Akan Datang!

Friday, December 21, 2012

Review: Lagenda Budak Setan 2 - Katerina

Pertamanya, aku nak state kat sini yang apa yang aku nak cakap ni hanya berdasarkan apa yang aku tonton dari Lagenda Budak Setan pertama sehingga yang ini. Aku tak pernah membaca novelnya tetapi aku tahulah, novelis yang menulis cerita ini namanya Ahadiat Akashah. Dan mungkin disebabkan itu jugalah maka lahirlah Kashah, watak utama cerita ini yang dikerat potong cincang dari nama penulis itu sendiri. Ye dak? 

Ok, let move on to the story itself. Lagenda Budak Setan satu, mungkin agak menarik sebab kisahnya still simple. Lebih memaparkan kegatalan dan juga kesetanan si Kashah yang menjadikan filem itu sendiri ada blend pelbagai elemen. Ada komedinya, ada dramanya sehinggalah konflik menindih kesemuanya membawa penonton ke dalam emosi cerita mamat setan ni. Itu antara kelebihan Lagenda Budak Setan yang pertama. 

Yang kedua ni macam mana pulak? Ergh, pada aku, aku rasa sebagai sebuah sekuel kepada sebuah filem yang menempa nama yang sekaligus menampilkan semula kemaruahan si Sharad Sharan yang sudah jatuh ditimpa tangga selepas Diva dan Tipu Kanan Tipu Kiri agak merudum kutipannya, filem ini tidak seperti yang pertama. Tidak ada perkara yang menjanjikan kehebatan berganda masa menonton filem ini. Namun begitu, kesinambungannya masih boleh dinikmati. 

Secara peribadinya, pada aku, aku rasakan filem ini terlalu monotonous sehinggakan perasaan lain tak dapat wujud dalam filem ini. Lebih memfokus kepada kemalapan perasaan kesemua karakter yang bermasalah, cerita ini aku rasa mungkin agak berat sehinggakan suntikan variasi perasaannya tak kelihatan. Dari awal filem, kita dah mula sedih, mula masuk ke dalam dunia Katerina, kemudian masuk ke dalam dunia Kashah. Berpanjanganlah sampai habis. 

Bukan aku katakan ceritanya membosankan. Mungkin peribadinya, aku rasakan yang file mini punya skop yang lebih luas namun dengan durasi 1 jam 45 minit, kesemua elemen dalam novel tak mungkin dapat dijelaskan dengan sempurna. Watak Hisham tidak dijelaskan dengan baik, namun aku tetap merasakan yang Bront Palarae memberikan lakonannya yang agak hebat. 

Farid Kamil nampaknya menunjukkan yang dia juga mampu untuk menarik penonton untuk menjadi sebak dengan balasan yang si Kashah telah terima dalam filem ini. Lakonannya menjadi. Namun, disebabkan terlalu banyak permainan emosi sehinggakan dialognya seperti terlalu penyabar dengan keadaan menjadikan dialog dialognya biasa biasa saja. 

Beberapa aspek yang agak kelakar dalam filem ini mungkin pada beberapa garapan babak yang terlalu banyak koinsiden yang diulang ulang. Jika korang perasan, setiap kali adegan penjahat berdialog, pasti akan ada bunyi siren polis yang entah datang dari mana. Apa motif polis tu buat bunyi bising tiba tiba tidak diketahui. Cuma kelakarlah! Sebab koinsiden ini nampak berulang ulang. Macam tak ada cara lain dah nak habiskan babak tu. 

Elemen filem Hindi memang tak habis habis. Jelas sekali masa adegan Hisham nak minta tandatangan Rafidah, Ning membawakan emosi yang dia bawa dalam filem Diva, juga filem Sharad Sharan yang sarat dengan elemen hindustani he! Malah, jaga yang berlagak hebat nak halang Hisham tu, wah memang exaggeration yang menariklah. Lagenda Budak Setan 2 pun sama. Cuma biasa biasa sangat. 

Akhirnya, aku nak cakap yang Lagenda Budak Seta nada juga syot syot yang cantik, khasnya pada awal awal filem. Suntingannya juga cun. Tapi Hindustani he elemen itu tak dapatlah dielakkan. Bhutan punya shooting nampak hebat dan cantik. Cuma secara peribadinya, Katerina terlalu berat dan terlalu banyak subplot. Apapun, bagi aku filem ni overall baik untuk sebuah sekuel, tetapi aku rasakan filem ni monotonous. Bagi yang betul mendalami novel, mungkin tak ada masalah kot. 

3/5

1 comment:

Azza said...

xbest cite nie coz spatutnya kat adlh fazura.. tp maya karin.. x best.. xdpt nk menjiwai rasa sedih (kat (fazura) yg 1st LBS

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...