Sunday, April 17, 2011

Review: Dilarang Masuk

Aku sebenarnya tertarik dengan gaya promosi filem seram / thriller terbaru bertajuk Dilarang Masuk yang telah mula ditayangkan di pawagam 7 April 2011 yang lalu. Akibat pengaruh permainan soalan di dalam fanpagenya, aku mula membina jawapan jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam filem Dilarang Masuk ini? Apakah ianya klise dan hanya filem biasa? Satu lagi cermin filem Ahmad Idham (walaupun bukan diarahkan olehnya)? Atau Dilarang Masuk bukan satu filem yang gah tetapi hanya bercahaya pada promosi? Tetapi, dalam banyak banyak persoalan, aku ingin tahu apa sebenarnya kisah yang cuba dijelaskan dalam filem ini walaupun dari pembacaan, aku sudah tahu yang filem ini berkisar tentang orang sesat di hutan.

Movie mistakes dan trivia menarik dalam filem ini boleh dibaca di sini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/dilarang-masuk-2011.html


trailer 2 minit Dilarang Masuk

Jeffrey Chiang selaku pengarah Dilarang Masuk (dengan Esma Daniel selaku penerbit bersama) memberikan beberapa aspek seni yang aku rasa patut dipuji dan cukup menarik. Mari aku bawakan beberapa pandangan aku tentang Dilarang Masuk.

Di akhir filem, dipaparkan baris baris ayat yang menghimpunkan jawapan kepada kekusutan penonton. Rupanya aku rasakan filem ini adalah satu mesej yang membuatkan semua orang terdetik untuk berfikir. Satu tema yang tidak ada lagi di Malaysia (rasanya!) dan ianya bagus untuk penyedaran khususnya dengan kes kes kehilangan yang seringkali berlaku di Malaysia.

Sewaktu Tia membuka kalung milik Salwa, aku menduga bahawa ianya akan membawa kepada idea dimana filem ini adalah berkenaan dengan penculikan bayi. Sekaligus, hati aku terdetik dengan kisah kisah kehilangan budak yang menggemparkan Negara suatu ketika dahulu.


Babak Esma Daniel, Zuhairi Ibrahim dan Betty Benafe (flashback Salwa) sebenarnya membuatkan aku kagum. Wow! The view is so magnificent seperti aku menonton filem Hollywood.


Adegan Esma Daniel sebagai Rawis (doctor psiko!) bersama Tia (Asyikin Kamal) yang dirantai di dinding amat menarik. Ada kengerian di situ yang luar biasa warnanya. Belum pernah aku saksikan rantai rantai bergantungan membentuk suasana ngeri ala ala filem pembunuh Jigsaw yang aku minati dalam filem Malaysia.


Permainan kamera cukup hebat. Aku menyukai blurry image yang dimainkan (shooting pakai kamera SLR je filem ni korang tau!). Suka sangat melihat permainan focus kamera yang berubah rubah mengikut pertuturan dan fokus dialog karakter.


Fatia, Juli, Ronnie dan Bad...

Namun, disebalik positifnya permainan kisah Dilarang Masuk, aku rasa ada aspek aspek yang kurang menyenangkan buat aku sebagai penonton. Jom aku bawakan beberapa pandangan aku tentang beberapa adegan dalam filem ini.

Aku kecewa dengan endingnya (Tia berjalan ke dalam kawasan yang kosong disusuli beberapa orang yang tidak dikenali). Konklusinya samar samar. Aku kurang menyukai ending yang tersirat sebegini. Aku sendiri tak dapat memikirkan apa sebenarnya yang mahu disampaikan dalam filem ini dengan babak tersebut.

Malah, permulaan cerita ini yang pada awalnya aku rasa menarik (permulaan yang bersifat penuh tanda tanya, kenapa mereka tersesat dalam hutan) tidak terjawab hingga akhir filem.


Aku nampak balancing 4 watak mangsa, Tia, Bad, Ronnie dan Juli hilang apabila filem ini bergerak ke tengah. Entahlah, rasa macam aku tak dapat mendalami ending filem ini, juga isi karakter 4 karakter ini. Mungkin selepas watak Esma Daniel masuk, aku lebih mengaguminya kerana lakonan psikonya yang mantap selepas drama VCD Armour X (yang ada 4 episod.. siap collect kat rumah) beberapa tahun lalu.


Secara kasarnya, Dilarang Masuk menceritakan bagaimana 4 orang remaja, Fatia, Bad, Juli dan Ronnie yang tersesat di satu kawasan di atas bukit (tidak pula diketahui apa yang mereka mahu lakukan di atas bukit tersebut sebenarnya). Kabus yang menyeliputi bukit akhirnya hilang dan mendedahkan sebuah rumah banglo yang usang. Ronnie (Ismaizal Yusoof) akhirnya membuat keputusan untuk masuk dan menetap semalaman untuk perlindungan. Dalam gelap gelita rumah usang yang tidak diketahui penghuninya, mereka terjumpa dua mayat reput yang ditembak di satu kawasan dalam rumah. Malah, penemuan duit berjumlah jutaan ringgit membuatkan semua orang tertanya tanya, adakah mereka bersendirian. Dalam pada masa yang sama, Tia mula mendapat halusinasi tentang seorang bernama Salwa. Perjalanan filem akhirnya membongkar satu kisah yang cukup menggerikan!

Keseluruhannya, aku menyukai permulaan filem ini (walaupun permulaannya tidak pernah terjawab). Permainan selang seli kredit dan babak 4 orang ini sedang berbincang untuk membuat keputusan nampak begitu gah. Aku suka tengok kredit awal. Teringat aku kepada filem seram House On Haunted Hill juga beberapa siri filem seram Indonesia yang lain. Pertengahan filem nampak kadangkala membosankan. Namun, boleh dikatakan perjalanan kisah ini nampak terlalu luar biasa. Pergerakannya slow, berhati hati dan menuntut kepahaman penonton. Aku suka! Penonton takkan disongokan dengan pelbagai dialog penjelasan, sebaliknya mereka perlu fikirkan sendiri apa yang berlaku (tapi aku masih tak dapat fikirkan pasal ending filem ini yang masih blur! Waaa).

Asyikin Kamal sebagai Fatia, pembongkar segala kisah dalam filem ini

Bercakap pasal lakonan, Asyikin Kamal rasanya memberikan yang terbaik selepas Lagenda Budak Setan. Aku suka watak Ronnie juga komedi Bad yang begitu menarik (bab wasiat cd cetak rompak tu paling melucukan, hahaha!) Aku juga mengagumi jiwa Esma Daniel sebagai Rawis, sang penyembelih yang ada masalahnya tersendiri (kalau nak tahu tonton!). Keseluruhannya, lakonan ok dan baik. Namun, ada beberapa dialog nampak skema dan nampak melemahkan satu dua bahagian filem ini. Tapi tak mengapa, abaikan.

Apapun, Dilarang Masuk mungkin tidak menjanjikan kehebatan penampilan bomoh atau pawang. Hmm.. ianya bukanlah filem seram yang ada hantu yang muncul mengejutkan korang dari seat. Secara jujurnya, ianya adalah filem thriller (ya, lebih kurang la… mungkin tepat kalau suspense thriller . horror tu sikit sikit je). Sebuah filem sebaris dengan filem pembunuh kejam di Hollywood malah kalau filem Indonesianya, filem ini mirip watak Dara dalam filem Rumah Dara. Namun, jangan menjangkakan bahawa filem ini akan penuh dengan darah kerana apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan.


Sedutan babak Wang Tebusan dalam filem Dilarang Masuk

Dilarang Masuk sudah dua minggu ditayangkan. Dicadangkan untuk para penonton yang ingin menonton kelainan cinematic art dan idea yang fresh. Pada aku, Dilarang Masuk antara filem yang membuatkan aku mahu menonton filem Malaysia di sinema lagi.

3.5/5

10 comments:

afifah said...

macam menarik je cerita ni..
tapi saya masih blom berkesempatan nak g tengok..minggu depan dah nak final exam..huah..x pe..insyaAllah lepas exam boleh ar g tengok..

hans said...

sudah baca
review yg menarik
cuma macam juga di review saya
ending last dan jalan ceritanya kacau bilau
tapi cinematography dan shot camera memamng menarik

Huszaini said...

macam menarik pula! huhuhuhu.. tertarik sebab guna slr camera tu.. nak tengok hasil dia... cammana!

princeshetaki said...

Hello.. nice review.. Loved it. :) Thanks komen on my blog and share about this review.. :)

Nys Zairee said...

bosan..bosan..bosan..
bg aku la kan..
sbb slalu tgk thriller hollywood..

MR. SYAH said...

cerita ni mmg menarik ttp ending dia takberapa pahamkan..

. said...

gambar dia memang cantik dan sound dia pun orait tapi terlalu banyak yang persoalan yg tak terjawab pada ending cerita nih. boleh pulak kan ramai-ramai datang merayau-rayau kat situ pusing-pusing ikut belakang heroin. btw, pendapat orang semua berbeza kan :)teheee <3

Hatim said...

seram,seram,seram,xde filem lain ke nk buat?
^_^

Nur Diyana Mukhtar said...

bunyi cam menarik.. :) thanks for review

sentuhanurani said...

mcm best jer..nak serang wayang la sok!!hehe