Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Brad Bird
Pelakon | George Clooney, Brittany Robertson, Hugh Laurie
Salah satu alasan kenapa aku nak tonton filem Tomorrowland ialah satu, kerana trailernya memang gempak dan convincing. Dua, ianya ialah arahan Brad Bird yang memang sudah tidak dinafikan mampu membawa Mission Impossible: Ghost Protocol dengan baik dengan sempurna. Malah, selepas pencarian tentang filem ni, aku dapat tahu yang filem ni juga diadaptasi dari taman tema Disneyland yang sudah dikenali.
Malangnya, aku sendiri menyerah kalah untuk menerima filem ni saat filem ni mula jadi pening-pening lalat dalam ceritanya. Entah kenapa, filem yang menyajikan George Clooney sebagai pemain utama ini gagal untuk memberikan sebuah cerita kanak-kanak yang mudah dan segar di mata orang dewasa macam aku. Jika kanak-kanak menonton pun, ianya juga ialah seperti yang aku rasa.
Pening, dragging dan apa jadah semua ada. Filem ni mahu meminjam idea time travel. Kemudian, idea time travel tu dipersembahkan dalam konsep yang mana orang yang ada otak dan akal untuk berfikir sahaja mampu faham konsep time travel. Namun, disebabkan filem ni disajikan untuk teen, konsep time travel yang complicated itu dimudahkan sedikit. Tapi, taklah mudah sangat!
Permulaan filem ni memang meyakinkan. Yup, korang akan lihat George Clooney beleter dan bercakap dengan yakin. Malah, dengan minda yang membayangkan kekuatannya dalam filem Gravity, aku rasakan filem ni akan membawa ke sebuah pengembaraan yang sangat meyakinkan dan menghiburkan.
Filem ni berubah menjadi Spy Kids versi Disney dan juga semakin ke hadapan pula menjadi seperti Terminator versi Disney. Aku tidak kisah pasal semua itu, oh ya, aku juga nampak Tomorrowland mengembalikan gaya robot seperti dalam filem Inspector Gadget yang memang nostalgic tetapi lebih cruel dan juga unik.
Semua campuran itu tidak mampu untuk menghiburkan apabila filem ni semakin lama semakin menurun grafnya. Filem ni nampak tidak mampu untuk mengurangkan kadar pemberatan idea yang dibawa sehinggakan aku jadi muak dan bosan. Even ada moment yang kelakar, ianya sekadar moment dan tidak mampu untuk berdiri dengan baik dengan plotnya yang disusun agak dragging dan juga lambat!
Aku menjangkakan adventurenya lebih hebat, namun apa yang ada hanyalah adventure yang sangat simple, dan tidak berjaya dijayakan dengan baik. Tomorrowland kelihatan tidak mampu membawa idea taman tema itu dengan baik dan hanya menjadi sebuah filem yang hanya boleh dijadikan pendamping kepada taman tema tersebut.
Gagal di mata aku secara peribadi. Entahlah orang lain macam mana. Dengan visual yang sangat baik filem ni tidak mampu untuk membuatkan penonton yang kebosanan enjoy the filem sampai habis. Malah, dengan finale filem yang sangatlah simple dan mudah, filem ni antara filem Disney yang aku kurang gemari. Aku rasakan Disney hanya set filem ni hanya untuk promo Star Wars je kot! Lepas tu, filem ni diletak di tepi..
suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini