Saturday, October 30, 2010

Gemersik Irama Dan Kisah Gamelan Mereka

Sem depan aku tekad ambik subjek Muzik Tradisional pulak. Teringin pulak nak main bende2 'ketung ketang' nih. Teater dah rasa. Muzik pulak lah!. Tadi, berkesempatan g tonton member2 aku yang ambik Ko Muzik Tradisional buat persembahan Gamelan di Panggung Budaya UPSI. Hebat jugak, 14 minggu terus buat konsert! Cayalah!.. Jom tonton sebuah kumpulan yang diberi nama Gemersik Irama (geng2 TESL aku ada dlm ni... ehe), mempersembahkan dua lagu, Inang Cina dan Dikir Puteri. Seriously, Inang Cina tu best. Sebagai amatur, aku rasa persembahan Inang Cina tu tahap best. Namun, sampai Dikir Puteri, permulaannya memang sedap, sampai je tengah.. kucar kacir. Namun, tepukan gemuruh buat group nih. Clap clap clap!!


Persembahan kumpulan Gemersik Irama dengan 'Inang Cina' dan 'Dikir Puteri'

At the end of the concert, sekali lagi Dikir Puteri dipersembahkan. Kali ni, persembahan dari instruktor2.


Dikir Puteri dari The Instruckturzz feat. Gemersik Irama


Friday, October 29, 2010

'Kerana Bunga' Selamat Dipentaskan!

SINOPSIS:

KERANA BUNGA mengisahkan Puteri Bongsu yang degil, hodoh dan selalu diperli kakak kakaknya yang mahu ke taman ajaib di bumi dek kerana terdengar gosip sang dayang istana tentang bunga yang boleh mencantikkan wajahnya. Akibat halangan Raja Indera Kayangan, Puteri Bongsu melarikan diri dan turun ke bumi tanpa pengetahuan ayahandanya itu. Bala menimpa apabila Tok, yang merupakan jelmaan Ahli Sihir memperdaya Puteri Bongsu dengan menjampi Bunga Sakti sehinggakan menyebabkan Puteri Bongsu menjadi bertambah hodoh. Ayahandanya, yang marah dengan perangai Puteri Sulong dan Tengah, turun ke bumi untuk mencari Puteri Sulong. Akhirnya, Puteri Bongsu ditemui, dan Ahli Sihir ditumpaskan.

Puteri Bongsu, Puteri Sulong dan Puteri Tengah di taman istana

Muka sedih raja indera kayangan yang penuh feel...

Bunga-bungaan yang bersimpati atas nasib bunga sakti

Puteri Bongsu dihalang untuk keluar istana

Puteri Bongsu di taman Ahli Sihir

Pertarungan Ahli Sihir dan Raja Kayangan

Pose haiwan-haiwan kayangan

Penyamaran Ahli Sihir sebagai Tok

Ahli Sihir dan bola ajaibnya

Simpati sang haiwan terhadap Puteri Bongsu...

Tamatnya persembahan malam tu bukan bermakna team KERANA BUNGA akan hapus dan lenyap begitu saja. KERANA BUNGA adalah satu permulaan untuk segalanya. Untuk kerjasama, untuk keceriaan, kegembiraan, gelak tawa, senda gurau, tangis gembira, sedih, suka, duka, dan pelbagai lagi permulaan bagi krew KERANA BUNGA. Terima kasih kepada En. Zolkipli Abdullah dan juga pelajar minor teater (Kak Mariati, Kak Nida, Kak Fenn, Abg Iwan & Abg Khalid) yang banyak membantu. Segalanya adalah kenangan sekarang. Masa hadapan, ia mungkin akan jadi kisah lucu untuk anak cucu kita. Untuk gelak tawa masa muda dan kegembiraan yang xkan lagi dapat dicari di mana mana. Hidup team KERANA BUNGA...!!!

Tron: Legasi Era Baru!

Jom, tonton klip-klip disebalik tabir filem Tron
(http://cikgumanstation2.blogspot.com/2010/12/tron-legacy-behind-scene.html)

Saksikan video klip 'Derezzed' dari 'Daft Punk'. Petikan dari soundtrack Tron Legacy. Menjelma di pawagam 16 Disember 2010



Bagi yang mahu download full album OST Tron: Legacy garapan Daft Punk..
(klik sini)

Monday, October 25, 2010

Tiongman Dan Rakan-rakan...!

Yang pose macam nakhoda kapal ni ... sememangnya nakhoda kepada produksi ni pun. Inilah En. Zolkipli, pensyarah untuk subjek Teater & Drama kitorang.

Kelmarin, Ahad (24 Oktober 2010) aku dan geng2 produksi KERANA BUNGA berkampung di Panggung Budaya UPSI dari 10 pagi hingga 11 malam. Full rehearsal untuk persembahan 28hb Oktober 2010 ni. Hari yang memenatkan sehinggakan terpaksa bawa beberapa ketul asignment untuk dimulakan walaupun memang konform x siap. At least, kalau dah mula 2, ada la jugak progressnya. Jom berkenalan dengan orang2 di sebalik produksi ini.

Puteri Bongsu dan kostumnya...

Datuk dari Gunung Kayangan sedang pose dengan teknologi terbaru, 'cermin mata lihat semua'

Krew yang comel2 blake..

Dayang dayang... sorang tertinggal... siapa dia? datang malam tu..

Bunga bunga dan kelopak warna warninya...

Monyet yang kepenatan...

Bunga bungaan lagi...

Ahli sihir...

Barisan haiwan2 sejiran dengan Tiongman

Pengawal yang tidak bergaji

Bunga-bunga lagi
Puteri Bongsu lagi.. Puteri Sulong dengan Tengah lupe ambik... nnt2 yer kakak2 semue..

Ok... paham2 sndri..

Mana aku??? Aku adalah TiongMan.. mana boleh masuk gambar. Jap g kena hantar g hospital mental. Bye. Nak menyelamat orang jap.. (sila buat bunyi angin sekuat mungkin dengan mulut anda)

Endhiran: Mega Blokbuster Yang Berjaya!!

Lama dahulu, selepas Sivaji The Boss menggegar pawagam dengan lakonan Rajni yang penuh gaya, sudah ada ura-ura mengatakan sebuah filem berbentuk futuristik akan dilakonkan oleh superstar ini. Sempat menjenguk klip untuk video Kilimanjaro dalam filem terbaru Rajni ini beberapa bulan lalu, kini aku sendiri berkesempatan menonton full clip Kilimanjaro, sebuah muzik ciptaan A.R Rahman dalam sebuah filem terbaru Rajnikanth, Endhiran The Robot. Sebuah komen ringan selepas berpeluang menonton Endhiran beberapa hari lalu.

Endhiran, bermula dengan pelbagai persoalan. Sebelum menonton, persoalan tentang apa yang bakal disajikan dunia Kollywood ini memang menarik. Saat melihat poster Rajnikanth didampingi Aisywarya Rai, Endhiran bakal menyaksikan perubahan dalam perfileman Tamil. Nah, jika dahulunya industry Kollywood nampak ke belakang, kini Endhiran ibarat kura-kura yang berjaya melepasi arnab yang sedang tidur di bawah pokok. Pertama kali menonton Endhiran, kesimpulan yang mampu dibuat hanyalah well done, great, superb.. WOOOWW!!..

gandingan Rajni & Aisywarya menggegarkan

Endhiran merupakan filem futuristik (rasanya) yang pertama di Kollywood. Sebelum ini kita menyaksikan pelbagai filem Tamil yang memenuhi citarasa peminat filem cinta dan juga kepolisan, Endhiran cuba keluar dari kepompong itu. Dan akhirnya, Endhiran menjadi kupu kupu cantik yang berjaya keluar dari kepompong. Industri filem Tamil rasanya sudah boleh berbangga dengan buah tangan Shankar yang menarik ini. Menarik untuk berbincang tentang Endhiran dalam pelbagai aspek, tetapi aku akan sentuh aspek teknikal sahaja dalam post ini.

Sekadar sinopsis kasar tentang filem ini. Endhiran mengisahkan seorang saintis (Rajnikanth) yang mencipta Chitti (juga lakonan Rajnikanth). Chitti adalah robot humanoid yang boleh melakukan apa saja. Namun, robot punya kekurangan; emosi dan perasaan. Akibat tindakan Chitti mahu mencederakan perekanya atas arahan seorang tester juga senior saintis ini (Danny Denzongpa) yang jelous dengan anak muridnya, Chitti perlu dikemas kini. Santis ini kemudiannya menambah aspek emosi kepada Chitti. Malangnya, robot beremosi ini mula jatuh hati kepada kekasih saintis (Aisywarya Rai). Chitti dimusnahkan dan akhirnya terlepas ke tangan watak jahat dan akhirnya diprogramkan untuk menakluk dunia. Namun, semuanya kucar kacir apabila Chitti mula berfikir dan membina klon-klon sendiri. Kesudahannya??

Binaan Chitti nampak seperti mimik kepada Bicentennial Man. Wajah robot ini sebelum disarungkan muka memang nampak seperti robot dalam filem Robin William itu. Malah, robot jahat pula nampak seperti meniru robot dalam filem Terminator 3: Rise Of The Machine. Namun, hal ni taklah mengganggu perjalanan cerita. Sudah normal bagi filem Bolly mahupun Kolly untuk menceduk benda benda menarik dari filem Hollywood untuk dimasukkan dalam filem mereka. Namun, Chitti nampak menarik dan cukup untuk membuktikan bahawa filem ini punya modal yang mega besar.

Perjalan cerita nampak biasa. Konsep novel seperti biasa memang sebati dan belum berganjak dari titik lama. Semestinya dalam hal ini, bollywood masih berada pada tahap yang lebih bagus kerana aspek masa yang sudah dipendekkan. Jika sekarang purata filem Bollywood sudah mula meninggalkan durasi 2 jam 45 minit dan tukarkan kepada 2 jam atau 1 jam 30 minit, Endhiran masih menggunakan durasi 2 jam 45 minit yang begitu lama. Hal ini sekaligus menjadikan Endhiran kadangkala nampak lewah kerana sesetengah babak nampak tidak perlu dan patut dibuang.

Aksi lasak Endhiran bertaraf Hollywood

Barulah ini kali pertama aku melihat sebuah filem aksi yang nampak over tetapi sesuai. Adegan aksi semasa Chitti menarik untuk ditonton. Adegan yang hebat penuh letupan itu sebenarnya adalah satu point of interest yang menarik penonton. Aksi sehebat Hollywood dengan bintang besar ini mampu membawa keuntungan kepada penerbit. Banyak aksi aksi yang very impressive dan menakjubkan dipertonton. Bajet yang mahal sesuai dengan hasilnya. Gud job! Endhiran tidak terlalu action-packed disebabkan durasi 2 jam 45 yang terlalu panjang. Rasanya, kalau durasinya 2 jam je, memang ianya akan packed with action dan akan berjaya menarik banyak peminat lagi. Bayangkan kalau 1 dunia menonton filem Tamil hebat ini. Fuh!

CGI completely superb. Tiada cacat celanya. Namun, sewaktu adegan Chitti selamatkan mangsa kebakaran, jelas sangat penggunaan manusia dan CGI bersilih ganti dalam babak itu. Ada satu masa, dalam babak kebakaran tu, korang akan nampak leher Chitti berwarna hitam, dan pada masa lain korang akan lihat leher Chitti hanyalah seperti tulang besi kurus. Elemen CGI nampak tak kemas dalam babak tu sahaja. Babak akhir (climax), bila Chitti bergabung menjadi pelbagai jenis bentuk amat menukau. Melihat Chitti menjadi raksasa, melompat dan melibas helicopter ke tanah cukup menakjubkan.

Komposisi muzik A.R Rahman nampak futuristic, robotic dan energetic. Namun, dalam pada masa yang sama, composer ini masih meninggalkan ruang untuk lagu trek sederhana. ‘Boom Boom Robo Da’, ‘Puthiya Manidha’ antara trek robotic dan energetic dan nampak luar biasa dalam komposisi. Lagu ‘Arima Arima’ juga tak kurang hebatnya. ‘Irumbile Oru Idhaiyam’ rancak dan ‘Chitti Dance Showcase’ ada variasi. Menarik. Trek slow dan sederhana ‘Kilimanjaro’ sedap didengar. Keseluruhannya, Endhiran ada trek yang luar biasa. Dalam banyak banyak lagu, aku suka 'Puthiya Manidha' dan 'Kilimanjaro'.

salah satu babak dalam trek 'Kilimanjaro'

Lakonan Rajni, tidak banyak dapat aku huraikan. Membandingkan Sivaji dan Endhiran, lakonannya dalam Endhiran nampak bersahaja, kurang emosi dan sekadar pada tahap biasa. Rajni sebagai Chitti nampak lebih berpenghayatan berbanding watak saintis yang dipengang olehnya dalam filem ni. Aisywarya cantik dan memukau. Apapun, Rajni dan Aisywarya adalah satu chemistry yang memang boleh pecah panggung. Aktor Danny Denzongpa memberikan penampilan hebat sebagai antagonis. Dan, seriously, I hate watak dua orang kawan saintis yang apa entah apa kes menyemak jer dalam filem ni.

Keseluruhannya, Endhiran boleh dibanggakan buat semua kaum India. Ianya membuktikan bahawa tak ada yang mustahil di dunia kalau ada keinginan. Aku sendiri yang berbangsa Melayu ni pun berbangga dengan Endhiran. Menarik untuk menyaksikan CGI yang selalu dibanggakan Hollywood kini menjadi milik industry filem Asia. Selepas kejayaan Endhiran, aku menunggu kehadiran Mantera, filem robotic Malaysia. Mampukah ia berdiri sebaris Endhiran?? Kalau filem Mantera boleh berada sebaris Endhiran, sebenarnya ianya sudah mampu untuk membuktikan filem kita juga mampu membuka mata ramai orang.Papepon, keep on making gud film.

Saturday, October 23, 2010

Senamrobik Kembali...!!

Dua tiga hari lepas, aku tersampuk sekumpulan student Ko Senamrobik tengah buat latihan kat kolej. nak dijadikan cerita, si student ni pulak muka familiar. Maka, selepas memerhati 2 tiga kali, aku tengok cam serabut jer step diorang, maka aku (dibantu member aku Steph) pun masuk campur dalam koreografi diorang. Gedik sungguh aku. Pandai2 g masuk campur. Tak banyak kami ubah. Cuma sempat bagi tip2 dari pengalaman lepas semasa kitorang sndri ambik subjek ni semester lepas. Dan... paling sempat lagi kitorang koreograf sikit step fun time guna lagu OST Magika.. wehe.. simple but fun.

23hb Oktober 2010, hari penentuan diorang. Tapi, aku plak yg excited lebeyh. Aku bangun awal (walaupun tidak terlalu awal) dan bergerak ke Dewan Perperiksaan dengan my member before gerak ke Panggung Budaya untuk rehearsal penuh. Already mintak kebenaran Kak Jaja dan Kak Ika (instruktor) untuk masuk campur menonton. Nah, pergi jer hari ni, terus dapat seat tepi pengadil. haha.. diam saja ler... x brani nak komen banyak2. Teringat semester lepas bila geng aku sndri berada di tengah gelanggang. Sekarang, aku plak jadi pemerhati. Wah...Seat special dah dapat, jadi layan saje 8 grup yang membuat persembahan.



Syukur geng diorang ni dapat no.2. Aku ngn Steph lagilah gembira.. wehee. Walaupun banyak komen intstruktor cakap banyak step berulang, rasanya aspek lain banyak membantu. Diorang cakap, step simple, keseragaman ada. Yeah! Sudah sampai minggu ke 13. Mungkin taun depan leh senamrobik lagi. Bye!

Wednesday, October 20, 2010

Pencuri Laptop Di Pejabat TNC HEPA, UPSI

Petang tadi, sedang kecoh2 dengan kelas yang memang sudah sampai tahap malas, aku digemparkan (gempar la sangat!) dengan gambaar pencuri laptop. Di mana? Pencurinya ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Atas nama mesej kesedaran, aku embedkan video CCTV ini, buat siapa2 yang mengenali saspek, sila ikat dan bawa kepada polis secepat mungkin. Jangan kasi pukul. 'kasi' pon jangan. Bahaya. Nanti masa depan dia.. ish3.. papepon, suspek ni memang bukan student nampaknya. Jadi, buat student UPSI, berhati-hati dengan persekitaran. Mungkin juga kasut di surau akan dicapek oleh mamat ni selepas selesai mencuri licin semua laptop. Lepas habis kasut, mungkin juga tudung-tudung bawal yang menarik juga menjadi mangsa. Jangan sampai wanita kita tak bertudung sebab dia, walaupun sekarang ni ramai jugak wanita Islam tak bertudung... ish3..

Lepas habis tudung bawal, apa pulak yang nak dicurinya.. haha



p/s: teringat insiden bas buat kona kat Pantimur sampai calarkan kereta pegawai kerajaan mana nth pagi tadi (19.10.2010). Pastu, pegawai ni hangin hangin. Padanla, yang pegawai ni g parking kat tempat bas buat kona lek (Restoran Pantimur) tu pesal.. bengong betul. pastu g hangin2 kat drebar bas.. dah terang2 kot parking depan paip bomba.. sape salah, bas yang nak kona tu, atau kereta yang parking tu? lu pikirlah sendiri!!

Sunday, October 17, 2010

Jefry Din Di UPSI!!! Jangan Histeria Ye!

Jefry Din menggegar tapak konvo UPSI ke 12 sidang ke 2 pada 16hb Oktober 2010. Saksikan persembahannya di malam Battle Of The Band UPSI yang membuatkan laki-laki 'gay' berhisteria mengalahkan perempuan perempuan peminat Adam Lambert. Dato' Jefry Din membawakan 4 lagu iaitu Kenanganku, Seruling Anak Gembala (my fevret all time hit), Gadis Manja dan Mas Mona (most fevret jugak!)

Kenanganku

Seruling Anak Gembala

Gadis Manja

Mas Mona

Di Sebalik 'Kerana Bunga'

28hb ini, semua pelajar Ko Teater & Drama dan pelajar minor teater UPSI untuk sesi ini akan bergabung dalam satu teater kanak-kanak yang bertajuk KERANA BUNGA. Dengan bangganya, aku mempelawa semua pelajar UPSI yang berkesempatan juga rakan rakan yang mengenali untuk menonton aku dan juga sahabat2 dalam persembahan yang akan menutup tirai semester ini.

Saksikan pelakon-pelakon di sebalik produksi teater ini menjalani latihan mereka....




Thursday, October 14, 2010

Lagu Bullshit.. :-)



Lagu dari filem Khatta Meetha.. lirik nampak terlalu kasar.. tetapi menarik... suke lagu ni..

Sunday, October 10, 2010

'Jadi Tak Jadi' Revisited

"Man @ man.....my new friend from tesl course....tapi idak ler new sebab aku da kenal sejak sem 1 cuma baru nak berkenal kenalan. mamat ni satu negeri ngan aku. tapi dia plak bantai tak tahu yang aku ni budak perlis sebabnya aku tak bercakap perlis.....hahaha bukan apa. watak mak dara ni kan orang perak jadi aku nak biasakan diri cakap perak. ate.....teman pun bercakap la peghok....jangan mara ar encik man....hahahah. tak sangka plak aku mamat ni amik minor teater. well thats good for him. aku tahu dia boleh buat ngan baiknya sebab bakat dia da ada di situ. Watak man di tangan dia memang aku berikan kebebasan untuk bawakan mengikut selera dia sendiri. jika dilihat balik man ditangan dia ialah ala ala sarip dol tapi tak berduit gitu....baju kemain stylo tapi nek beskal....ala ala biar papa asal bergaya ahahaha......well aku memang tahu man boleh berlakon. sebab tu aku jadikan dia penyeri sketsa aku....dan dia ngan syazril berhubung dengan baik sekali......ada connection di antara watak meon dan man walaupun kami dari kos berbeza....."
pembetulan: bukan minor teater tapi kokurikulum teater n drama

Gembira jugak sekejap bila ada orang komen tentang diri aku. Rupanya aku ni ada jugak yang menilai dan sudi untuk menulis pro and kont tentang diri aku. Hah, terima kasih la bebanyak yer Wanie kerana sudi berjela menulis tentang diri aku. Penghargaan ini amat buatkan aku untuk bermotivasi menjadi seorang penggiat dunia seni yang baru tak sampai setahun. Apapun, pengalaman Jadi Tak Jadi, yang sudah lama dipentaskan dalam semester ini terkopek kembali sebab follower ke 621, seorang rakyat negeri aku yang juga berada di bawah naungan raja dan menteri besar yang sama menulis tentang JADI TAK JADI selepas sketsa itu dipentaskan 3 minggu lalu.

Banyak sangat yang aku belajar sebenarnya dari pementasan kecil itu. Aku sebenarnya terima pelawaan Fazil, yang mana telah ditemui semasa membeli makanan bulan ramadhan itu sebab untuk persediaan membantu pelajar minor teater nanti. Alhamdulillah, walaupun aku tak banyak mainkan peranan dalam JADI TAK JADi, pengalaman itu adalah semangat untuk kembangkan dunia baru aku ni.

Dalam bidang ini, rupanya aku belajar beberapa perkara penting:
1
Aku belajar untuk menggunakan kelemahan aku untuk menarik perhatian orang.

2
Aku belajar bahawa dunia belakon ni perlu dedikasi yang sangat tinggi

3
Aku belajar bahawa sekecil mana watak kita, ianya penting untuk menghidupkan cerita

dan yang paling penting
4
Aku belajar bahawa skrip itu landasan.. kalau lari sikit ok jer.. lari banyak.. habis daaa....


p/s: macam berjaya masuk ujibakat AF la pulak gayanya... hmmm (satu g: ending skrip Aida tu, bagi yang dah mula bertanya nak tahu ending, tunggu la ye.. akan datang)

Saturday, October 9, 2010

Kerna Bunga-Bunga Akan Bercerita (5)


Akhirnya, poster promosi untuk penilaian akhir student Minor Teater dengan kerjasama pelajar Ko Teater & Drama dah kuar. Dengan itu, aku mempelawa semua pembaca di UPSI untuk datang melihat projek akhir diorang nih. Tiket RM2 jer..

Jalaluddin Hassan, Lisa Surihani, Adibah Noor dan Loisa Chong tidak ada dalam teater ini. Tapi, teater ini menjanjikan lakonan sehebat mereka.

Jom ramai-ramai...

28 Oktober 2010
Panggung Budaya, UPSI

Wednesday, October 6, 2010

Dari Tingkap Itu

Dari tingkap itu
Aku lihat lip lap bandar
Yang sudah mati

Dari tingkap itu
Aku dengar pon pon kereta
Yang berjalan sini sana

Dari tingkap itu
Aku lihat segalanya
Menyaksikan bumi berputar ligat
Melalui matahari yang berjalan
Di atas paksinya kiri ke kanan

Aku lihat segalanya
Dari tingkap itu
Buat simpanan cerita hati
Yang kadang kala sayu
Dan sunyi...

Tanjung Malim, 2010

Monday, October 4, 2010

Muzikal Tun Mahathir: Biografi Dalam Warna Berbeza


Peluang menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir berakhir dengan satu konklusi; sesungguhnya dunia teater ini sungguh luas. Seakan mimpi menjadi nyata, menyaksikan susuk susuk popular di atas pentas Panggung Sari yang famous itu adalah satu perkara yang mungkin akan disimpan untuk memori semester 5 ini. Sekali lagi, teater ini memang menakjubkan buat seorang student yang pertama kali menjejak kaki ke Panggung Sari ini. Excitement dalam panggung bertaraf dunia itu masih ada dalam ingatan saat punat keyboard Presario ini ditekan untuk membentuk inci-inci kata. Rungkaian kata seterusnya ini adalah apa yang tercetus dari hati aku sebagai seorang penonton yang menonton karya muzikal berkisar tentang bapa permodenan Malaysia ini.

Pertama kali melihat wajah Tun Mahathir terpampang di poster biru promosi, mungkin Muzikal Tun Mahathir akan menjadi muzikal teater yang biasa. Tiada bisa yang boleh melenyapkan keselesaan untuk tidur dalam Panggung Sari yang menawan itu. Namun, rupanya muzikal ini lebih dari itu. Ianya seakan satu bisa yang membuatkan semua orang berada dalam pelbagai posisi emosi. Muzikal penuh muzikal dan juga reality ini digarap baik dengan susunan muzik dan juga rekaan babak yang kreatif dan penuh artistik. Dalam ungkapan mudahnya, Tun Mahathir ibarat dihidupkan kembali dalam satu watak yang boleh membuatkan dirinya diagung-agungkan.


Muzikal Tun Mahathir ini mengisahkan perjalanan hidup perdana menteri ke 4 Malaysia yang dipersembahkan dalam gaya santai dan penuh muzik. Kisah ini dipapar dalam tiga zaman berbeza iaitu dari kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Muzikal ini juga membawa penonton mengenali bibit cinta Mahathir dan juga isterinya di Singapura. Lebih berkonsepkan biografi, teater ini berakhir dengan dramatik beberapa ketika selepas adegan perletakan jawatannya dipersembahkan.

Secara dasarnya, plot Muzikal Tun Mahathir ini nampak lurus. Tiada permainan flashback digunakan dalam membentuk susunan babak. Bermulanya layar besar diangkat, kisah bermula dengan latar belakang zaman awal kanak-kanak Che Det. Dalam zaman kanak-kanak ini, peluang diberikan kepada Mohd Shafeiq Shazwan Zamrus, aktor muda dari rancangan reality Idola Kecil. Sememangnya tiada yang dapat dikomen tentang lakonan si cilik ini. Menarik dan menghiburkan. Namun, malang pada hari itu tidak dapat menyaksikan Jalaluddin Hassan sebagai bapa Mahathir apabila diganti dengan pelakon lain. Namun, bisa watak Mohamad Iskandar, masih mampu dipikul Shahrul Mizaad Ashaari dengan baik.

Berganjak ke tengah plot, penonton diperkenalkan kepada aktor Zizan Nin, sebagai Mahathir remaja,di sini juga munculnya karakter Dr. Siti Hasmah, lakonan Erra Fazira. Jujurnya aku ingin nyatakan bahawa memang pujian harus diberikan buat Erra Fazira. Mimik muka, posturnya memang berjaya. Karakter Dr. Siti Hasmah nampak hidup di tangan Erra Fazira. Zizan Nin pada aku, memberikan peluang untuk penonton bersantai. Dengan karakter pemalu yang ditonjolkan, Zizan Nin membawakan satu dunia yang tidak pernah diketahui tentang Tun Mahathir. Lagaknya bersahaja, namun Zizan Nin nampak seperti hanya mampu menjadi dirinya dari menjadi diri Tun Mahathir.

Bahagian ketiga, akhirnya Zizan Nin bertukar tempat dengan pelakon lain. Tepukan gemuruh buat Isma Daniel. Ini satu-satunya penyeri muzikal ini yang mempu membawa minda penonton melihat dirinya sebagai Dr. Mahathir. Tepukan gemuruh buat Isma Daniel. Dia, mungkin dengan usahanya berjaya meniru gaya lagak Tun Mahathir. Loghat utaranya juga menjadi. Pentas itu miliknya buat muzikal ini. Emosi yang diberikan pada babak-babak akhir pementasan berjaya mencuit hati penonton dengan sebak.

Set menarik. Mengakui bahawa babak kapal di pelabuhan itu adalah yang menarik. Ternyata, peluang untuk menyaksikan pentas bergerak Panggung Sari tercapai. Saat menyaksikan pentas di hadapan diturunkan untuk satu kejutan apabila tiba-tiba Erra Fazira dan Esma Daniel muncul dihadapan mata, ianya adalah perkara yang tidak disangkakan. Masih tidak waras lagi akal ini apabila memikirkan tentang kelibat Erra Fazira dalam karakter Siti Hasmah juga Esma Daniel dalam karakter Dr. Mahathir itu berapa beberapa inci sahaja dari seat aku. Babak perletakan jawatan Dr. Mahathir, digarap menarik, berjaya wujudkan emosi.

Muzik Pak Ngah sesuai. Dalam lagu-lagu yang dipersembahkan, aku memilih untuk mendengar trek Insan Penakluk saat membawa CD soundtrack pulang selepas membelinya dengan harga RM20. Owh ya, aku juga bawa pulang skrip teater Suzanna 60an yang disertakan sekali cd lakonannya. Diharap skrip itu mampu untuk melatih diri aku mengenal intonasi dengan lebih baik. Berbalik kepada CD soundtrack yang muziknya digubah Pak Ngah, trek Insan Penakluk cukup gah sebagai penutup tirai persembahan.

Pencahayaan teliti dan penuh warna warni. Semuanya digabungkan menjadi sebuah pementasan yang memberikan satu impak buat penonton. Koreografi pentas nampak penuh warna warni. Namun, aku sendiri kadangkala tidak tahu hendak mahu focus ke arah mana kerana pelbagai karakter yang bermain-main di atas pentas. Keseluruhannya, semua gerak tari menarik dan kreatif.

barisan pelakon utama muzikal

Bila akhirnya papan ini sudah mula suam-suam, akhirnya cukup rasanya gorengan pekasam masak lemak ini dari aku. Secara keseluruhannya, teater ini menarik dan wajar ditonton semua masyarakat. Adaptasinya penuh pengkajian. Menonton teater ini dirasakan seperti menyelongkar kembali buku Sejarah Malaysia yang pernah ditatap tahunan lalu. Apa yang mahu disampaikan dari teater ini diharap tidak akan ‘selesai’ kerana proses untuk mendidik rakyat tentang jiwa bapa permodenan ini dalam cara sebegini adalah cara yang terbaik untuk memberitahu pelapis masa hadapan tentang Tun Mahathir.

nak dijadikan cerita, jumpa pula orang sekampung..:-)

Muzikal ini dipersembahkan sehingga 9 Oktober 2010...

Sunday, October 3, 2010

(Movie Mistakes) Lagenda Budak Setan

Sedar atau tidak, kelibat krew filem Lagenda Budak Setan ternampak dalam filem. Adeyh, macamne ni. Betul atau tidak, jom tengok 8 kesilapan yang dikesan dalam filem ini.