Tuesday, December 18, 2012

Review: The Hobbit - An Unexpected Journey

Pertamanya, bagi yang mengharapkan filem ini ada permulaan dan pengakhiran, ah, baik korang buang siap siap pemikiran tu. The Hobbit adalah permulaan. Permulaan kepada sebuah adventure yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Sebuah trilogy yang berpasak pada bumi Middle-earth, tempat kisah Lord of the Ring berlaku. Dengan sebuah kisah si kenit berjiwa besar, The Hobbit memang sehebat abangnya, LOTR. 

Honestly, I am not a huge fan of LOTR, so kalau apa apa yang aku cerita dan komen di sini sebenarnya adalah pendapat seorang penonton yang terjerumus dalam kancah Middle-earth secara full-time dari The Hobbit. Jangan pertikai sebab pendapat aku, kamu, kamu, dan juga kamu juga berbeza beza. Dan jika ada yang bersetuju, silakan, dan jika tidak pun silakan buat apa saja yang patut. 

Bila bercakap tentang The Hobbit, nama pertama yang muncul dalam filem ini bukanlah Peter Jackson. Peter Jackson malah tidak ada apa apa bagi aku. Iya, persembahan visualnya hebat. Lakonannya dan juga lakonlayarnya yang ditulis Fran Walsh, Philippa Boyens, Peter Jackson sendiri dan juga Gullermo del Toro (orang di sebalik screenplay Pacific Rim yang bakal ditayangkan summer 2013) adalah terbaik mengikut acuan Tolkien dalam LOTR. 

Dari segi plotnya, The Hobbit lebih mudah. Tidak ada cerita yang terlalu mendalam dan juga berat untuk peminat peminat yang baru hendak mengenali Middle-earth melalui The Hobbit. Bagi yang dah kenal Middle-earth melalui LOTR, The Hobbit mungkin helaian buku yang baru dalam meluaskan skop dan sudut pandang korang terhadap dunia fantasi Tolkien tersebut. 

Dengan bertumpu kepada kisah yang lebih kepada chapter demi chapter, macam stesen persinggahan, The Hobbit tenang. Tidak ada plot bertingkah sana sini yang membelit dan memaksa penonton untuk terus menonton LOTR selepas selesai menonton filem ini. Ternyata ceritanya dipermudah bukan apa, sebab aku sendiri ada baca yang The Hobbit is JRR Tolkien’s children book. So, plot untuk budak budak dinaiktaraf jadi sedikit kompleks tetapi still tak terlalu kompleks. 

Tadi, aku ada sebut pasal nama pertama yang muncul dalam kepala hotak aku bukan? Hah, nama tersebut bukanlah Peter Jackson tetapi Howard Shore. Siapa dia ni? Dialah orang yang membawa telinga kita masuk ke dalam Middle-earth dengan 100%. Dia mencipta khayalannya dengan menjadi tiang kepada visual Peter Jackson. Tanpa dia, memang Middle-earth tidak akan sempurna. 

Skor filem ini sungguh mengasyikkan. Serius, lagu Song of the Lonely Mountain yang mengiringi perjalanan pasukan kecil kita ini memang membawa semangat kepada penonton untuk turut serta bersama bermain emosi dengan mereka. Howard Shore nampaknya tahu membina dunia Middle-earth dalam muziknya dan kali ini, disebabkan Song of the Lonely Mountain, aku boleh katakan itu adalah skor muzik terbaik dalam filem Middle-earth. 

Ada sedikit dragging pada awal cerita. Few scene nampak begitu panjang. Bagi aku, mungkin ianya member peluang untuk peminat fanatic Tolkien terus bersama. Orang kata, kalau dah fanatik, babak panjang pendek pun dah tak kira dah! Bagi aku itulah, permulaan yang agak lambat tetapi it still hold my eyes to keep on sticking to the screen. Walaupun agak lama, ianya tidak membosankan. Permulaan dengan lagu lagu dwarf yang mengasyikkan.

Dan satu lagi yang aku tak berapa nak suka, terlalu banyak kebetulan dalam filem ni. Tengah dwarf nak mampus kena seksa dengan Orc, tetiba Gandalf datang. Sama saja kesnya masa geng dwarf ni nak kena makan dengan trol. Terlalu banyak koinsiden. Tetapi tak mengapalah. Rasanya, koinsiden ini menjadikan The Hobbit sukar diagak. Ah, satu cara pengolahannya tersendiri.

CGI nampaknya macam hebat. Tetapi at certain part, beberapa karakter nampak seperti watak dalam game. Tidak kaku, Cuma movementnya agak kekok dan lain macam. But, on the whole, CGInya boleh dikatakan gempak. Rasanya The Hobbit menampilkan CGI yang lebih banyak daripada LOTR. Dan kepuasan itu rasanya lebih baik kalau ditonton dalam versi HFR 3D (teknologi ciptaan James Cameroon) dan IMAX 3D. 

The Hobbit bercakap tentang setia kawan, semangat untuk bangkit dan juga kejahatan. Macam biasa, macam LOTR lah. Dialog komedinya memang best, terutama adegan troll nak bakar dwarf. CGI paling gempak terutama adegan raksasa batu berkelahi. Dan dialog dialognya amat cun dan boleh menusuk kalbu woh! 

In the end, first film The Hobbit ini memang permulaan yang agak baik. Mungkin korang takkan dapat variety of character macam LOTR sebab filem ni kebanyakan bertumpu kepada kumpulan dwarf, but it still fresh to watch. Dengan sekuel kedua The Desolation of Smaug yang dikhabar menyusul pada 2013 dan There and Back Again, sekuel ketiga yang dikhabar menyusul 2014, aku rasa bagi aku, The Hobbit menampilkan sisi yang sedikit ringkas bagi penonton yang nak menikmati Middle-earth dengan lebih ringan. 

Bagi peminat tegar LOTR, The Hobbit adalah prekuel yang mungkin tak mungkin korang lepaskan. Iya kan?

1 comment:

Razil Tahir said...

heeee.. cerita dia gila panjang.. huhuhhu tp okay lah.. menhiburkan. I got free ticket.. gold class.. hohohoh