Akan Datang!

Thursday, July 21, 2011

Review: Sekali Lagi


SEKALI LAGI terpampang sebagai sebuah lagi filem cinta romantika MIG. Mungkinkah kisah ini hanya berobjektifkan keuntungan dan kurang berkualiti dari kisah cinta yang direka? Sejauh mana Hashim Rejab mampu mengangkat kredibiliti pengarahannya dalam kisah cinta romantik berat sebegini? Ukurannya adalah SEKALI LAGI.

SEKALI LAGI ada kualiti. Aku melihat bagaimana filem ini dipamerkan dengan kisah yang begitu ada jiwa. Tidak dapat dinafikan bahawa SEKALI LAGI masih lagi terperangkap dalam beberapa kotak MIG yang melemaskan filem ini dalam beberapa aspek. Namun, sekadar di pinggiran saja semua itu. Filem ini keseluruhannya ada iktibar dan ada jiwa. Sebuah kisah teladan cinta, kisah lampau dan bagaimana cinta itu sebenarnya bukan sesuatu yang permanent.

Arman, watak kita yang begitu memberikan emosi lakonan Shaheizy Sam adalah karakter yang diuli uli untuk membentuk rewind forward filem ini. Pada aku, SEKALI LAGI adalah sebuah filem yang begitu mengujakan dan tidak mengecewakan. Sejauh mana falsafah cinta yang cuba diisi dalam filem ini, aku dapat rasainya dengan jujur. Sheila, itu wanita dalam dunia Arman yang ‘dahulu’. Sebuah kisah silam yang akhirnya membentuk turning point yang begitu tragis sehingga terjadinya watak budak kecil, Amy. Lakonan yang tidak mengecewakan dik!


Keseluruhannya, permainan filem ini tidaklah terlalu besar. Sekadar plot yang nampak olahannya bukan cliché, itu hanyalah 10% dari kelebihan filem ini. Apa yang ada pada 90% adalah bagaimana perjalanan cerita ini yang nampak lembut, tenang dan begitu bersahaja. Aku memuji bagaimana permainan dialog yang begitu satu persatu sebutannya, tidak terkejar kejar dan sampai mood. SEKALI LAGI adalah sebuah iktibar, sebuah nasihat dan reality. Sebuah cinta yang bersandarkan reality yang cukup untuk membuatkan kita berfikir, mampukah suatu hari nanti cinta itu dapat diulang SEKALI LAGI.

4/5

1 comment:

Anonymous said...

i gve 10 k....
mrs allien... aka manusia

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...