Friday, July 1, 2011

Review: Transformers - Dark Of The Moon

Siapa yang tak pernah mendengar tentang filem melatop ini sila dengar sekarang. Filem ini adalah filem yang memang memukau, untuk filem pertama dan keduanya. Bagi yang ketiga...

Sejauh mana siri filem Transformers mempengaruhi hidup aku – seperti ombak menghakis pasir pasir di tepi pantai. Transformers edisi ketiga dengan tajuk Dark of the Moon (DOTM) sudah ditayangkan di pawagam. Berkesempatan menonton filem ini di Lotus Five Star, Selayang Mall tanggal 1 Julai 2011 jam 5.45ptg di Hall 1. Keseluruhannya, Transformers: Dark of the Moon adalah sebuah anjakan bagi sebuah trilogy hits Michael Bay, perubahan drastik yang membosankan pada sesetengah bahagian. Oh ya, juga perubahan expectation kepada pengarahan Michael Bay jugak!

MV: Iridescent (Official TF3 Theme) - Linkin Park
Sebetulnya, aku meletakkan satu expectation yang cukup tinggi untuk filem ketiga Transformers ini. Sejujurnya, aku mengharapkan satu impak Revenge of the Fallen berulang dan sekali lagi mampu untuk aku berkata WOW!, Michael Bay is the best!. Malangnya DOTM begitu menghampakan pada fasa pertama filem. Entah kenapa aku masih terkial kial dengan pembentukan kisah yang nampak serabut dan terlalu banyak dialog yang mana begitu luar biasa daripada sekuel terdahulu. Secara teorinya, ada sesuatu yang tidak kena pada penulisan cerita kali ini. Ya, memanglah sebab penulis lakon layar kali ini orang lain dah weyyyy!!!


Fasa satu filem ini cukup kucar kacir. Beberapa elemen aksi pada fasa pertama tidak begitu memberi impak ketara sepertimana penontonan Transformers terdahulu. Babak aksi kadangkala mati tanpa penamat yang baik sekali gus membuatkan aku tergamam, and want to say WTF! Bukan norma biasa filem Transformers namun aku biarkan saja aliran ini, menantikan satu babak mega yang mampu untuk memberikan mood. Bukan norma biasa filem Michael Bay mempunyai adegan aksi yang tak sampai satu minit. Ini memang WTF!

Terus menanti dan menanti, fasa pertama filem dihabiskan dengan hanya dialog dialog dan kisah yang nampaknya cuba dibangunkan untuk membina rangka Transformers ketiga. Akhirnya hanya fasa kedua filem ini yang memberikan the real Transformers dalam skala aksi yang begitu panjang. Malangnya juga, aksi pertarungan Autobot vs Decepticon amat sedikit. Pertarungan bertumpu kepada manusia vs. robot. Keseluruhannya, mengecewakan kerana keseluruhan aksi diletakkan pada akhir filem. Ini yang aku katakan sebagai perubahan expectation tadi! This film punya rentak totally different. And perbezaan ini sebenarnya membuatkan aku berkata ‘previous sequel is better than this!’

Ternyata lakaran lakonlayar Roberto Orci dan Alex Kurtzman dalam dua sekuel sebelum ini lebih hebat. Penulisan Ehren Kruger nampaknya kurang memberi impak seperti dahulu. Jauh bezanya penulisannya dengan dua penulis asal Transformers itu. Jadi, terfikir aku tentang matlamat filem ini. Apa sebenarnya yang ingin dijelaskan Ehren Kruger dengan perubahan rentak yang luar biasa? First half bosan, second half full of action. Malah, kebosanan pada awal filem boleh buat orang keluar panggung. Tidakkah penulisan filem ini patut diseimbangkan dengan aksi dan drama yang 50% 50%? Selang seli aksi-drama itu sebenarnya nadi Transformers.



Pada pandangan aku, filem ini adalah yang paling kurang menyengat dalam siri filem Transformers. Maaf aku cakap, Ehen Kruger sebenarnya sudah merosakkan filem ini. Ya, daripada berita berita, aku mengetahui bahawa Roberto Orci dan Alex Kurtzmaan sudah tidak mahu menulis lakon layar kerana takut kisahnya sudah ‘ke laut’. Malangnya ya, Ehen Kruger dah bawa filem ini ‘ke laut’. Dan... lemas... blurp blurp!

Filem ini bercakap tentang kemanusiaan. Ya, mesej yang besar di sini apabila mangsa kali ini adalah kita si manusia. Bagaimana robot robot ini mahu mengancam dunia untuk membentuk Cybertron adalah plot utamanya. Manusia terkial kial di tengah tengah, masih pening pening tentang kuasa besar yang luar biasa ini. Maka, diterbitkan hero hero kita, membantu untuk membebaskan manusia (kaum sendiri) daripada Sentinel yang mengkhianati Optimus.

Pemilihan Chicago sebagai ‘pusat kemusnahan’ dalam filem ini memang gempak. Total distruction memang satu kenikmatan untuk satu jam akhir filem. Babak aksi disusun kemas di sejam terakhir filem. Namun, kebanyakan aksi sebenarnya diletakkan pada karakter manusia sekaligus menghampakan peminat yang mahukan aksi berada di pihak Autobot melawan Decepticon.


Ketiadaan Mikaela sebenarnya satu kerugian. Ya, ternyata Megan Fox sudah menjadi satu keserasian kepada filem ini. Tapi, padanlah ngan muka Megan Fox, sape suruh cakap bekerja dengan Bay seperti kerja dengan Hitler? kan bos dah marah.. hmm... Namun, penampilan Carly (Rosie Huntington-Whiteley) sebagai awek baru Sam tidak mengecewakan. Namun, rasanya tak lebih sebagai tempelan walaupun Carly berperanan besar untuk satu babak kecil di akhir filem yang membentuk finale cerita.

Muzik Steve Jablonsky lebih banyak bermain dengan skor filem terdahulu. Tak banyak perubahan pada lagu latar, tetapi pengubahsuaian yang nampaknya menjadi untuk membentuk mood.

movie mistakes filem ini:

Sejauh mana DOTM memuaskan peminat Transformers? Itu persoalan yang terlalu subjektif. Bagi aku, permainan filem ini hanya sekadar suam suam saja. Momentumnya berterabur pada awal cerita cuba disatukan tetapi kadangkala masih longgar longgar pada sebahagiannya. Namun, Transformers DOTM tidaklah terlalu mengecewakan tetapi janganlah meletakkan expectation yang besar kepada plot kisahnya, tetapi lihat kepada visualnya yang memukau.

Pandangan aku, DOTM hanyalah satu kematian yang begitu memalukan bagi trilogi pertama Michael Bay ini. Mengharapkan kelainan, tetapi ini bukan kelainan ini yang aku mahukan...

2.5/5

5 comments:

Salim Harmanain said...

betul...sangat setuju... :)

kakiwayang said...

aah...benar tu...boring juge transformers kali ni...nasib diselamatkan oleh visual2 yang menarik..

medjai said...

aku setuju dgn hang....... tp plg buang mood bler optimus terbang nak g serang tetiber tersangkut plak.............wth......

miss majaz said...

tapi best jugak la~ lagu2 ost dia cool~ XDD

Faqihin said...

Menarik sekali pandangan anda tetapi saya merasakan yg anda mengabaikan fakta bahawa Transformers adalah sebuah adaptasi; mempunyai ramai peminat2 komik2 dan animasinya. Transformers 2 dianggap teruk bagi kebanyakan peminat2 ini. Bagi saya, ia adalah sebab skripnya kurang 'intelligent' dan kegagalannya untuk menghasilkan sebuah cerita yg menarik walaupun mempunyai banyak sumber inspirasi dari komik2 nya. Michael Bay dihentam kerana filem tu. Itu sebab T3 diubah sikit 'style' ceritanya sebab mendapat pelbagai hentaman dari peminat 'hardcore' Transformers. T3, bagi saya, kurang memuaskan kerana filemnya masih mengharapkan aksi2 one dimensional. Tapi tabik la sikit sebab dia cuba perbaiki dengan cerita yg lebih mendalam. Ada Transformers 4 in production....tak sabar nak tengok ceritanya fail ke success!

Hanya berkongsi pendapat, harap tak terasa ke apa :D