Sunday, December 25, 2011

Review: Mission Impossible - Ghost Protocol

Selepas Brian De Palma mengambil Mission Impossible pada tahun 2006, siri ini kemudiannya beralih ke tangan John Woo pada tahun 2000. J.J Abrams yang sewaktu itu popular dengan siri TV Alias menjadi pengarah siri ini pada tahun 2006. Sekarang, siri ke empat si Brad Bird mengambil alih. Dia adalah pengarah Ratatouille dan juga The Incredibles, kedua duanya dari Walt Disney dan sasarannya adalah kanak kanak. Mungkinkah Mission Impossible kali luar biasa dari dulu? 


Bird nampaknya seakan akan memberikan kita gambaran aksi di Burj Khalifa terlebih dahulu sebelum kita diperlihatkan dengan plot filem ini. Aku tak rasakan bahawa projeksi aksi di Burj Khalifa itu memuaskan. Berharap ianya lebih mega, walaupun adegannya dan stuntnya adalah real. I want more. 
Ghost Protocol nampaknya sebuah filem pengembaraan yang cukup hebat dari pemilihan lokasi. Dari Rusia ke India, Ethan Sekejap ke sana sini merantau menyelesaikan misteri. Dalam perjalanan kisah ini, aku rasakan filem ini sudah menjadi mirip Johnny English, walaupun Etahn Hawk itu bukanlah karakter yang lawak dan kelakar. 


Yes, a huge applause to Simon Pegg as Benji. Karakternya menjadikan Ghost Protocol filem yang tenang. Tak seperti siri ketiganya, yang lebih intense. Komedinya cukup sifat, kelakarnya kena tempat menjadikan Ghost Protocol sebuah filem Mission Impossible dalam kelompoknya tersendiri. 

Misi mustahil kali ini mengisahkan bagaimana Ethan dan kumpulannya cuba untuk menghentikan nuclear missile dari dilancarkan. IMF sudah dinafikan kewujudannya selepas pengeboman di Rusia sekaligus menyulitkan keadaan. Misi bermula dari Rusia, dan berakhir di India. 

Pada pandangan aku, aksi filem ini yang paling gempak pun adalah aksi aksi di Burj Khalifa. Rasanya, efek pengeboman Kremlin tu antara yang terbaik dalam filem ini. Teringat bagaimana Bollywood menggegarkan Stesen Mumbainya dalam Ra.One. 


Aksi aksi lain, aku rasakan J. J. Abrams lebih layak diberi pujian kerana membuatkan Ethan Hunt bergolak dengan jiwanya. Kembali mengingati Mission Impossible 3 dimana watak isteri Ethan diberikan peluang untuk wujud, aku rasakan filem tersebut punya aksi mantap dan ganas berbanding semua sirinya. Ghost Protokol punya aksi biasa. Tetapi, dengan efek, rasanya Mission Impossible punya bantuan untuk visual yang menarik. 

Dari sudut putihnya, tersirat disebalik cerita ini, aku rasakan isunya simple dan biasa biasa saja. Sekali lagi elemen terrorist diceritakan. Skopnya besar dan melibatkan dunia. Which is oklah kalau nak buat filem aksi.  


Dari sudut hitam, maaf sebab aku lihat filem ini nampaknya menggambarkan orang India kaya sebagai gila seks dan juga tahu berhibur. Yes, ianya portrayal negativism orang India. Dan, aku rasakan, dari watak Brij Nath lakonan Anil Kapoor, aku rasakan Bird nampaknya racism dan tidak memberikan ruang untuk orang Asia (dalam skop yang lebih besar) menyelamatkan dunia. 

Isu ini hanya kecil saja kalau filem ini dirujuk sebagai hiburan popcorn. Tetapi, jika kita fikirkan, dalam filem inilah satu satunya misi yang mana watak seorang India kaya diwujudkan. Lihat Mission Impossible 3 dimana Maggie Q diberikan watak yang stabil, which oklah. Sekurang kurangnya ianya menggambarkan dunia yang stabil, dan bukannya Amerika semata mata. 

Spoiler bagi yang belum menonton. Aku rasakan Anil Kapoor nampaknya memberikan portrayal seorang India gatal yang mana tidak dapat dijelaskan kejahatannya. Dari adegan Jane lempar Brij atas katil, kita akan lihat bagaimana Anil Kapoor tidak diberi peluang untuk meluahkan watak seriusnya. Dalam keadaan yang terdesak bila Jane meminta satu lokasi di India dari Brij, kita hanya dapat ketahuinya dari mulut Jane. Jelas nampaknya dialog penting ini tidak diberikan kepada Anil Kapoor atas dasar tertentu. 


Adakah Bird sedar yang ianya nampak seperti satu filem yang menggambarkan Amerika itu sendiri. Kaya pun si India, mereka kaya, tetapi mereka gatal. Amerika jelas nampaknya memperbodohkan orang India, dalam masa yang sama, kita bergelak ketawa. Terpulang untuk menilai.

Gambarannya, fikirkan sendiri. Keseluruhannya, Mission Impossible: Ghost Protocol nampaknya sebuah filem yang racism. Itu jika anda menilai di sebalik idea filem ini. Namun, dalam penontonan berobjektifkan hiburan, aku rasakan filem ini sesuai untuk seisi keluarga kerana dialognya simple dan santai, komedinya juga sesuai untuk segenap umur. Semuanya gara gara Simon Pegg yang kelakar. Brad Bird nampaknya memberikan Mission Impossible seperti filem Walt Disney, walaupun filem ini sepatutnya lebih ganas dari ini.  

4/5

2 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm not bad review, tp bagi yg belum tengok,mungkin akan rasa sedikit spoiler... blog ni more on movies?

p.s orng perlis ya?

C`ayob.com said...

waaa ini mesti best......aku suka sangat tengok cerita yang ada aksi ini.......