Akan Datang!

Sunday, July 29, 2012

Review: Aku, Kau & Dia

Mungkin sebab terlalu nak kejar keagungan untuk dimasukkan dalam jiwa filem ini, Pierre terlupa untuk meletakkan beberapa ciri lain yang mungkin membantu menaikkan perasaan dan juga kemantapan cerita ini. Aku, Kau dan Dia bukanlah sebuah filem yang teruk, tetapi sekadar member pandangan, keseluruhan cerita ini yang mana berada sebelum twist yang mengejutkan hampir di akhir cerita amatlah membosankan. 

Jiwa Izlan memang ada romantika. Namun, kenapa aku tengok layer layer keromantikan Izlan dan juga Mia seperti diselaputi plastic kepalsuan yang amat amat membosankan. Iya, walaupun au rasakan babak babak percubaan Izlan memujuk untuk menambat hati Mia agak cute dan comel, malangnya ia masih membuatkan aku rasa ianya membosankan. Ada benda yang tertinggal rasanya dalam babak babak yang menarik tetapi membosankan itu. Aku tak tahu apa, tetapi aku tahu, ada sesuatu yang hilang 


Dalam banyak banyak filem Pierre Andre, tak layak untuk Aku, Kau dan Dia berada sebaris filem filemnya yang dahulu. Aku, Kau dan Dia nampak cute pada cerita yang ingin disampaikan. Tetapi, keputusan keseluruhan, selepas menjalani segala lakonan dan editing segala bagai, ianya adalah filem yang paling membosankan Pierre Andre pernah berikan. Ianya memang ada keagungan cinta yang ingin disampaikan, tetapi amatlah simple dan mendatar. 

Ya, mendatar mungkin perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kebosanan itu. Perhatikan saja permulaan filem ini yang bermula dengan imbasan kematian Ilhan. Dari situ, aku boleh menerima lagi persembahannya. Nampak seperti melodrama filem Indonesia seperti Love Is Cinta, ataupun layak juga aku samakan dengan Heart. Namun, lama kelamaan, melodrama itu masih di tahap yang sama, tidak naik naik, menjadikan ceritanya tidak ke mana. 


Mungkin aku rasakan idea Pierre untuk menipu penonton menjadikan kejutan siapa sebenarnya Izlan sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan. Penipuan yang diberikan berjaya menyuntik semangat ingin tahu. Tetapi, kalau kejutan itu saja yang menarik, dan hampir sejam dimomokkan dengan adegan yang mendatar dan membosankan, apa gunanya kan? 

Sharifah Zarinatasha agak membosankan. Lakonannya tidak meyakinkan. Tetapi, dengan gandingan Remy Ishak yang agak romantik walaupun menggelikan, watak Mia bolehlah dibantu. Aku faham, mungkin watak Mia digambarkan sebagai seorang yang ‘jiwa kacau’ sehinggakan membina rakan imaginasinya untuk cuba gembira. Apapun, tetap aku rasakan kebosanan itu ada. 


Hampir satu jam lebih dimomokkan dengan kebosanan, filem ini juga menambah keterukan dengan watak ratak yang terlalu skematik giler. Bayangkan saja dialog dialog Nash yang skema nak mampos. Malah, Harun Salim Bachik yang kelakar itu pun terperangkap dalam dialog dialog yang terlalu skema. Gambaran keluarga mewah melalui dialog inggeris lagilah errrkkk…. Memusnahkan jiwa filem. Kononnya, mahu membuktikan level keluarga ini adalah high class, dan penerimaan di mata penonton, ianya memosankan. 

Namun begitu, aku rasakan skripnya agak bagus. Watak Izlan yang diimaginasikan Mia digarap dengan logika yang teliti dan sempurna. Tidak ada cacat cela untuk mempersoalkan siapa sebenarnya Izlan dalam hidup Mia dan kenapa watak itu terwujud dalam kehidupan Mia. Memang sebuah skrip yang agak baik dar seorang penulis kisah romantik yang 'tersohor'. 

Dengan lakonan yang sederhana akibat dialog dan babak yang mendatar dan tak ada umph, keromantikan Aku, Kau dan Dia tidak dapat dilihat dengan jelas. Walaupun ada adegan yang aku anggap romantic, ianya sekadar adegan saja. Untuk menjiwai sebuah jiwa Mia yang cuba untuk gembira sukar untuk dicuba sehinggalah kejutan yang muncul di akhir filem menyelak kain kebosanan yang menutup hampir separuh filem ini. Tontonlah sendiri dan nilaikan. 

3/5

Saturday, July 28, 2012

Mr. Bean di Pembukaan Sukan Olimpik 2012, London!

Upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012 diraikan dengan meriah di mana lebih 80,000 penonton berada di Stadium Olimpik, timur London dan tidak kurang satu bilion penonton menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan tuan rumah menerusi televisyen. Antara pihak kenamaan dan selebiriti yang hadir termasuk Ratu Elizabeth II, pelakon terkenal James Bond, Danial Craig; pengarang buku Harry Potter, JK Rowling dan Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean. 

persembahan Rowan Atkinson sebagai Mr. Bean di Olimpik London 2012

Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini. Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948. - sumber

Friday, July 27, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: Ra.One




Ra.One, atau singkatan daripada Random Access Version One adalah sebuah filem hindi 2011 yang diarahkan oleh Anubhav Sinha. Dilakonkan oleh superstar filem Bollywood, Shah Rukh Khan. Filem ini juga menampilkan kehadiran pelakon superstar Tamil, Rajinikanth dalam satu dari babak cameo. Ra.One terkenal kerana dikatakan menggunakan visual efek yang agak banyak berbanding filem filem lain. Untuk pengetahuan, visual efek filem ini dibuat oleh Red Chillies VFX yang berpengkalan di Mumbai. Hebat bukan? Saksikan bagaimana suit Ra.One dan G.One sebelum dan selepas penambahan visual efek di bawah.


Ra. One Suits VFX Montage


Ra. One banyak memberikan aksi aksi yang cukup mengkagumkan. Antaranya adalah scene Mumbai Railway Station yang runtuh akibat keretapi tergelincir. Terpegun bukan dengan adegan itu? Hah, ianya semuanya hanyalah visual efek yang menggunakan teknik Digital Matte Painting. Apa benda tu? Ianya adalah satu teknik lukisan digital yang mana digunakan dalam membentuk visual sesebuah filem. Digital matte digunakan untuk membina adegan adegan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan di lokasi sebenar. Contohnya adegan keretapi tersebut. Ianya dilakukan di studio dan image digital dimasukkan untuk memberi gambaran lokasi sebenar.

Montage VFX Digital Matte

Kostum yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal keseluruhannya direka oleh Robert Kurtzman, orang di sebalik visual efek filem terkenal Hollywood seperti Predators, Cabin Fever, dan Evil Dead. Disebabkan kos untuk membina suit yang real tanpa mengunakan efek amatlah mahal, Shah Rukh Khan hanya memakai suit yang biasa sahaja dan efek cahaya biru (untuk G.One) dan merah (untuk Ra.One) ditambah menggunakan visual efek. 

Montage VFX 2


Suit yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dalam filem ini dilaporkan bernilai USD181 000 (RM522 ribu). Menurut sumber, pakaian yang dipakai oleh Shah Rukh Khan dan Arjun Rampal dalam filem ini mengambil masa 20 minit untuk dipakaikan dan 40 minit untuk ditanggalkan. Lagi menyukarkan Shah Rukh Khan, suit tersebut cepat panas dek kerana bahan yang digunakan. Malah, pada hari pertama penggambaran, penerbit sendiri, iaitu Shah Rukh Khan merasakan konsep suit yang direka sudah gagal. Namun, dengan kuasa visual efek, ianya berjaya menjadi realiti. - sumber info (Wiki)

Suit Ra.One yang bernilai USD181 000 (RM522 ribu)


Tonton juga:

Thursday, July 26, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: Final Destination 5

Final Destination adalah sebuah siri filem yang memang diketahui semua mempunyai adegan kematian yang cukup bijak dan menggerikan. Setelah berjaya meneruskan kengerian dalam empat filem sebelumnya, Final Destination akhirnya muncul dengan filem kelimanya pada Ogos tahun 2011. Filem ini berada pada tangga ke tiga kutipan box office hujung minggu pada tahun lalu. Malah, ianya juga mencatatkan kutipan ketiga tertinggi daripada filem filem Final Destination yang lepas. 


Filem ini diterbitkan dalam format DVD dan Blu Ray pada hujung Disember 2011. Dan di dalamnya, disertakan special features menarik menunjukkan bagaimana dua scene hebat filem ini dalam versi raw dan juga final editing. Jom, kita tonton video dibawah yang mana memperlihatkan filem ini tanpa visual efek dan juga selepas visual efek. Apa lagi, klik dan selamat terpesona!

Bridge VFX breakdown

Wednesday, July 25, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: Transformers 2



Sebelum ini, korang dah tonton bagaimana special effect untuk Transformers 3 dibikin. Kini, admin dengan bangganya mahu mempersembahkan kehebatan di sebalik gahnya visual filem Transformers 2. Kesan khas filem ini dibuat oleh Industrial Light and Magic, sebuah syarikat gergasi yang membuat kesan khas untuk filem Hollywood yang dimiliki oleh George Lucas. Selamat terpesona!

Tuesday, July 24, 2012

Renungan: Kereta VIOS Terbang, Fantasi Orang Kita!

Berlegar legar pula cerita kekononnya adalah sebiji kereta Vios telah dikatakan terbabas lalu terbang setinggi tingginya dan hinggap di atas tebing batu sebuah jalan. Kejadian dikatakan berlaku beberapa hari lalu. Namun, bukan kisah siapa yang mati atau cedera menjadi keutamaan. Kisah yang dipersoalkan ialah bagaimanakah kereta itu boleh melayang dan hinggap di tebing batu tersebut seperti gambar di bawah.






Gambar ini sudah dijaja sana sini. Ada yang menceritakan kononnya kereta itu terbabas dan berpusing lalu terbang. Ada yang mempersoalkan kepelikan perempuan yang memandunya sehingga jadi begini. Balik balik, ketaksuban untuk mencari punca bagaimana kereta itu boleh jadi sebegitu rupa. Maka, ada lah yang si tuan punya yang mula menyebarkan ini bercerita yang kereta ini terbang melayang, dan maka bermulahlah sandiwara orang kita.

Lantas, pic ini dishare sana sini dengan ketaksuban tentang kuasa yang menyebabkan kereta itu jadi sebegitu. Persoalan benarkah ada jalan di atas tebing itu ditolak jauh jauh. Buktinya, kata mereka kat atas tu hanyalah semak samun. Oh tolonglah, kau ingat jalan tu tinggi seperti KLCC. Jalan leper. Jangan tolak kemungkinan tiada jalan di atas tu. Malah, dari kebanyakan komen, kebanyakannya taksub mempercayai kereta ini terbang dan jadi seperti apa yang ada dalam gambar. Percayalah, kereta boleh terbang. Tetapi, tak akan berada dalam keadaan sebegini baik seperti dalam gambar. Tak percaya, tonton video ini

Apa yang aku ingin katakan, ketaksuban mempertikaikan apa yang terjadi, dari fiziknya dan kuasa alamnya menghalang minda kita untuk menjadi waras. Orang kita pandai mereka cerita, tetapi filem kita satu pun tak berjaya bercerita ke luar negara. Malah, nak box office pun merangkak rangkak. Sekadar bersembang kedai kopi saja cukup menjadikan diri kita popular. Dan, cerita kereta terbang ini juga adalah cerita kedai kopi biasa.

Tak pernahkah anda terfikir yang betulkah tiada jalan di atas tebing tersebut? Betulkah pendapat yang menyatakan ianya berpusing? Faktanya tidak jelas. Justeru, buat apa mahu percaya. Fikir logika dan tak perlu taksub. Anda akan lihat jelasnya pemikiran waras kita. Dalam satu gambar yang dishare di facebook, ramai yang mempermain mainkan si pemandu. Tetapi, komen ini, spesel.


Akhirnya, ada juga yang berfikir waras. Dan semestinya setiap berlaku ada penjelasan. Tak perlulah nak bercerita panjang tentang kecelakaan orang.Orang kita terlalu dimomokkan dengan fantasi, sehingga menjadikan fantasi itu realiti mereka. Jadi, fikir fikirkanlah. Beberapa tahun lepas, ada orang kata ada cable car di genting highland terhempas, kebenarannya? kliklah sini.

p/s: tuan punya kereta tidak ada kaitan dengan admin. sekadar berkongsi perasaan kasihan terhadap orang yang gebang lebih tentang sekeping gambar yang tidak diketahui kebenarannya.

Sunday, July 22, 2012

Review: 8 Jam

8 Jam layak dipuji berbanding Jiwa Taiko. Pada aku, 8 Jam adalah format sebuah filem martial art yang standard yang cuba ditiru oleh Ahmad Idham. Dengan membekalkan satu watak utama saja, dan sekaligus membawa penonton menyusuri kisah hidup Alang, 8 Jam cuba menjadi seperti mana Merantau, mahupun Ong Bak. Ya, inilah yang aku mahukan dari Jiwa Taiko, tetapi malangnya, terus terang aku cakapkan, Jiwa Taiko bukan filem aksi yang beraksi. 
Berbagai ulasan menyatakan negatifnya filem ini pada beberapa aspek yang ditonjolkan. Ya, aku yakin, sebagai sebuah filem aksi yang pertama seumpamanya berada di negara ini, yang mana diterbitkan kilang filem murahan ternama negara, 8 Jam tenggelam. Tetapi, dengan promosi yang agak baik sejak lama dulu, filem ini berjaya menimbulkan minat penonton untuk menonton. 


Keseluruhannya, 8 Jam memang sebuah filem aksi yang biasa saja pada bilangan aksinya. Tetapi, perlu aku sebutkan di sini, sebagai sebuah filem aksi, inilah filem pertama yang memfokuskan kepada aksi aksi lasak yang mana kita dibawa melihat pertarungan satu lawan satu yang agak dikoreograf dengan baik. Bandingkan filem aksi Malaysia dulu dulu seperti Jiwa Taiko (yang tak dululah sangat, tetapi dulu lah), yang mana nak focus pada aksi setiap karakter pun payah. 8 Jam memberikan itu semua. Aku bangga. 

Walaupun iyalah, kalau nak bandingkan filem ini punya kualiti dengan filem luar yang hebat tu, tak mampulah kita menandingi mereka. Tetapi, kebanggaan itu ada bila Ahmad Idham yang mana bergandingan dengan Tommy CT Lor mengimport manusia yang pernah terlibat dalam filem Ong Bak untuk mengkoreografi aksi filem ini. Adegan lasak dan lebih kreatif (berbanding Jiwa Taiko yang punya aksi bosan dan tak kreatif…!) walaupun aku lihat belum ada adegan berani mati yang dilakonkan. 

Antara babak aksi yang agak baik kreativitinya dalam filem ini semestinya adegan pertarungan semasa Alang dikejar Along di lorong sempit sebuah flat. Walaupun aku lihat adegannya lebih banyak lari sana lari sini macam main kejar kejar, tetapi adegan Alang menggelongsor sana sini di lorong yang licin tu agak baik. Walaupun begitu, dengan kerja kamera yang agak sederhana, ianya masih tak mampu meyakinkan kengerian aksi itu. Namun, ianya tetap usaha yang hebat! 

Terdapat terlalu banyak ‘slow motion’ murahan yang digunakan dalam filem ni yang menjadikan kengerian dan keghairahan setiap aksi hilang. Bayangkan adegan kepala si jahat nak terjatuh terhantuk palang besi di’slow motion’kan. Dahlah dengan slow motion murahan pulak tu! Kan dah hilang feel. Baik pakai kelajuan biasa lagi ngeri. Ambil contoh, masa penjahat pukul kepala tukang mop lantai tu pun, kalau pakai kelajuan biasa pun nampak ngeri walaupun simple. 


Itulah dia perangai orang kita. Selalunya dalam aksi yang berkelajuan tinggi sebegini, lebih baiklah kurangkan slow motion untuk setiap aksi. Aku tak mahu lihat setiap aksi terjatuh sana sini dengan perasaan ‘woooowww..’ tetapi sebaliknya aku nak tengok dengan perasaan ‘fuuh, sakit tuh…”. Feeling tu yang lebih baik walaupun sebenarnya kena pukul dengan batang mop tu tak lah sakit mana. Eh, ye ke? He.. 

Berbalik kepada plot cerita, filem ini tidak membosankan. Adegan Alang yang menjalani 8 jam terakhir dalam penjara padat dan bermanfaat. Malah, diari Alang dalam flashbacknya tidak membosankan. Ternyata, filem Ahmad Idham ini punya premis yang layak meletakkan aksi lasak yang luar biasa. Kisah cintanya, kehidupannya dan juga kebolehupayaannya untuk beraksi, semuanya cukup.

Aku rasakan ada sedikit kurang jelas tentang dunia gangster yang mana berlawan lawan habis habisan dalam setiap babak (walaupun itu bukan sebabnya dia dipenjara). Siapa sebenarnya gangster itu, konfrontasinya serta kenapa gangster ni nak sangat bunuh Alang patutnya diluaskan sedikit lagi. Kalaulah gangster ini dikaitkan dengan kematian ibu Alang, rasanya itu feeling yang lebih sempurna. Malah, ibu Alang mati tanpa ada pembalasan. Tetapi, highlight dua watak jahat utama yang membentuk pertarungan satu lawan satu tu agak baik. Itu yang patutnya ada pada Jiwa Taiko jugak! 


Keseluruhannya aku menyukai plot ini yang mana akhirnya menunjukkan siapa Alang yang sebenarnya. Konflik Alang dalam menghadapi hidupnya serta cintanya akhirnya membawa dirinya ke dalam penjara. Dengan naratifnya dibawa dengan narration oleh watak Alang memang sempurna. Tidak seperti naratif Jiwa Taiko yang dibawa oleh Remy Ishak. 

Pada pandangan aku, ingat tu, pada pandangan aku, 8 Jam memang terbaik. Aku rasa mahu beri juta juta bintang untuk filem ini, malangnya, ianya memang tak boleh. Dengan scoring muzik yang agak meyakinkan dan memberikan emosi, 8 Jam memanglah bukan sebuah filem aksi padat, tetapi drama yang ada aksi. Namun, begitu, aksi filem ini memang bukan aksi biasa, yang mana anda sendiri patut tonton dan nilaikan. 

4.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...