Akan Datang!

Tuesday, April 29, 2014

Review: Zombi Kilang Biskut

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Awie, Usop Wilcha, Soffi Jikan, Shuq Balas

Aku tak suka Zombie Kampung Pisang. Pada zaman tu, aku masih belum dapat hadam bagaimana pengzombian itu mampu dilakukan dengan hanya memenuhkan kapur di muka pelakon. Agak kurang menjadi. Tapi, aku mula suka Kampung Pisang selepas Kak Limah masuk campur dan beri cerita baru. Mamat pun bagus sebab masih membina sebuah cerita berbeza tapi dalam satu kampung sama. Dan gaul menggaul mula jadi best selepas itu. 

Kampung Pisang sebenarnya tidak membayangkan perjalanan cerita sahaja. Pada aku, kisah yang berlaku dalam Kampung Pisang menggambarkan revolusi Mamat Khalid sendiri. Walaupun dirinya sudah tidak muda, namun pemikirannya tidak begitu. Dari masa ke masa, Mamat mengolah cerita yang sangat jauh dari pengarah seeranya. Dari penggunaan sekecil2 CGI, Mamat menggunakan kekuatan itu untuk membantu membina apa yang otaknya bayangkan. 

Hasilnya Apokalips X yang belum aku tonton saat ini. Undur belakang sedikit, korang akan nampak hasil lain iaitu Zombi Kilang Biskut. Permulaan filem ni yang sangat meyakinkan menampakkan seperti filem ni dibikin oleh orang muda. Cuma gaya persembahan pada pertengahannya sahaja baru menampakkan yang filem ni memang milik Mamat Khalid. Tabik spring kepada director ni! Toing! Toing! 

Zombi Kilang Biskut hadir selepas KL Zombi yang memberikan ruang untuk filem zombi berkembang di Malaysia. Dan pada akulah, dari persembahan dan cerita, Zombi Kilang Biskut mungkin antara filem zombi yang sangat menghiburkan berbanding KL Zombi yang menampilkan Zizan Razak itu. Malah, Zombi Kilang Biskut lebih dekat dengan situasi dan pemikiran orang Melayu. 

Mamat memulakan filem ni dan mengakhiri filemnya dengan tanda tanya yang akan diselesaikan pada satu tajuk baru, Zombi Ultimatum. Maka, filem ni kelihatan seperti sebuah permainan yang sebenarnya boleh dipendekkan. Mamat masukkan cerita pontianak/hantu kebaya merah yang mencari rumah Usop yang ada kisah lawaknya yang aku rasakan sia sia tetapi kelakar. Dan tanpa cerita yang tah pape tu pun, Zombi Kilang Biskut masih hidup! 

Filem ni juga tidak mungkin mampu dinikmati jika korang terlalu berfikir logik. Ianya hanya satu permainan santai Mamat yang dalamnya terisi kritikan sosial. Tak nak cakap pasal tu, tapi, apa yang korang akan nampak jika korang menonton satu layer sahaja, ialah korang akan nampak filem ni sangat mengarut dan hanya peminat setia filem Mamat sahaja yang mampu menghadamnya. 

Mamat menggunakan CGI dengan sepenuhnya. Kredit filem antara babak ohsem yang sangat best! Malah, muka zombie juga ada improvement walaupun efeknya kadangkala agak melebih-lebih. Tapi takdelah zombi pakai kapur okeyh. Mamat juga menambah kengeriannya tersendiri seperti adegan kepala putus, makan perut, dan beberapa adegan berdarah yang memenuhi kehendak sebuah filem zombi. 

Funny bila lihat zombi mejajah Kampung Pisang. Dengan watak watak kampung, zombi bukan sahaja sebuah persembahan lawak, tetapi ianya ialah satu kritikan tentang sikap manusia dan juga sekitarnya. Pada aku, Zombi Kilang Biskut mungkin satu improvement dalam filem zombi Malaysia. Trademark Mamat campur watak watak Kak Limah darab pengzombian kuasa dua menjadikan Zombi Kilang Biskut sebuah filem Kampung Pisang yang mungkin menghiburkan walaupun kekuatannya hanyalah biasa biasa. 

4/5

Review: Lu, Gua Bro!

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Epy Kodiang, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Rahim R2

Melalui filem ni, aku ada satu benda nak kata. Dari apa yang aku nampak Epy Kodiang memang ada ciri pelakon aksi yang sangat baik. Langkahnya sangat baik dan persis dalam koreografi yang diberikan. Namun, disebabkan mukanya yang agak lawak dan tidak mampu memberi emosi setaraf Aaron Aziz mahupun Iko Uwais, maka dia seharusnya tidak masuk berlakon sebagai pelakon aksi. Layak berada di komedi, walaupun dia hanya sederhana sahaja pada gayanya. 

Zalif Sidek sebenarnya bukanlah seorang yang mampu untuk memberikan feeling yang kau sedang menonton pelakon utama berbadan gempal. Dari dulu, hingga sekarang, Zalif hanya mampu memberikan perasaan pelakon pembantu yang diutamakan tidak kiralah dalam apa sahaja filem yang dia muncul. Dan Lu Gua Bro juga, dia juga tidak ubah seperti berada di tempat Mak Ros yang muncul suka suki Cuma dia lebih pentinglah. 

Filem ni pada aku ada gaya komedi yang menjadi. Sekali sekalalah. Itu mungkin antara sisi filem ni yang mungkin menarik untuk disajikan. Namun, kalau anda penonton setia filem Malaysia khasnya filem David Teo, maka aku hanya mampu katakana yang filem ni adalah filem biasa yang berobjektifkan buat duit semata mata. Kau layan, then gelak gelak, pastu blah tanpa apa apa benda yang boleh dibincangkan di luar panggung. 

Lu Gua Bro tidak ada premis yang meyakinkan walaupun ceritanya diolah dengan cara yang sedikit unik dan menjadi. Premisnya yang sangat basi, isu dadah yang direcycle dari lambakan filem filem Metrowealth yang lepas diulang menjadi premis cerita. Bila kejutan di akhir filem ni membuka semua pekung cerita, maka Lu Gua Bro tidak mampu untuk melekatkan diri aku untuk bangga dengan premisnya walaupun gaya persembahannya unik. 

Ya, nak kutuk pun tak boleh juga. Sebab filem ni tidaklah teruk mana. Ianya boleh dikatakan macam kau tengok awek yang dah berpunya. Kau tengok, dan kau tak rasa kau boleh pergi dari lebih dari sekadar kawan. Kalau x paham, renung renungkan. 

Tak ada apa pun cerita yang betul betul kuat untuk menampakkan Lu Gua Bro sebagai sebuah filem yang ada cerita. Apa yang aku nampak, filem ni seperti satu himpunan komedi dan kenangan yang bertalu talu diisi dari awal hinggalah hampir ke final. Namun, tak ada pun satu dari kenangan zaman remaja yang konon dijaja itu mampu memberikan satu feel nostalgic. Apa yang aku dapat hanyalah satu komedi yang biasa dengan olahan yang sama. 

Tambah tolak campur bahagi, Lu Gua Bro memang nampak macam tajuknya. Kosong dengan premis yang sangat betul betul komedi. Namun, seperti aku kata tadilah, ada certain komedinya yang menjadi. Dengan Zalif Sidek dan Epy Kodiang yang tidak mampu melonjakkan lagi filem ni ke komedi yang lebih baik, filem ni macam filem lain yang biasa biasa. Sebuah lagi filem ringan yang tidak perlu fikir fikir banyak kalau nak tonton. Tapi, nasihat aku, fikir banyak tau kalau nak tonton secara berbayar. 

2.5/5

Review: Sejoli - Misi Cantas Cinta

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Osman Ali
Pelakon | Bront Palarae, Maya Karin, Remi Ishak, 

Lepas Ombak Rindu, Osman Ali tampil lagi dengan filem cinta. Kali ni aku tengok cerita ni lebih ringan dan tidaklah seberat Ombak Rindu yang memerlukan berbekas2 tisu untuk disediakan sebelum tonton filem. Hmm.. nampak juga dalam filem ini, Osman Ali kembali ke trek filem filem ringan yang tidak membuatkan aku ianya sangatlah tidak menunjukkan sebuah kualiti sebenar Osman Ali. Pendek kata, ianya sebuah filem biasa untuk rakyat biasa. 

Sejoli: Misi Cantas Cinta ini memang punya idea yang sangat sweet. Dan berfikir tentang cinta dan satu misi mencantas cinta, ianyanya lebih membuatkan aku teringat kepada filem seperti The Wedding Breaker dan juga seangkatan. Filem pasal nak kahwin tetapi ada orang cuba untuk buat supaya perkahwinan tu tak jadi. Itulah cerita filem ni. 

Berbekalkan tiga misi yang akan memusnahkan sebuah pasangan yang sedang bercinta, Sejoli memberikan persembahan yang pada aku agak bermain main pada separuh awalnya yang sekaligus tidak menampakkan yang ianya sedang bercerita dengan serius bersama komedinya. Jujurnya, permulaan filem ni sangatlah suram dan membuatkan aku rasa blank kejap sebab persembahannya yang agak kurang menarik. 

Perjumpaan Gina dan Joe mungkin satu insiden penting yang punya penikberatan yang sangat perlu. Namun, apa yang harus dititikberatkan lagi ialah bagaimana sepatutnya sebuah filem komedi itu patut jadi. Sejoli mula membina komedi dengan Gina dan Joe, namun malangnya aku katakan gandingan Bront Palarae dan Maya Karin amatlah tidak ngam pada awalnya. Babak babak mereka, terutamanya sebelum Gina langgar gerai buah selepas cuba kejar Joe sangatlah kurang ‘kimia. 

Namun, thanks to the skrip yang membantu, semakin filem ni ke tengah Maya Karin dan Bront nampaknya semakin blend up dan mereka boleh serasi walaupun kadangkala masih ada rasa sebaliknya. 

Plotnya sangat simple. Jelas yang Osman Ali tidak mahu stress up apa apa pun dan hanya memberikan komedi caranya dalam filem ni. Dari setiap misi ke misi, aku rasakan ianya tidaklah selawak mana pun. Mungkin Osman Ali tidak semegah mana dalam membuat komedi. Kadangkala komedinya menjengkelkan. Adalah jugak tergelak gelak dalam misi ketiga yang aku rasakan berjaya juga buat aku ketawa. 

Namun, apabila filem ni sudah mula menjadi predictable, Sejoli: Misi Cantas Cinta sudah mula membuatkan aku bosan. Menunggu saat Gina dan Joe bersatu tidak diselitkan dengan emosi yang sepatutnya. Osman Ali banyak bermain main dengan gaya lakonan yang ringan dan santai sehinggalah in the end, finalenya pun tidak ada rasa. Kurang sengat. 

Sejoli: Misi Cantas Cinta mungkin punya idea yang Osman Ali tiru dari luar. That’s okay. Terpulang padanya. Namun, persembahan cinta yang kurang romantik, dengan komedi yang kurang menjadi bersama persembahan yang agak suram menjadikan filem ni sebuah filem yang bergerak dengan cara biasa. Kurang dinikmati pada penghayatannya, namun pada persembahan ceritanya, aku rasa Osman Ali sudah buat yang sehabis mampu. Verdictnya, dia bukan pengarah komedi. 

3/5

Review: The Journey

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Chiu Ken Guan
Pelakon | Frankie Lee, Ben Pfeiffer, Joanne Yew

Punya beautiful syot yang sangat memukau, filem ni berjaya menangkap pandangan mula pada pemaparan visual itu sendiri. Tidak menjanjikan visual yang biasa biasa, filem ni berjaya memberikan kepuasan maksima bukan hanya pada cerita, tapi pada keseluruhan hasil kerja. Dan melihat dari segala aspek, memang tak hairanlah The Journey disukai oleh segenap manusia di Malaysia. Aku pula bagaimana? Hah, ni yang aku nak cerita. 

Menonjolkan diri dan memintas KL Gangster sebagai filem Malaysia paling berpengaruh, The Journey tak lah hebat mana. Namun, sebuah filem yang dibikin dengan niat untuk memahamkan dan pada masa yang sama boleh dinikmati itulah yang membuatkan filem ni boleh dinikmati segenap lapisan. Ianya macam kau makan cokelat dan bila kau pejam mata, kau boleh feel the taste of the choc dan at the same time also boleh kenyangkan perut yang tengah lapar. 

The Journey dibikin dengan cerita simple. Kisah perkahwinan antara dua kaum berbeza. Namun, apa yang nak dititik beratkan dalam filem ni bukan itu. Kita tidak disajikan dengan konflik pasal halangan perkahwinan tetapi kita disajikan dengan kisah tentang pertembungan budaya tua dan muda, sifat saling kenal mengenali, dan paling penting adat yang menjadi pegangan. 

Memang benarlah filem ni merupakan sebuah filem yang ada penyatuan yang sempurna. Aku sangat suka bagaimana sebuah filem Cina cuba bercerita tanpa sembunyi adat budaya mereka dan pada masa yang sama tidak lupa yang mereka bercerita tentang kaum Malaysia. Dan dalam filem ni, perjalanan mengenal budaya, adat dan tradisi bukan hanya dialami oleh pelakon malah penonton sendiri akan mengalaminya. 

Dari satu sisi lagi, filem ni berjaya bercerita tentang hubungan anak – ayah yang sangat menyentuh perasaan. Ianya sebuah lakaran yang nampak jujur dan mengajak penonton untuk merasai sekali tentang jiwa ayah yang mempunyai pemikirannya sendiri, dan anak yang mempunyai pemikirannya sendiri. Kesimpulan yang simple, respek ialah perkara penting untuk hubungan ini menjadi baik. 

Filem yang sangat simple ini macam aku kata tadi punya visual yang sangat cantik. Garapannya memenangkan dan memberi ruang untuk mata melayan visual cantik yang dipaparkan. Malah, garapan editing dan juga muzik latar membentuk suasana yang benar benar menampakkan ketelitian dalam pembikinannya. Aku sangat suka scene belon panas even aku rasa macam babak tersebut lebih kepada melayan visual daripada isinya. 

Benji mungkin mempunyai lakonan yang agak kurang meyakinkan pada sesetengah babak. Namun, sebagai watak omputeh dalam sebuah culture yang berbeza, persembahannya boleh dibanggakan. Lee Sai Peng, sebagai Uncle Chuan punya sisi lakonan yang boleh dibanggakan. Dia ibarat the heart of the film yang mana tanpanya, The Journey takkan ada satu perjalanan. 

Persembahannya diakui tidak gelojoh seperti membikin filem untuk duit. Cuba makan cokelat ni, pejam mata, dan rasai ianya cair dalam mulut. Sebuah filem yang biasa, namun boleh membuatkan satu dunia berasa yang filem ni bukan hanya bercerita tentang kaum. Ianya tentang pelbagai isu yang berlegar di sekeliling kita yang sentiasa kita lalui. Dan setiap dari masalah itu, ada penyelesaiannya jika kita boleh menerima dan buka mata. 

4/5

Saturday, April 12, 2014

Review: Lone Survivor

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Peter Berg
Pelakon | Mark Wahlberg, Taylor Kitsch, Eric Bana, Ben Foster

Peter Berg ni sebenarnya bagi benda yang sama je dengan Battleship haritu. Apa yang sama? Pertama, ada Taylor Kitsch yang memang sangat hotlah bagi sesape yang berjiwa perempuan. Keduanya, filem ni masih mengekalkan unsur Battleship, yakni perang. Cuma apa yang membezakan perang Battleship dengan perang Lone Survivor ialah alien yang ditukar kepada Taliban. And the rest of the film, sebuah action packed yang sangat sempurna. 

Mengadaptasi sebuah buku berdasarkan pengalaman sebenar ketika Amerika menjajah Afghanistan ini sangat mengujakan. Malah, melihat apa yang Peter Berg sajikan dalam filem ni, ianya adalah seperti sebuah meal yang semangatnya sudah ditunggu tunggu lama semejak zaman kegemilangan Saving Private Ryan. Lone Survivor seingat aku antara filem yang betul betul memaparkan semangat perang yang sangat patriotik. 

Seperti Battleship, Peter Berg nampak seperti menjana aksi aksi filem ni lebih dari setiap karakter karakter yang diwujudkan. Kita sebenarnya tidak dapat melihat setiap karakter dengan jelas. Latar belakangnya, dan semuanya hanyalah satu benda angin lalu. Namun, ceritanya tetap disajikan dengan sempurna. Tambah tambah lagi apabila satu perperangan dengan puak Taliban dijana dengan sempurna dan sangat best! 

Filem ni berjaya membawa pertarungan hidup mati dengan sangat realistik. Itu aku rasa aku berani jamin sebab semua pelakonnya pun sudah berjaya bawa habis baik untuk memastikan yang terbaik untuk filem ni. Dengan sepertiga filem ni dipenuhi dengan adegan tembak menembak, letupan, jatuh terjun bukit, dan semua portrayal keganasan Taliban dari mata Amerika, ianya sebuah formula filem perang yang sangat menjadi. 

Lone Survivor memang sangat mengujakan. Filemnya simple pada plot tetapi sangat berat dalam apa yang ingin disampaikan. Aku suka bila hal hal berkaitan kampung yang anti Taliban itu dipaparkan walaupun aku rasa ianya perlu lebih banyak diperjelaskan. Ianya satu semangat yang menunjukkan yang Lone Survivor bukan mahu menyatakan yang semua orang Arab itu Taliban! Dan aku sukakannya. Propaganda yang pandai memujuk. 

Mark Wahlberg, Taylor Kitsch dan penampilan sekejap Eric Bana memang memberikan filem ni sebuah filem yang benar benar bergerak. Seperti menonton Act of Valor, Peter Berg berjaya membawa keluar sebuah persembahan tentera yang sangat memberikan emosi dan juga penuh dengan kekuatannya yang tersendiri. 

Pendeknya, aku menyukai Lone Survivor sebab ceritanya mudah. Tidak ada politikus bercerita, tidak ada benda benda berat. Sebuah filem aksi perang yang ringan tetapi berjaya untuk membentuk semangatnya yang tersendiri. Brutal pada satu sisi, heroic pada satu sisi, Lone Survivor berjaya menjadi filem perang yang sangat impresif dan meyakinkan. Kegagalan Battleship nampaknya berjaya mempertemukan Peter Berg dengan kejayaannya. 

4/5

Review: Nurse 3D

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Douglas Aarniokoski
Pelakon | Paz de la Huerta, Katrina Bowden, Corbin Bleu

Filem psycho thriller sebegini sebenarnya tidak ramai yang menikmati. Selalunya, psycho thriller jarang menggunakan formula yang berbeza dalam ceritanya. Persoalan yang asyik timbul selalunya seperti siapa killer? Siapa jahat? Dan bagaimana each killing session dilakukan? Apa yang orang dahagakan dalam psycho thriller ialah blood scene, and gruesome killing scene. Dan hanya yang kental dalam melihat babak kejam mampu menonton filem sebegini. 

Nurse 3D, sememangnya ada formula sebegini. Namun, menyaksikan filem ni sebenarnya tidak memberikan apa apa yang baru. Menonton filem yang sudah boleh dijangka bagaimana ianya akan bergerak bukanlah sesuatu yang sempurna penontonannya. Rasa tertanya tanya agak kosong dan hilang. Namun, apa yang menarik untuk disaksikan ialah bagaimana pengarahnya crafting the whole story. 

Melihat pelakon utamanya, Paz de la Huerta yang memang berani berbogel dalam banyak scene filem bukan memberi apa apa sifat ekslusif dalam filem. Malah, adegan seks dan juga semua kekotoran tipikal Hollywood tidak mampu untuk menaikkan filem Nurse ini untuk menjadi sebuah thriller film yang mengagumkan. 

Kenapa? Sebab formulanya tetap sama seperti filem thriller Hollywood yang menggunakan satu pekerjaan manusia dan kemudian memikirkan worst case scenario yang akan berlaku. Nurse 3D, ialah satu paparan bagaimana seorang nurse yang sepatutnya merawat manusia tetapi sebenarnya menggunakan kesempatan ini untuk membuat satu killing spree. Dan ya, worst case scenario yang mungkin memberi pandangan baru – beware of the nurse! 

Kelemahan ketara filem ni ialah bagaimana dialognya yang pada aku agak tidak menjanjikan sebuah kekuatan yang mencengkam. Malah, aku juga rasakan the blood scene sepatutnya lebih banyak daripada dose adegan Paz de la Huerta berbogel atas bawah yang pada aku hanya menjadikan filem ni tidak lebih dari sekadar psycho porno dan bukannya psycho thriller yang sebenar. 

Disebabkan filem ni menggunakan perkataan 3D dalam tajuknya, maka korang akan saksikan beberapa babak filem ni yang direka khas untuk mewujudkan 3D. Namun, menonton dalam format biasa sebenarnya tidak memberikan apa apa kenikmatan apabila melihat pada plotnya yang masih tidak mampu untuk mewujudkan perasaan yang sangat nikmat dalam menonton sebuah filem thriller psycho yang sempurna. 

Pada aku, filem ni mungkin memang hanya memenuhi filem biasa bagi penggemar psycho. Plotnya tidak menjanjikan apa apa yang bagus melainkan sesi cuci mata, dan adegan kejam yang agak oklah even kurang memuaskan. Mungkin kadangkala adegan kejam filem ni menjemukan. Nurse 3D mungkin hanya sebuah filem yang hanya menjamu mata dan bukannya memberikan sebuah kepuasan menonton filem psycho. Sederhana. 

3/5

Review: The Wolf of Wall Street

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Martin Scorcese
Pelakon | Leonardo DiCaprio, Jonah Hill, Margot Robbie

Wohoo. Saat aku melayari filem ni dari minit ke minit, aku agak terlopong dengan keberanian filem ni yang seingat aku menyamai satu filem yang pernah aku tonton sekali sahaja suatu ketika dulu. Tak silaplah, tajuk filem tu ialah Showgirl arahan Paul Verhoeven. Ahah, dose kegilaan filem ni lebih kuranglah. Melebih lebih jelasnya kelihatan dalam penggunaan perkataan f words yang melimpah merata rata. Kalaulah masuk tv, takkan ada satu dialog yang korang akan dengari dengan sempurna. 

Ya, ini punya filem tarak boleh ditonton oleh budak budak. Terang dan jelas, filem ni memang memerlukan satu kepala otak yang boleh membezakan antara kejahatan dan juga kebenaran. Maka, menonton filem ni tidak akan jadi seronok kalau korang asyik berfikir untuk menanti babak babak seks dan juga seangkatan dengannya. Ya, ianya akan muncul berselang seli, namun sebaiknya kita lihat kepada ceritanya. 

Daripada Martin Scorsese yang rajin mengambil Leonardo DiCaprio dalam filem filemnya, filem ni memfokus kepada kehidupan seorang broker saham. Kisahnya, yang berdurasi tiga jam, bakal mengulangi pengalaman korang menonton Avatar dan juga Titanic. Payah woo nak cari filem Inggeris yang mampu membawa momentum yang baik untuk durasi panjang sebegini. 

Sedikit fakta, daripada Wikipedia, filem ini tercatat sebagai filem paling banyak menggunakan perkataan ‘fuck’. Sila terlopong! Jumlah perkataan itu dalam filem tersebut alah 569 kali sebutan dan 3 minit 16 saat digunakan untuk menyebut perkataan tersebut. Maka, dengan jumlah sebanyak itu, lebih kurang setiap seminit dua kita akan mendengar perkataan itu diucap bersama perkataan2 lain. Wow! 

Tak perlulah aku nak jelaskan penggunaan drug yang agak meluas dalam filem ni. Malah, sex scene yang agak banyak juga nampak seperti sebuah pemandangan cuci mata yang sebenarnya akan memberikan perasaan kurang selesa. Namun, seperti aku kata tadi, jom lihat ceritanya dan Leonardo DiCaprio itu sendiri. 

Filem ni memang sangat best! Serius aku suka pada gaya editingnya yang agak memberikan mood yang cantik. Nampak klasik tetapi modern. Malah, filem ni berjaya memberikan satu gabungan DiCaprio Scorcese yang sangat menyegarkan. Jelas menunjukkan keserasian pelakon ini dan pengarah ini berjaya menaikkan filem ni sebagai filem yang layak masuk anugerah walaupun gagal meraih sebarang kemenangan. 

Wolf of Wall Street menunjukkan sebuah keberanian yang sangat tinggi dalam setiap sudut. Apatah lagi, dari sisi kecilnya, filem ni diterbitkan oleh seorang anak Malaysia yang sangat terdesak nak ke Hollywood. Memang aku akui, apabila kita masuk ke Hollywood dengan membiaya filem sebegini, pandangan negative dan pantas melabel lucah menjadi kebiasaan. Namun, pada aku, kelucahan ialah perkara tipikal Hollywood. Kalau ceritanya sangat meyakinkan dan layak untuk ditonton, kelucahan itu hanyalah angin lalu. 

4/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...