Monday, April 11, 2011

Review: Ratu The Movie


Ratu The Movie antara idea paling menarik Prof Razak. Walaupun aku rasa kekreatifannya bermula dari filem Mistik beberapa tahun lalu, aku rasa idea ini paling fresh. Pengarah yang selalu banyak memberikan idea lucu ini sekali lagi menjadi titik mula kepada genre filem baru di Malaysia, filem realiti (mungkin ini bukan istilah yang betul dalam sinema malaysia). Akan datang tidak lama lagi dari Pierre Andre, Seru (sebuah filem ala ala filem Mexico bertajuk Rec) dan juga beberapa bulan lagi pula, pencari hantu dan paranormal terkenal, Uncle bakal terbit dengan filem bertajuk Penunggu Istana. Sebuah genre yang aku rasa sesuai untuk memvariasikan dunia filem Malaysia.

Berbalik kepada Ratu The Movie, aku memuji idea filem ini. Tetapi pada aku, filem ini masih tak terlalu kuat sebagai sebuah filem box-office. Aspek penceritaan menarik dan kreatif namun binaannya nampak terlalu santai sehingga mengetepikan aspek keindahan filem. Lakonan nampak overdose dan mengada. Keseluruhannya, Ratu The Movie antara idea Prof Razak yang memang menarik tetapi rasanya sentuhannya kurang memukau. Penampilan khas Cico Harahap, juga pengarah teater terkenal Aminah Rhapor nampak tidak membantu. Ratu masih nampak seperti filem biasa yang lahir dari idea yang menarik. Masih sebuah filem takuk lama dari Prof Razak. Sekian!

Kecuaian dan kesilapan dikesan dalam filem ini boleh dibaca di sini: http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/ratu-movie-2011.html

2 comments:

Nur Diyana Mukhtar said...

selamat xg tgk kat wayang.. mesti tak berbaloi kan..

check out, new blog of me..

www.diyanamukhtar.blogspot.com

akutetapaku.com said...

selamat gak x tgk wayang..

singgah la ek d http://akutetapaku85.blogspot.com/