Saturday, February 26, 2011

Review: Khurafat


Download di sini:
Ada sesuatu yang membuatkan semua orang berkata Khurafat antara the finest art of Syamsul Yusuf. Anak kepada DYH ni nampaknya sudah berani membawa sesuatu yang nampak baru dan versatile. Evolusi KL Drift antara karya yang aku suka. Masterpiece yang meletakkan Impak Maksima di ranking paling bawah dalam genre sepertinya. Khurafat, is a masterpiece (again! Dalam senarai filem Syamsul Yusof). Once again, filem yang penuh horror, hitam legam, namun disembunyikan dalam karakter penginsafan, Johan. Berkesempatan menonton Khurafat, dan kesimpulannya Khurafat memang membuktikan bahawa Syamsul Yusuf mampu mengukir pelbagai genre.

Sepertimana yang semua tahu, ramai blogger lain mempersoalkan permainan cerita ini yang nampak sedikit gelap dan suram dari segi pencahayaan. Namun, aku rasa ianya tak menjadi masalah bagi aku. Apa yang aku mahu lihat hanyalah penyampaian jalan ceritanya yang dikatakan cukup menarik. Orang juga persoalkan kenapa hantu datang dari atas dan depan (tidak seperti hantu Ahmad Idham yang selalu datang dari belakang), tapi aaah!!! Aku tak peduli. Itu idea dia, biarkan. Kesimpulannya, terbukti benar filem ini seram. Aku suka jalan cerita filem ni walaupun gaya lakonan semua pelakon dalam filem ni nampak hampir sama dalam filemnya yang lain (dialog skema). Aku juga menyukai permainan twist filem ini (kewujudan watak Mak Cik Rosnah, cleaner tempat makcik bekerja).

Skor muzik, hah itu yang aku tabik. Permainan skor walaupun skor filem ini hanyalah skor celup (diambil dari skor muzik filem Barat), namun perletakan susunan muzik nampak begitu sesuai dan berjaya menimbulkan mood seram dan sedih. Menyukai babak ending (babak van jenazah jatuh dalam gaung serta flashback), emosi dari babak tersebut sampai. Namun, babak ending tersebut nampak macam ada sesuatu yang janggal. Contohnya, sewaktu Johan angkat mayat Anna dan mayat tersebut jatuh dalam gaung (sebelum kita tahu yang ianya hanyalah ilusi roh Johan), boleh pulak Johan lari sebab nampak hantu tanpa ada emosi terkejut. Malah, monolog dalam hutan tu pun macam something wrong somewhere.

Apapun, Khurafat menark dowh! Even aku macam tidak berapa menyukai Liyana Jasmay punya lakonan. Filem yang berjaya memberikan emosi. Ending yang cukup besar maknanya (permainan ending yang aku suka, kejutan bagi yang belum menonton). Notifikasi buat semua yang belum tonton, anda jangan klik link di bawah kerana ia juga sama seramnya seperti filem Syamsul Yusof ini..

11 comments:

mira_nas said...

memang tak tgk lagi.. ala bese la.. kadang2 banyak terlepas pandang bila pembikinan filem ni.. cuma produser jangan ingat kaki wayang tak perasan

dya adriza said...

x tgk lg.. tp ramai kata seram. saya ni, jenis yg x sama pndpt dgn org lain. nk tgk dulu, baru boleh bg pndpt hehe.

btw, tq sbb kasi link download. saya da 4x download cita ni kat link lain, sume corrupt. hrp kali ni x.

faiz said...

memang best filem ni..

gadis kepastian said...

belom tgk ag sbb asal nak download sure x menjadi....xpandai2 nak join movie....wuwuwuwu sdih ann

CikNiza said...

sy dh tgk cite ni..mmg seram tp jln citenye bes..die gune flashback pas tu penonton jd confius..sape dalang disebaliknye..mule2 ingatkan liyana jasmay, kedue mkcik cleaner tu..last2 die sndiri rupenye yg wat keje khurafat tu..huhu

pape pun..cite ni mmg best..sy ni da la penakut gak la..tp tgk cite ni kat wayang tau..hehe..ngan member2..dr start smpai abis, tgk skrin dpn yg besa tu sikit2 jek, byk tutup mate jek..takot nk tgk antunye..hahahha

ni entry sy psl filem khurafat tu..hehe
http://nizamk.blogspot.com/2011/01/aku-dah-tengok-cite-khurafat.html

AmYcOzZo said...

SA x tengok lgi ctenye..rmai mber2 kte besh.. erm syamsul tu mmg sesuai jadi pngarah jer..kalau brlakon x besh..

czueka zulaikha said...

plot cerita ni sangat menarik :) pa yang terjadi diluar jangkaan penonton :) walaupn ada kelemahan tp 1 percubaan yang baik dr SY :)

Hishyamuddin said...

bagi aku cer khurafat best..:-)

Wawa Zolkepli said...

honestly.
citer khurafat ini x seram mne.
cume ade bberapa scene mmg layah dpt tabik springg. xpnah d buat owg.
riak muka syamsul tuh mmg tbaik.
cume mgkin liyana jasmay xseswai pgg watak isteri. die tuh nmpk giler kebudakkan.
time wawa nengowk movie ney, satu panggung asik gelak jer. entah kat mne silap citer ney pn kitowang xtaw.~

~Property t0: said...

cte nih xseram sgt la.
tp not bad~

Jαnnαhツ said...

ye, khurafat adalah cerita horror melayu terbaik setakat nie..