Taruhan terbaru Hashim Rejab ni amatlah sweet. Macam mana dia bawa pengarahannya dari aspek permainan warna cukup aku suka. Elemen warna warni yang cukup menarik menjadikan Pada Suatu Cinta Dahulu ada unsur harmoni yang mengasyikkan. Terbaik untuk sebuah persembahan filem romantic drama sebegini. Pada Suatu Cinta Dahulu kembali membawa trademark Hashim Rejab yang dinukil pada Sekali Lagi, Papa I Love You dan 3 Temujanji.
Memula, aku rasa ada teringat kat satu filem ni bilamana awalnya menunjukkan gaya penceritaan yang menggunakan flashback. Ya, Pada Suatu Cinta Dahulu mengingatkan aku kepada Tentang Bulan yang diarah oleh Ahmad Idham suatu ketika dulu. Gaya penceritaannya walaupun lain nampaknya masih mengekalkan perkara yang sama iaitu pengakhiran sebenar adalah pada watak yang dewasa. So, jadinya macam eternal story gitu!
Jujurnya, Hashim Rejab Berjaya membentuk Nizam Zaidi dalam mengeluarkan kehebatannya yang mirip Airil Zafril. Entah kenapa aku rasa aku nampak Airil dalam diri Nizam Zaidi. Agak keliru juga sebenarnya sebab wajahnya lebih kurang. Malah lakonannya hamper mirip kepada watak Airil Zafril dalam filem filem Hashim Rejab sebelum ni.
Zalif Sidek memang mengejutkan! Babak kebogelannya beberapa kali memang menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun kebogelannya tidaklah seberani Zul Handyblack dalam Mantera, ianya satu keberanian luar jangkaan. Malah, dari aspek lakonan, aku nampak Zalif Sidek macam masuk pada trek yang betul. Lakonannya ada feel dan tidak hanya terkinja kinja macam tah pape je dalam filem filem sebelum ni.
Cerita cinta monyet yang dipaparkan amat cute. Thanks to the skrip yang memang tidak melebih lebih dan memenuhkan filem ini dengan adegan dan dialog yang meluat luat. Semuanya cukup sifat walaupun aku rasa endingnya macam biasa, seperti terkinja kinja nak habis cepat. Namun, semua yang nak dijelaskan dalam watak lakonan Nizam Zaidi, dan rentak kehidupannya amatlah tenang dan tak kalut. Itu aku suka.
Cuma negatifnya, aku rasakan kejutan dalam watak Intan Ladyana itu sedikit tidak masuk akal kerana tiada hint hint yang membolehkan kejutan tu berlaku. Namun, ianya acceptable sebab bila kejutan tu diberikan, aku rasakan ianya agak lari dari kisah cinta biasa. Maklumlah, dah bertukar jadi cinta dengan orang berumur pulak. Tema yang bukan biasa namun dengan suntikan yang sedikit ini membawakan Pada Suatu Cinta Dahulu ada elemen elemen baru.
Sebenarnya, cerita filem ni taklah special mana. Cuma mungkin garapan Hashim Rejab ini sebenarnya Berjaya menarik muda mudi untuk selam kea lam dunia remaja dan berfantasi tentang impian dan cinta. Hashim menerapkan yang cinta itu bukanlah satu perkara yang penting dalam alam itu. Namun, kehadirannya adalah satu lumrah yang tak dapat dielak. Paparan aktiviti buli membuli yang dipaparkan juga adalah paparan reality walaupun ianya agak over gambarannya.
Keseluruhannya, bagi yang pernah melalui cinta monyet, Pada Suatu Cinta Dahulu memang akan mengembalikan memori. Lakonan Intan Ladyana yang sweet, dan Wawa Zainal yang sedikit manja, ditambah dengan lakonan mantap Nizam Zaidi membuatkan penonton akan rasa berada di alam persekolahan semula. Anak anak muda pasti akan tersenyum dan tersengih bila tonton sebab hamper semua dari mereka ada pengalaman bercinta. Kan?
3.5/5
No comments:
Post a Comment