Friday, December 23, 2011

Review: Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka nampak seperti cerita yang biasa. Malah terlalu biasa pada namanya. Nampak seperti ianya satu tajuk yang tandus dalam memberikan kekuatan. Tajuk yang lemah sangat untuk sebuah filem bergenre horror. Horror kah? Apakah sumpahan itu? Apa sebenarnya isi Sumpahan Puaka? Berkesempatan menonton Sumpahan Puaka yang diskripkan oleh M. Subhash dan arahan Suurya, dan ianya pengalaman yang wow! Filem ini tricky.


Aku menyukai plotnya yang mempunyai elemen fast forward backward yang menjadikan plotnya misterius dan sukar dijangka. M. Subhash nampaknya memberikan garapan filem ini sepertimana The Other juga yang terbarunya Dream House. Even dua filem ini taklah menyerupai plot line filem Sumpahan Puaka, tetapi ideanya nampak ada persamaan. It is a ghost story, tetapi kita tak pernah perasan yang kita sebenarnya menonton sebuah kehidupan ghost. 


Samsuddin, seorang pelukis yang bercadang untuk mencari ilham melukis mengembara ke kampung Sepat. Dia menyewa rumah Tijah dan akhirnya ketemu sama si Mak Jah, ibu Tijah yang misteri. Di sini, anda akan perasan bahawa karakter Mak Jah tidak ada dialog dengan Tijah dan ianya adalah satu tanda tanya. Apa dosa Tijah, siapa Tijah dan apakah sebenarnya Kampung Sepat, menjadi tunjang cerita. 


Filem ini mengungkap idea tentang kegelapan, ego, rasa benci, keinginan, juga nafsu. Dunia yang dibikin M. Subhash nampaknya luar biasa. Aku percaya dunia ini pada awalnya adalah sebuah elemen kampung setinggan yang dibina untuk memberikan ruang untuknya bercerita tentang masalah social, hubungan terlarang, kisah kehidupan dan hubungan Tijah dan ibunya. Tetapi, di akhir filem ini, ianya lebih daripada itu.  


Di sebalik isu yang utama, Sumpahan Puaka bercakap tentang kecelaruan. Ianya sebuah filem yang gila. Karakternya semuanya gila. Dan ianya sesuatu yang abnormal. Bagaimana dipaparkan seorang pesilat, juga manager kepada isterinya yang mana isterinya penyanyi kelab malam, juga kecurangan mereka. Juga bagaimana sepasang suami isteri, bermain dam hanya untuk menentukan siapa nak kutip baju. Pelik betul orang kampung Sepat nih. Tetapi, semua itu ada jawapannya. 


Sumpahan Puaka bercakap tentang Sudin itu sendiri. Dilemanya kerana terlepas berkata sumpah yang akhirnya memakan diri. Penipuan dengan binaan karakter di sekeliling kampung hanya satu permainan untuk mengaburi, satu hiburan, yang menyelitkan hanya subplot. 


Lakonan Imuda nampak santai. Talented jugak dia pegang role utama ek. Suka keseksian si Tijah. Dilema ketakutannya nampak tunggang langgang, which left us with one question; why?. Emosinya dan kadangkala ketakutannya, keberanian menggodanya. Wataknya nampak kotor dan menggelikan, walaupun sekali sekala seksilah jugak. But, sebenarnya semua itu ada penjelasannya jika anda menontonnya dan aku puas hatilah jugak. 

A great performance by Mak Jah (Maimun Mutalib) yang nampaknya berjaya memberikan twist cerita yang cukup hebat. Persembahan seram yang hebat selepas Al-hijab. 


Apapun, Sumpahan Puaka ada plot yang luar biasa. Permainannya nampak bercelaru dan pastinya memberikan teka teki yang sukar diramal. Ianya sebuah filem emosi yang kotor dengan visualnya yang gelap (paparan kawasan2 sempit sebuah perkampungan, dengan lumut, karat dan kotoran). Sebuah filem yang pada aku menarik kerana ideanya cukup fresh, dan persembahannya juga cukup menarik dan mengejutkan.

3.5/5

2 comments:

Mejuez said...

cerita ni best dan boleh tahan.. tapi yang tak berapa best tang tajuk dia dengan poster... tak nmpak tarikannya di situ....

Luna Biru said...

Semua ok kecuali sinematografi. Angle kamera memeningkan kepala.