Monday, April 25, 2011

Review: Cun!


Bila bercakap pasal Osman Ali, filem yang paling aku ingat adalah Anak Halal. Juga sebuah filem dengan Maya Karin sebagai tunggak utama. Bercakap pasal Osman Ali juga, aku teringat bagaimana Puaka Tebing Biru, dengan lakonan Nasha Aziz tidak mampu untuk membuktikan bahawa Osman Ali layak untuk bergelar pengarah filem seram. Oh ya, Puaka Tebing Biru punya teknik penceritaan yang baik, tetapi malangnya ia membosankan dari lakonan. Anak Halal pula semestinya tak perlu dicakap lagi. Sebuah karya yang mengungkap realiti sosial masyarakat kota. Kisah lorong gelap, anak luar nikah, juga kesengsaraan yang hitam namun berjaya diputihkan dengan baik.

14 moviemistakes yang dikesan dalam filem ini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/cun-2011.html

Pada pertama kalinya menonton trailer Cun, aku rasa this is one of waste-of-money kind of film. Aku rasa, Cun tak ubah seperti gaya filem komedi ringan David Teo, yang hanya pentingkan orang untuk ketawa terbahak bahak (even kadangkala lawak filem Teo kurang menjadi, terutamanya filem arahan Hatta Azad Khan). Ish, bila aku menonton filem ini persepsi aku is WOW! Rupanya Cun berdiri dengan tema romantik komedinya yang tersendiri. Satu lagi persepsi, Osman Ali berjaya memberikan sebuah filem romantik komedi yang pertamanya dengan begitu baik (pada aku sebagai penonton biasa). Aku puas hati dengan Cun walaupun tajuk filem itu buat aku rasa macam something wrong somewhere.

Menyukai enigma dan karisma Remy Ishak. Jantan macho filem Nur Kasih ini nampaknya cukup gadget untuk membuatkan penonton menerimanya sebagai jantan yang lurus dan impikan cinta sejati si Luna. Aku menyukai lakonannya terutama pada babak berat seperti adegan finale di studio recording, juga beberapa adegan di kampung. Malah, aku rasa Remy Ishak terserlah jiwanya sebagai Atan yang cukup membawa kepada perasaan kesian khususnya golongan wanita. Tapi, apa yang aku perasan, banyaknye adegan peluk between Luna dan Atan. Wow, untung kau Remy! Haha

Osman Ali membuatkan aku jatuh hati pada gaya bahasa filem ini. Teringat bagaimana A Razak Mohaideen menggunakan loghat utara sebagai medium komedinya dalam semua filemnya. Teringat juga bagaimana persepsi loghat utara dalam filem yang lebih memberatkan kepada komedi dan mengetepikan emosi. Cun membawakan loghat utara yang berbeza. Aku suka persembahan dialog dialog utara yang bukan saja begitu real tetapi berjaya memberikan emosi kepada hampir kesemua babak dalam filem ini. Adegan Tom mengajar Atan mengayat Luna antara babak dalam filem ini yang dialognya pekat dan realistik!



Cerita Cun ni begini kisahnya. Alkisah diceritakan ada seorang artis bernama Luna Latisha (Maya Karin) yang mendapati kekasihnya, Ryan Hidayat (Jehan Miskin) curang dengan artis yang baru popular, Siti Senjakala (Marsha). Untuk tenangkan diri, Luna mengajak PAnya, Tom ke desanya di Kedah. Luna yang tinggal dengan keluarga Tom kini berkenalan dengan Atan (Remy Ishak). Dalam diam, cinta mula berputik. Namun, pada masa yang sama di KL, Candy (Ning Baizura) sedang mencari Luna yang tidak diketahuinya berada di Kedah. Siapa kata KLCC dan sawah padi tak boleh bersatu kan?

Cun cuba membawakan realiti kehidupan artis dan dunia kampung, walaupun iye ke realitinya begitu? Cun juga cuba menemukan dua dunia, seperti digambarkan pada akhir filem, dunia KLCC dan sawah padi. Cun adalah romantik komedi Osman Ali yang begitu romantik. Seperti Anak Halal, aku rasa elemen realiti masih tak dapat dipisahkan dengan Osman Ali walaupun dalam filem ini, pengarah cuba untuk membina beberapa babak slapstik, contohnya babak lembu kejar kru filem, aku rasa lawak itu tak menjadi. Lawaknya lebih kuat pada dialog Kedah itu sendiri dan romantiknya kuat pada jiwa Luna-Atan walaupun ada sedikit rencah Tom-Atan yang mana tidak dikembangkan (sengaja dibiarkan rasanya).

Meter filem ini: 3.5/5

p/s: oo my sundal bolong... here come draculaa... haha

1 comment:

Along Usop said...

aaa!! nak tengok!! tapi sape nak blanje???.. =.=