Akan Datang!

Sunday, October 28, 2012

Review: Hantu Kapcai

Mungkin ramai yang beranggapan Hantu Kapcai adalah filem rempit yang paling mengarut pernah dibikin pembikin filem Malaysia. Aku setuju! Tetapi dalam sebuah karya, benda mengarut kadangkala menunjukkan perlambangan yang filem ini sebenarnya cuba meminjam landasan filem barat untuk diisi dalam filem ini. Bukanlah aku membela adegan adegan tak masuk akal cerita ini , cuma aku rasakan Hantu Kapcai sebuah hiburan yang cuba menyatakan ‘aku tak nak jadi filem rempit biasa, aku nak jadi luar biasa’. 

Syukur tak ada pula isu timbul pasal scene Ajib yang berada di atas awan bersama bapak dia. Walaupun ada penonton yang terus menangkap ianya bayangan alam barzakh, ianya tidak pernah dinyatakan sedikit pun, sekaligus meninggalkan kepada orang dewasa untuk fikir sendri menjelaskan sendiri kepada anak anaknya yang bertanya. Hal ini ingatkan aku kepada Bruce Almighty.

Hilarious. Itu boleh aku katakan dengan komedi filem ini. Dibandingkan dengan filem genre rempit seangkatan, aku rasakan Hantu Kapcai adalah filem rempit yang digarap dengan keunikan dan jugak lawak yang bersahaja. Bukan tabik kepada Zizan, sepatutnya skrip itu sendiri sesuatu yang well done! Garapannya tenang. Satu persatu komedinya dilancarkan perlahan lahan pada kata kata bual yang agak kuat sindiran tetapi masih memberi ruang untuk ketawa. 

Mesej filem ini pun agak lain dari pada yang lain. Jadi rasanya tak hairanlah filem ini nampu menyerlah di panggung. Karakter Ibrahim yang mana dah insaf buat jahat tetiba boleh nampak hantu Ajib nampaknya membawa mesej tersirat. Perasan atau tidak, perkataan Imam Muda disebut beberapa kali dalam filem ini? Adakah tersiratnya skrip ini mahu menyatakan imam yang lahir dari rancangan tv itu hanya sekadar rupa saja? Atau adakah ianya satu rujukan kepada kolaborasi KRU dengan Astro untuk lagu tema program realiti tersebut? 

Sebenarnya, apa yang menjadi fokus cerita ini bukanlah Zizan sebagai Ajib. Sebenarnya yang jelas, Akim itu, walaupun karakternya hanya dipaparkan berlatarkan dendam atas kematian Ajib, watak Akim itu sebenarnya perlambangan tentang kasih sayang, semangat dan usaha yang bolehkan setiap insan berjaya. Ingat tak bagaimana Akim boleh berjaya menang race walaupun Ajib tak bantu dia pada perlawanan akhir? Ianya cerita tentang perubahan. Dari mamat k-pop kepada racer secara tersurat, dan tersiratnya fikir2kanlah sendiri.


Menyukai visual efek yang memang memberikan kepuasan yang tidak pernah dinikmati dalam filem filem rempit lain. Visual efek Ajib jatuh motor yang agak wow, serta wajah harimau kat muka Tiger nampak hebat. Malah visual enjin motor digarap hampir sempurna seperti filem Fast n Furious. Ternyata teknologi visual dalam filem ini sesuatu yang wajar dipuji. Memang kapcai bukan sebarang kapcailah, kapcai datang dari KRU punya studio! 

Aku suka plotnya. Tenang saja dan tidak tergesa gesa. Rujuk filem rempit lain yang banyak menggunakan kata kata kesat dan samseng, filem ini nampaknya tidak mengambil idea yang sama. Dua pihak, masyarakat dan mat rempit diimbangkan dan menjadikan plot ini tidak sepenuhnya menyatakan mat rempit tu jahat sebaliknya merempit dengan cara yang betul boleh menjadi aktiviti riadah yang baik kalau merujuk kepada Karnival Kapcai yang dianjurkan dalam filem ni. 

Racing filem ini agak diatur dengan strategi berbeza. Kalau filem rempit lain aku slalu tgk mat rempit akan menunggang motor atas pelantar khas untuk close-up syot, filem ini menggunakan visual efek untuk menggantikan kaedah tersebut. Walaupun sesetengah babak racing, kita akan sedar yang background tu sebenarnya hanyalah visual efek, tetapi mix up yang agak baik menjadikan ianya satu olahan baru yang nampak klasik gitu. Erti kata lain, unik! 

Yang aku tak berapa nak suka, aku tertanya tanya tak ada ke nama lain selain Tiger untuk diberikan kepada watak Remy Ishak. Bukan apa, nama Tiger ni nampak macam familiar dengan Zizan. Kenapa? Ingat lagi Mael Lambong? Watak jahatnya juga bernama Tiger. Aku macam muak kot bila nama Tiger muncul dalam filem ni. Tetapi, positifnya, mungkin ianya sebagai menumpang tuah filem box office Ahmad Idham tersbut jugak. Mungkin juga, ianya sebagai penghormatan kepada filem Zizan yang box office tersebut.

Rasa agak lega apabila filem ini tidak menerima nasib yang sama seperti Bruce Almighty. Penapisan yang nampaknya sudah longgar dan mula menerima segala idea selagi tidak bersentuhan dengan sensitiviti sudah pun bermula. Hantu Kapcai bukan saja filem pertama menampilkan hantu sebagai manusia, Hantu Gangster pun sama jer konsepnya. Filem filem sebegini nampaknya petanda angin baru dalam industri filem kita. Keep up buat filem kreatif!

Hilarious, bermesej, lain dari yang lain, efek best, plot teratur, cerita tenang.. dalam kategori filem rempit, filem ni sempurna! Hantu Kapcai memang filem rempit yang membuang acuan budaya kita dan meminjam idealism Barat dalam penceritaan. Agak pelik, tetapi menjadi pada aku walaupun tak semua boleh terima adegan akhir filem ni. Walaupun yea, idea roh kembali tu agak karut dan sukar diterima akal, kita kena lihat yang filem ini bukan sekadar tahyul semata mata. Hantu Kapcai memang memecah tradisi filem rempitlah walaupun aku rasa Remy Ishak dan Zizan biasa biasa jer dalam filem ni. Cantik juga yer Neelofa bertudung. 

4/5

Saturday, October 27, 2012

Apa Sebenarnya Terjadi Pada 23, 24 & 25 Disember 2012?

Berikutan dari apa yang telah dijelaskan di entry BUMI BERGELAP 23, 24 & 25 Disember, Hoax Lagi!!, aku nak tunjuk apa yang sebenarnya bakal berlaku pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Maklumat ini boleh korang dapati dari website heaven-above.com, sebuah laman web yang memaparkan kedudukan planet planet serta data data astronomi secara percuma. 

 23 hb Disember 2012

  24 hb Disember 2012

 25 hb Disember 2012

Bukti ini mengukuhkan lagi kenyataan bahawa tiada apa apa yang bakal terjadi pada tanggal tersebut. Kedudukan bumi pada tarikh tersebut boleh dilihat di dalam kotak kecil di kiri rajah. Jadi, apa lagi, renung renungkan dan selamat beramal. Tak perlu takut dengan kejadian tuhan, sebaliknya takutlah dengan amal kita sendiri. Entah cukup ke tidak nak hadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. 

Review: Aji Noh Motor

Apa akan jadi bila dua adik beradik dari latar belakang berbeza, berada dalam satu filem? Maka jadilah Aji Noh Motor. Cerita si abang yang berusaha untuk buat apa saja untuk tunaikan hadiah hari jadinya ini memang diadun sempurna walaupun aku masih katakana MIG masih mengekalkan trademarknya yang tersendiri dalam setiap inci filem. Aji Noh Motor bukan sebuah komedi ringan yang kosong. Walaupun rempit, agama jangan lupa. 

Pada aku, filem ini cukup baik adunannya. Dari pengarah yang agak baru dalam dunia pengarahan, filem ini nampak lekat dengan aura aura filem X Janda Jandaku Gangster yang mana bergerak menggunakan lawak lawak slapstik dan juga sindiran dan kritikan masyarakat. Sedar tak sedar, Aji Noh Motor bercakap tentang pelbagai inci yang berkaitan dengan haji itu sendiri. Paling jelas ialah sifat sifat karakternya dalam usaha untuk melakukan haji. 

Mengekalkan rempit sebagai satu cabang untuk membawa karakter utama filem ini, Aji Noh Motor memanglah bukan bercerita tentang rempit sangat. Lebih memfokus kepada hubungan adik abang dan persahabatan, Aji Noh Motor sebuah drama yang seperti aku kata tadi, amat teratur susunannya dan tidaklah terlalu nak cepat habis walaupun aku rasa seperti itu pada awal filem. Nasib baik filem itu mula bergerak dengan tenang di tengah tengah. 

Menyukai lakonan Alex Yanz yang amatlah menarik untuk dilihat. Persembahan komedinya menjadi ditambah lagi dengan skrip yang memukau dan memang kelakar. Alex Yanz memberikan persembahan yang sewajarnya sebagai abang yang merempit tetapi masih ada sifat kasih sayang sebagai seorang abang. Zalif Sidek pun tak kurang hebatnya. Persembahan Wawa Zainal cute sangat walaupun wataknya taklah penting mana. 

Macam biasalah, seperti filem filem MIG lain, filem ini pun terisi dengan pelbagai karakter yang muncul tiba tiba tanpa penjelasan. Itu normallah, rasanya filem MIG dulu dulu pun macam ni lah jugak. Tetapi, disebabkan karakter karakter tersebut nampaknya membantu dalam membentuk plot dari masa ke masa, rasanya wajarlah skrip ini dipuji. Walaupun begitu, ada juga beberapa bahagian cerita yang aku rasa tidak perlu dan hanya dibikin untuk menambah lemak cerita. Nasib baik cerita ini tak lebih lemak. 

Cerita anak kepada Datuk Elaikun yang hilang sebenarnya sia sia. Tak ada yang boleh diungkap dari cerita itu pun. Mencari apa motif subplot tu dibawa. Sekadar nak meramaikan adegan akhir filem ini? Pada aku, kalau dibuang subplot tu lagi elok kot. Lagipun motif anak dia diculik pun seperti samar samar. Malah, apa yang tak bleh blah adalah adegan Don yang ditangkap di pesta muda mudi RELA, yang mana macam mengarut terlebih. 


Pesta muda mudi RELA, yang mana digambarkan sebagai acara Majlis Penutup Kursus Tamat Latihan Kepimpinan Rela 1 Zon Tengah macam mengarut dan ish… nak cakap macamna ek? Pada aku, aku rasa gambaran pesta muda mudi itu macam menunjukkan bukan reality RELA sebenarnya. Tak seperti apa yang ditonjolkan dalam Senario: Ops Pocot. Adakah cerita ini mahu gambarkan yang anggota RELA suka berpesta? 

Apapun, sebalik tersirat ini, sebenarnya mungkin skrip ini cuba untuk bertindak sbg reference kepada filem filem yang menggunakan RELA seperti X: JANDA JANDAKU GANGSTER (salah seorang ex-husband Alisa) dan juga SENARIO OPS POCOT (cerita pasal anggota RELA). Reference sebegini nampaknya sudah mula diisi dalam filem filem MIG kalau anda sedar. Jika anda sedar, Tumulak muncul dalam BINI BINIKU GANGSTER sebagai rujukan kepada filem box office KONGSI walaupun wataknya tak ada apa apa kaitan pun dengan cerita tersebut. 

Kembali kepada Aji Noh Motor, kata terakhir yang aku mampu kata, yea.. you should watch it kalau anda minat komedi drama. Nafasnya yang tenang, dengan lakonan Alex Yanz yang agak hebat serta garapan komedinya yang amat cute (bukan sebab Wawa Zainal je tau!) memang membuatkan Aji Noh Motor nampak jelas nasihatnya di sebalik komedi yang disampaikan. Apapun, setiap manusia ada penilaiannya yang tersendiri. Semuanya terserah kepada korang. 

4/5

Thursday, October 25, 2012

Review: Sofazr The Movie - Jiwa Kacau

Filem arahan pertama Tauke Jambu dan Isma AF ni gamaknya boleh tahan jugaklah komedinya. Sofarz Jiwa Kacau memberikan adegan adegan yang nak kata lawak sangat tu taklah. Tetapi, boleh jugalah buat korang tersenyum sampai nampak gigi. Filem yang simple dan tidak perlu banya berfikir. Tauke nampaknya mahu menerapkan komedi semaksimum mungkin dalam filem ini. Mungkin dia mahu menjiwa kacaukan penonton dengan karakter karakter yang kebanyakannya jiwa kacau juga. 

Sebenarnya, filem ini ada kekuatan dan kelemahan. Nak cakap filem ini teruk, tidaklah teruk. Malah, ianya agak baik dari beberapa sudut. Firstly, aku rasakan komedinya terserlah. Itu saja yang aku nampak sepanjang filem ini. Usaha Tauke yang menjadi co-writer dan juga co-director bersama Isma AF untuk filem ini cuba untuk bermain dengan gaya Jambunya dan juga trademark dirinya. Dan tak sia sia, lawaknya memang menjadi dengan gandingan pelakon pelakon yang agak evergreen yang disatukan dalam filem ini. 

Dengan barisan pelakon dan pelawak handal yang diundang, Jiwa Kacau adalah reunion barisan pelawak yang memang ‘jiwa kacau’. Penampilan Herman Tino, Yassin, Hamid Gurkha, Hamdan, Ilya, Apek dan ramai lagi memang menjadi. Malangnya, reunion ini sebenarnya tanpa sedar sudah menjauhkan Sofarz The Movie: Jiwa Kacau dari motif utamanya. Apa yang cuba nak disampaikan makin lama makin tenggelam dalam barisan pelawak pelawak yang lain. 

Sepertimana yang kita tahu, Jiwa Kacau sebenarnya adalah sebuah kisah tentang Sofarz sendiri. Walaupun kisah itu bukanlah reality, namun kita kena tau ianya berfokus kepada Sofarz. Bukannya kisah ini tak menarik. Cuma aku rasakan yang ideanya dah lari jauh dari tajuk dan menyimpang dari matlamat asal. Perasan atau tidak, kumpulan Sofarz hanya dilayan di awal filem dan juga akhir filem. Pertengahan filem yang menyaksikan reunion pelawak ini jarang membawa Sofarz ke depan menceritakan ceritanya. 

Jadi, persoalannya di sini, adakah sebenarnya Tauke sudah menjadi tamak? Rasanya tak kot. Ehe. Rekaan idea dan babak dalam filem ini aku salute. Tetapi, penceritaan dan plotnya tersangatlah lemah dan tidak ada motif. Berlegar legar di sepanjang cerita yang tidak tahu arah tuju kemudian balik ke pangkal jalan yang entah apa apa. Plot pun dah jiwa kacau. Sudahlah Sofarz sendiri dilayan seperti pelakon ekstra di pertengahan filem, plot pula menyimpang. 


Sepatutnya cerita Sofarz ini lebih menekankan usaha usaha Wangi ataupun Zack dalam usaha membawa kembali kumpulan Sofarz yang dah hilang ingatan. Yang amat memelikkan, Wangi dan Zack hilang di tengah filem. Padahal, mereka inilah yang sepatutnya menjadi landasan untuk membawa kembali Sofarz keluar dari rumah orang gila. Kesian sungguh. Mungkin masa skrip ditulis, Tauke nampaknya terlalu excited untuk memberikan lawaknya sehingga lupa keperluan plot dan tajuk asal. 

Disebabkan filem ini sudah ditenggelamkan oleh lakonan pelakon yang hanya dikreditkan sebagai pelakon undangan, maka sedar atau tidak, kita bukanlah menyaksikan Sofarz the movie.Sebaliknya, kita hanya menyaksikan Sofarz di dalam movie sahaja. Bukan apa, sepatutnya jika ianya Sofarz the movie, Sofarz itulah yang menjadi plot utama sebab filem ini adalah filem mereka. 

Walaupun jujurnya korang boleh gelak habis dengan komedi Tauke Jambu ditambah dengan lakonan dan dialog yang agak melucukan, filem ini amatlah lemah pada binaan plot. Sofarz ditenggelamkan tanpa sedar. Maka, takhta filem ini yang sepatutnya menjadi milik Sofarz sudah dirampas oleh pelakon pelakon komedi yang professional. Maaf aku cakap, sebab gaya slow motion yang agak hebat dan awesome tu cukup menjadi, aku simpulkan yang Tauke dan Isma ada bakat di bahagian pengarahan, tetapi rekaan plot nampaknya, need improvement lah.

3/5

Monday, October 22, 2012

Trivia: 12 Perkara Tentang Yash Chopra (1932-2012)

Pengarah filem veteran Bollywood, Yash Chopra yang terkenal dengan filem arahannya iaitu Dil To Pagal Hai meninggal dunia pada 21 Oktober 2012 (Ahad) akibat demam denggi. Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober lalu. Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi. September lalu dalam satu temu bual bersama aktor Shah Rukh Khan, Chopra memberitahu filem Jab Tak Hai Jaan akan menjadi karya terakhir arahannya kerana ingin menumpukan kepada kehidupan peribadi.

Bagi yang tidak mengenali siapa Yash Chopra dan sejarah hidupnya, admin sediakan beberapa fakta insan yang berada di belakang tabir filem filem besar Bollywood ini. 


1. Beliau lahir pada 27 September 1932, di Lahore dan berasal dari keluarga Punjabi.

2. Berkahwin dengan Pamela Singh pada 1970. Hasil daripada perkahwinan itu, lahirlah Aditya dan Uday yang mana mengikut jejak bapanya. Aditya Chopra kini adalah pengarah dan penerbit di syarikat bapanya manakala Uday pula bermula dengan menjadi orang belakang tabir sebelum berlakon buat pertama kalinya dalam Mohabbatein.

3. Kerjayanya bermula sebagai pembantu pengarah kepada I.S. Johar dan abangnya, B.R. Chopra. Filem arahannya yang pertama ialah Dhool Ka Phool (1959), kemudiannya diikuti oleh Dharmputra (1961).

4. Yash Raj Films, syarikat filem miliknya bermula pada 1973. Filem pertama terbitan syarikat itu ialah Daag: A Poem Of Love (1973). Kejayaan tersebut kemudian diikuti oleh filem aksi thriller lakonan Amitabh Bachchan bertajuk Deewar (1975), kemudian Kabhi Kabhie (1976) dan Trishul (1978) menyusul.

5. Beliau telah terlibat dalam industry Bollywood selama 5 dekad dan terlibat dalam lebih kurang 50 buah filem. Pernah memenangi beberapa anugerah termasuk enam Anugerah Filem Nasional dan sebelas anugerah Filmfare termasuk empat kali untuk Pengarah Terbaik bagi Anugerah Filmfare.

6. Kerajaan India telah memberikan Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2001 dan pingat Padma Bhushan pada tahun 2005 kerana sumbangannya dalam bidang perfileman India.

7. Filem terakhirnya ialah Jab Tak Hai Jaan yang menggandingkan Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif. Bakal ditayangkan pada November 2012 sempena Deepavali.

8. Filem Dil To Pagal Hai menjadi salah satu filem paling sukses yang pernah diarahkannya. Dibintangi Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan juga Karisma Kapoor. Filem ini adalah filem pertama yang menjalani penggambaran di Germani. Dil To Pagal Hai menang tujuh Anugerah Filemfare termasuk Filem Terbaik dan Anugerah Nasional dan dikenali sebagai filem yang menghiburkan dan antara filem yang diingati peminat filem hindi selamanya.

9. Veer Zaara menjadi filem arahannya yang paling laris pada tahun 2004. Filem ini dibintangi Shah Rukh Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee.

10. Dalam satu temubual pada September 2012, sempena sambutan harijadi Chopra ke 80 tahun, beliau mengumumkan yang Jab Tak Hai Jaan adalah filemnya yang terakhir. Dia berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat filemnya.

11. Senarai filem yang diterbitkan Yash Chopra adalah seperti berikut:

Daag (1973), Kabhi Kabhie (1976), Doosra Aadmi (1977), Trishul (1978), Noorie (1979), Kaala Pathar (1979), Silsila (1981), Nakhuda (1981), Sawaal (1982), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Daar (1993), Aaina (1993), Yeh Dillagi (1994), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Humko Ishq Ne Mara (1997), Dil To Pagal Hai (1997), Mohabbatein (2000), Mujhse Dosti Karoge! (2002), Mere Yaar Ki Shaadi Hai (2002), Saathiya (2002), Hum Tum (2004), Dhoom (2004), Veer Zaara (2004), Bunty Aur Babli (2005), Salam Namaste (2005), Neal N Nikki (2005), Fanaa (2006), Dhoom 2 (2006), Kabul Express (2006), Ta Ra Rum Pum (2007), Jhoom Barabar Jhoom (2007), Chak De India (2007), Laana Chunari Mein Daag (2007), Aaja Nachle (2007), Tashan (2008), Thoda Pyaar Thoda Magic(2008), Bachna Ae Haseeno (2008), Roadside Romeo (2008), Rab Ne Bana Di Jodi (2008), New York(2009), Dil Bole Hadippa (2009), Rocket Singh: Salesman of the Year (2009), Pyaar Impossible(2010), Band Baaja Baaraat (2010), Mujhse Fraaandship Karoge (2011), Mere Brother Ki Dulhan (2011), Ladies vs Ricky Bahl (2011), Ishaqzaade(2012), Ek Tha Tiger(2012) 

12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: 

Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012) 12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012)

(sumber: Wiki)

Sunday, October 21, 2012

Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember? Hoax Lagi!!


Selepas rumor yang mengatakan akan terjadi sesuatu pada tanggal 15 Ramadhan 1433, yang mana sudah berlalu tanpa apa apa kejadian pun, kini satu lagi khabar angin disebarkan menerusi blog blog. Apa yang dinyatakan adalah kononnya pada 23, 24 dan 25 Disember tahun ini (2012), dunia akan berada dalam kegelapan dan tidak akan terjadi kiamat. Blogger tersebut (antaranya ialah iniiniini ramai lagi ), yang mana mula membawa cerita ini dalam versi bahasa melayu menyatakan ianya adalah kiamat kecil yang bakal berlaku.

Antara kebenaran, betul atau tidak, atau ianya sekali lagi adalah kenyataan orang yang berlagak menggunakan nama NASA padahal NASA tidak pernah keluarkan apa apa kenyataan, semuanya terjawab di sini. Semasa admin mencari tentang kebenaran hal ini, admin terjumpa dengan sebuah forum. Dengan menggunakan tajuk NASA Predicts Total Blackout in December 2012, adalah jawapan kepada semua persoalan ini.  Anda boleh klik sini untuk membaca perbincangan di sini.

Dalam artikel asal, yang mana berbahasa Inggeris, ianya berbunyi begini.

Versi 1
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talkabout preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December.

Versi 2

NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.
Kemudian, seseorang yang memulakan viral ini telah menterjemahkan perkara yang diSHARE di Facebook ini ke dalam bahasa Melayu. Maka, terjadilah adegan salin menyalin dari blogger ke blogger. Dan, sekaligus, ianya membuatkan seluruh orang Islam berada dalam ketakutan. 

Versi bahasa melayu:


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…Assalamualaikum…


Berbalik kepada analisa di laman forum yang boleh diklik di atas, ternyata kebenaran mesej ini adalah satu penipuan. Malah, total blackout (kegelapan), alignment of the universe (penjajaran alam semesta), malah bercakap pasal dimensi 3 ke 0 kemudian ke 4 semuanya tak ada makna apa. Semuanya tak masuk akal dan bukan saintifik. Ianya sains fiksyen sahaja yang tidak wujud dalam realiti.

Kalau anda tak percaya, sekali lagi admin minta korang klik je link ni. Untuk penerangan apa yang sebenarnya terjadi pada tanggal 23, 24 dan 25 Disember tersebut, blogger Indonesia ini ada jawapannya. Klik sini untuk baca penjelasan yang lebih terperinci. Untuk mengetahui kedudukan planet planet pada tarikh tersebut, klik sini.

(18+) Video Iklan Toyota Dengan Penampilan 'Wanita' Tanpa Baju!

Bagi mempromosikan kemunculan model baru Toyota Auris, Toyota telah memberikan satu kejutan dengan video iklan dengan penampilan seorang 'wanita' dalam iklan tersebut. Iklan 30 saat tersebut bermula dengan seorang 'wanita' yang memakai jaket berjalan menuju ke arah kereta tersebut sambil menanggalkan jaketnya hingga dia tidak pakai apa apa kecuali seluar dalamnya. Dan, kejutan pun terdedah. Anda akan tahu kenapa perkataan wanita di tajuk ditulis 'wanita'.


Apapun, layan. Dan anda akan faham apa sebenarnya iklan ini cuba sampaikan. Ingat, ini bukan iklan gadis atau wanita bogel. Ini iklan kereta keluaran Toyota, Auris. Mesejnya, jangan percaya pada apa yang mata lihat, ianya mungkin bukan yang anda fikirkan. 


Selepas tonton video di atas, jangan lupa risik risik video The Making of - Toyota Auris Promo kat sini. Ingat, mata boleh mengaburkan pemikiran. Oh ya, untuk lebih maklumat lanjut tentang Toyota Auris yang sudah dipamerkan di Paris Motor Show pada September lalu, boleh baca tentang spesifikasi kereta ini di sini

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...