Akan Datang!

Wednesday, January 25, 2012

Review: Underworld - Awakening

Underworld: Awakening bermula dengan flashback yang mengumpulkan 3 siri lalu. Namun, masih boleh ditonton bagi yang baru hendak mengikuti. Filem yang mengisahkan sebuah dunia gelap yang sentiasa gelap dalam ceritanya. Paling menarik, ini adalah pertempuran Lycans dan Vampires dalam era baru selepas ianya dibawa ke zaman kuno pada siri ketiga. Berkesempatan menonton Underworld Awakening di Jitra Mall Cinema tayangan 12.05 tengahari tanggal 25 Januari 2012. Ya, sekali lagi perang akan bermula. 

Underworld: Awakening bermula dengan flashback yang mengumpulkan 3 siri lalu. Namun, masih boleh ditonton bagi yang baru hendak mengikuti. Filem yang mengisahkan sebuah dunia gelap yang sentiasa gelap dalam ceritanya. Paling menarik, ini adalah pertempuran Lycans dan Vampires dalam era baru selepas ianya dibawa ke zaman kuno pada siri ketiga. Berkesempatan menonton Underworld Awakening di Jitra Mall Cinema tayangan 12.05 tengahari tanggal 25 Januari 2012. Ya, sekali lagi perang akan bermula.


Len Wiseman yang bertindak sebagai penulis untuk siri ke empat ini (dia juga penulis untuk siri siri lalu) membawa kisah Selene dan Michael ini ke satu lagi aras. Tahunnya digandakan membawakan kita ke satu masa di mana karakter manusia masuk campur dalam kehidupan perang Lycan-Vampire. Dengan masuknya karakter manusia, ia sekaligus melenyapkan kisah dendam kesumat golongan kasta tinggi Vampire dan Lycans dalam kisah lalu. Dan, Underworld is awaken as a new story and plot!


Kisah kali ini hanyalah satu permulaan. Namun, gegaran barunya sudah dirasai dalam 1 jam 30 minit penayangan. Tidak seperti filemnya yang lalu, Underworld: Awakening bermula dengan tangkas dan pantas. Dengan plot yang simple dan mudah difahami, juga less word, filem ini memberikan anda kepuasan untuk aksi Selene sebagai vampire mortal. Kehebatan Underword sebagai mana yang aku katakana tadi, dibawa ke satu aras baru dengan kehebatan 3D.


Dimana Michael, ianya satu misteri yang harus ditonton. Kisah ini memaparkan bagaimana selepas 12 tahun Selene dibekukan dek satu operasi pembersihan golongan ini oleh manusia, mencari kembali si cinta hatinya yang entah ke mana. Selepas berjaya melepaskan diri, Selene mengetahui bahawa dia ada seorang anak. Lycans mahu mendapatkan anak itu kerana dia adalah anak istimewa. Dan, Selene akan melakukan apa saja yang termampu untuk mendapatkan anaknya semula.

Di sebalik kisah manusia yang memenjara Selene, Underworld: Awakening menyembunyikan rahsia besarnya yang sekaligus meletakkan filem ini untuk disambung kepada fasa seterusnya. Dengan kepadatan aksi dan juga plot simple, aku rasakan perjalanan filem ini memang tidak membosankan sehinggakan kita sendiri tidak sedar bahawa plotnya terlalu simple.


Kate Beckinsale mengungguli carta lakonan filem ini. Dia nampaknya mengawal keseluruhan cerita. Pendek kata, Selene is the story of this movie itself. Ianya bukan seperti dulu lagi. Tiada Lycans yang jahat dan bermusuh lagi. Plotnya lain sangat sangat.

Apapun, Underworld: Awakening adalah satu kebangkitan untuk siri ini. Len Wiseman dan rakan rakannya Berjaya menulis dunia gelap ini dengan revolusi dan memberikan aksi impak ala ala filem 90an dengan penggunaan teknologi yang cukup hebat. Dengan aksi yang memangnya padat, Underworld: Awakening boleh menarik peminat filem aksi, namun bagi peminat Underword, ianya juga a must watch. 
 
4/5

Tuesday, January 24, 2012

Review: Papa, I Love You

Si gemuk Digi yang pertama kalinya memberi persembahan di role utama adalah satu tarikan yang cuba diberi untuk filem Papa, I Love You ini. Sebelum ini, Zalif Sidek sudah diberi kepercayaan untuk membantu si Yana Samsuddin dalam filem gangster si mama mama, Bini Biniku Gangster dan pada pandangan aku, lakonannya tak ada apa yang spesel sangat. Lakonannya yang hanya komedi sepanjang masa cuba diberikan sehabis baik. Itu pun, ah, pak lawak kira ok lah. 

movie mistakes filem ini:

Pada pandangan aku, filem ini hanyalah filem drama biasa. Tak ada pun yang menarik dari segi plotnya. Malah, ceritanya simple dan membuatkan aku tercari cari mana factor x yang membolehkan ia dianggap sebagai filem. Dengan subplot yang simple dan tidak meyakinkan, aku rasakan filem ini nampaknya sekali lagi sebah filem tangkap masuk. Aku setuju untuk menyatakan bahawa romantika filem ini sememangnya luar biasa. Namun, ideanya nampak tidak mampu untuk dikembangkan sehabis baik. 

Apapun, dengan lakonan Zalif yang hanya sederhana, filem ini mempunyai visual yang cantik. Menyukai penggunaan warna pelangi yang cukup baik dan cantik. Dan sekali lagi, aku paling satu perkara, runut bunyi. Aku memang nak cakap yang worst runut bunyi dalam filem adalah from MIG sendiri. Perhatikan semua filem Mig, tak pernah diam sedikit pun. Setiap scene ada music yang kadangkala ah, tak sesuai pun dengan scene. 

Zalif sekarang diberi kepercayaan oleh si David untuk membintangi filem Hashim Rejab menggantikan hero Tumulak, si Shaheizy Sam yang mana sudah menempa nama dalam Sekali Lagi. Kemunculan Zalif SIdek setelah diketahui ramai bahawa dialah lelaki kuning Digi mungkin adalah factor yang membuatkan Mig memberi peluang untuknya berlakon. Kini, watak Baha di tangannya, dan sekali lagi dengan pelakon ‘gheda’ yang belum habis tsunami rindu, Lisa Surihani, mampukah Papa, I Love You menaikkan nama Zalif Sidek? 

Di sini, sememangnya Zalif adalah sesuatu yang menarik untuk diulas kerana dia adalah orang baru yang diberi kepercayaan untuk memegang karakter utama. Wataknya yang montel dan comel mungkin menarik wanita untuk memanggilnya cute. Namun, bagi lelaki lelaki tampan dan bukan gay, adakah panggilan itu akan keluar dari mulut? Abaikan. 

Papa, I Love You nampaknya bukanlah lakonan yang hebat dari Zalif. Pada pandangan aku, aku lihat karakternya Nampak unbalance dan tidak mampu dikawal dengan baik. Sifat manjanya terlalu menggedik. Biar betul ini sebuah filem?. Namun, pada pandangan aku, ada sesetengah babak dalam filem ini mampu ditangani dengan baik. Keseluruhan markah untuk lakonan Zalif, hanyalah 3 dari 10 memungkinkan gelaran gred untuknya hanyalah ‘sederhana’. 

Tarikan terbaik dalam filem ini adalah si cute yang memang cute, Mia Sara Nasuha. Dia nampaknya ada potensi yang cukup baik dan ianya terserlah. Kematangannya dari masa ke semasa nampak jelas selari dengan umurnya yang makin meningkat. Mungkinkah dia bakal pelakon hebat 20 tahun akan datang? 


Itu pendapat peribadi. Dari aspek lain, aku rasakan filem ini tak ada yang perlu dikomen. Dengan pelakon yang hanyalah empat orang untuk karakter utama, aku rasa filem ini memang sebuah filem bajet yang hanya mementingkan keuntungan sekali lagi. Walaupun mesejnya jelas dan ya, akan membuatkan orang sayangkan bapa kita, but it still boring if huru hara plot mengganggu cerita. Namun begitu, mesej filem ini memang berguna. Come on MIG, refreshment please. 

2.5/5

Sunday, January 22, 2012

Sneak Peek: Resident Evil Retribution


Namanya Alice, srikandi dari permainan video Resident Evil. 2012, menyaksikan kembalinya karakter ini, dalam filem terbarunya, Resident Evil: Retribution. Bakal ditayangkan September 2012, filem ini sekali lagi bakal menyambung impak 3D terhebat filem ini. Dilakonkan oleh Milla Jovovich dan diarahkan oleh W.S Anderson, jom lihat sepintas lalu ke alam dunia Alice.


Thursday, January 19, 2012

Review: Petaling Street Warriors

Melihat pada trailernya, aku tunduk dan rasakan bahawa semasa aku menonton filem ini, aku akan merasakan inilah filem Malaysia komedi yang for sure akan kelakar x hingat dengan tambahan aksi aksi yang cukup hebat seperti ala ala filem Chinese dari Cina. Iya, aku menunggu karya James Lee ini untuk memberikan satu keterujaan menonton kerana namanya adalah Warriors. Warriors dan penambahan kata nama Petaling Street yang menjadikan filem ini ke’Malaysia’an. 

Pada aku, filem ini bukanlah indah khabar dari rupa. Janjinya memang seperti yang dilihat. Ianya sebuah filem kung fu dengan sedikit gaya Stephen Chow dan juga tarikan yang menarik, lokasinya di Malaysia pada zaman penjajahan. Namewee bukanlah penting dalam cerita ini, tetapi sedikit sebanyak dengan popularity Nasi Lemak 2.0nya yang mengejutkan orang Melayu yang tak bangun bangun membuatkan karakternya dinilai penonton. 

Petaling Street Warriors bermula dengan aksi yang rasanya oklah. Dengan genrenya yang sebegini, tak perlulah dipertikai kenapa Michael Jackson boleh muncul semula dalam zaman yang dia sndri belum lahir. Malah, kompani ala ala IKEA yang wujud pada zaman ini pun tak perlu dipertikaikan. Ianya komedi ringan dengan sindiran. Dan tonton dengan tenang, rileks dengan lawaknya, dan santai dengan aksinya. 

Dengan kerjasama James Lee bersama dengan Sampson Yuen melalui kompani Juita Viden, texsture filem ini memang bukan seperti filem Chinese biasa. Aku rasakan, pada sesetengah babak, ada elemen keMalaysiaan yang rasanya tak pernah dijumpai dalam filem Chinese. Contohnya lah, adegan bila bini Duyao minta cerai. Wey, filem Chinese mana la ada babak macam ni. Kah3. But, sekurang2nya kita tahu ini ialah elemen Malaysia. 

Mark Lee memang seorang pelakon Singapore yang cukup hebat dalam mempersembahkan komedinya. Aku rasakan elemen sedih, dan juga komedinya cukup menjadi. 

Orang Melayu jangan kecik hati. Memang takkan ada pun watak orang Melayu dalam role prontagonis. Malah rakan rakan Duyao sendiri adalah dari orang Cina sendiri dengan kehadiran seorang mamat India, Rajoo lakonan Ramasundram. Apapun, ini bukanlah satu factor untuk membenci racism yang ditulis dalam filem ini. Realitinya, racism itu wujud dalam diri semua orang tak kira sedar atau tak. 


Pada aku, first half filem ini amat amat membosankan. Dengan lawak lawak yang melambatkan plot utamanya naik, filem ini sudah berjaya membuatkan aku mengantuk beberapa kali. Namun, selepas itu, ianya memang sebuah cereka yang tidak menjemukan lagi. Tapi, sejam menunggu itu bukan perkara yang baik dalam menonton filem. 

Yang bestnya filem ini ialah adegan adegan komedi lesbian yang berani (yalah, ini filem Chinese ma…) dan juga adegan kissing yang pergh! No komen… 

Muzik nukilan Namewee memang memodenkan situasi. Ianya menjadi dan cukup cukup aku suka muziknya. Dengan permulaan filem yang hebat, juga skor yang original, ianya faktor yang menjadikan Petaling Street Warriors hebat.

Apapun, dengan aksi dan komedinya yang ok dan cukup baik, aku rasa Petaling Street Warriors sudah membuktikan kebangkitan filem Chinese di Malaysia. Filem Melayu, kita ada pesaing. Jadi, jom tingkatkan produktiviti dan kurangkan kontroversi. Petaling Street Warriors punya sindiran yang memang kena dengan social kita, jika anda amati dan anda nilai. Jika yang tidak mengetahui, sindiran itu hanya satu hiburan. Oh ya, durian memang x boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia kan??

4/5

Friday, January 13, 2012

Newton Akan Pengsan Kalau Tonton Filem Tamil?


Kalau Edward Newton kembali ke bumi, memang dia akan pengsan tonton filem Tamil. Ehehe... Pada aku, sepanjang menonton filem Tamil, inilah uniknya filem Tamil. Filemnya penuh aksi yang ganas tetapi memang melawan realiti yang mana menyeronokkan dan dapat hilangkan stress. Apapun, filem adalah untuk berseronok, dan enjoy. Keratan akhbar di atas adalah untuk bacaan santai dan bukan untuk menghina ataupun memaki hamun filem Tamil. Sekadar bacaan ringan. Bubayyyye... 

Thursday, January 12, 2012

Review: Keramat

Keramat sebenarnya punya promosi yang berjaya. Aku puji trailer yang disiarkan di MIG Online yang cukup gempak dan berjaya membuatkan aku teruja. Melangkah hari ini menyaksikan tayangan filem Keramat pada hari pertama tayangannya, 12 Januari 2012. Aku ingin rasakan apa kehebatan filem ini yang dicanang menggunakan format filem yang berbeza dari filem filemnya yang lain. Aku ingin tahu, adakah kerana kualiti kerja kameranya, ceritanya terabai. 


Malang sungguh, aku rasakan Keramat bukan luar biasa. Iya, sebuah lagi cliché metrowealth yang ditulis Panel Skripnya. Keramat tidak menjadi untuk berdiri dengan keseraman bergandanya kerana plotnya sudah kucar kacir dan kejutan yang tak menjadi. Pengalaman menonton Keramat memang berakhir dengan satu kepuasan sederhana atas beberapa sebab, tetapi aku tetap merasakan plotnya amatlah sampah kerana idea Keramat itu adalah surprise yang cuba diberikan, namun penonton sukar untuk merasakan. 
Mantra adalah epik seram paling gila pernah aku tonton dari sutradara Azhari Zain. Dengan kebogelan si Zul Handyblack yang menjadi isu, aku rasakan Mantra sekurang kurangnya ada kisah yang oklah jugak. Namun, kegagalan mula timbul dari Keramat kerana ideanya cuba menggabungkan kisah zaman puluhan tahun dulu dengan zaman kini. Iya, aku tak nafikan idea ini. Tetapi, jika tulisannya sudah tidak menjadi seperti diharapkan, kenapa masih filem ini diteruskan? 

Keramat dengan teraju utama Zul Handyblack, Rabecca Nur, Mon Ryanti, dan Adey Shafrien mengisahkan bagaimana kuasa fitnah pada awal ceritanya. Habib telah difitnah kerana merosakkan kehormatan Mustika, yang mana ianya tidaklah dijelaskan dengan lanjut. Namun, oklah. Kisah bergerak ke zaman sekarang dimana Syazura (Rabecca Nur) sedang fobia dengan kehilangan anaknya yang dikandung. Kisah kemudiannya membawa kita ke kampung Syazura kerana kononnya Nasti, adik si Nazmir mengaku dia mampu untuk mengubat isteri Nazmir dengan mencari tebu di tengah dua lembah. 

Di kampung, kita akan ketahui yang niatnya nampaknya sudah memesong dan cerita beralih arah ke cerita tongkat keramat. Dari sini, kisah kucar kacir sehingga akhirnya, kita ketahui yang ini bukan salah mereka, atas apa yang terjadi. Dan, ketahuilah yang apabila ‘Keramat Itu Dibuka, Nyawa Galang Gantinya’. 

Aku jelaskan di sini bahawa jika anda rasakan filem ini terlalu seram, aku rasakan ianya tidaklah terlalu high level sangat. Elemen filem ini lebih kepada misteri dan juga apa yang sebenarnya sedang berlaku kepada mereka. Dan apa yang sebenarnya yang berlaku pada mereka itulah yang menjadikan filem ini serabut dan susunannya, oh maaf, aku tak berapa puas hatilah. Mari aku spoil kan korang dengan point point di bawah: 

Aku rasakan permulaan filem ini cukup baik. Aku rasakan suara narrator ini amatlah baik dalam menghuraikan apa yang berlaku antara Habib dan Mustika suatu ketika dahulu. Malah, aku rasakan suara narrator inilah x factor filem ini. 

Pengakhiran filem ini tidaklah mengecewakan. Tiba tiba saja sebuah filem seram menjadi sebuah filem slasher yang entah apa apa. Walaupun aku rasakan adegan akhir filem tu macam what the f je, yang mana kononnya nak buat surprise hari jadilah konon, tetapi pada aku ianya masih belum baik sungguh untuk memberi impak kejutan kepada penonton. Walaubagaimanapun, aku rasakan pengakhiran tu cukup baik jugak untuk mengakhiri filem ini. Endingnya, luar biasa dalam ke ‘surprise tak menjadi’annya. 

Dengan lakonan si Zulhandyblack yang alamak, sederhana jelah, aku rasakan filem ini sudah rosak pada actingnya. Malah lakonan kecil Diana Amir pada flashback filem ini juga amatlah menggeletek hati walaupun sepatutnya ianya tak jadi macam tu. Apa mungkinkah relevan filem sebegini menggunakan dialog dialog kekanda adinda di zaman tradisional itu? Maaf, adegan Diana Amir minta tengok wajah Habib di air terjun tu amatlah bodoh pada dialognya! 

Adegan yang paling bodoh dalam filem ini adalah adegan dimana si Nazmir memarahi Syazura dan menamparnya. Kemudian, masuk si Nasti dan menumbuk Nazmir atas kelakuannya. Kemudian, Nazmir kononnya insaf dan rupanya dia sedar tindakannya di bawah paras sedar dan kemudiannya memeluk Syazura yang dalam ketakutan. Adegan yang nampak kebudakan pada garapan. 

Satu lagi adegan yang kononnya mahu menyentuh jiwa adalah adegan apabila si adik meminta abangnya, Nazmir supaya tidak menuruti perintah ustaz yang menyuruhnya mengembalikan tongkat keramat. Di akhir babak, apabila tongkat sudah dipacak (walaupun itu rasanya bukan tempat asal tongkat tu sebab jika anda perhatikan, tongkat tu diambil Nazmir di tengah ladang tebu dan bukannya di tepi semasa Nazmir pacakkan kembali tongkat tu), Nazmir berpelukan. Kononnya mahu tonjolkan keakraban dan keinsafan, tetapi for wat?? Mereka tak ada pun bergaduh sampai berdendam? Perlu ke mereka berpeluk seperti mereka berdua tak bertemu puluhan tahun? Erk! 

Owh, hantunya amatlah cliché dan no idea ataupun mungkinkah juga jenis jenis hantu sudah ketandusan untuk diukir. Perhatikan satu babak filem ini yang mana menampilkan hantu yang merangkak dalam keadaan terbalik. Kalau orang tak tahu nak jelaskan jenis hantu tu, senang je, compare dengan makhluk dalam filem The Thing. Dah agak dah, hantu copy paste! Apapun, efek hantu dan kangkangan si Rabecca semasa rasukan memang seram dan giler hebat! 

Efek CGI dalam filem ini nampak tidak begitu mengecewakan walaupun adegan muka Habib keluar cahaya itu amatlah lemah dan mengecewakan. Dengan visual yang baik jugaklah, menyukai gabungan pokok di tengah bukit (yang mana dilihat sekali saja dalam filem ini) dengan kawasan ladang tebu yang memang tak pernah wujud pun di kawasan sekitar pokok (sebab tempat ini adalah bukan reality, jadi diterima). Kerja gabungan tempat yang cukup unik, walaupun adegan Munirah masuk ke ladang tebu tu nampak jelas menunjukkan tebu tersebut sengaja ditanam. Ehe. 

Bercerita tentang adegan dalam filem ini, aku rasa kekucar kaciran banyak terjadi. Satunya, korang akan rasakan filem ini seperti sebuah filem ‘BERSAMA USTAZ’ apabila ada adegan sembang sembang dengan ustaz (yang mana wujud tanpa apa apa tujuan). Aku rasakan dialog di tepi sungai tu amatlah tak sesuai dan telah melengahkan cerita ini. Malah, selepas Asar, dua adik beradik ini pulang ke tempat asal tongkat dan tanam kembali tongkat tersebut, mereka berpelukan. Oooo mai goodness, ini bukan drama Akasia beb. Tak touching langsung. 

Adegan 'ranjang' Zul Handyblack bersama Mon Ryanti yang mana digunakan untuk menjadi jambatan untuk penonton kembali ke zaman silam nampaknya ok. Tetapi, korang bayangkan satu soalan, kenapa si Syazura nak balik kampung ke sebuah rumah tinggal. Apa kaitan Syazura dengan Mustika? Kenapa di akhir filem roh Mustika masuk ke dalam Munirah dan bukannya Syazura? Jika semua ini berkisar tentang keramat, apa kaitan hantu di bilik Doktor Najwa? Apa ke jadah si hantu ni nak ekori Dr. Najwa sedangkan dia tak ada kaitan pun dengan apa yang Nazmir dan Nasri buat? 

Soalan soalan inilah yang sebenarnya menyebabkan filem ini kelihatan amatlah teruk pada plotnya. Aku suka garapan visual filem ini yang hebat. Namun, kalau cliché pada keseramannya, ceritanya seolah olah tokok tambah si Panel yang macam terdesak nak buat keseraman lagi, aku rasa kehancuran Keramat bermula di situ. 


Salahnya si Panel MIG yang menulis. Aku faham idea filem ini yang meletakkan watak jahat itu pada sesuatu yang tak terlihat, dan aku akui ianya unik. Namun, persembahannya gagal memikat walaupun kreativiti keseramannya nampak cuba untuk diberikan gerakan baru. Dengan format basi MIG yang meletakkan mantera mantera yang mual aku dengar (eh, perlu ke letak mantera mantera ni semua kalau nak seram?), ianya satu lagi filem seram yang cuba merangkak naik, tetapi jatuh (pada pandangan aku) pada ciri utamanya; plot.

2/5

Tuesday, January 10, 2012

Sneak Peek: Hari Terakhir Seorang Jalang

Imran Ismail, pengarah yang hot selepas filem Abuya, yang mana dikatakan telah meniru secara tidak masuk akal kehidupan pengasas Al-Arqam walaupun sebenarnya filem tersebut hanya menggunakan Abuya pada nama sahaja skarang ni tengah sibuk menghabiskan filem jalangnya yang dinamakan Hari Hari Terakhir Seorang Jalang. Berkesempatan bertemu dengan Imran Ismail untuk satu agenda yang mungkin biarlah dirahsiakan. Aku sendiri sudah mendapat penjelasan tentang apa sebenarnya yang terjadi di sebalik kisah Abuya sehinggakan menyebabkan review aku menjadi sebegitu (review Abuya di sini), tetapi itu biarlah rahsia. 

\

Bercakap mengenai Hari Terakhir Seorang Jalang, kisahnya berdasarkan apa yang aku dapat, menceritakan bagaimana hari terakhir seorang jalang (yalah, dah nama tajuk pun macam tu). Apa yang disampaikan adalah satu pengajaran. Apapun, penilaian terletak di bahu penonton sendiri. Jom tengok 



Ok, gambar di atas diperoleh dari fanpage official HARI TERAKHIR SEORANG JALANG. Siapa jalang filem ini? Memperkenalkan Akma Sahib sebagai tunggak utama. Akma Sahib pernah panas beberapa bulan lalu kerana adegan cium lesbiannya dan juga gambarnya yang seksi. Akma Sahib juga pernah membintangi drama Di Bawah Ketiak Isteri untuk siaran Astro. Masih menjalani penggambaran, update filem ini boleh didapati di fanpage. Don't worry, ini bukan filem porno. It's cult.


Sekarang, a deep look into diari terakhir jalang ini dari unofficial trailer yang diterbitkan. Apa apapun, penilaian pastinya selepas menyaksikannya.

Sunday, January 8, 2012

Review: Songlap


I believe that Songlap ada kesempurnaan dari visualnya. Pada aku, Songlap bermain dengan kemodenan visualnya yang teratur, cermat dan ada jiwa. Songlap bukan sebuah filem hiburan sahaja. Ianya adalah perubahan untuk memberikan sebuah mesej yang besar. Aku menyukai garapan filem ini juga tambahan lakonan si Shaheizy Sam yang luar biasa dan memukau. Apapun, Songlap sebuah kisah yang luar biasa (sekali lagi) dan menarik dalam alur ceritanya. 
Songlap bercerita tentang isu kegelapan yang gelap. Semua karakternya berada di sisi jahat. Cuma kejahatannya setinggi mana, itu yang menjadi kayu ukur antagonis dan prontagonis filem ini. Watak dalam filem ini, dari Ad, Am, Hawa dan watak sekitarnya semuanya pendosa. 


Kreatifnya filem ini, semua pendosa pendosa ini ada satu kefahaman, dosa itu terjadi sebab takdir mereka sebelum itu. Hawa mengandung anak luar nikah bapanya sendiri, kerana takdir dosa si ayah. Ad dan Am menjual bayi haram disebabkan dosa ibunya, si pelacur. Susunan kehidupan yang nampak gelap tetapi disebalik setiap watak, ianya satu paparan kehidupan yang penuh moral. 

Sinematografinya tahap luar biasa. Aku menyukai seni aspek ini kerana ianya sesuai dengan paparan. Visual yang tidak terlalu cerah, menjadikan emosi itu ada dalam setiap babak yang dipersembahkan. 


Tak mahu bercakap banyak tentang filem ini. Kisah yang cukup menarik, penuh pengajaran walaupun sesetengah penonton yang kurang biasa dengan gaya penceritaannya mungkin akan bosan. But, for those yang melihat inti filem ini, ianya memang sesuatu yang sedap untuk dijamah, berakhir dengan kekenyangan juga hiburan yang bukan cliché.

Lakonan yang baik dari Shaheizy Sam, Sara Ali, Syafie Naswip. Penampilan Omar Abdullah juga tidak mengecewakan. Kolaborasi yang cukup rencah, ada chemistry dan mantap.

4.5/5

Friday, January 6, 2012

Esklusif: Penjelasan Movie Mistakes Ombak Rindu!

Nampaknya seorang dari krew filem OMBAK RINDU yang mana menulis di wayangpacak.blogspot.com telah 'melenting' lalu telah memberi penjelasan selebar lebarnya. 



Tetapi ok la jugak. Sekurang kurangnya aku sedar yang aku telah membuka mata ramai mata orang kita tentang movie mistakes. Di hollywood, benda ni biasa saja. 
Osman Ali tak adalah pulak melenting. Syamsul Yusof pun tak ada lah pulak call aku ke, Mamat Khalid pun tak ada nak melenting2.

Jom tengok sesi soal jawab, diskusi di komen Facebook wall to wall. Sebenarnya, blogger dan orang filem amat rapat dari segi rohnya. Jadi, wujudnya perbincangan di bawah, secara sihat untuk memberikan korang keluasan minda sebagai penonton di malaysia.


perbincangan secara sihat bersama dengan assistant director OMBAK RINDU...


akhirnya, perbincangan seolah olah menjadi tegang, sebab soalan aku, tak berjawab sampai kesudah...


still tak berjawab, tetapi akhiranya CHAPTER BARU perbincangan...


dan terakhirnya...

Jika pembaca nak komen, silakan.

Tuesday, January 3, 2012

Sneak Peek: Hafalan Shalat Delisa


Disember 2011, sebuah filem adaptadi dari novel tulisan penulis Tere-Liye menemui peminat filem Indonesia. Tajuknya Hafalan Shalat Delisa. Sebuah kisah berkisar tetang tragedi Tsunami yang melanda Acheh tahun 2004, filem ini dibintangi Nirina Zubir, Reza Rahadian, Chantiq Chagerl dll.

Filem ini mengisahkan Delisa (Chantiq Schagerl) si gadis kecil biasa yang periang, tinggal di Lhok Nga, sebuah desa kecil di pantai Aceh dan punya hidup yang indah. Sebagai anak bongsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).


26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktikal solat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara 




Sebuah kisah tentang ketabahan Delisa, dan sebuah tragedi yang tidak akan pernah dilupakan kita. Filem ini sudah ditayangkan di Indonesia, sejak 22 Disember 2011.

Monday, January 2, 2012

Review: Datin Ghairah

Datin Ghairah, persoalannya di sini semestinya tentang keghairahan apa yang ingin disampaikan. Filem terbitan De Baron ini, yang mana menerbitkan Jalang (2009) berani untuk menerbitkan lagi filem lain walaupun kegagalan sudah berlaku di Jalang. Namun, itu adalah satu perkara positif, sebab penerbit sepatutnya tak perlu putus asa. Berpeluang menonton Datin Ghairah dan rasanya ia boleh lah tahan. Sebuah filem komedi, yang tak lah seghairah mana. Dan, ini bukanlah American Pie versi Malaysia, ataupun Abuya versi komedi. 


Permulaan filem ini rasanya menarik. Aku suka permulaan filem ini dengan V.O (voice over) Datin Ghaireyah. Walaupun aku rasakan ianya taklah seksi mana, tetapi introductionnya menjanjikan satu kelainan. Dengan selang seli dengan si Dato Mahfuz yang kononnya bakal menaiki bot kematiannya, aku rasa permulaannya satu starting yang baik. Namun, aku rasakan permainan twistnya nampak cuba disampaikan dengan baik tetapi entah bagaimana, ianya hanyalah twist biasa dan tidak berjaya menarik perhatian aku. Walaupun kejutan di akhir filem tu tak dapat dijangka, aku rasa ada satu yang tak kena dengan bagaimana twist tersebut dilakar. 

Ada beberapa point yang aku rasakan kurang berjaya untuk disampaikan. Ianya sekaligus membuatkan beberapa adegan dalam filem ini nampak tak kemas, tak tegang dan sempurna. 


Satunya, spoilernya, Zakar Ria (sepertimana si Derus sebut) ataupun seterusnya menggunakan panggilan Zack adalah seorang polis. Dia menjelaskan bahawa dia selalu meletakkan bunga di tempat Datin. Namun, dalam filem ini, bunga itu sendiri tidak dimainkan dengan jayanya. Bunga yang menjadi klu utama, tidak ditekankan dengan baik dan penjelasannya nampak tak kemas. 

Keduanya, komplot dan skandal Suffian nampaknya cuba untuk mengejutkan penonton. Ini adalah point utama yang nampaknya ditenggelamkan oleh karakter Zack. Terlalu banyak adegan Zack sehinggakan plot ini menjadi tenggelam. Padahal, itu yang sebenarnya rahsia besar Zack. Thus, karakter Zack itu sendiri tidak meyakinkan. 


Ketiganya, jujur aku katakan plotnya terlalu ringkas dan cuba untuk dimisterikan. Yalah, perhatikan penyelongkaran bilik Datin yang cuba dimisterikan. Tak menjadi. Watak dua orang pekerja yang bersubahat nampaknya tak kuat. Malah, kononnya geng penyeludup dadah terbesar dunia nampaknya tak lah gah dan mampu untuk membuatkan penonton berkata ‘geng ni memang gerun dan ganas. 

Kelimanya, dari segi audio. Suntingannya amatlah rendah sekali sekala mengganggu pendengaran. Beberapa babak yang senyap jelas sekali kedengaran bunyi hissing yang kuat dan ketara. 


Keenam, kita akan ketahui yang tajuk filem ini dinamakan sebagai Datin Ghairah sebab merujuk kononnya Datin Ghaireyah punya nama panggilan adalah Datin Ghairah (merujuk kepada synopsis di sinemamalaysia.com). Tetapi, sepanjang filem ini, tak ada pula yang menyebut nama datin tersebut dengan panggilan Datin Ghairah. Malah, semasa adegan Datin berbual dengan Zack, Datin sendiri suruh panggilnya Ghaireyah dan bukannya Ghairah. 

Ketujuh, dari segi aksi fighting, aku sedar yang gayanya cuba untuk meniru gaya filem Tamil. Perhatikan adegan Bob lawan penjahat. Idea tersebut nampaknya kreatif. Oklah, komedinya aku terima. Tetapi, fighting di adegan last mana? Senang gila si kartel besar kena tangkap. 


Positifnya, aku rasakan ada improvement pada sesetengah point. Aku senaraikannya satu persatu di bawah.  

Filem ini mengingatkan aku kepada karya 90an. Suntingannya klasik. Walaupun sepatutnya suntingan tu kena lebih baik dan permainan kameranya perlu lebih hebat, aku rasakan visual Datin Ghairah secara tak sengajanya memberikan visual filem 90an dan oklah… I accept it as the beauty of this movie. 

Walaupun sebenarnya tak. Keduanya, aku rasakan filem ini komedinya terletak pada Yang Kasim yang nampaknya memberikan ‘suara kecik’nya yang rasanya kelakar. 


Ketiganya, penggunaan lagu tradisional semasa adegan Bob berlawan nampaknya satu uniqueness filem ini. Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana, tetapi visual dan audionya, walaupun jauh panggang dari api, tetapi nampaknya menjadi. Ianya unik. 

Keempat, Aaron Aziz, sudah tak dapat disangkal lagi. Aku rasa, si dia nilah hero pojaan yang menyelamatkan banyak drama tv dan juga filem. Lakonannnya dalam komedi nampaknya terbaik walaupun ceritanya biasa biasa. Maria Farida sebagai Datin biasa saja. Yang Kassim dalam watak yang luar biasa dan cukup menarik. 


Keseluruhannya, Datin Ghairah tak cukup komedi serta elemen kejutan yang tidak berjaya. Rasanya sesetengah komedi menjadi tetapi beberapa elemen nampaknya tak berjaya ditonjolkan. Plotnya nampak menyimpang dan rasional penyimpangan tersebut tak jelas dan nyata. Dengan adegan finale yang cukup pendek dan tidak meyakinkan, aku rasakan Datin Ghairah mungkin hanya sebuah filem yang hanya mampu buat sesetengah penonton diam, menguap dan mungkin pejam mata, lena jika tiada Aaron Aziz. 

 2.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...