Wednesday, April 18, 2012

Review: Jidin Sengal

Setelah aku menonton dua filem terbitan Outloud Studios, aku dapati orang orang dalam penerbitan filem filem produksi ini ada satu masalah. Apa dia? Masalah nak memberi tajuk kepada filem produksi ni. Tengoklah sendiri Suatu Malam Kubur Berasap yang tidak sedikit pun menceritakan pasal kubur berasap. Plot yang tungganglanggang, apatah lagi berterabur, itu bukti pertama. Kedua, lihat saja Jidin Sengal ini. Aku rasakan Jidin Sengal bukanlah fokus kepada Jidin tetapi kepada cinta dan kekasih lama. Which means that Jidin Sengal bukan title yang sesuai. 


Aku sendiri, apabila mendengar saja tajuk ini, tak tertarik langsung untuk menarik aku menonton. Pada pandangan aku, sepintas lalu Jidin Sengal bunyi macam filem paling loya dan menjual kata janji mampu menggeletek hati tahap gelak tak kering gusi. Yela, pastinya apabila namanya Jidin Sengal, kita mungkin akan dipertontonkan dengan keletah Jidin yang teramat sengal dalam percubaannya untuk membawa ketawa penonton yang menonton. Ah, ini bukan filem jenis aku suka. 
Gagahkan juga menonton, Jidin Sengal bolehlah aku simpulkan sebagai not bad. Sekurang kurangnya, dalam tenggelamnya cerita dan mesej filem ini dalam tajuk yang bodoh itu, filem ini aku rasakan lebih baik dari Suatu Malam Kubur Berasap yang hanya indah pada nama. Oleh itu, sebagai anak kedua Outloud, Jidin Sengal adalah improvement yang agak ok berbanding filem pertama produksi ini. Tahniah untuk Nur Esmi Zahara Yusof selaku pengarahnya. Bukanlah titik tolak untuk berbangga. Aku rasakan next filem Outloud perlu lebih baik dari Jidin Sengal. Aku rasakan filem keluaran produksi ini agak tersepit dengan cliche (lihat saja pada sound konon konon lucu yang digunakan). 

Jidin Sengal punya plot menarik jugak. Walaupun aku rasakan ceritanya agak mendatar, cerita cinta Jidin yang cuba untuk menjadi pelakon extra bolehlah juga dikatakan menarik. Dengan babak babak yang sederhana dan juga beberapa subplot yang tak seimbang, cerita filem ini nampaknya dipukul ombak lalu mengubah haluan menjadi sesuatu yang bukan memfokus kepada kesengalan Jidin. Oleh itu, aku bertanyakan, layakkah filem ini dinamakan Jidin Sengal? 


Dengan Jue Aziz yang menyulam cinta disebalik si Jidin yang sedang mengejar Peah yang mana kekasih lama masa muda muda, aku rasakan ceritanya boleh tahan. Tetapi, dengan skrip dan adegan yang sederhana, filem ini tak mampu untuk menyuntik romantika Jidin dengan Peah. Malah, cinta Amy dan Jidin pun menjadi buah terakhir untuk dipetik dalam minit minit terakhir. Ini menjadikan hati filem ini tersasar dan tidak dapat mengenai hati penonton pada awal bermula filem ini. 

Lakonan Along Champ nampaknya serasi bersama dengan Angah Raja Lawak. Namun, ketawa tak mampu aku ukir. Lawak Angah nampak biasa. Along juga nampak biasa. Tetapi, lakonan yang paling luar biasa dan membuat aku tertarik adalah Zack Diamond. Bekas penyanyi ini nampaknya menjadi terlebih gedik dengan riak wajahnya yang digunakan sebaik mungkin. Sedar atau tidak, lakonannya kadangkala mirip Gurmit Singh dalam Phua Chu Kang. Malah, sedar atau tidak, lakonannya juga mirip aktor Bollywood Shah Rukh Khan. 


Jue Aziz, akhirnya aku melihat mu dalam role yang sedikit ayu. Selepas melihatnya dalam adegan seksi sebuah filem tahun lepas, rasanya jelita mu agak meyakinkan. Walaupun aku rasakan wataknya lebih kepada marah marah dan marah, aku rasa dengan skrip yang lebih baik, dia mampu untuk buat lebih dari itu. 

Keseluruhannya, Jidin Sengal bolehlah aku katakan sebagai satu tangga baru untuk filem produksi Ernie Chen. Molek kiranya Ernie duduk di bangku penerbit dan sekali sekala jadi pelakon extra (tiru David Teo). Tak payahlah mengarah. Berikan kerusi untuk pengarah Esmi Zahara ini untuk mengarah lagi jikalau tiada pengarah lain. Sekurang kurangnya, Jidin Sengal membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi pelakon extra. Dari pemerhatian filem ini, ianya juga bukti, bukan mudah untuk menerbitkan sebuah filem berkualiti. 

2/5

2 comments:

peace289 said...

dengar tajuk pon dah taw tak best...

where to shop said...

sengal tul...