Akan Datang!

Saturday, July 21, 2012

Review: Mael Lambong

Ternyata filem yang diminta peminat hasil kemeletupannya semasa satu pertandingan mencari raja komedi di Astro suatu ketika dulu ini tidak menghampakan. Ahmad Idham yang sudah nampak kuasa Mael Lambong ini mengambil tindakan bijak dalam menjadikan impian penonton satu kenyataan. Mael Lambong sebuah filem komedi slapstik yang agak banyak menampilkan lawak gaya Zizan Razak yang terlalu banyak tetapi tidak melebih lebih. 


Nah, inilah dia, sebuah kisah tentang seorang penarik kereta professional hasil imaginasi Zizan Razak sendiri yang diwarnai kisah yang melucukan dan menghiburkan. Mael Lambong memang sebuah komedi biasa untuk orang Malaysia, yang mana lawaknya mungkin membuatkan penonton Melayu pastinya bergelak ketawa. Iya, memang kalau dihantar ke luar negara, filem ni memang sampah. Tetapi, sekurang kurangnya, bila filem ni berjaya mencuit hati orang kita, itu dah kira ok lah tu. 
Melihat gaya persembahan Zizan Razak dalam Uncle Usin, ternyata aku merasakan kualiti Zizan Razak dalam mempersembahkan komedinya sudah berakhir. Melihat kepada Mael Lambong ini, ternyata komedi Zizan Razak dalam Uncle Usin sebenarnya diselubungi skrip yang teruk dan juga angan angan perasan popular si pengarah yang nak balun kesemua. Oleh itu, Mael Lambong adalah kebangkitan ZIzan Razak yang teraniaya, dengan Baik Giler! dan juga Uncle Usin. 

Di bawah arahan Ahmad Idham, Mael Lambong ada premis cerita yang biasa pada awalnya. Pada mulanya, aku sudah mula rasakan kelainan filem ini dengan intronya yang ceria. Dengan beberapa rentetan siri Mael Lambong menarik kereta yang tak bayar hutang dengan pelbagai gaya sudah cukup untuk meletakkan komedi Zizan atas pasakan yang betul. 


Malah, kejutan dan pusingan cerita yang agak bijak dan juga mempermainkan penonton di tengah cerita juga cukup untuk membuatkan penonton terlibat sama dalam meneka siapa sebenarnya Maria. Walaupun penampilan Sabri Yunus dan Shuid Sepah sedikit, lakonan mereka tidak mengecewakan. Gaya Men In Black yang memberikan kesegaran dalam liputan kisah Mael Lambong agak menarik. 

Keseluruhannya, aku lihat Ahmad Idham nampaknya membawa pengaruh komedi yang bukan biasa. Ceritanya tidak lurus selurusnya. Dengan aksi aksi lasak yang dikoreograf bagi nampak seperti sebuah filem antarabangsa walaupun tak berapa nak menjadi, Mael Lambong boleh lah dikatakan filem komedi bermaruah. Mungkin cadangan aku di sini buat pembuat filem melayu, kalau aksi aksi lasak tu, kurangkanlah guna slow motion yang murahan tu. Malulah! 

Lakonan Zizan Razak tidak perlu dipertikaikan lagi. Dengan gandingan Juliana Evans di sisi sebagai Maria serta Sallehuddin Abu Bakar sebagai Tiger dan Shenthy Feliziana sebagai Rozie, gandingan yang cliché tetapi bolehlah. Biasalah kan, filem kita. Cuma aku rasakan penampilan Sallehuddin Abu Bakar sebagai Tiger lebih baik nampaknya berbanding Jangan Pandang Pandang, itu saja. Shenty Feliziana nampaknya kurang menonjol. 


Walaupun aku rasakan nukilan Ahmad Idham ini ok, tetapi ada beberapa perkara aku rasakan kurang menarik. Terutama sekali dengan kisah microchip yang muncul pada pertengahan cerita. Kalaulah ianya bermula sebagai intro filem, itukan lebih menambah teka teki? Satu lagi, set ala ala pusat penyiasat sulit kerajaan nampak sangat murahan. Dengan beberapa alat yang memang dipinjam dari Pusat Sains Negara yang tertulis ‘MINDBALL’ tu buat aku kelakar. Motif! Malah, konti adegan kejar mengejar di tepi pantai out terus. 

Idea filem ini memang memenuhi selera penonton yang berkehendakkan filem ini. Aksi aksi yang luar biasa, seperti kejar mengejar yang nampak macam Hollywood-Malay punya style agak boleh tahan kelakarnya.  Aksi di pasaraya, dan aksi Zizan hit punggung pencuri cip dengan tayar motor tu kreatif. Babak Maria berlawan dengan Mael nampaknya cuba menunjukkan mind sex filem ini yang jelas. Tetapi untuk bahan komedi, bolehlah diterima. Jangan lebih lebih sudah.

Keseluruhannya, tahniah untuk Ahmad Idham dengan Mael Lambong yang melambong lambong kelakarnya. Dengan penampilan ‘Azhar Idrus’ yang kelakar walaupun hanya sekadar perkataan, Ahmad Idham bijak menggunakan semua kontroversinya dan juga Zizan Razak sendiri dalam komedi ini. Mungkin Mael Lambong boleh kembali menjadi penarik kereta dalam cerita sekuelnya (jika Ahmad Idham ada angan2) dengan menfokuskan plotnya kepada kerjayanya yang utama itu.

4/5

Thursday, July 19, 2012

Review: Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud. Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran. Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino,sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya. 


Oh, itu rupanya cinta platonik. Senang ceritanya, cinta platonik ni adalah idea barat yang cuba ditimurkanlah? Begitu? Dengan menghalalkan hubungan bersentuhan dan juga keintiman lebih dari sekadar kawan tetapi tidak ada ‘unsur tarikan seksual’ kononnya (walaupun berpegang tangan dan bercanda sana sini)... itulah suntikan pengaruh barat yang cuba ditonjolkan. Tidak mahu bercerita tentang buruk baik keintiman dalam filem ini. Tetapi, melihat kepada keseluruhannya, HACK biasa dan terlalu biasa. 

Plotnya terlalu simple. Kononnya berpijak pada satu istilah yang platoniklah sangat. Tetapi akhirnya menjurus kepada sebuah kisah cinta segi yang pada aku, disifatkan sebagai biasa. Biasa dan teramat biasa. Malah, HACK punya premis yang terlalu simple dan tidak bertaraf filem pun. Sesuai sangat sepatutnya filem ini sekadar dijadikan drama tv. Pastinya jika ianya bertiga belas episod seminggu sekali, meletup tu insyallah. 


Malangnya, itulah langkah salah yang termaktub dalam suratan kehadiran filem ini. Menuju ia ke panggung dengan gahnya sambil menjual cerita budaya barat yang kononnya eloklah sangat bagi muda mudi. Tetapi, terserah pada penonton kalau mana la tahu nak tukarkan perkataan BFF menjadi cinta platonik selepas tonton cerita ni. 

Airil Zafriel nampaknya tidaklah begitu hebat mana. 7 Petala Cinta mungkin agak baik dalam senarai filem MIGnya. Malah, dengan kuasa bintang yang hambar dalam filem ini, Airil Zafrel tidak mampu memberi persembahannya yang terbaik. Walaupun aku akui Nuremy Nadia nampak cute sangat sangat, tapi kalau sekadar cute je, tetapi chemistry xde, umphnya tak ada jugak. Fezrul Khan juga mengecewakan! 


Keseluruhannya, aku tak rasakan HACK persembahan yang baik. Ianya sebuah kisah cinta tiga segi biasa saja. Dijaja jaja bunyi platonik, rupanya bunyi cinta biasa. Seolah olah burger McD tetapi rupanya burger yang dibuat di tepi jalan. Sedap tu sedaplah. Tetapi tarafnya, faham faham jelah. 

Bahagian awal yang agak aneh dalam usaha menunjukkan kemesraan Mukhlis dan Murni. Aeril Zafrel yang asyik tergelak sana sini, tersengih sengih dan juga perkataan senget yang diulang ulang amatlah menyakitkan telinga. Dengan lakonan Nuremy Nadia yang juga kadangkala menjengkelkan, ergh... Hanya Aku Cinta Kau Sorang memang hambar. 


Apapun, HACK mungkin sesuai untuk orang yang ada BFF dan ada hidupnya yang hampir dengan kisah ini. Bagi insan insan yang ada kehidupan seperti yang diceritakan, ini mungkin inspirasi buat kamu. Bagi yang nak tahu apa tu cinta platonik tu dengan menonton filem ni, baik tak payah tengok. Cinta platoniklah sangat. Huh! Hanya Aku Cinta Kau Seorang persembahan drama tv percuma sebenarnya. Layak berada di kaca tv dan bukannya di panggung. 

2/5

Monday, July 16, 2012

Sneak Peek: Zaiton Ceritaku...


Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan. Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula. 


Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon. Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan. (sumber)

Sunday, July 15, 2012

Review: Jiwa Taiko

Aku tak tahulah apabila Osman Ali meletakkan Bara Jiwa a.k.a Jiwa Taiko ini sebagai sebuah filem yang cuba membangkitkan mutu persilatan negara, apa ada di kepala otak dia. Pada aku, Jiwa Taiko tak lebih dari filem Anak Halal yang diupgrade sana sini dan dikaburkan dengan beberapa rencah kehidupan terpesong yang selalu jadi permainan Osman Ali. Ya, filem ini bercerita tentang anak anak terbiar, sama saja dengan Anak Halal, tetapi, lainlah pada plotnya. 

Meletakkan hero dan heroin yang ada rupa dalam sebuah filem seni mempertahankan diri memang silap besar. Mengambil contoh filem Thailand, Tony Jaa tidak diambil berlakon kerana kebolehannya dalam lakonan tetapi kebolehannya menkoreografi gerak aksi muay thai. Malah, meloncat seketika ke tanah Indonesia, Iko Uwais juga tidak diambil berlakon kerana kebolehannya berlakon tetapi kerana ketangkasan dalam silat harimaunya. 

Justeru, untuk membina Jiwa Taiko yang segempak boleh dan mampu memfokuskan penonton pada aksi aksi koreografi silat, maka tidak perlulah ada wajah si hensem Remy Ishak untuk diutamakan, dan juga Fizz Fairuz untuk menyokong. Carilah newcomer yang pandai bersilat. Bukan harap rupa saja hensem, tapi bersilat macam menari chacha. Namun, letaknya Bront aku setujui. Malah, dengan adanya Diana Danielle yang membawa konflik cinta antara Firman dan Trisha, juga konflik Nadiayul Nisaa sebagai Lara memang buah yang masak enak, tetapi di dahan yang reput. 


Jika Jiwa Taiko mahu membawa idea koreografi silat, sebenarnya lebih baik jika hanya Firman saja yang punya aksi persilatan. Aku rasakan dengan semua rakan rakan Firman bertarung dalam satu babak, mengambil contoh pertarungan di kapal lama, aksi tidak dapat diamati dengan jelas. Sekejap sekejap focus beralih ke watak itu, sekejap sekejap beralih ke watak satu lagi. Ambil contoh Merantau dan Ong Bak, setiap pertarungan yang mengagumkan menggabungkan satu versus satu dalam satu babak. Bukan lima versus lima dalam satu babak. 

Bukanlah aku nak kata Jiwa Taiko seboleh bolehnya dilevelkan ke tahap Ong Bak mahupun Merantau, ataupun The Raid, tetapi sekurang kurangnya jika si penulis a.k.a pengarah cuba untuk meneliti filem yang dari luar untuk diamati formatnya untuk membina Jiwa Taiko, maka dapatlah diangkat sedikit tarafnya bagi filem ini. Untuk mengatakan filem ini memaparkan koreografi silat yang kreatif, tidaklah sangat. Semuanya koreografi biasa. 

Perhatikan saja saat Firman bertarung dengan Frezz semasa Frezz menegur Firman dan Trish yang sedang beromen saat Lara bersedih. Pertarungan yang nampak terlalu berhati hati, dicampur dengan kerja kamera yang tidak memuaskan membuatkan adegan itu macam tarian balet versi silat saja. Malah, semasa Frezz terjatuh di atas meja kayu yang nampak agak mahal, jatuhannya pun seperti dijaga jaga supaya tak merosakkan meja. 


Bukan babak itu saja, malah kesemua babak nampak tidak bijak menggunakan segala prop dan juga barang barang untuk dijadikan senjata. Sekali lagi, lihat ke Thailand, lihat ke China dan lihat ke Indonesia. Bagaimana silat itu dikoreografikan dengan kreativiti, bagaimana muay thai dikoreografi dengan kreativiti dan bagaimana kung fu dikoreografi dengan kreativiti. Penonton tak mahu lihat koreografi silat yang kilas sana kilas sini macam silat seni. Apa yang penonton mahu adalah kreativiti koreografi. Dan Jiwa Taiko tak ada itu.  

Satu satunya kreativiti yang cuba dinukilkan adalah adegan aksi dalam train. Aku respect adegan tu dengan percubaan untuk menampilkan aksi pertarungan dalam kawasan sempit. Malangnya, adegan itu masih tidak mampu dikoreografi dengan baik. Salah siapa, salah koreografer lah! Justeru, walaupun settingnya agak baik, seperti mana aku katakana tadi, kreativiti koreografi takde, maka, adegan itu hanyalah biasa biasa saja.  

Memang tak patutlah aku nak cerita pasal lakonan Remy Ishak dan Diana Danielle. Mereka memang dramanya sempurna. Dengan persembahan Bront Palarae yang berani mencium seluruh tubuh si Nadiyatul Nisaa untuk adegan berahi, memang filem Jiwa Taiko cuba untuk memancing penonton untuk menonton seksualitinya, dan bukannya silat aksinya. Tertanya tanya juga, perlukah sebuah filem silat dibantu oleh adegan peluk peluk yang berlambak. Tak perlu lagilah aku nak suruh pandang ke Thai dan Indo. 


Kelemahan yang paling teruk dan menerukkan filem ini adalah suara Remy Ishak yang melatari awal cerita dan akhir cerita. Konflik diri Firman tidak dipaparkan dengan baik. Malah, jika konflik Firman lebih besar skopnya, mana ceritanya? Asyik asyik berbalik kepada kisah cintanya dengan Trish. Malah, dengan montaj yang terlalu banyak dan membosankan, ditambah dengan persembahan latihan silat yang terlalu banyak, ianya membosankan. Tak nak latihan silat yang banyak, yang utamanya adalah kreativiti aksi silat dalam satu pertarungan. Ok?? 

Muniff Isa memang cuba untuk memberikan persembahan yang baik. Tetapi Beto Kusyairi layak dinobati kemenonjolannya dalam membantu sisi Bront. Aku cukup menyukai lagak gayanya, tetapi disebabkan watak dua orang ini tidak diberi penekanan sangat, habis tu buat apa watak watak dua jahat ini dibina? Konflik mereka tidak dicaturkan. Kalau macam tu, baik buang je watak diorang ni. 

Pengakhiran filem yang akhirnya cuba membina pertarungan sekali lagi mengecewakan. Gerak Bront Palarae dan Remy Ishak biasa. Dalam adegan pertarungan ini, aku lebih menyanjungi pertarungan Stephen Rahman Huges dengan Khir Rahman dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Tangkas, pantas dan cekap. Tidak seperti pertarungan akhir filem ini, lembab, dah lah diselah seli dengan si Lara yang sedang nak beranakkan anak luar nikah tu pula. 


Dah aku jangka filem ini akan jadi sebegini. Filem kita bukannya tak mampu nak buat filem aksi, kalau tak masakan Hikayat Merong Mahawangsa punya koreografi aksi yang baik seperti filem Hollywood. Kalau tak ada koreografer yang hebat dari sini, Indonesia bukankah ada. Importlah demi untuk menunjukkan kematangan dan pembangunan filem aksi seni pertahankan diri. Mungkin Persatuan Silat yang bekerjasama agak terbiasa dalam mencorak koreografi aksi silat seni menyebabkan kreativiti silat seni untuk filem tidak menjadi. 

Lihat bagaimana Merantau membuatkan silat menjadi sebuah aksi yang jaw dropping. Cukup untuk menginspirasikan kita. Malangnya, kita rasa kita mampu untuk buat sendiri tanpa bantuan orang lain, dan disebabkan itulah Jiwa Taiko menjadi filem aksi silat yang sampah walaupun dramanya agak baik garapannya. Ini filem aksi, kalau filem aksi, aksinya teruk tetapi dramanya baik, tak oklah jugak. Keseimbangan tu perlu. Ini nampak macam seksual saja lebih banyak dari silat. Apa jadah! Sekian. 

2/5

Saturday, July 14, 2012

Review: The Three Stooges

Kalau mak mak bapak yang pernah hidup zaman tv hitam putih dulu, pastinya The Three Stooges menjadi salah satu tv show yang amat dikenali. Pastinya, pada zaman sekarang, jenama 3 beradik kelakar ini sudah pun berakhir. Tetapi, nama mereka tetap diingati sehingga sekarang. Dengan kisah kisah pendek dan lawak slapstick yang keterlaluan, kisah The Three Stooges memang lawak. Itu versi hitam putih. Versi baru 2012 ni bagaimana pula ya? 

Dengan percubaan untuk menghidupkan kembali popularity The Three Stooges, Bobby Farrelly dan Peter Farelly (pengarah Shallow Hall lakonan Jack Black) mengembalikan nafas komedi zaman hitam putih ini. Percubaan yang pada aku diletakkan dengan plot yang terlalu mudah tetapi difokuskan kepada komedi cliché Three Stooges adalah strategi untuk filem ini. Berjaya atau tidak, nah, keseluruhannya filem ini tidaklah akan menggembirakan anda. 


The Three Stooges amatlah lesu pada awal filem. Walaupun percubaan untuk membawa kelakar itu ada, namun gandingan Three Stooges nampaknya tidak dapat untuk mengembalikan plot yang cuba disampaikan. Plot dan komedi tidak diseimbangkan dan kelakarnya, walaupun ada yang menjadi dirasakan amat melebih lebih dan berulang ulang. Mungkin Three Stooges dalam versi short filem lebih hebat berbanding durasi panjang sebegini. 

Berdiri sebagai sebuah komedi slapstick, pastinya banyak perkara yang unexplainable dalam filem ni. Dengan biarawati suara lelakinya, dengan pistol kencingnya. Ianya memang hah, pening kepala den! Kreativiti yang klasik!. Malah, wajah biarawati yang tak berubah ubah dari zaman The Three Stooges kecik sampai besar tu, itu… macam… hmmm.. 


Namun, bagi yang inginkan mengubat rindu dengan tiga watak yang dalam kenangan ini, pastinya The Three Stooges tidak dapat dilepaskan. Menontonlah jika anda mahu rasakan kembali era kegemilangan mereka. Walaupun begitu, aku rasakan mungkin ramai makcik makcik dan pakcik pakcik yang merasakan The Three Stooges ini memang berbaloi untuk ditonton. Apapun, terserah pada penilaian. 


Plot pembunuhan yang simple dan biasa nampaknya ditangani dengan komedi yang sederhana. Dengan hanya mengharapkan 3 pak lawak ini saja untuk menghasilkan komedi, filem ini tidak bervariasi. Tetapi, walaupun tidaklah bervariasi, masih ada idea idea kelakar terhasil dari The Three Stooges yang berjaya mengundang tawa. 

Moe, Larry dan Curly keluar mencari wang untuk membantu rumah anak yatim mereka. Namun, mereka akhirnya terlibat dalam satu plot pembunuhan yang menyebabkan kesemuanya kacau bilau. Moe pula terpisah dari Larry dan Curly selepas satu insiden dan telah tidak sengajanya membintangi sebuah reality tv program. Berjaya atau tidak mereka bertiga membantu rumah anak yatim mereka? 


Apapun, dengan plot dan drama yang agak mendatar pada awal filem, aku rasakan enjin agak lambat untuk dipanaskan. Namun apa pun, berbaloi jugak untuk ditunggu kerana apa yang berlaku selepas itu adalah siri siri kejadian kelakar yang tidak masuk akal, tetapi berjaya mengeletek urat ketawa. Walaupun aku rasakan filem ini nampak ‘murahan’, tetapi sebagai sebuah filem komedi ketawa biasa, ianya bolehlah tahan. The Three Stooges bakal berada di pawagam Malaysia 9 Ogos 2012. 



2.5/5

Friday, July 13, 2012

Review: Bohsia 2 - Jalan Kembali

Permulaan filem ini sebenarnya spoil dan teruk. Bagaimana mulanya filem ini memang hampeh. Permulaan yang tidak mampu untuk membawa penonton untuk tenang sebaliknya membuatkan penonton terpinga pinga. ‘Eh, biar betul cerita dah bermula??”. Begitulah pandangan aku pada awal minit pertama filem ini membuka ceritanya. Permulaan sebegini yang terus melemahkan prasangka untuk bersangka baik untuk filem ini gagal. 


Kononnya mahu diadun agama dalam filem ini membentuk satu keinsafan buat sang bohsia, namun, aku rasakan kehidupan agama itu hanya datang pada akhir akhir filem. Jadi, filem ini tidaklah ada apa beza sangat dengan filem Bohsia yang pertama. Dengan ceritanya yang lebih berbeza dan tidak dicaturkan dengan baik pada sesetengah babak, Bohsia: Jalan Kembali nampaknya bukan sebuah filem agama yang menasihat dengan baik. 
Awal filem, kita sudah disongokkkan pada minit minit pertama perbualan Amy (Salina Saibi) dengan rakannya di Pusat Pemulihan. Dengan itu, muncul jugalah watak Rock (Mak Jah) yang sering membuli Amy dengan pelbagai cara. Di sini plotnya sudah nampak cuba ditambah sesuka hati. Tidak ada apa yang baiknya watak Rock untuk muncul membuli bertubi tubi hanya kerana untuk mencetuskan niat untuk Amy keluar / melarikan diri dari pusat pemulihan. 


Malah, Amy yang sudah dicucuk bahagian sulitnya boleh pula naik teksi dengan perasaan yang tidak sakitnya pada malam kejadian tanpa ada niat sedikit pun untuk mengubati. Selepas kejadian buli sampai londeh seluar tu, watak Rock hilang dan seriously aku tak berapa nak suka sebab watak Rock tidak ada balasan yang setimpal untuk perbuatannya. 

Aku rasakan watak bos Amy yang cuba untuk mewujudkan komedi masih dirasakan sia sia. Watak yang tidak berkepentingan sebegitu juga telah mencacatkan niat untuk menginsafkan. Filem ini juga, yang menampilkan bomoh motor (Harun Salim Bachik) juga adalah sia sia. Mana tidaknya, tok bomoh yang kononnya melawak ini tidak membantu apa apa pun. Sekadar untuk dibuli si Syamsul Yusof sebab kononnya boleh pusing meter motor, ah, merugikan! 


Namun, di sebalik plot yang bercelaru dan juga tunggang langgang, aku juga masih tidak dapat menerima lakonan Soffi Jikan yang alamak, obviously melebih lebih. Watak Keting kadangkala tidak dapat didengar dengan jelas dialognya. Malah, dengan lakonan yang sudah jadi macam lelaki yang bercakap sambil bergerak sana sini menjadikan Soffi Jikan robot yang erk, very peliklah dalam filem ni. Namun, aku cukup suka adegan Soffi Jikan marah pak imam. Adegan sempurna, walaupun Soffi Jikan terjerit2. 


Filem ni taklah teruk. Percayalah. Cuma momentum untuk ceritanya bercerita memakan masa sedikitlah. Iyalah, Amy keluar dari pusat pemulihan pun memakan masa yang agak panjang. Aku sendiri meneka neka kenapa dua plot ini tidak bersatu. Rupanya, di tengah tengah filem barulah bercantum dengan sempurna. Plot keinsafan hanya bermula bila Tasya (Nabila Huda) mengetahui ibunya mati. 

Lakonan Nabila pada aku ok. Soffi Jikan memang gedik tetapi ada sekali sekala dapat juga feelnya. Zizan dengan keletahnya yang pada aku sudah mula muak. Keseluruhannya, filem ini masih lagi melekat lekat sisa sisa Yusof Haslam dalam siri tvnya. Iyalah, bercakap sambil berdiri / duduk di satu tempat. Kau balas cakap aku, aku balas cakap kau. Lebih kurang macam tu lah. 


Bohsia Jalan Kembali bercerita tentang kesedaran. Itupun hanya di 30 minit terakhir. Plotnya yang banyak karakter tak penting pada aku menghalang untuk kesedaran dan keinsafan muncul lebih awal. Dengan kematian Keting yang pada aku tidak menimbulkan impak (aku mengharap Keting mati sepertimana drama Rashid Sibir), keinsafan untuk perlakuan Keting tak dapat dirasa. Apapun, filem ini biasa biasa saja. Oh ya, penutup filem ini terbaik. Berjaya buatkan aku terpaku seketika.

3/5

Wednesday, July 11, 2012

Pantun Dalam Tulisan Jawi!


"Hendak tidur, tidurlah mata 
agar lena diulit intan 
tidur lena di malam gelita 
dikau selalu dalam ingatan 

lena tidur sampai ke pagi 
bagai bayi di dalam buaian 
saya masih berjaga lagi 
sedang membasuh mencuci pakaian"

gambar nukilan 'Emit' Ahmad Nazri Mahmood

lebih banyak kartun jawi di sini.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...