Akan Datang!

Sunday, July 8, 2012

Review: The Amazing Spider-man

Memang filem ni jauh lebih gila persembahannya dari filem Sam Raimi. Keseluruhannya, filem ini meyakinkan pada visualnya. Lebih baik dari segala macam hal jika dibandingkan dengan trilogi nukilan Sam Raimi beberapa tahun lalu. Memanglah. Masa Sam Raimi buat Spiderman dengan Tobey Macguire bersama Kirsten Dunst, masih belum ada teknologi teknologi hebat terutama 3d. Lagipun pada masa tu tidak sangat ditekankan aspek visual sebab penonton lebih terarah untuk menonton cerita berbanding visual. Zaman 3D mengubah segala galanya.  


Versi baru kisah Spiderman ini ada kurangnya, ada keistimewaannya. Pendek kata, Sam Raimi punya version ada faktor x yang tersendiri dan versi Marc Webb ni pun ada keistimewaannya. Plotnya mirip, terutamanya pada kisah personal Peter Parker, cuma olahannya dikira agak lebih baik dan tidak tergesa gesa dalam membawakan peribadi Peter Parker. The Amazing Spiderman berbicara dengan lebih terperinci dunia Peter Parker berbanding versi Sam Raimi yang terus mensasarkan kisah Spiderman tanpa membina pasak kukuh untuk peribadi Spiderman. 

Bagaimana ilham untuk Spiderman mereka suit, rekaan alat untuk keluarkan jaring lelabah, dan urutan cinta Peter Parker dengan Gwen Stacy yang dibina perlahan lahan dan matang adalah kelebihan filem ini. Kesemua aspek aspek ini lebih membina logika diri Peter Parker. Malah, kesemua ini membina karakter Peter Parker yang lebih matang dan sesuai untuk dunia yang lebih modern. Andrew Garfield membawa sisi Spiderman yang lain dan lebih menarik. Aku rasakan wataknya tidaklah terlalu nerd seperti mana Tobey Macguire dalam filem bermula tahun 2002 itu. Andrew Garfield lebih berakal dan digambarkan bijak dan lurus. Dia juga digambarkan lebih genius. 

Malangnya, ada sesetengah babak masih mengingatkan aku kepada Spiderman versi 2002. Cara pembuatan sesetengah babak masih lagi lemah terutama sekali adalah babak Peter Parker memanjat dinding tanpa mengenakan kostum. Perhatikan dengan teliti, anda akan perasan yang babak Spiderman memanjat itu hanyalah ilusi kamera si Peter Parker yang merangkak di dinding yang diukir di lantai studio. Perhatikan graviti yang menarik jaket Peter Parker! Kantoi. Aku tidak mengharapkan ini terjadi dalam versi 2012, malangnya jadi juga. 


Malah versi ini nampaknya lebih dihadkan dalam menfokuskan diri Peter Parker. Adegan mesra Peter Parker dan Gwen Stacy yang terlalu banyak nampaknya memang nampak menfokuskan kepada cerita cinta Parker dan Stacy. Pada aku, plot ini nampak melambat lambatkan dan menyebabkan kisah utama, cerita The Lizard nampaknya lambat untuk menonjol. 

Menunggu selama 50 minit lebih untuk aksi Spiderman muncul juga satu perkara yang kurang aku gemari. Malah, watak The Lizard muncul selepas sejam filem berlalu. Ini nampaknya tidak berapa baik untuk tontonan aku sekaligus aku rasakan nukilan Sam Raimi lebih menetapi citarasa aku dalam membina watak jahatnya. Namun begitu, The Amazing Spiderman masih lagi ada keistimewaannya tersendiri. 

Malah, kemunculan The Lizard yang agak lewat nampaknya juga membosankan pada sesetengah bahagian. Memang Sam Raimi berjaya membina watak jahat dengan lagi cepat berbanding Marc Webb. Amat mengecewakan The Lizard muncul dengan tergesa gesa untuk mencari Peter Parker dan menamatkan filem. Walaupun begitu, finale cerita agak baik dengan membela diri The Lizard yang sebenarnya baik. 


The Lizard itu baik? Haha.. Itulah sebenarnya perkara yang anda semua tidak sedar. Perhatikan apa persamaan Goblin, Dr. Octo dan juga Sandman. Mereka semua menjadi jahat disebabkan kejahatan dalaman. Mereka semua jadi jahat disebabkan hasutan suara halus. Mereka semua bukannya mahu jadi jahat tetapi terpaksa hidup untuk menjadi si jahat sebab ketidaksengajaan yang terjadi atas diri mereka. Kesemuanya menggambarkan sisi manusia yang terarah mengikut nafsu dan ketamakan.

Perkara yang paling aku tak gemari dalam filem ini adalah bagaimana gambaran kekuatan Peter Parker yang melebih lebih. Come on, Peter Parker bukanlah The Hulk yang sampai nak pulas pintu pun boleh tercabut. Perkara ini adalah sesuatu yang ‘muntah darah’ untuk aku apabila paparan kuasa super Peter Parker terlalu melebih lebih dan ‘gedik’. Tetapi, adegan Peter Parker tarik Gwen masa dia nak beritahu Gwen yang dia adalah Spiderman amatlah ‘cute’. 

Komedi kemunculan Stan Lee, si kepala otak yang mereka superhero ini nampaknya begitu mencuit hati. Adegan Lizard lawan Spiderman di library sekolah Peter Parker yang serius terus jadi kelakar apabila muncul Stan Lee yang melakonkan watak si tua yang sedang mendengar lagu menerusi headphonenya. Si tua ni kalau korang perasan akan muncul dalam berbagai versi cameo dalam filem filem Marvel. Ini satu daripadanya.


Aku mengharapkan apa yang Hollywood buat terhadap Anil Kapoor dalam Mission Impossible: Ghost Protocol tidak terjadi dalam filem ini. Irfan Khan nampaknya dilayan agak baik dalam filem ini. Tetapi malangnya aduhai, wataknya terus hilang sedangkan The Lizard pada awal kemunculannya mencari si India ‘bijak’ ni. Selepas adegan di atas jambatan tu, watak Rajit Ratha terus hilang. Sesuatu yang tidak seimbang pada aku untuk plotnya. Jika anda amati still photo di internet, ada sebenarnya scene Rajit Ratha jumpa The Lizard di pembetung. Malangnya, scene itu dipotong! 

Keseluruhannya, The Amazing Spiderman boleh dikatakan setup yang baik untuk versi 2012. Aku dapati plot pembunuh Uncle Ben yang ditinggalkan hingga akhir filem memungkinkan wujudnya The Amazing Spiderman punya sekuel. Dengan penceritaan yang lebih tenang, dan juga visual yang lebih memukau, The Amazing Spiderman, walaupun dengan plotnya yang beberapa point yang kurang digemari, masih lagi menyebabkan aku rasakan filem ini masih baik. 

4/5

Kesan Khas Dalam Pembikinan: The Amazing Spider Man


The Amazing Spider Man tengah ditayangkan di pawagam. Jom, admin bawakan video di sebalik pembikinan visual visual menarik dalam filem reboot Spiderman ini. Apa lagi, tonton video di bawah yang mana menyelitkan juga komentar dari Jelome Chen, penyelia kesan khas dan juga David Smith, penyelia kesan digital dari Sony Pictures Imageworks, sebuah syarikat CGI di bawah Sony Pictures.

Sewer Battle Visual Effect

Hight School Fight Visual Effect

Tonton juga:

PEMBERITAHUAN!
Jika video sudah diremove, atau ada masalah untuk menonton, sila beritahu admin dengan segera.

Saturday, July 7, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: POTC On Stranger's Tide


Admin dengan bangganya sekali lagi ingin mempersembahkan pecahan visual visual di sebalik gahnya filem Pirates of the Carribbeans: On Stranger's Tide. Visual efek filem ini dibikin oleh    Industrial Light and Magic, sebuah kompani yang tidak asing lagi dalam menghasilkan kesan khas bermutu untuk filem filem Hollywood. Pastinya kesan khas dalam filem ini terbaik. Nak tahu bagaimana mereka lakukan? Tonton video di bawah.


Tonton juga:


PEMBERITAHUAN!
Jika video sudah diremove, atau ada masalah untuk menonton, sila beritahu admin dengan segera.

Friday, July 6, 2012

Review: Aku Ada, Kau Ada?

Biasa saja. Dengan permulaan cerita yang meleret leret, Aku Ada, Kau Ada nampaknya punya starting yang agak kurang baik. Pada awal filem sudah mula menampakkan permulaan yang lambat, dan tidak cukup momentum. Aku Ada Kau Ada bukanlah teruk. Tetapi, sebagai sebuah persembahan bertaraf filem, percubaan untuk menggambarkan dunia Korea dari mata filem Malaysia ini nampak gayanya belum sampai par yang dikehendaki. 
Shaheizy Sam tidak mampu menjana lakonan yang baik. Walaupun ya aku yakin gandingannya dengan Yana Samsudin mampu mencetus fenomena, malangnya tidak terjadi dalam filem ini. Yana dan Sam nampaknya kurang menyerlah. Walaupun ya, adegan akhir filem ini agak menjana emosi, tetapi malang sungguh aku tak dapat melihat pada keseluruhan filem tersebut. 


Skrip nampak seperti melambat lambat. Dengan adegan simbah air yang banyak, filem ini nampaknya kurang idea untuk babak babak kena mengena. Aku faham, adegan simbah air tu cuba untuk membina zaman silam dan getaran cinta Nordin dan Tina, tapi sampai jadi aku simbah kau kau simbah aku sampai berkali kali, itu bukanlah perkara yang baik. Sweet tu memanglah sweet, tapi lama lama kalau berkali kali, sweet tu pun habis. 

Kamal Adli poyo giler. Lakonannya gedik dan amatlah menggelikan aku. Ini bukan perkara positif pada aku. Ianya sebaliknya. Lakonannya, yang dilandaskan pada adegan adegan yang terlalu banyak cuba menunjukkan kepoyoan si Aziz daripada perlakuan Aziz untuk cuba mendapatkan Tina dan menjatuhkan Nordin amatlah mengecewakan. Babak poyonya yang terlalu banyak buat penonton muntah darah. Di mana jahatnya Aziz tidak terserlah. 

Walaupun aku rasakan Aziz M Osman lebih baik dalam menggambarkan kota negara luar dalam Azura, filem ini pun tak la kurang hebatnya. Visual korea nampak disusun kemas walaupun tempat tempatnya nampak tidaklah luas untuk dipandang mata. Tidak banyak visual yang menggambarkan Korea dengan lebih luas dan menarik. Namun, sekadar ini pun rasanya dah cukup baik. 


Lagu lagu dalam filem ini mengingatkan aku terhadap filem filem Bollywood. Ternyata dalam banyak banyak Bolly-malay yang orang kita cuba buat, filem ini agak baik dalam penyampaian babak babak lagunya. Walaupun ianya sebuah persembahan ala Korea, aku masih tidak dapat menidakkan yang persembahan lagu lagu dalam filem ini mirip Bollywood. 

Namun, malang sungguh apabila sedangkan si Aziz yang berada di Korea meminta duit RM3 untuk isi minyak motor. Come onlah. Mereka di Korea! Kan dah kantoi… 

Apapun, Aku Ada Kau Ada keseluruhannya tidaklah hebat mana. Romantika berulang ulang yang menjemukan, adegan yang berjela jela, padahal cerita simple, lakonan dan persembahan yang kurang menarik keseluruhannya menjadikan filem ini bukanlah terbaik. Walaupun menampilkan Korea dalam filem ini, apa ada pada lokasi kalau ceritanya ke laut kan? 2/5

Monday, July 2, 2012

Trailer Olok-olok Dora The Explorer Versi Filem!


Trailer Dora The Explorer The Movie ini difilemkan oleh CollegeHumor, sebuah laman web komedi yang mengumpulkan video seperti Youtube. Trailer olok olok ini dibintangi Ariel Winter, paling dikenali untuk peranan sebagai Alex Dunphy dalam drama tv Modern Family.Trailer olok-olok ini penuh aksi dengan senjata api, letupan dan segala identiti berdasarkan siri televisyen animasi, Dora Explorer. Dora Explorer adalah satu siri televisyen animasi Amerika yang dicipta oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, dan Eric Weiner. 

Dora, watak utama, adalah seorang gadis yang berusia lapan tahun yang memulakan perjalanan dalam setiap episod demi untuk mencari sesuatu atau membantu seseorang. Dia akan meminta penonton di rumah untuk membantu beliau mencari cara-cara untuk mencapai sesuatu tempat dengan bantuan The Map. Beliau juga mengajar penonton Sepanyol (untuk versi Inggeris) dengan memperkenalkan mereka kepada perkataan dan frasa pendek dari bahasa tersebut.


Buat masa ini, tiada filem akan dikeluarkan untuk siri kartun ini. Jadi, janganlah menunggu, ini hanyalah trailer yang hanya trailer. Persembahan trailer olok olok yang menakjubkan! Walaupun ini hanyalah trailer olok-olok, tontonan trailer ini telah mencipta fenomena di internet.


Sunday, July 1, 2012

Kesan Khas Dalam Pembikinan: Transformers 3



Admin dengan bangganya mahu mempersembahkan pecahan pecahan visual efek untuk filem Transformers 3: Dark of the Moon arahan Michael Bay. Video yang diterbitkan oleh Industrial Light andMagic ini, yang mana syarikat ini dimiliki oleh George Lucas (pengarah Star Wars) bakal memberi kita tontonan di sebalik pembinaan setiap visual yang menakjubkan dalam filem tersebut yang telah memenangi Anugerah Visual Effects Society untuk visualnya yang memukau. Pastinya anda akan terpegun dengan cara pembikinan filem ini yang hebat. Selamat menonton!

Bahagian 1


Bahagian 2
PEMBERITAHUAN!
Jika video sudah diremove, atau ada masalah untuk menonton, sila beritahu admin dengan segera.

Selesaikan Masalah Virus Shortcut Di Pendrive/Thumbdrive!

Virus Shortcut memang akan menyerang ramai mangsa mangsa yang menjadikan thumbdrive/pendrive sebagai alat utama untuk menyimpan fail fail penting. Virus ini, jika menjangkiti, akan menyebabkan setiap folder dalam pendrive tidak dapat dibuka. File anda akan terus berubah menjadi 1KB dan dikategorikan sebagai shortcut.


Tentu korang tertanya tanya, adakah virus ini sudah menghapuskan kesemua fail korang dalam pendrive tersebut? Alamak! Adakah korang terpaksa format seluruh pendrive tersebut dan terpaksa kehilangan kesemua data penting yang berada di dalam pendrive tersebut? Ini pasti memeritkan bukan? Bayangkan jikalau satu satunya data yang penting itu hanya tersimpan dalam pendrive tersebut. Takkanlah nak kena buat balik.

Jangan risau, korang download ni.


Software ini akan menghapuskan kesemua virus shortcut semasa ianya menyerang. Tetapi ingat, software ini hanya berfungsi untuk remove virus shortcut sahaja dan bukan virus virus lain. 

Step untuk remove virus shortcut adalah seperti berikut:

1. Sambungkan pendrive di USB port. Kemudian buka software ini.
2. Pilih PENDRIVE (jika anda mahu hapuskan virus shortcut di pendrive). Pilih COMPUTER (jika mahu hapuskan virus shortcut di komputer).
3. Untuk PENDRIVE, klik SELECT DEVICE, pastikan port pendrive anda betul. Kemudian, klik SCAN. Untuk COMPUTER, terus klik SCAN.
4. Selepas software tersebut selesai scanning, klik DELETE.
5. Kemudian, korang akan boleh buka kembali fail korang seperti biasa.

Sebenarnya, virus ni tak menghapuskan apa apa fail korang pun. Virus ni hanya bertindak untuk lock fail tersebut untuk kacau tuan punya pendrive. Jadi, lain kali, kalau virus ini menyerang, jangan panik untuk format semula pendrive anda, ok!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...