2012 bakal melabuhkan tirainya. Sepanjang 2012, aku sudah review hampir 80% filem filem yang diterbitkan oleh orang Malaysia. Senarai penuh filem filem yang sudah direview bagi 2012 boleh korang baca di sini. Terima kasih buat yang membaca. Terima kasih juga buat yang mengutuk dan membenci. Terima kasih buat semua penyumbang trafik blog OPM yang tidak jemu jemu memberikan aku semangat untuk terus menulis.
Bukan banyak mana pun duit yang admin dapat dari berblog. Apabila ada yang berdiskusi, dan ada yang berbual dan berkongsi artikel aku, itu lebih bermakna dari duit. Menjadi seorang reviewer memang mencabar. Ada yang dikeji ada menghina. Tapi, jadi seorang pengarah filem sebenarnya lebih banyak cabarannya.
Walaupun aku hanya tahu mereview bahan siap yang ditayangkan, aku sebenarnya tabik dengan peningkatan filem tahun ini. Walaupun masih dimonopoli oleh David Teo, aku harap dalam sedikit masa, ada penerbit lain yang mampu mengantikan kilang filem yang naik turun dalam industry ini. Tahniah kepada yang membikin filem. Mungkin anda, yang mana terlibat dalam pembikinan sesebuah filem selama ini hanya menganggap review aku hanya sekadar cakap biasa seorang peminat filem Malaysia.
Tak mengapa. Sebab aku hanya menyampaikan pandangan. Sesungguhnya anda semua, wahai pembikin filem Malaysia adalah terbaik dalam skop anda tersendiri. Sekurang kurangnya, teruk mana pun filem korang, anda sudah bikin filem. Aku, mungkin mimpi lagi buat masa ni.
Apapun, setelah menganalisa hampir 80% filem yang admin tonton tahun ini, admin dapati yang…
1. Prof Razak masih rasakan zaman Anak Mami masih lagi ada pada millennia ini.
Dengan keuntungan jualan tiket sehingga 2.6 juta, memang tak dapat dinafikan yang pensyarah ini nampaknya masih mengenali penonton filem Malaysia. Jadi, dia masih terus berada di treknya dengan memulakan tahun baru dengan Bujang Terlajak yang sudah ditayangkan pada 19 Januari 2012. Malangnya, nampaknya keputusannya untuk tidak menukar trek menjadikan Ngorat bagai tren jatuh trek. Dengan kutipan sebanyak 0.37 juta, aku rasa, patutkah dia bertukar genre sekali sekala?
2. Orang kita masih belum menerima ‘remake’ walaupun Hollywood dah sampai ke fasa ‘reboot’.
Remake di Hollywood dah banyak. Sekarang, remake dah tak boleh buat duit, Hollywood naik ke fasa ‘reboot’. Di Malaysia, nampaknya penerbit sudah mula naik ke fasa ‘remake’. Azura memulakan semuanya dengan kutipan sebanyak 0.99 juta. Tidak berapa bagus! Namun ianya experiment yang menunjukkan ketidaksediaan orang kita menonton remake.
3. Apabila animasi kita ke persada dunia.
Tahun ini nampaknya menunjukkan peningkatan dari genre animasi. Seefood contohnya punya karakter yang baru dan comel. Kutipannya hanyalah 2.36 juta! Oklah tu walaupun ceritanya tidak berapa best dari segi garapan. Malangnya, kehebatan itu tidak mampu dicantas oleh War of the Worlds: Goliath yang mencatat kutipan yang sedikit dari filem Seefood.
4. Nama orang menjadi tajuk filem adalah trend tahun ini.
Jidin Sengal, Uncle Usin, Mael Lambong, Azura, Tai Kun, Ajiboy, Chantek nampaknya digunapakai dan diperkenalkan kepada penggemar filem tahun ini. Tahun depan agak agak nama apa pulak yang keluar ya? Dan walaupun namanya indah, janganlah lupa kualitinya.
5. Adaptasi mula bercambah, jalan senang untuk buat duit. Malangnya…
Filem adaptasi tahun ini nampaknya ada beberapa tajuk. Untuk Tiga Hari dan Lagenda Budak Setan 2 (adaptasi novel Ahadiat Akashah) nampaknya antara tajuk novel yang diadaptasi. Malangnya, adaptasi kali ini tidak mampu menjadi sehebat adaptasi filem Ombak Rindu. Kesian.
6. Biografi, orang kita memang tak suka tonton cerita orang.Benarkah begitu?
Zaiton Ceritaku menjadi satu satunya dalam sejarah 2012 yang mana jauh dari genre genre biasa. Sebuah filem yang memperkenalkan genre baru yang amat menarik. Malangnya, kutipannya yang tak sampai 10 ribu nampaknya menjadikan filem ini berada di dalam senarai filem filem dengan kutipan terendah 2012. Malang sekali. Pelik kan? Sedangkan orang kita menyanjungi filem biografi Hollywood seperti Lincoln, W, dan lain lain, kenapa filem biografi tentang orang kita tidak pula disanjung?
7. MIG tak pernah berubah. “Pedulikan apa orang kata, janji kami kutip duit”, kata David Teo dalam mimpinya.
Tahun ini macam biasa, filem MIG berlambak di pasaran. Namun, lambakan filem filem tahap rendah ini nampaknya tidak pernah menyatakan yang MIG mahu berhenti buat filem. Tidak ada peningkatan dalam kualiti cerita, mahupun visual. Sama saja. Semua filem tangkap muat dan ada beberapa dari filemnya hanyalah recycle beberapa idea yang sudah diterbitkan Hollywood. Apapun, baguslah sebab mereka ada. Mereka menjadikan tayangan setiap minggu aktif. Ada je filem baru. Go go MIG!
8. Filem yang biasa, cinta tiga segi lapuk, tapi bila tukar latar tempat, terus jadi sweet.
Istanbul Aku Datang tu tak ada papepun sebenarnya. Kisah cinta lapuk. Tapi, disebabkan settingnya di Istanbul, ianya jadi amat sweet. Dengan segala gayanya, filem ini aku rasakan bolehlah dikategorikan sebagai filem paling cantik dan indah bagi tahun 2012.
9. Hampir 70% filem tahun ini punya kualiti visual yang macam drama tv. Malah, ada yang lebih teruk dari drama tv.
Istanbul Aku Datang, Zaiton, Ceritaku, Untuk Tiga Hari, Hantu Kapcai, 29 Februari, Lagenda Budak Setan 2, Kahwin 5, Hoore Hoore, Azura, Berani Punya Budak, Mantera, Chow Kit, Sesuatu Yang Tertinggal dikecualikan. The rest of the filem memang aku rasakan kualiti visualnya agak sederhana dan biasa biasa. Yang teruk dan tak layak di tv mahupun di panggung ialah Uncle Usin, dan Baik Giler!
10. Penerbit sudah berani explore new genre, dan ianya perkara yang amat bagus.
Tahun ini, Aziz M Osman explore genre remake, dan resultnya mengecewakan. Apapun tahniah. KRU Studios pula explore genre komedi yang menggunakan haiwan, dan tahniah walaupun pada aku masih lemah. Tahun ini juga, Dain Said explore Bunohan dengan gayanya. Tahniah. Afdlin Shauki pula explore genre black komedinya dengan dua filem berbeza iaitu Berani Punya Budak dan Ponti vs. Omi. Muzikal pula diexplore Saw Teong Hin dengan Hoore Hoore! Cerita invisible man pula diexplore Hashim Rejab. Dan rempit + CGi diexplore Hantu Kapcai. Dan yang paling gempak dan berani adalah exploration terhadap penerimaan penonton terhadap filem science fiction. Mantera! Walaupun gagal, it still satu filem yang menjana perubahan. Salute juga kepada waris si Haslam dengan exploration psiko thriller, SAM!
11. Orang kita suka komedi, seram dan sedih, bagi diorang gelak, terkejut atau menangis, duit bedesup masuk.
Itu yang menjadikan filem filem yang memerlukan penonton berfikir dan diam tanpa reaksi tidak mendapat sambutan. Kasihan Bunohan tidak dihargai penonton Malaysia. Yang dihargai orang kita hanyalah filem filem dengan wajah wajah yang kononnya mampu buat mereka rasa kelakar, sedih dan terkejut. Penonton minta cerita berubah, tetapi penontonan kita tak nak berubah, macam mana tu?
12. Hantu masih lagi seronok menjadi selebriti.
Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Air, Hantu Gangster, Hantu Kapcai antaranya. Nampaknya penerbit menerbitkan filem seram dengan tajuk bermula dengan perkataan hantu untuk menarik penonton. Hanya satu saja filem hantu yang tidak menggunakan tajuk hantu pada tahun 2012, iaitu Sesuatu yang Tertinggal. Aku teringin juga nak mendengar tajuk tajuk pelik yang lebih umph! Try to be different!
Itu saja 12 perkara yang aku rasakan aku nampak pada tahun ini. Tahun 2013 kita akan ada pelbagai lagi exploration terhadap pelbagai idea. Jadi stay tune dengan Orang Perlis Menulis, tonton filem tempatan dan jangan lupa LIKE fanpage admin untuk ulasan filem terbaru. Jom!
p/s: analisa ini adalah pendapat peribadi dan tidak dipengaruhi mana mana pihak. TQ