Akan Datang!

Sunday, February 27, 2011

Review: Haq

Antara adegan dalam Haq

CL Hor, pertama kali aku dengar namanya selepas filem bertajuk Kinta 1881 (sebuah filem berbahasa cina tempatan) hadir dalam koleksi aku. Wah, filem itu (walaupun tak sehebat Ong Bak) nampaknya berjaya membawakan filem aksi Malaysia setapak ke hadapan (real fight action movie macam filem Thai). Kali ini, Haq ditangani dengan Jumaatun Azmi (nama baru yang aku baru kenal even dia dah lama kot dalam industri). Kesimpulannya, adalah seperti yang tertera di bawah. Sebelum itu, yang belum menonton, ini linknya:


‘Pilihan terletak di tangan kita, yang penting hati kita’. Setuju dengan kata kata dari cebisan dialog dalam filem Haq. Sempat menonton filem ini yang rata rata reviewer mengatakan ianya hanyalah indah khabar dari rupa. Aku ambil kesempatan menyelongkar filem ini malam ini, dan ianya taklah teruk sangat. Haq ada jiwa, ada falsafah dan plot yang cukup indah. Tetapi, dalam keindahan dan falsafah Haq, ada sesuatu yang dalam diam membunuh filem ini. Pembunuh itu yang membuatkan Haq nampak suram dimata reviewer juga penonton sebenarnya. Bukan salah idea, tetapi penterjemahan karya sebegini nampaknya terlalu teliti dan berseni. Dan.. pembunuh itu ialah seni untuk membina Haq itu sendiri.

Zulhuzaimy sebagai Haq

Haq memang menarik dari segi visual. Aku amati dari awal hingga akhir, proses editannya tak tumpah macam klip video muzik (maknanya indahla, cantik dan berseni). Permainan slow motion, fade out and fade in antara pertukaran babak antara special features filem ini yang aku suka. Oh ya, tak lupa keindahan senibina ala Inggeris (mungkin Carcosa Seni) yang nampak begitu baik rakamannya. Juga permainan dua warna, biru untuk kebaikan dan merah untuk kejahatan juga perkara yang menarik. Keseluruhannya, rentak Haq aku sukai. Permainan visualnya sebenarnya mengingatkan aku kepada karya Saw Teong Hin, Puteri Gunung Ledang. Entah mengapa, karya pengarah Cina nampaknya lebih mementingkan visual yang kemas (tak seperti Ahmad Idham, atau A Mohaideen) juga dialog yang tak skema tetapi teratur serta jelas pada ungkapan dan makna (tak seperti Syamsul Yusof).

Nanu Baharudin sebagai Zahra

Plot Haq nampak cuba membawakan variasi (mungkin yang pertama) dalam genre superpower a.k.a adiwira (mungkin) ataupun kuasa luar biasa (lebih tepat). Setahu aku, tak ada lagi kisah superpower diberi nafas serius dan Haq cuba menentang arus dengan menghilangkan 100% aspek komedi dalam filem ini dan menjadikan filem ini serius seserius seriusnya. Itu satu kelemahan Haq. Sepertimana yang aku kata awal tadi, keseriusan babak babak Haq adalah seni dan seni itulah pembunuh Haq. Mungkin kalau ada sedikit karakter komedi yang menyeimbangkan reality filem ini, mungkin filem ini akan diterima penonton filem Malaysia (yang kebanyakan lebih suka ketawa dan dikejutkan hantu daripada menilai estetika filem / menjadikan filem sebagai tempat lepas tensen). Haq bukan Kapoww (yang komedinya terlalu slapstik), Haq juga bukan Cicakman (ini contoh terbaik untuk keseimbangan komedi dan serius). Haq cuba berdiri atas kakinya tersendiri. Malangnya kaki itu tak stabil, dan Haq gagal menyimbangkan badannya dan rebah.

Ada sesuatu yang tak kena dengan editing filem ini. Permainan emosi memang jelas dengan bantuan visual yang memukau. Tetapi, something wrong somewhere dalam beberapa babak filem ini. Contohnya, adegan Haq lompat selamatkan Aini nampak sangatlah terlalu kecil. Terlalu sikit impaknya walaupun (pada aku) babak itu boleh dikembangkan dengan sedikit aksi pergaduhan yang sedikit mega. Mana mungkin penjahat bertopeng yang berani menculik Aini di hadapan Haq (juga berani menendang Haq) lari meninggalkan van mereka selepas ditendang hanya sekali oleh Haq. Takkan kuncu Bad terlalu pengecut! Malah, sewaktu Zahra diculik, Zahra ada mengatakan kepada Haq (melalui telefon) bahawa dia rasakan (sewaktu itu Zahra ada dalam bonet kereta) bahawa keretanya yang dipandu penculik melalui jambatan (Zahra agak melalui bunyi tayar keretanya). Namun, masa Haq sedang mencari kereta Zahra (yang menurut Zahra ada di atas jambatan), tiba tiba Haq berkata 'Zahra, i dah nampak masjid'. Aik, tadi bukankah Zahra bagi klu 'jambatan', sejak bila Zahra bagitau yang dia rasakan penculiknya memandu melalui kawasan masjid?

Bibit cinta Zahra dan Haq

Skor muzik filem ini berjaya timbulkan emosi. At least, penyusun muzik filem ini tidaklah berperangai seperti Syamsul Yusof yang mencedok muzik skor filem lain. Visual efek (didatangkan khas dari Bangkok) menarik. Aku menyukai flashback Tuan Haji menggunakan kuasanya dan terdapat lingkaran daun getah mengelilingi Tuan Haji (babak yang menjelaskan kejelesan Bad terhadap Haq kerana mewarisi kuasa ayahnya). Koreografi aksi, ini antara yang tercantik selepas babak pertarungan Hang Tuah di pasar dalam filem Puteri Gunung Ledang. Menarik menyaksikan susunan gerak aksi. Koreografi aksi yang nampak simple, tetapi masih memberikan impak.

Keseluruhannya, Haq ada pembaharuan. Tetapi, seperti yang aku katakan tadi (sekali lagi... tak perlu sebut kot) seni filem ini yang membunuh filem ini sendiri sebenarnya. Terlalu banyak bermain dengan seni akan menghasilkan sebuah filem yang penuh ‘art’ tetapi kurang difahami penonton wayang. Perlu diketahui kebanyakan penonton ke wayang untuk bersantai, bersosial, dan melepaskan penat. Dan, bagi golongan begini, filem ‘art’ bukan sesuai untuk mereka (filem komedi dan seram direkomenkan untuk golongan ini). Semestinya Haq bukan filem komedi, dan bukan filem santai. Haq perlukan penonton berfikir, dan orang kita malas untuk fikir fikir. Haq mungkin boleh menarik mata dunia, tetapi tidak penonton Malaysia. Jadi, that’s explain why Haq terima kritikan negative lebih dari kritikan positif. Sekian!

Kecuaian yang dikesan dalam filem Haq:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/03/haq-2011.html

meter rating filem ini: 2.5/5

6 comments:

shahsyaz said...

sy suker citer Haq, sbb ade visual 3D..

1st film malaysia rasenyer gune visual 3D kan???

GamUHU said...

i LIKE!!

10jarijemari said...

tak tengok lagi...but nice sharing~

saljihitam said...

yang pelakon dia pun satu hal. pakai ambik je. tak teliti ke jalan cerita dia. haih.

btw, nice one.

Tuan Penasihat said...

harap akan ada lagi filem yang buat cerita macam Haq.
sebab dah banyak sekarang buat hantu jer. tukar buat filem aksi pulak baru best.

Anonymous said...

citer dia best, visual dia mantap, tapi ntah separuh je sya tgok citer tuh, terus mengantuk.. pelik..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...