Akan Datang!

Saturday, March 30, 2013

Review: Lawak Ke Der 2

Firstly, aku memang salutelah idea nak bawak Lawak Ke Der 2 ni ke panggung sebab satunya, memang filem ni (yang agak janggal jugak nak digelar filem) telah memecah tradisi filem di Negara kita. Tahniah! For the first time orang tengok persembahan istana budaya di panggung dan membayar untuk ketawa terbahak bahak. Pada aku, Lawak Ke Der 2 tak rugi. Pada yang suka ketawa, pastinya filem ni buat korang gelak tak ingat dunia. 

Persembahan masing masing punya jiwa tersendiri. Macam Lawak ke Der yang dahulu lah, persembahan persembahan Jozan, Boboi dan Harith Iskander dipersembahkan berselang seli dengan komedi komedi barunya. Apa yang aku nampak dalam lawak Ke Der 2, Boboi masih tipikal Boboi. Mungkin ada sedikit anjakan yang Afdlin cuba buat malangnya masih tidak dapat menghilangkan aura Datin Maimon dalam Lawak Ke Der satu. 

Jozan pula bawak benda yang sama je macam yang dulu. Cuma apa yang ditukar, adalah storylinenya. Dan pada aku, walaupun bermain dengan konsep yang sama saja, lawaknya terkawal dan ceritanya agak baik. Komedinya juga sedikit sederhana dan tidak melebih lebih sangat. Cuma kadangkala saja macam tak berapa nak menjadi bila komedi yang sama diulang ulang berkali kali dalam jarak masa yang agak dekat. 

Persembahan Harith Iskandar pulak macam lebih baik dari dulu. Walaupun aku rasakan yang Lawak Ke Der tu macam lagi best, aku rasa persembahan kedua ni, aku nampak macam Harith sudah tahu untuk kembangkan penonton stand up komedinya. Dalam Lawak Ke Der 2, Harith aku lihat banyak gunakan bahasa Malaysia instead of bahasa inggeris. So, orang yang kurang memahami komedi stand up macam ni akan boleh tersenyum senyum dan ketawa dengan sindiran yang diberikan. 

Nak cakap yang kepuasan untuk menonton Lawak Ke Der 2 memang tahap gaban punya gelak terutama bila sampai part Jozan. Boboi agak sederhana walaupun pada aku, persembahan kapal terbang redho yang nampak macam kelucahannya terlampau melampau boleh dikatakan menutupi kelemahan persembahan pertama. Mungkin Boboi patut do something different kot dari hanya belakon jadi cross dresser. 

Tak banyak nak dikomen dengan Lawak Ke Der 2 sebab ianya hanyalah persembahan pentas. Tak layak kalau aku nak komen dari visual, setting dan segala bagai sebab ini hanyalah persembahan pentas yang hanya ditayangkan di layar besar. Cuma aku nak cakap, Lawak Ke Der 2 mungkin punya lawak yang hebat dan baik. Namun, aku masih rasa visual yang ditonjolkan, I mean rakaman persembahan masih lagi tahap kualiti untuk ditonton di tv. 

Next time, harap ada lagilah Lawak Ke Der 3. Sebab daripada bergelak dengan komedi filem yang biasa, penonton boleh menukar selera menonton persembahan yang berlainan dari sekadar wayang. Overall, Lawak Ke Der 2 best walaupun aku rasa agak tak puas hati dengan censorship yang dikenakan. Few babak macam cuba dilindungi kelucahannya dengan tunjukkan visual penonton. Oh my! Amatlah tidak wajar. Mengganggu komedi je!

4/5

Thursday, March 28, 2013

Review: G.I Joe Retaliation

Ok. Retaliation ni kalau siapa siapa tak tahu sebenarnya sudah dijadualkan untuk ditayangkan tahun lepas dalam sekitar Jun 2012 macam tu. Tapi penerbitnya telah ambil langkah untuk tunda tayangan ke 2013 sebab nak menambah visual efek dan juga kesan 3D. Hasilnya, inilah GI Joe punya sekuel yang pada aku memang khas untuk peminat filem aksi. Tak kiralah korang minat GI Joe ataupun tak pernah kenal GI Joe, filem ini memukau dalam aspek aksinya. 

Pengarah Stephen Sommers dan Jon Chu yang pernah mengarah Step Up. Dua pengarah dari dua dunia aku rasa. Jelas sangat aku nampak filem ini dan filem pertamanya jauh panggang dari api dari segi visualnya dan juga cerita. Stephen Sommers dalam Rise of the Cobra tampil dengan visual yang memukau terutamanya babak suit yang boleh jadikan manusia kuat tu. Namun, Sommers punya visualization nampak melebih lebih dalam CGI contohnya dalam babak kapal GI Joe nak masuk ke dalam markas. Dah jadi macam kartun sudah. 

Jon Chu dengan gayanya memberikan nafas baru kepada sekue ini. Pada aku, Retaliation menampilkan CGI yang cukup cukup dan meyakinkan. Tak melebih lebih sangat. Namun, kalau lebih pun, nampak realistic. Terutamanya pada babak London kena nuclear bom tu yang nampak sukar nak digest but nampak real. 

Cuma satu perkara yang menunjukkan kecacatan ialah kontinuiti dari filem pertama dan kedua. Bagaimana filem ini yang hanya dihubungkan oleh Channing Tatum pada awal filem sebagai titi dari filem pertama nampaknya sukar nak dihadam. Mungkin kalau appearance few karakter dari first filem ada lagi banyak mungkin nampak logic untuk sebuah kontinuiti. Pada aku lah! Takkanlah tetiba saja The Rock muncul tiba tiba. At least a little background story ke.. kan? 

Oh ya, the story follows ending cerita Rise of the Cobra. Dalam filem ini, kesemua karakter filem pertama dimatikan, which ya, aku nak bagitau yang Channing Tatum akan mati! So prepare la ya peminat peminatnya. Then, karakter karakter baru muncul dan menyambung plot Rise of the Cobra dimana Zartan, si jahat sudah menyamar menjadi president America dan merancang untuk melancarkan perang nuclear! 

Filem filem superhero dua tiga tahun ni macam ada satu pattern. Kesemua superhero digambarkan mencapai zaman kegelapan apabila mereka terpaksa bertarung tanpa kelebihan yang mereka ada. Macam tema bangun dari kejatuhan sudah menjadi trend sekarang. GI Joe pun sama juga patternnya kerana dalam filem ini GI Joe punya geng kena bergerak silently sebab kumpulan mereka dah dimusnahkan dan tak ada siapa pun yang mampu membantu. 

Peminat aksi, serius rekomendasi aku untuk korang tonton filem ini amatlah tinggi. Visual aksinya amat menakjubkan dan juga CGInya yang memukau amatlah mengasyikkan. Peminat Storm Shadow dan Snake Eyes memang akan puas hati dengan aksi aksi pertarungan yang agak menakjubkan visualnya. Aksi tanpa henti memang formula terbaik untuk sebuah filem sebegini. Ibarat menonton Revenge of the Fallen yang sedikit lembut. 

Lakonan biasa biasa. Tak banyak emosi diperlihatkan sebab aksi telah menenggelamkan sisi sisi emosi karakter. Namun, korang akan perasan yang lakonan The Rock sudah mula jadi tipikal. Namun, pada aku, dia memang layak memegang watak watak yang macho dan gagah sebab memang badan dia yang memang macam tu. Cuma, mungkin kalau wataknya dalam setiap filem tidak bervariasi, mungkin orang akan mula bosan. Jangan jadi macam Jason Statham yang setiap karakternya mesti ada rules yang mesti follow. 

Overall, action packed movies lovers, korang patut tonton sebab filem ni punya aksi non stop yang conform buat korang kata wow dan gempak lah! Aksi The Rock memang hebat ditambah dengan kehadiran Bruce Willis sebagai Joe memang menambah perisa. GI Joe: Retalliation sebuah aksi yang simple. Jalan cerita pun lurus dan simple. Sebuah filem yang enjoy dan rock!!! 

4/5

Monday, March 25, 2013

Review: Rock Oo!

Rock Oo memang satu imbauan memori rock yang boleh tahanlah hebatnya. Walaupun aku taklah sempat menonton filem pertamanya tahun 2005, aku rasakan memang wajar Rock itu disekuelkan. Dan pada aku, hasil Mamat Khalid ini tidak mengecewakan. Dia, si pengarah yang tahu memberikan kesegaran dalam industry dan tahu untuk berubah dari semasa ke semasa. Rock Oo ada level baru dalam perfileman. 

Dalam tahun 2013, memang filem Mamat Khalid dari Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit antara yang menyerlah dalam separuh awal tahun ini. Rock Oo memang sebuah lagi filem yang aku rasakan memang hebat dari segi visualnya dan juga persembahannya. Walaupun aku nampak kat tv tu ada kata yang Rock Oo ni kelakar sampai habis, aku taklah rasa filem ni kelakar sampai tak ingat dunia. Mungkin ada yang akan ketawa sampai pecah perut sebab babak babak yang unpredictable dalam filem ni. 

Bagi aku, babak babak yang pelik dan unpredictable macam adegan adegan berdiri tengah jalan, kolek bas dok menyanyi lagu Malik Ridzuan sampai tak hingat dunia, tu tak menimbulkan rasa nak tergelak. Pada aku, aku macam ada sedikit perasaan wow sebab babak babak pelik macam tu memang bukan sesuatu yang selalu kita nampak. Bagaimana tulisan Mamat Khalid ini menyampaikan mesej mesejnya itu aku respek. 

Amy Mat Piah lakonan Que Haidar memang cun lah. Memang Que Haidar memang watak yang pelik, kadang geli geleman aku tengok. Tapi tulah dia. Dan dia antara watak yang memang kelakar habis. Amy Mat Piah bukan sekadar watak kelakar kosong tapi ada isinya. Macam feeling habis jugak kadang kadang sebab kesian tengok Amy Mat Piah ni dok usaha nak jadi vokalis Rimba Bara walaupun suara tak sedap mana. 

Paparan reality kumpulan kumpulan rok zaman tu dengan masalah dan dilemma mereka menjadikan Rock Oo memang satu tribute yang sempurna. Dengan penggunaan muzik lagu lagu 90an sebagai muzik latar, memang tambah serilah filem ni dengan jiwa 90annya. Oh ya, visual memang super awesome. Syot syotnya cun. Cun dan sangat cantik dan bukan kerja main main. 

Cuma satu saja aku rasa kekurangan dalam filem ni. Aku rasa macam ada masalah je dari segi prop sebab walaupun Mamat Khalid cuba untuk kurangkan tempat tempat yang memungkinkan latar masa itu menjadi tunggang langgang, masalah tu tetap ada. Beberapa tempat dan latar macam nampak tak sesuai untuk latar tersebut dan kadangkala rasa macam ‘eh, ni zaman tu ke?’. Tapi aku faham, memang bukan senang kerja ni so abaikan sajalah. 

Slash lakonan Pekin memag fresh. Selepas Bunohan, nampaknya orang mula dah nampak dia ni walaupun aku tahu dia ni dah berlakon sejak dari zaman filem VCD lagi dulu ni. Lakonannya best. Jiwanya luar biasa. Malangnya, entah kenapa aku sudah rasa sudah tiba masanya Shoffi Jikan untuk berubah dari lakonannya yang dah terlalu biasa tu. 

Overall, peminat irama rock 90an conform lentoklah tonton filem ni. Segala adventure Rimba Bara ditata rias dengan komedi, kenangan dan juga emosi yang baik. Aku suka Rock Oo walaupun tak tonton yang first lagi. Mamat Khalid nampaknya makin memberikan kelainan dan inilah yang aku suka. Dari gaya noirnya dalam Kala Malam Bulan Mengambang sehinggalah filem filemnya yang terkini, kritikan dalam filemnya, disalut drama dan komedi dalam persembahan yang menarik membuatkan filemnya berisi. 

3.5/5

Thursday, March 21, 2013

Novel: Adam & Hawa (Aisya Sofea)


Adam & Hawa

Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
beli novel di sini

Pertamanya, aku tak tonton drama tv Adam dan Hawa di Astro Mustika HD. Tapi, disebabkan promosi drama tv tu lah yang menyebabkan aku membeli senaskah salinan novelnya. Sempat baca dalam jangka masa yang lama jugak sebab kesibukan, aku dapat satu pengalaman baru dalam membaca novel Alaf 21. Daripada keseluruhan cerita 

Aisya Sofea ini, aku mengerti, sasaran novel ini bukan sekadar memberi satu ruang untuk berfantasi tentang cinta, tetapi ruang untuk berfikir tentang reality seorang lelaki. Aisya Sofea membina Adam dengan sifat playboy baiknya dengan sempurna. Nampak diadunkan sisi jahat dan sisi baik lelaki dalam watak tersebut dengan baik. Pada aku, garapan Adam ini seperti satu manifestasi reality seorang lelaki. Walaupun ya, tak semua lelaki seperti Adam, tapi lelaki sebegitu rasanya adalah lumrah yang wanita perlu hadapi. Hawa pula, digambarkan dengan ego dan perasaan ‘aku mahu balas dendam’ menerangkan yang mereka bukanlah kaum yang boleh dipermainkan. 

Dalam erti kata lain, Adam dan Hawa sebuah cerita yang menceritakan kisah reality dunia bercinta dan juga perjalanannya dengan elemen elemen kesabaran, ego dan juga kejujuran. Pada aku, garapan Aisya Sofea yang ini (belum pernah baca yang lain) cuba menggambarkan yang sesuatu yang ditakdirkan akan terjadi pasti akan terjadi dan kita sebagai manusia harus menerimanya. 

Honestly, dari segi penulisan, aku rasakan gayanya tenang. Menggunakan first point of view, penulis nampaknya membawakan jiwa kewanitaannya dalam setiap perkataan yang ditulis. Dari sudut pandangan Hawa kita dapat lihat bagaimana intrepertasi seorang wanita terhadap seorang lelaki dalam hidupnya dengan lebih jelas. 

Mungkin peminat setia conform tak baca review ni sebab diorang dah lama tau yang novel ni best. So, pada yang belum baca, aku rasa boleh try baca sebab gayanya tidaklah terlalu melebih lebih (tidak seperti mana gambaran watak dalam Ombak Rindu). Cukup sederhana dan tenang. Naratifnya yang sudah mampu dijangka hujungnya bukanlah perkara yang penting. Apa yang penting ialah bagaimana kita melihat seorang wanita mengharungi dugaan hidupnya.

Overal, taklah segedik Ombak Rindu. Cinta ain & adam taklah terlalu melebih2 romantiknya. Suka dengan ego Ain. Ending yang sederhana dan bukannya berniat nk buat orang menangis ke ape. Ada sesuatu yang Aisya Sofia mahu sampaikan. Bukan sekadar novel cinta jiwang kosong.

4/5

Wednesday, March 20, 2013

Review: Cinta Beruang

Aku cadang bagi sape sape yang merancang untuk menonton Cinta Beruang harap matikan niat korang. Jangan sampai korang rasa membazirkan diri saja menonton filem yang entah pape yang dibikin juga dengan nawaitu yang kosong. Macam filem yang diambil mudah dan juga lebih teruk dari pembikinan filem Uncle Usin yang ditayangkan pada tahun 2012. Cinta Beruang dan Uncle Usin berada dalam satu bakul. 

Filem ini nampaknya, yang mana aku lihat berdasarkan produksi adalah dibikin oleh orang orang India (bukan nak racism ke apa) memang nampak seperti filem Tamil / Hindi yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa percakapan. Ramanrayanan nampaknya terikut ikut dengan komedi komedi Tamil sehinggakan jika anda seorang penonton cerita Hindi atau Tamil yang tegar, anda akan sedar komedinya bukanlah komedi Malaysia. 

Malah, bukan saja dari segi komedi, pengarah nampaknya memijam kesemua elemen elemen Hindustani punya komedi dan juga visual dalam setiap paparan. Jadi, walaupun aku rasakan ciri cirri filem Malaysia itu tidak ada langsung sekaligus memberikan sisi berbeza filem ini, ianya masih berada dalam level filem hancur tahun 2012! 

Pertamanya, lakonan Nabil nampaknya kosong. Bukan salah dia tapi salah penulisan skrip yang nampaknya dipengaruhi oleh kisah kisah yang mirip filem filem Priyadarshan. Kalau korang tengok filem filem Priyadarshan, komedinya dilebih lebihkan dan bergantung kepada situasi dan keadaan. Dalam filem Hindi, reaksi melebih lebih seseorang pelakon mungkin boleh membuatkan orang ketawa. Namun, dalam filem Melayu, penonton akan rasa meluat. 

Bukan aku nak katakan yang elemen filem India tak boleh dimasukkan. Malah, aku tahu sejak dari zaman P Ramlee dulu lagi elemen elemen filem India sudah ada. Tapi, filem ini nampaknya gagal sebab penulisannya nampak berfikir untuk mengindiakan filem Malaysia dan bukan sebaliknya. Jadi, matlamat untuk mencapai sasaran penonton hilang sebab orang Malaysia bukan semuanya meminati filem Tamil atau Bollywood. 

Terlalu longgar dialog dialog yang dituturkan. Tingkah meningkah nampak berlaku dengan kadar pantas sehinggakan tiada emosi bagi setiap perkataan. Malah, beberapa sebutan nampaknya tidak aku dengar dengan jelas sebab re-recording yang lebih kurang macam tak berapa nak masuk dengan bibir pelakon. Amat mendukacitakan apabila terlalu banyak gerak mulut pelakon tidak selari dengan dialog. 

Lakonan Nabil dibunuh! Babak beruang itu sesuatu yang amat bodoh untuk dikomedikan. Semua orang tahu yang beruang tu hanyalah manusia pakai sarung beruang. Dan siapalah yang stupid sangat nak menonton filem sebegini? Bayar hanya untuk tengok Nabil pakai costume beruang tu kira lawaklah eh wahai team produksi? Oh , kalau ini filem Bollywood I think it works! But anda kena tahu yang ini filem Malaysia. 

Narration pada awal dan akhir filem tidak digarap kemas. Dari segi percakapan, aku tahu, yang sedang narrate cerita tu seorang india. Bahasanya tunggang langgang dan entah pape. Aku rasa agak loya akibat dialognya terlalu main main. 

Adegan awal filem kosong. Tak ada apa apa yang menarik. Entah kenapa tetiba saja ada adegan beruang pakai kostum di tengah tengah Putrajaya dan kemudian tidak dijelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Sampai naik kuda smua tu pada awal cerita. Tapi pada tengah cerita, babak awal tadi tak dimasukkan. Habis tu, apa motif beruang naik kuda tu dimasukkan pada awal filem kalau tak ada kontinuiti dengan ending cerita? 

Permainan zoom in yang biasa dalam filem filem 90an melayu digunakan. Aku tak kisahlah sebab zaman sekarang pun, filem filem India pun masih gunakan teknik yang sama. Namun, apa yang aku rasakan teruk disini ialah dari segi editing yang agak kurang kemas. Ada beberapa kontinuiti between scene yang entah pape dan kosong. Semuanya memang menerukkan filem ni yang sudah teruk. 

Terlalu banyak kekurangan. Dari aspek skrip dan juga sifat untuk mengindiakan filem Malaysia. Jadi, Cinta Beruang hilang dan tidak layak dipanggil filem. Percayalah yang filem ini hanyalah persembahan kosong yang terilham dari filem filem Priyadarshan. Dengan lakonan Nabil dan Jue Aziz yang kosong, ditambah dengan skrip dan visual yang amat mendukacitakan, aku rasakan Cinta Beruang adalah filem yang terteruk 2012! 

1.5/5

Monday, March 18, 2013

Review: Gangster Celop

Gangster Celop ni pada awalnya aku rasakan mungkin Ahmad Idham nak bawakan komedi ala ala Mael Lambong yang melambong giler tu. Namun, bila aku tonton, filem ni totally different. Malah, filem ini ada peningkatan dalam kesemua elemen elemen yang pengarah ini cuba terapkan. Aku tak gelak gila babas sebenarnya bila tonton filem ni. Tapi, walaupun taklah tergelak sakan, aku rasa filem ni tak berjaya buat aku tertidur. 

Dalam erti kata lain, Gangster Celop ni adalah sesuatu yang fresh. Aku banyak suka sama itu elemen elemen yang digarap. Pertamanya, Gangster Celop menolak kesemua elemen elemen cliché filem gangster. Dari kejayaan KL Gangster, banyak filem gangster selepas itu nampak mengikut arus. Keganasan, dan di akhirnya pengajaran. Walaupun ada komedi dalam filem gangster, namun, nampak kalut dan tenat. 

Tapi tu tak terjadi dalam Gangster Celop. Babak babak gaduh dikurangkan. Malah adegan bawak kuncu kuncu bergaduh diterbalikkan dan dihilangkan. Menjadikan Gangster Celop hanya bercerita tentang dua gangster yang baru keluar penjara sahaja. Itu menarik. Aku dapat masa untuk menilai dan juga memahami personality gangster insaf yang dibawa dengan sempurna. Malah, walaupun tiada babak gaduh ramai ramai, filem ini masih berjaya menunjukkan kegengsterannya. 

Aspek lain, Ahmad Idham bijak memberikan pelakon pelakon memegang watak yang memang tak pernah ditonton penonton. Usop Wilcha dengan watak polis gila pangkatnya, Yus Jambu dengan watak pertamakalinya, kehadiran Lan Pet Pet dan juga Azad Jasmin dalam watak gangster utama memang membuatkan filem ni nampak fresh dari gabungan actor dan actress. Kesemuanya seperti menonton sebuah filem pertama dari pelakon pelakon ini. 

Bukan aku nak cakap apalah, walaupun aku tak gelak banyak dalam filem ni, aku respek garapannya yang tenang. Aku tak berapa nak suka filem filem yang nak cepat habis, dan tidak mementingkan elemen art dalam sesebuah filem. Pada aku, filem ini ada semuanya. Dramanya cukup sifat dan tidak membosankan. Komedinya sederhana dan tidak melebih lebih. Dialog yang bagus, dan twist yang menarik. 

Lakonan pulak, aku sebenarnya puji kesemua pelakon. Aku sebenarnya banyak komen filem lakonan Kamal Adli yang aku sifatkan lakonannya amatlah teruk. Namun, dalam Gangster Celop, pelakon ini nampaknya dididik baik pengarah. Lakonannya best! Ada jiwa dan komedinya sampai. Syamsul Yusof pulak, walaupun aku rasakan dia ni mencuba habis baik, lakonannya tetap lebih baik dari filem filem arahannya sendiri. 

Hanis Zalikha pula aku tak sangka mampu membawakan wataknya dengan baik walaupun aku lihat wataknya sekadar di pinggiran. Bestlah! Muka baru dalam dunia lakonan. Yus Jambu pula nampak sangat kejambuan tapi wataknya memberikan sisi baru untuk watak gangster. Usop Wilcha lebih baik dari watak dalam Kahwin 5! 

Cerita Aman dan Kamal ini memang less komedi dari segi dialog. Cuma mungkin komedinya lebih banyak hadir pada pelakon yang memegang watak yang anda sendiri pertama kali melihatnya. Dengan skrip dan visual yang jauh lari dari filem filem gangster Malaysia, Gangster Celop membuktikan kerjasama Skop Prod dan Excellent Pic nampaknya satu usahasama yang bagus. Kalau ada sekuel kan best.. 

4/5

Tuesday, March 12, 2013

Pihak Berkuasa Mula Mengambil Tindakan Terhadap Laman Perkongsian Fail Berhakcipta

Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan mematikan akses kepada beberapa laman perkongsian, dan kini kelihatan beberapa laman tempatan turut hadir dibawah pemerhatian pihak mereka. 

Daripada apa yang dilaporkan oleh Hollywood Reporter, seorang belia berusia 27-tahun dikatakan telah ditahan disebabkan perkongsian pautan muat-turun fail-fail berhakcipta pada laman SYOK.org. Ia turut dikatakan belia tersebut berkemungkinan adalah salah seorang pentadbir di laman SYOK.org yang sedia mempunyai ratusan ribu pengguna. 

Pada laman SYOK.org hari ini, ia kelihatan pentadbirnya telah pun membuang forum khas untuk perkongsian digital, dan sebaliknya mengubah arah tuju kepada bentuk perbincangan dan komuniti. - Amanznetwork


p/s: setakat artikel ini dikongsi, Teamaryzs mula ambil tindakan untuk invite only 200 orang sahaja (lihat sini), teamhanna sudah down dan laman jieazz tidak dapat dilayari lagi.

Sneak Peek: Zombi Kilang Biskut


Demam Rock Oo.. dan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit masih belum reda. Dari Mamat Khalid lagi, ini dia, Zombi Kilang Biskut. Sekuel Hantu Kak Limah kali ini sekali lagi menampilkan geng Kampung Pisang. Di pawagam ogos 2013.

Sneak Peek: Vikingdom


Vikingdom, sebuah filem epik dari KRU! Kini, peluang anda untuk pertamakalinya menyaksikan teaser 1 minit filem tersebut yang bakal ditayangkan tidak berapa lama lagi.  Vikingdom dibintangi  Dominic Purcell, Natassia Malthe, Craig Fairbrass, Jon Foo dan Conan Stevens. Diarahkan oleh Yusri Abdul Halim.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.imdb.com/title/tt1785669/

Jom, 1 minit hebat ini diambil dari laman youtube rasmi Vikingdom.

Sunday, March 10, 2013

Review: Oz The Great and Powerful

Pertama sekali, bila aku tonton filem ni, fikiran aku terus pikir balik tentang kecantikan visual Alice In Wonderland. Visualnya sebijik! Tetapi jika dibandingkan dengan filem Tim Burton itu, visual Oz lebih tajam, pekat dan kompleks. Dan itu antara perkara yang menarik untuk dialami jika menonton dalam 3D. Namun, menonton filem ini dalam versi biasa pun masih mampu untuk merasai kepekatan dan kompleksnya visual dalam filem ni. 

Macam mana dengan ceritanya? Best? Pada aku, filem filem Disney hanyalah berpaksikan kepada mendidik. Dari tahun ke tahun, Disney menghasilkan formulanya tersendiri. Iyalah, filemnya mensasarkan orang muda dan tidak hanya bersifat menghiburkan tetapi ada pendidikan dan mesej. Dan, hal ini menjadikan Oz hanyalah tipikal filem Disney. Pattern yang sama diulang ulang dan masih tidak membawakan sesuatu yang luar biasa. 

Jalan cerita Oz aku dapat bandingkan dengan John Carter. Apa persamaan dua filem ni? Dua filem ni adalah adaptasi dari karya klasik. Dan, kebetulan pula, dua filem ini mengisahkan tentang plot yang bermula dengan cara yang hampir sama. John Carter cerita tentang manusia dibawa ke bulan, manakala Oz, hah cerita Oscar dibawa ke Oz dengan gaya ala ala Gulliver’s Travel gitu. Mungkin tipikaliti dan persamaan ini mungkin kebetulan saja sebabkan kedua duanya adalah karya klasik yang berbeza. Disebabkan Oz dan John Carter bukan idea asal Disney, jadi amat tak wajar nak cerita yang Disney menghasilkan cerita recycle. 

Disebalik tipikaliti itu, sebenarnya apa yang Disney pertaruhkan dalam Oz sebenarnya adalah pada kualiti permainan visualnya. Percayalah yang visual Oz antara visual yang terbaik dalam filem filem Disney. Sebaris dengan Tron Legacy tahun 2010 dulu. Dalam skop filem filem Disney, permainan visualnya mengasyikkan. Semuanya hebat walaupun kadangkala kita dah dapat tangkap dah kualiti bagaimana Disney akan bagi dalam filem filemnya.

Malangnya, Oz yang powerful dan the great ini taklah great mana dari segi plotnya. Aku rasakan 2 jam menonton Oz menyaksikan pengalaman menonton John Carter berulang kembali. Watak Oz lakonan James Franco diberi masa untuk bermain main dengan adventurenya yang tersendiri. Pada aku, perjalanan James Franco itu tidaklah sehebat mana kalau tak dibantu monyet terbang tu dan juga patung kaca tu. 

Oz tidak ada ujian yang mencabar untuk membawa penonton merasai feeling karakter dalam filem ni. Ceritanya terlalu ringan dan tidak ditekankan dengan mendalam untuk sebuah adventure sebegini. Terlalu ringan dan masih boleh dijangka walaupun babak babaknya mengasyikkan. Perjalanan Oz di Land of Oz nampaknya terlalu simple dan kurang cabaran. Ini sekaligus menghilangkan kehebatan James Franco untuk diuji dalam watak tersebut. Maaf aku cakap, aku nampak Oz hanya sekadar menjalankan kerjanya tanpa ada feeling langsung walaupun aku faham yang dia ni disebut sebut sebagai pentingkan diri dan juga mulut manis. 

Walaupun plotnya ringan dan tidak ditangani dengan cabaran, Oz sebenarnya fun. Ada kadangkala babaknya terlalu panjang. Namun, dialognya fun dan boleh tahanlah jugak. Sepertimana komedi komedi Disney, Oz menampilkan komedi yang agak bagus. Cuma mungkin komedi watak Knuck nampak menjengkelkan. Agak tidak menjadi watak tersebut. Watak beruk tu da best! Berjaya menghidupkan suasana komedi. 

Brilliant ending sebenarnya! Aku suka ending filem. Saat Oz menggunakan trick silap matanya untuk mengaburi Theodora dan Evanora. Amat menarik sehinggakan membuatkan aku ketawa. Idea trick itu brilliant walaupun ya, in reality ada banyak aspek boleh dipersoalkan. Namun, babak final itu memang memberikan keseronokan setelah melihat perjalanan Oz yang tak berapa nak bagus. 

Pada aku, Oz The Great and Powerful taklah hebat. Oz bukanlah filem luar biasa pada ceritanya. Malah boleh diagak setelah beberapa lama korang tonton. Namun, it still a wonderful and great movie to watch. Filem yang menampilkan visual yang agak hebat dan kompleks ini memang boleh dikatakan menghiburkan dalam skop filem tipikal Disney. Kalau tonton dalam 3D pun puas hati, kalau biasa pun memang visualnya hebat. 

3/5

Review: Pada Suatu Cinta Dahulu

Taruhan terbaru Hashim Rejab ni amatlah sweet. Macam mana dia bawa pengarahannya dari aspek permainan warna cukup aku suka. Elemen warna warni yang cukup menarik menjadikan Pada Suatu Cinta Dahulu ada unsur harmoni yang mengasyikkan. Terbaik untuk sebuah persembahan filem romantic drama sebegini. Pada Suatu Cinta Dahulu kembali membawa trademark Hashim Rejab yang dinukil pada Sekali Lagi, Papa I Love You dan 3 Temujanji. 

Memula, aku rasa ada teringat kat satu filem ni bilamana awalnya menunjukkan gaya penceritaan yang menggunakan flashback. Ya, Pada Suatu Cinta Dahulu mengingatkan aku kepada Tentang Bulan yang diarah oleh Ahmad Idham suatu ketika dulu. Gaya penceritaannya walaupun lain nampaknya masih mengekalkan perkara yang sama iaitu pengakhiran sebenar adalah pada watak yang dewasa. So, jadinya macam eternal story gitu! 

Jujurnya, Hashim Rejab Berjaya membentuk Nizam Zaidi dalam mengeluarkan kehebatannya yang mirip Airil Zafril. Entah kenapa aku rasa aku nampak Airil dalam diri Nizam Zaidi. Agak keliru juga sebenarnya sebab wajahnya lebih kurang. Malah lakonannya hamper mirip kepada watak Airil Zafril dalam filem filem Hashim Rejab sebelum ni. 

Zalif Sidek memang mengejutkan! Babak kebogelannya beberapa kali memang menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun kebogelannya tidaklah seberani Zul Handyblack dalam Mantera, ianya satu keberanian luar jangkaan. Malah, dari aspek lakonan, aku nampak Zalif Sidek macam masuk pada trek yang betul. Lakonannya ada feel dan tidak hanya terkinja kinja macam tah pape je dalam filem filem sebelum ni. 

Cerita cinta monyet yang dipaparkan amat cute. Thanks to the skrip yang memang tidak melebih lebih dan memenuhkan filem ini dengan adegan dan dialog yang meluat luat. Semuanya cukup sifat walaupun aku rasa endingnya macam biasa, seperti terkinja kinja nak habis cepat. Namun, semua yang nak dijelaskan dalam watak lakonan Nizam Zaidi, dan rentak kehidupannya amatlah tenang dan tak kalut. Itu aku suka. 

Cuma negatifnya, aku rasakan kejutan dalam watak Intan Ladyana itu sedikit tidak masuk akal kerana tiada hint hint yang membolehkan kejutan tu berlaku. Namun, ianya acceptable sebab bila kejutan tu diberikan, aku rasakan ianya agak lari dari kisah cinta biasa. Maklumlah, dah bertukar jadi cinta dengan orang berumur pulak. Tema yang bukan biasa namun dengan suntikan yang sedikit ini membawakan Pada Suatu Cinta Dahulu ada elemen elemen baru. 

Sebenarnya, cerita filem ni taklah special mana. Cuma mungkin garapan Hashim Rejab ini sebenarnya Berjaya menarik muda mudi untuk selam kea lam dunia remaja dan berfantasi tentang impian dan cinta. Hashim menerapkan yang cinta itu bukanlah satu perkara yang penting dalam alam itu. Namun, kehadirannya adalah satu lumrah yang tak dapat dielak. Paparan aktiviti buli membuli yang dipaparkan juga adalah paparan reality walaupun ianya agak over gambarannya. 

Keseluruhannya, bagi yang pernah melalui cinta monyet, Pada Suatu Cinta Dahulu memang akan mengembalikan memori. Lakonan Intan Ladyana yang sweet, dan Wawa Zainal yang sedikit manja, ditambah dengan lakonan mantap Nizam Zaidi membuatkan penonton akan rasa berada di alam persekolahan semula. Anak anak muda pasti akan tersenyum dan tersengih bila tonton sebab hamper semua dari mereka ada pengalaman bercinta. Kan? 

3.5/5

Saturday, March 9, 2013

Review: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Mamat Khalid memang seorang pengarah yang ada vision. Aku nampak yang dia dah ubah filem komedi jadi luar biasa giler dengan Hantu Kak Limah 2 ini. Dengan persembahan yang menarik dan juga gaya komedinya yang memang ala ala kampong pisang, Hantu Kak Limah 2 ini memang satu trademark Mamat Khalid yang patut dibanggakan dengan keunikannya walaupun adakalanya kita rasa macam menonton filem Kak Limah pertama dalam versi ‘recyle’. 

Vision Mamat Khalid dalam membawakan kisah Kampung Pisang the next level memang gempak! Serius aku tidak menjangkakan yang Jin Pakai Toncit itu sebenarnya sebuah animasi CGI full scale yang tidak pernah aku saksikan. Cicakman pun rasanya tidak menampilkan animasi CGI full scale seberani itu sebab tahap animasi kita masih sederhana. Walaupun adunan animasi dan reality kadangkala kurang kemas, terutama masa Jin Pakai Toncit pegang Husin, ianya masih layak dipuji. 

Ceritanya bersambung terus dari Hantu Kak Limah namun kali ni lebih fokus kepada Husin. Pada pertamanya, awal cerita ni sendiri aku dah nampak yang visual Hantu Kak Limah 2 kali ini memang ‘menangkap’. Permulaan yang ada lagu ‘negaraku’ versi asal yang pada aku, ada maksud tersirat yang mahu disampaikan amat buat aku pergamam. Kemunculan Afdlin seterusnya membawa efek CGI sebagai satu tarikan, dan ya, walaupun aku rasa hek eleh je dengan CGI tu, aku teruja sebenarnya. 

Then in the middle, aku rasa macam ah, ini semua lawak lawak biasa Hantu Kak Limah. Wang Pak Jabitnya, dan karakter karakter yang bermain di sekitar itu yang menggambarkan masyarakat yang mahu dipaparkan menjadi paparan. Dan Husin, watak yang kadangkala ‘melukut di tepi gantang’ ni menjadi focus utama. Dan ya, cara cerita tu bergerak aku rasa agak pelik. Namun kontinuitinya aku rasa boleh diterima. Come on, ini Mamat Khalid style! 

Kagum dengan watak Dr. Samsuddin yang mengingatkan aku kepada kisah Sitora Harimau Jadian yang aku baca melalui novel. Mungkin reference itu ada kaitannya juga sebab aku nampak yang mamat bernama Dr. Samsudin ni ibarat seorang doctor yang mempunyai kepercayaan mistikal even in the end, kita dah jelas kenapa dia sebegitu. Gempaklah lakonan Rashidi Ishak walaupun suaranya agak dibesarkan untuk bikin gempak. 

Efek CGI memang ohsem. Walaupun kita di masih tahap sederhana untuk membina sebuah full scale punya makhluk menggunakan CGI, aku rasa ending filem ni membuktikan yang Mamat Khalid mahu memberi kelainan selain mencipta dan mengulang trademark Kak Limah dengan caranya tersendiri. Aku amat suka babak Dr. Samsudin bertukar tu sebab itu kali pertama aku lihat pertukaran makhluk ke makhluk yang amat gempak macam tonton filem Hollywood. 

Aku rasa Awie nampak sekadar di pinggiran. Ceritanya nampak terserlah pada kekuatan Rashidi Ishak yang cool dan gempak. Entah kenapa, aku rasa seronok melihat cara visual Hantu Kak Limah 2 dipaparkan dari melihat kepada karakter. Keunikan dari segi permainan visualnya, dengan pelbagai gaya kamera yang memang awesome memang buat aku terpikat. Babak video klasik hitam putih tu buat aku ketawa berdekah dekah sebab ianya kali pertama aku saksikan dalam filem Melayu babak sebegitu. 

Apa aku boleh cakap, awal awal tu filem ni tampilkan kebiasaan. Yalah, dengan Usop Wilchanya dengan dialog perlinya yang menjadi identity. Namun, lama kelamaan, semakin Mon dan Dr. Samsudin dibawa ke tengah filem, Hantu Kak Limah 2 jadi luar biasa. Percubaan visual dari visionary director Mamat Khalid memang luar biasa. Sebuah visual komedi yang lain dari yang lain. A must watch! 

 4/5

Tuesday, March 5, 2013

Review: Kerat 14

Itu je? Itulah yang aku rasa lepas selesai tonton Kerat 14. Seribu satu soalan tinggal macam tu je. Di akhir cerita, aku sendiri tak faham motif cerita ini. Jelas yang Kerat 14 kosong sangat sangat. Ya, aku nampak ada sebuah filem. Filem tu namanya Kerat 14. Tapi, apa yang Kerat 14 nak sampaikan, sampai habis cerita tak dapat aku cari. Kerat 14 yang diarahkan oleh Arjin Uppal ini memang kosong seolah olah ada sesuatu yang tertinggal. 

Pertamanya, aku nak cakaplah, cerita ni yang berkisar tentang Haziq dan Nurzara. Kisah satu malam yang akhirnya membuatkan mereka merana seumur hidup. Berdasarkan trailer, pastinya kisah ini pasal pembunuhan kejam. Yes, memang ya. Namun, dalam pembunuhan kejam itu, aku rasakan apa yang nak disampaikan tidak pernah ada. Ianya seperti sekadar menonton reel yang berjalan tanpa ada apa apa perasaan. 

Sorry aku cakap, pada mulanya aku amat memuji Kerat 14. Visualnya agak baik dengan slow motion yang memberikan gaya macho kepada babak babak kejar mengejar dan juga watak Zamarul Hisham. Namun, lama kelamaan, pujian tu aku tarik balik sebab tetiba saja muncul scene lori sampah yang muncul pada awal filem pada celah celah adegan Haziq tanpa ada apa apa motif! Nah, editingnya hancur walaupun transisi babak ke babak amatlah cun!

Namun, itu mungkin satu saja sisi kelemahan. Pada aku, dengan gaya Hindustani, Arjin Uppal membawakan Kerat 14 macam filem yang meriah dengan bunyi. Too much foot drop sound, too much door cracking sound dan muzik latar pula membosankan. Tidak membantu apa apa selain menyebabkan telinga peka dengan bunyi derap tapak kaki yang nampak tak sama pun dengan gerak kaki pelakon. So Bollywood! 

Penceritaannya nampak terlalu cepat sekaligus meninggalkan konflik yang sepatutnya ada dalam sebuah filem penyiasatan. Pertama, pada aku, sebuah filem sebegini harus ada misteri. Dan Kerat 14 membunuh misteri itu awal awal lagi. Aku hairan, kenapa Haziq tu dah diketahui membunuh, dan kenapa ceritanya masih ke arah pemburuan yang conform orang dah tau ending dia macam mana? Kenapa terlalu straight forward? Aku macam terkejut. Endingnya predictable giler! 

Mungkin aku rasakan babak pembunuhan itu sepatutnya berada di akhir filem sebagai flashback sekaligus membawakan misteri pembunuhan diselesaikan di hujung cerita. Itu mungkin lebih baik. Namun, cerita yang lurus sebegini bukan bagus untuk membawa penonton menghadap sesuatu yang sudah diketahui endingnya. Come on, kepolisannya sudah cukup bagus, malangnya susunan babak nampak sangat lurus dan tidak bermisteri. 

Dalam filem ini, tidak pernah pula disebut berapa kerat lelaki tu dipotong. Apa sebenarnya kerat 14? Kerat mayat di tingkat 14 atau kerat mayat empat belas bahagian? Masih tiada penjelasan tentang hal ini. Bagaimana pula dengan dialog Fouziah Ghous masa di luar rumah Haziq. Fouziah Ghous cakap yang dia tahu Haziq tinggal di situ, tapi tak tahu rumah mana. Tup tup, boleh pulak dia ketuk rumah yang betul. Bagaimana pulak dengan pisau yang dijumpai berlumuran darah dalam pam tandas? Bodohnya watak Haziq! Bunuh lepas tu simpan senjata dalam pam tandas, dengan darah berlumuran lagi. 

Penulisan filem ini terlalu berhati hati. Nampak sangat ceritanya terlalu simple. Kalau ada twist dan permainan siapa yang sebenarnya pembunuh dengan menyembunyikan babak sebelum dan ketika pembunuhan, itu mungkin lebih bagus. Dalam genrenya, Kerat 14 adalah filem paling bodoh. Iyalah, kenapa aku perlu duduk menonton sedangkan pada 30 minit awal aku dah tau yang Haziq yang bunuh? Sekurang kurangnya, jika ada benda lain yang nak disampaikan selain persoalan itu, itu mungkin lebih baik. Tapi, filem ni tak ada benda lain yang nak disampaikan selain ‘si Haziq kerat mamat tu!’ 

2/5

Monday, March 4, 2013

Life of Pi: Pisang Tak Boleh Terapung?

Life of Pi meninggalkan penontonnya dengan persoalan antara ketuhanan, ketabahan dan juga kegigihan melayari hidup. Lakonannya menakjubkan! Dari kritikan yang menyatakan filem ini tidak mampu divisualkan, Ang Lee membawa kisah Piscine Patel ini ke satu tahap ekstravaganza yang cukup membanggakan. Dengan kisah yang bukannya jenis kisah hiburan semata mata, tentunya sesetengah penonton sukar menghadam filem ini.


Admin sebenarnya tahu, ada yang percaya dan tak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh Piscine Patel. Ada yang percaya kisah versi ibunya yang terselamat bersama beberapa orang kelasi lain dan saling berbunuhan di atas bot kecil. Walaupun itu hanyalah sedikit daripada keseluruhannya, admin pasti, ada yang merasakan versi yang nampak lebih realiti ini walaupun nampak sedikit ganas dan brutal boleh diterima akal daripada kisah Pi bersama harimau Bengalnya.

Namun, disebalik itu, walaupun ramai yang merasakan yang cerita Pi itu lebih imaginativ dan melalui tokok tambah walaupun pengalaman itu - diyakini - adalah 'sebahagian' dari kisah sebenar, kesemua itu nampak tidak mustahil. Kenapa? Ianya kerana jiwa Pi yang rapat dengan tuhan. Jadi, kesemua perkara mustahil yang tidak mampu diterima akal itu mungkin ada benarnya berlaku kerana pertolongan tuhan tidak mungkin dapat dijangka.


Ada satu soalan yang sebenarnya bermain di minda admin selepas menonton Life of Pi. Pada masa dua orang penyiasat jepun menyoal Pi, mereka tidak percaya cerita harimau Bengal itu kerana dalam penceritaan itu, adanya watak orang utan yang terselamat apabila menaiki setandan pisang yang terapung. Penyiasat jepun itu menyatakan yang pisang tidak terapung kerana ianya berat. Ianya nampak meyakinkan. Namun, adakah benar pisang tidak terapung dan sekaligus meletakkan Pi sebagai seorang pembohong dalam ceritanya?


Video diatas dibuat oleh seorang penonton Life of Pi yang mempunyai soalan yang sama. Tonton experimen dan ketahuilah jawapannya. Mungkin benar pisang boleh terapung dengan keadaannya. Namun, dengan tandan pisang yang besar, adakah orang utan itu mampu menjadikan pisang itu sebagai pelampung untuk mendekati bot Pi? Tiada siapa tahu... namun, mungkin jawapannya ya kerana sifat garam itu juga mengapungkan. Jadi, dengan tandan pisang yang besar, ia mungkin dapat mengapungkan orang utan di atasnya. Apa yang dapat disimpulkan, pisang memang terapung!

Analisanya di sini, Yann Martel selaku penulis cuba menggambarkan ada perkara yang di logikanya sukar dihadam namun ianya benar benar terjadi. Contohnya pisang itulah. Logiknya, pisang tidak mampu terapung kerana kita fikir apungan itu dipengaruhi oleh berat dan luas permukaan. Namun, tuhan menciptakan perkara luar biasa yang kita tak pernah jangka. Begitu juga dengan keseluruhan cerita ini, yang mana berdasarkan hanya sebuah isu pisang, kita dapat simpulkan yang kisah Pi ini mungkin ada benarnya kerana tuhan itu sentiasa bersama orang yang selalu merasakan dalam dirinya ada Dia.

yang mahu dapatkan LIFE of PI, dapatkan di sini.

Status Lantikan Jawatan PPPS DG41 Bagi Graduan Cemerlang ISMP 2012


SEMAKAN STATUS URUSAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 

Suruhanjaya telah membuat keputusan bagi urusan pelantikan tetap graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012, graduan cemerlang yang memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM akan menjalani sesi penilaian khas bagi menggantikan urusan temu duga. Program tersebut dijangka akan dilaksanakan pada bulan April 2013 dan maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi program tersebut akan dimaklumkan di portal Suruhanjaya. Senarai graduan yang perlu menghadiri program tersebut boleh disemak di portal SPP mulai 1 Mac 2013.

semak status di sini...

Saturday, March 2, 2013

Review: Jack The Giant Slayer

Dari pengarahannya, memang nampak sangat yang Jack The Giant Slayer ni adalah kali pertama pengarah ini mencuba gnre sebegini. Nampak sangat yang sesetengah elemen mengalami percubaan tahap sederhana. Ada yang nampak agak simple dan tidak digarap setinggi mungkin. Namun, sebagai buah tangan pertama Bryan Singer dalam genre sebegini, Jack The Giant Slayer mungkin satu garis penilaian terhadap sentuhan pengarah ini dalam genre sebegini.

Disebabkan sekarang ni dah jadi trend Hollywood pulak mengadaptasi cerita fairy tale dalam kuantiti yang agak banyak, aku rasakan keseronokan menonton cerita Hollywood sebenarnya dah kurang. Nampak sangat sisa sisa fairy tale dah mula dikutip untuk diijadikan filem dengan sedikit tambahan twist dan juga perkara perkara baru. Dengan ini, aku rasakan Jack The Giant Slayer hanyalah sebuah remake biasa. 

Aku sudah dapat mengagak, apabila cerita ini berkenaan Jack, semestinya watak utama yang lain adalah The Giant dan juga kacang. Jadi, tiga benda ini yang sudah diketahui akan menggerakkan cerita Jack ini dibina dalam filem ini. Lalu, wujudlah watak watak lain yang mengisi dan memeriahkan plot cerita yang dibesarkan. Pandangan aku, walaupun gubahannya tidak terlalu menarik, namun ianya masih tidak membosankan. 

Lakonlayar Darren Lemke, Christopher McQuarrie dan Dan Studney nampaknya menegaskan elemen komedi sebagai satu jalan untuk menghiburkan cerita yang sudah diketahui ramai ni. Aku amat suka Ewan McGregor yang pada pandangan aku mempunyai karakter dalam dunia moden yang diletakkan dalam dunia purba. Dialognya pada aku, nampak janggal sebab lebih kepada intonasi moden yang menjadikan aku rasa macam tengok GI Joe! 

Aspek lain pulak, aku amat kagum dengan CGI watak watak gergasi yang dijana melalui teknik motion capture. Perasaannya seolah olah menonton filem Polar Express dalam dunia filem filem epik! Lenggok badannya, emosinya nampak real dan lebih dekat dengan sempurna walaupun beberapa CGI lain nampak amat kurang ditata dengan kemas. 

Kebolehan Bryan Singer dalam memaparkan aksi aksi manusia besar lawan manusia kecil pada babak akhir filem memang tak dapat dinafikan kehebatannnya. Visuallnya nampak hebat. Pertempurannya nampak sungguh menarik. Semuanya cukup sifat sebagai sebuah filem aksi fantasi epic yang mahu diceritakan. 

Overall, walaupun aku rasakan Jack The Giant Slayer hanyalah sebuah kisah penceritaan semula yang agak biasa dan boleh dijangka. Sekuen aksi yang hebat dan menarik mungkin antara tarikan filem ini. Sepertimana jika anda sudah menonton remake fairytale, anda mungkin sudah mampu menjangka plot cerita, namun bagaimana cerita itu bercerita kembali kepada anda, itu mungkin satu perkara menarik yang anda patut tonton. 

3/5

Friday, March 1, 2013

Novel: Invasi (Raja Faisal)


INVASI
Penulis: Raja Faisal
Penerbit: Fixi
beli novel di sini

First of all, kalau ada orang kata Ang Lee punya Life of Pi tu unfilmable, maka dalam konteks terjemah menterjemah novel ke dalam filem, Invasi ini pun lebih kurang tu jugaklah. Imaginasinya melangkau batasan dan sebagai jiwa anak muda, Invasi memberikan Hollywood kepada penulisan novel di Malaysia. 

Bila Hollywood punya elemen diberikan setting Malaysia, maka beginilah, senang cakap, macam agak lain macam. Sedikit perasaan kekok muncul, tetapi pada masa yang sama aku ada perasaan kagum terhadap plot yang diberikan. Dunia Kuala Lumpur selepas dijajah alien yang memang agak payah nak gambarkan. Namun, bila aku pejam mata, nak bayangkan setting cerita ni, maka terpaparlah setting setting filem Hollywood. 

Permulaan filem memang agak baik. Watak Bayani diperkenalkan dengan sedikit jujur namun yea, kejujuran itu menyempurnakan. Then, what happen next ialah satu siri aksi adventure si Bayani ini dan rakannya dalam mengharungi Kuala Lumpur yang sudah dijajah alien. Oh, memang aku juga agak tercengang apabila ‘alien’ itu tidak digantikan dengan makhluk asing. Agak pelik, but itulah yang buat buku ni interesting. 

Aku sukar untuk menduga penghujung cerita ini sebab semakin aku menjangka, semakin aku lari dari jangkaan. Contohnya, aku jangkakan the story’s about adventure sebelum operasi meletupkan Kuala Lumpur itu saja. Dan expectation aku, ya, memang confom aku akan habis baca buku ni dalam masa satu hari. Tapi, tengok tengok, ceritanya lanjut sampai setahun lebih. Panjang punya diari! 

Nampaknya jangkaan aku tu lari jauh. Cerita nampaknya tidak focus kepada satu plot tetapi lebih terarah kepada menceritakan diari kehidupan watak watak dalam dunia Kuala Lumpur yang dah musnah. So, memang banyak aksi aksi yang korang boleh imagine di setting setting yang memang tak bleh blah. But, ianya realistic! 

Aku kurang suka gambaran alien yang dalam kepala otak aku membayangkan rupa alien dalam Cowboy & Alien. Dari segi penceritaan, dan segala explanasi, memang penulis terilham dari filem itu kot. Ending filem ni yang akhirnya memberi dialog kepada makhluk itu nampaknya buat aku geli. Maybe in my humble opinion, biarkan karakter tu tanpa dialog or at least wujudkan a character yang boleh translate bahasa alien tu ke. Itu lagi realistic kot. 

Overall, Invasi tak mengecewakan. Walaupun aku rasakan yang ceritanya macam sekejap langkau langkau sampai aku rasakan buku ni tak lebih dari sekadar diari survivor sahaja, masih seronok untuk baca. Dengan elemen Hollywood yang disuntik, Invasi memang buku wajib baca bagi peminat fiksyen.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...