan cerita ni. Tak kira siapa siapa pun, jua pasti akan terpukau dengan visual yang memang ‘upside down’ giler babas. Upside Down memang sebuah pengalaman melodrama sci fi yang berbaloi untuk ditonton! 

4/5

Senarai Telefon Pintar Untuk Rebat RM200!


Menurut pihak SKMM, berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu. 

Berikut merupakan senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan menggunakan rebat RM200 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua belia di Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun bermula Januari 2013.

Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my (alamat baru di sini: https://komunikasibelia.skmm.gov.my//) mulai selasa minggu depan. Perlu diingat skim ini adalah siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar selagi stok masih ada. Model-model Smartphones yang terpilih:-


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
 20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V79


senarai telefon adalah seperti yang tertera di sini. Senarai telefon pintar lain akan diupdate dari semasa ke semasa oleh pembekal.

Baca ni:
BERITA BARU!!!: Tiada had harga untuk smartphone untuk program rebat! - KJ & Rais di Twitter

bBaca ni juga: Semakan permohonan BR1M 2.0

Thursday, December 27, 2012

Review: CZ12

Filem aksi terakhir yang dilakonkan Jackie Chan ini nampaknya tidak seperti filem filemnya dahulu. Seperti usianya yang sudah makin lama makin tua, dia nampaknya nampak seperti cuba untuk membuaskan penontonnya, juga para peminatnya dengan apa yang dia mampu lakukan. CZ12, sebuah filem aksi yang ditunggu tunggu nampaknya mungkin mampu memberikan adventure dan komedi gaya Chan, namun, pada aku, ianya tak mungkin dapat menandingi filem klasiknya dahulu. 

Dengan sekuel kepada siri Armor of God yang popular suatu ketika dahulu (aku amat suka ending Armor of God II), CZ 12 nampaknya hanya sebuah filem aksi Jackie Chan yang simple dan biasa. Aku nampak dalam filem ini, plotnya nampak simple saja. Dan jika anda perasan, CZ12 nampaknya mengikut format Armor of God, sebab ini dikhabarkan juga dikenali sebagai Amor of God 3.

But, overall aku rasakan filem ini macam biasalah. Seperti mana korang tengok Jackie Chan dahulu, macam itulah juga Jackie Chan sekarang. Cuma, apa yang mungkin lebih hebat dalam CZ12 adalah teknologi yang digunakan dalam filem ini yang lebih advance berbanding filem filem yang dia lakonkan pada 90an terdahulu.  

Dalam filem ini, Jackie Chan nampaknya cuba menggunakan sehabis mungkin teknologi untuk membantu kekuatan cerita ini. Hasilnya, wujud scenario scenario yang hebat seperti adegan kapal yang tersepit di celah batu, juga adegan kejar mengejar yang agak cun dan juga adegan akhir yang nampak agak hebat walaupun rasanya dah beberapa kali dipaparkan dalam filem Hollywood. 

Arahan Jackie Chan nampaknya still membawakan komedi slapstiknya yang memang hebat. Dia tahu dimana komedi patut diletak, dia tahu apa yang mampu buat penonton gelak. Dan kesemuanya diadun sempurna. Walaupun begitu, dengan peredaran masa, kualiti syot syot nampak macam 90 an punya movie. Malah, suntingan juga nampaknya masih mengambil gaya biasa filem filem Jackie Chan yang 90 an punya.

Apa yang paling menarik di sini ialah filem ini nampaknya menggambarkan satu dunia. Menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina dalam kuantiti yang hampir sama banyak, filem ini juga mungkin dibina sebagai tribute kepada peminat dari seluruh dunia. Lihat saja bahasa Thai, bahasa Perancis, Hindi dan juga beberapa bahasa lain yang diselitkan dalam filem ini. Nampak menarik. 

Namun, beberapa aspek nampaknya aku rasakan agak mengecewakan. Satunya, watak Jackie Chan dan kumpulannya nampak tidak saling berhubung dengan baik antara satu sama lain. Aku hanya nampak Jackie Chan dan dirinya dan bukannya kumpulannya yang banyak membantu perjalanan misinya. Tidak ada emosi antara mereka dan tidak ada perkara yang membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat dalam kerjasama. 

Keduanya, ceritanya nampak menyelitkan komedi aksi, tetapi pada akhir filem, Jackie Chan cuba untuk menyelitkan emosi kepada penonton untuk bersimpati dengan usahanya menyelamatkan patung tu. Namun, disebabkan tak ada event event yang mungkin boleh mewujudkan emosi itu, adegan Jackie Chan yang kepalanya terhantuk batu itu kosong, walaupun ianya cuba memaksa penonton untuk bersedih. 

CZ12 bukanlah sempurna. Namun, sebagai tribute, ianya masih boleh dinikmati. Mungkin akan ada yang kecewa kerana Jackie Chan hanya bertarung dalam satu fighting scene sahaja. Yang selebihnya, hanyalah babak babak aksi yang tidak membawa koreografi aksi tetapi lebih kepada kejar mengejar biasa. Ada beberapa aksi lain yang dibawa oleh pelakon pelakon lain dan bukannya Jackie. Hampa kan? Tetapi sekurang kurangnya, Jackie dah beraksi untuk satu fighting scene pun dah ok. 

4/5

MTV - Apo Kono Eh Jang! Versi Parody!


Apo Kono Eh Jang parody?? Aku rasa video dia agak gempak dari video muzik asal. Diterbitkan dan dilakonkan oleh mamat mamat di Digitek.my, jom layan parodi video klip ini.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...