Sape pernah tonton filem Johnny English?? jom aku bawakan korang sekuel terbaru dari pelakon Mr. Bean, Rowan Atkinson... Johnny English Reborn...
Movie Mistakes
- Home
- Movie Mistakes List
- Hindi MTV n Movie Review
- Muvi Review
- Subtitle srt.
- MODAL RM20 Je, Duit Masuk Masyuk!
- Review Novel
- Rahsia Visual Filem Hollywood Dibongkar!
- Buku Tulisan Admin (Khairul Zaman Khobin)
- Review Filem Bollywood
- Novel FIXI Serendah RM16! Dapatkannya Di Sini
- 18sx (Dewasa Sahaja)
- Movie Mistakes
- Belajar Menulis Di Sini
- Novel Fixi dan Fixi Hanya RM50 Inc Pos
- Produk Tupperware Terbaru!
Akan Datang!
Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 21, 2011
Review: Sekali Lagi
SEKALI LAGI terpampang sebagai sebuah lagi filem cinta romantika MIG. Mungkinkah kisah ini hanya berobjektifkan keuntungan dan kurang berkualiti dari kisah cinta yang direka? Sejauh mana Hashim Rejab mampu mengangkat kredibiliti pengarahannya dalam kisah cinta romantik berat sebegini? Ukurannya adalah SEKALI LAGI.
SEKALI LAGI ada kualiti. Aku melihat bagaimana filem ini dipamerkan dengan kisah yang begitu ada jiwa. Tidak dapat dinafikan bahawa SEKALI LAGI masih lagi terperangkap dalam beberapa kotak MIG yang melemaskan filem ini dalam beberapa aspek. Namun, sekadar di pinggiran saja semua itu. Filem ini keseluruhannya ada iktibar dan ada jiwa. Sebuah kisah teladan cinta, kisah lampau dan bagaimana cinta itu sebenarnya bukan sesuatu yang permanent.
Arman, watak kita yang begitu memberikan emosi lakonan Shaheizy Sam adalah karakter yang diuli uli untuk membentuk rewind forward filem ini. Pada aku, SEKALI LAGI adalah sebuah filem yang begitu mengujakan dan tidak mengecewakan. Sejauh mana falsafah cinta yang cuba diisi dalam filem ini, aku dapat rasainya dengan jujur. Sheila, itu wanita dalam dunia Arman yang ‘dahulu’. Sebuah kisah silam yang akhirnya membentuk turning point yang begitu tragis sehingga terjadinya watak budak kecil, Amy. Lakonan yang tidak mengecewakan dik!
Keseluruhannya, permainan filem ini tidaklah terlalu besar. Sekadar plot yang nampak olahannya bukan cliché, itu hanyalah 10% dari kelebihan filem ini. Apa yang ada pada 90% adalah bagaimana perjalanan cerita ini yang nampak lembut, tenang dan begitu bersahaja. Aku memuji bagaimana permainan dialog yang begitu satu persatu sebutannya, tidak terkejar kejar dan sampai mood. SEKALI LAGI adalah sebuah iktibar, sebuah nasihat dan reality. Sebuah cinta yang bersandarkan reality yang cukup untuk membuatkan kita berfikir, mampukah suatu hari nanti cinta itu dapat diulang SEKALI LAGI.
4/5
SEKALI LAGI ada kualiti. Aku melihat bagaimana filem ini dipamerkan dengan kisah yang begitu ada jiwa. Tidak dapat dinafikan bahawa SEKALI LAGI masih lagi terperangkap dalam beberapa kotak MIG yang melemaskan filem ini dalam beberapa aspek. Namun, sekadar di pinggiran saja semua itu. Filem ini keseluruhannya ada iktibar dan ada jiwa. Sebuah kisah teladan cinta, kisah lampau dan bagaimana cinta itu sebenarnya bukan sesuatu yang permanent.
Arman, watak kita yang begitu memberikan emosi lakonan Shaheizy Sam adalah karakter yang diuli uli untuk membentuk rewind forward filem ini. Pada aku, SEKALI LAGI adalah sebuah filem yang begitu mengujakan dan tidak mengecewakan. Sejauh mana falsafah cinta yang cuba diisi dalam filem ini, aku dapat rasainya dengan jujur. Sheila, itu wanita dalam dunia Arman yang ‘dahulu’. Sebuah kisah silam yang akhirnya membentuk turning point yang begitu tragis sehingga terjadinya watak budak kecil, Amy. Lakonan yang tidak mengecewakan dik!
4/5
Saturday, July 16, 2011
Komen Menarik Dari Entry Movie Mistakes 'KL GANGSTER'
Seperti yang semua orang tahu, melalui fanpage OPM, aku telah mewar warkan bagaimana penularan entry MOVIE MISTAKES DALAM FILEM KL GANGSTER telah menjadi satu fenomena bagi sesetengah blogger. Disebabkan pencarian keyword KL GANGSTER masih panas (sama seperti kes filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA), beberapa blog bertindak copy and paste entry tersebut dalam blog diorang. Tak perlulah aku rasa terkilan, tertouching atau apapun sebab mereka buat secara beradab. Ada backlink yang diletakkan seperti yang korang leh tengok di http://www.info.darxniq.com/kesalahan-yang-terdapat-di-dalam-kl-gangster-movie, http://azfar9897.blogspot.com/2011/07/kesilapan-dalam-kl-gangster.html dan juga http://beritamaster.blogspot.com/2011/07/tang-mana-silap-kl-gangster-2011.html. Setakat ini, ini saja 3 link yang dikenalpasti menyalin entry ini. Melalui pencarian di Google, hanya Goofspot sendiri, dan 3 link ini akan muncul.
Beberapa hari lalu, OPM juga telah sedar bahawa entry ini sudah menular ke forum. Satu lagi platform promosi yang aku malas masuk. http://pergh.com/forum/movies-musics-and-tv/kl-gengster/20/?topicseen.
Disebabkan blog yang menyalin ini mempunyai ramai pengkomen, maka dari 3 link diatas, dapatlah aku tengok macam macam perangai orang. Mari kita tengok komen komen best yang diletakkan melalui entry aku di info.darxniq. Aku tersenyum je...
Wednesday, July 6, 2011
Review: KL Gangster
Syamsul Yusof pandai bermain dengan idea idea baru. Bagaimana pengungkapan realiti bos bos haram ini nampaknya berjaya ditangani dengan baik. Idea KL Gangster ada kesegaran. Seharusnya aku merasakan bahawa KL Gangster antara filem yang terbaik dalam genre aksi di Malaysia. Teringat bagaimana di zaman 90an dahulu, bagaimana filem aksi yang selalu ditonjolkan menjadi floop sangat sangat walaupun ada adegan letup sana letup sini. Berbangga dengan karya Syamsul Yusof ini, antara yang menarik selepas Khurafat.
Dari kesemua filem Syamsul, aku amati bahawa pengarah muda ini punya permainan cerita dan juga cinematografi malah juga permainan skor yang mirip kepada filem arahan Michael Bay dan Jerry Bruckheimer. Apa persamaan Syamsul dan Michael Bay, persembahan dialog karakternya sentiasa tegang dan menjerit jerit. Perhatikan betul betul filem Michael Bay (Transformers, Bad Boys, dll), jarang kita lihat karakter bercakap dalam suara perlahan. Hah, begitu jugak dengan filem Syamsul Yusof!
movie mistakes dalam filem KL Gangster didedahkan:
Apa yang aku lihat pada filem ini, yang mana menarik peminat / penonton filem ke panggung wayang adalah pada jalan ceritanya, malah bagaimana karakter karakter itu dibina. Keseluruhannya, dengan filem yang hanya didirikan dengan kepelbagaian watak yang ada ‘anu’, filem ini nampak tegang dari masa ke semasa. Tiada masa untuk rileks dan beramah mesra dengan orang yang duduk di seat sebelah jika anda menonton filem ini di dalam panggung.
Syamsul Yusof cuba memberikan satu Evolusi KL Drift versi 2.0 dengan filem ini. Ya, walaupun filem drift aksi racing itu tidak ada kaitan dengan filem ini, a spark from that movie is the beginning for this movie. Aksi aksi dalam KL Gangster mampat dan tegang dan pelbagai. Adegan aksi dikoreograf kemas dengan stunt stunt yang nampak simple tetapi segar.
Sejauh mana Syamsul Yusof bermain dengan dialog, itu masih pada tahap lama. Apa yang aku lihat, filem ini punya satu aliran cakap cakap dialog yang terlalu ke’cina’an pada hampir semua karakter. Dialog masih lagi nampak ke’skema’an, namun no problem bro, i luv this movie bro...
Kalau bercakap pasal filem Syamsul Yusof, kita akan melihat dua perkara. Satu peranan Syamsul Yusof di kerusi pengarah. Satu lagi, peranannya sebagai seorang pelakon. Pada aku, tak semua watak mampu dibawa oleh pengarah ini. Serius, Shark is not suitable for you, Shamsul! Give a role to another actor, please... Kadangkala watak Shark bukannya nampak macam karakter jerung, tetapi nampak seperti karakter ikan tuna yang nak jadi jerung.
KL Gangster sebenarnya terperangkap dalam satu dunianya sendiri. Aku melihat binaan kisah ini nampak ada mesej tetapi diperangkap dengan beberapa percubaan untuk menyampaikan mesej itu sendiri. Awalan filem ini bermula dengan naration watak Malek yang cukup bijak untuk memperkenalkan karakter dalam filem ini. Binaan ini bagus untuk elakkan permulaan filem yang berjela jela. Namun, argh, potong stim pada naration Malek di akhir cerita. Ada sesuatu yang tak kena di situ. Do a film carry a message straightfully? For me, tak perlu... let the viewers judge on it.
Filem ini banyak dibantu skor yang memuaskan hati. Namun, jujurnya pengarah ini masih cuba menggunakan skor skor luar yang nampak masih biasa didengar di telinga. Come on, be like Hikayat Merong Mahawangsa please...
Jujurnya, filem ini keseluruhannya memuaskan. Menyukai watak Soffi Jikan, Adi Putra juga gaya lentok komedi Zizan. Aaron Aziz terbaik dalam penyampaian, wataknya memuaskan hati. Syamsul Yusof hanya sekadar biasa biasa, percubaan untuk menjadi gangster ganas tetapi tatu di leher lu wat gua tak takut r beb...
A must watch film, and a reasonable film to collect as a collection. Itu saranan aku. Filem yang berbaloi untuk ditonton dan dikoleksi. Syamsul Yusof masih mengekalkan kegelapan dunia gangster yang mampu untuk memberi nafas baru filem Malaysia. Keganasan KL Gangster satu kepuasan kerana filem ini adalah sebuah filem aksi yang begitu extrem. Penontonan KL Gangster bukan sesuatu yang membosankan. Lawaknya sederhana tetapi banyak membantu memberi balancing kepada perjalanan filem yang ganas. Tonton dan nilai karya Syamsul Yusof ini, berbaloi!
4/5
Tuesday, July 5, 2011
Review: 3,2,1 Cinta
Karya Azahari Zain sebelum ini bergenre seram (Mantra) dan komedi (Zoo) rasanya hanyalah biasa biasa saja. Aku yakin dengan kebolehan Mantra lakonan Zul Handyblack yang nampak hitam tetapi masih mengekalkan cliché seram tetapi lebih hebat dengan bantuan CGI. Zoo pula hanyalah biasa saja walaupun ideanya nampak cuba membawakan komedi luar negara yang nampak janggal tetapi berjaya ditangani dengan adanya Lan Pet Pet. Namun, keseluruhannya Zoo sederhana, berdiri cukup sekadar filem ketawa yang mesejnya simple.
movie mistakes dalam filem 3,2,1 Cinta didedahkan:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/07/321-cinta-2011.html
3,2,1 Cinta rasanya percubaan pertama dalam genre romantik. Kebolehan Azahari Zain memperkembangkan sebuah romantik komedi ini walaupun biasa biasa saja nampaknya masih mampu memberikan emosi. Ya, 3,2,1 Cinta bukan cinta biasa, ianya kisah perigi cari timba. Sebuah isu zaman sekarang dimana keadaan wanita dan lelaki berada dalam nisbah 37:1.http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/07/321-cinta-2011.html
Sejauh mana permainan fakta itu membentuk kisah ini, Azahari Zain sebenarnya hanya mampu untuk menonjolkan kisah tarik tali cinta yang biasa tetapi kali ini yang bezanya hanyalah si wanita yang mencari lelaki. Mungkin alasan ini boleh menjadikan filem ini unik pada tema, tetapi dalamnya 3,2,1 Cinta hanyalah sebuah filem romantik komedi biasa. Tema kisah cinta tiga segi wujud dalam filem ini, malah ada dalam banyak filem lain juga. Tak unik pada permainan emosi dan hanya lebih kepada pembesaran karakter Erra Fazira dalam Kuliah Cinta.
Sam seorang gadis tomboy yang dibela pakciknya. Perangai Sam yang kelelakian menjadikan Fariz sahaja satu satunya rakan baiknya. Di semester 1 kuliah, Sam mendapat tahu bahawa ramai wanita akan menjadi andartu jika nisbah wanita dan lelaki 37:1. Ditakdirkan Sam terpikat dengan Nazril, seorang anak yatim piatu. Sam cuba untuk memikat Nazril. Namun, dalam masa yang sama tiada siapa tahu hati Fariz yang dalam diam mencintai Sam seadanya.
Keseluhannya, babak babak dalam filem ini hanyalah biasa biasa saja. Uniknya tiada dan cukup hanya sekadar drama biasa. Tiada babak babak yang nampak segar dan boleh memberikan impak yang lebih.
Aku juga sebenarnya merasakan satu kejanggalan apabila ada beberapa dubbing yang nampaknya tidak kemas. Serius aku cakap bahawa dubbing filem ini terlalu cincai dan amatlah teruk. Bayangkan suara orang yang buat pengumuman berbunyi seperti suara orang biasa saja. Malah, dubbing beberapa pelakon extra juga nampak main main dan lepas tangan.
Lakonan Diana Amir kadangkala naik turun. Ada part yang boleh aku dapat feelnya. Keseluruhannya, gaya tomboinya menjadi, tetapi pada skala sederhana sahaja. Pierre Andre awalnya nampak main main. Tetapi makin cerita bergerak, nampaknya persembahan yang menarik mula tertonjol. Farid Kamil tenggelam. Entah kenapa, persembahannya lebih ditenggelami watak Fariz lakonan Pierre walaupun watak Nazril itu lebih ditonjol pada awal cerita.
Sejauh mana 3,2,1 Cinta mampu mengangkat Azahari Zain dalam genre ini? Pada aku, levelnya hanya sekadar biasa saja. 3,2,1 Cinta ada jiwa kadangkala namun ditenggelami cliche yang nampaknya cuba diberi refreshment. Kadangkala refreshment itu menjadi dan penonton berjaya masuk ke dalam emosi. Tetapi kalau ianya tidak menjadi, penonton akan jadi meluat. 3,2,1 Cinta ada fakta yang menarik untuk ditonjolkan, malangnya, tenggelam dek kebiasaan .
3/5
Sunday, July 3, 2011
Review: Ragini MMS
Ragini (Kainaz Motivala) dan Uday (Raj Kumar Yadav) merancang satu percutian kat satu kawasan terpencil di Mumbai. Namun, sedar atau tidak, gelagat pasangan ini sebenarnya diperhatikan oleh kamera litar dalam rumah percutian. Kelibat mula muncul dan mengganggu. Dari kacamata CCTV dan kamera tersembunyi, filem ini bakal mendedahkan sesuatu kebenaran yang tersembunyi. (read more)
Friday, July 1, 2011
Review: Transformers - Dark Of The Moon
Siapa yang tak pernah mendengar tentang filem melatop ini sila dengar sekarang. Filem ini adalah filem yang memang memukau, untuk filem pertama dan keduanya. Bagi yang ketiga...
Sejauh mana siri filem Transformers mempengaruhi hidup aku – seperti ombak menghakis pasir pasir di tepi pantai. Transformers edisi ketiga dengan tajuk Dark of the Moon (DOTM) sudah ditayangkan di pawagam. Berkesempatan menonton filem ini di Lotus Five Star, Selayang Mall tanggal 1 Julai 2011 jam 5.45ptg di Hall 1. Keseluruhannya, Transformers: Dark of the Moon adalah sebuah anjakan bagi sebuah trilogy hits Michael Bay, perubahan drastik yang membosankan pada sesetengah bahagian. Oh ya, juga perubahan expectation kepada pengarahan Michael Bay jugak!
MV: Iridescent (Official TF3 Theme) - Linkin Park
Sebetulnya, aku meletakkan satu expectation yang cukup tinggi untuk filem ketiga Transformers ini. Sejujurnya, aku mengharapkan satu impak Revenge of the Fallen berulang dan sekali lagi mampu untuk aku berkata WOW!, Michael Bay is the best!. Malangnya DOTM begitu menghampakan pada fasa pertama filem. Entah kenapa aku masih terkial kial dengan pembentukan kisah yang nampak serabut dan terlalu banyak dialog yang mana begitu luar biasa daripada sekuel terdahulu. Secara teorinya, ada sesuatu yang tidak kena pada penulisan cerita kali ini. Ya, memanglah sebab penulis lakon layar kali ini orang lain dah weyyyy!!!Fasa satu filem ini cukup kucar kacir. Beberapa elemen aksi pada fasa pertama tidak begitu memberi impak ketara sepertimana penontonan Transformers terdahulu. Babak aksi kadangkala mati tanpa penamat yang baik sekali gus membuatkan aku tergamam, and want to say WTF! Bukan norma biasa filem Transformers namun aku biarkan saja aliran ini, menantikan satu babak mega yang mampu untuk memberikan mood. Bukan norma biasa filem Michael Bay mempunyai adegan aksi yang tak sampai satu minit. Ini memang WTF!
Terus menanti dan menanti, fasa pertama filem dihabiskan dengan hanya dialog dialog dan kisah yang nampaknya cuba dibangunkan untuk membina rangka Transformers ketiga. Akhirnya hanya fasa kedua filem ini yang memberikan the real Transformers dalam skala aksi yang begitu panjang. Malangnya juga, aksi pertarungan Autobot vs Decepticon amat sedikit. Pertarungan bertumpu kepada manusia vs. robot. Keseluruhannya, mengecewakan kerana keseluruhan aksi diletakkan pada akhir filem. Ini yang aku katakan sebagai perubahan expectation tadi! This film punya rentak totally different. And perbezaan ini sebenarnya membuatkan aku berkata ‘previous sequel is better than this!’
Ternyata lakaran lakonlayar Roberto Orci dan Alex Kurtzman dalam dua sekuel sebelum ini lebih hebat. Penulisan Ehren Kruger nampaknya kurang memberi impak seperti dahulu. Jauh bezanya penulisannya dengan dua penulis asal Transformers itu. Jadi, terfikir aku tentang matlamat filem ini. Apa sebenarnya yang ingin dijelaskan Ehren Kruger dengan perubahan rentak yang luar biasa? First half bosan, second half full of action. Malah, kebosanan pada awal filem boleh buat orang keluar panggung. Tidakkah penulisan filem ini patut diseimbangkan dengan aksi dan drama yang 50% 50%? Selang seli aksi-drama itu sebenarnya nadi Transformers.
Pada pandangan aku, filem ini adalah yang paling kurang menyengat dalam siri filem Transformers. Maaf aku cakap, Ehen Kruger sebenarnya sudah merosakkan filem ini. Ya, daripada berita berita, aku mengetahui bahawa Roberto Orci dan Alex Kurtzmaan sudah tidak mahu menulis lakon layar kerana takut kisahnya sudah ‘ke laut’. Malangnya ya, Ehen Kruger dah bawa filem ini ‘ke laut’. Dan... lemas... blurp blurp!
Filem ini bercakap tentang kemanusiaan. Ya, mesej yang besar di sini apabila mangsa kali ini adalah kita si manusia. Bagaimana robot robot ini mahu mengancam dunia untuk membentuk Cybertron adalah plot utamanya. Manusia terkial kial di tengah tengah, masih pening pening tentang kuasa besar yang luar biasa ini. Maka, diterbitkan hero hero kita, membantu untuk membebaskan manusia (kaum sendiri) daripada Sentinel yang mengkhianati Optimus.
Pemilihan Chicago sebagai ‘pusat kemusnahan’ dalam filem ini memang gempak. Total distruction memang satu kenikmatan untuk satu jam akhir filem. Babak aksi disusun kemas di sejam terakhir filem. Namun, kebanyakan aksi sebenarnya diletakkan pada karakter manusia sekaligus menghampakan peminat yang mahukan aksi berada di pihak Autobot melawan Decepticon.
Ketiadaan Mikaela sebenarnya satu kerugian. Ya, ternyata Megan Fox sudah menjadi satu keserasian kepada filem ini. Tapi, padanlah ngan muka Megan Fox, sape suruh cakap bekerja dengan Bay seperti kerja dengan Hitler? kan bos dah marah.. hmm... Namun, penampilan Carly (Rosie Huntington-Whiteley) sebagai awek baru Sam tidak mengecewakan. Namun, rasanya tak lebih sebagai tempelan walaupun Carly berperanan besar untuk satu babak kecil di akhir filem yang membentuk finale cerita.
Muzik Steve Jablonsky lebih banyak bermain dengan skor filem terdahulu. Tak banyak perubahan pada lagu latar, tetapi pengubahsuaian yang nampaknya menjadi untuk membentuk mood.
movie mistakes filem ini:
Pandangan aku, DOTM hanyalah satu kematian yang begitu memalukan bagi trilogi pertama Michael Bay ini. Mengharapkan kelainan, tetapi ini bukan kelainan ini yang aku mahukan...
2.5/5
Subscribe to:
Posts (Atom)
Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)
Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...
-
Tahun Terbit | 2014 Pengarah | Dharma Aizat Pelakon | Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Muhd Arif Adam, Anam Azizan Well, aku rasakan...
-
Tahun Terbit | 2014 Pengarah | Hashim Rejab Pelakon | Ellie Suriati Omar, Fauzi Nawawi, Nizam Zaidi Ini yang aku panggil...
-
Kabir Bhatia gagal menyeramkan Sembunyi. Sudah lama bermain dengan gambar yang agak kelam dan tak tahu malam siang dari Nur Kasih lagi, k...