Akan Datang!

Friday, September 25, 2015

Review: Nota

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Yasu Tanaka
Pelakon | Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan

Waw! Dulu aku agak skeptical apabila dengar Nota diarahkan oleh pengarah Jepun. Tapi, sebenarnya dengan bangganya aku suka dengan garapan Nota yang sangat psiko dan juga super. Dia punya aura thriller Jepun, mahupun aura filem Indonesia tu mirip sangat. Dah memang powernya memang sukarlah untuk aku gambarkan apabila seluruh cerita bergantung pada kekuatan Maya Karin yang sangat superblah! 

Memang dari segi plotnya, kalau korang tonton tanpa baca synopsis mahupun tahu tentang kewujudan filem ni, korang memang akan rasa aura thriller psikonya. Korang takkan dapat nak agak apa yang bakal terjadi sebab filem ni bermula dengan satu arah yang ‘sesat’ dan kemudiannya dibawa ke satu jalan yang penuh ‘gila’. 

Psiko tidak memerlukan jerit-jerit, mahupun kejut-kejut macam filem-filem biasa. Yasu Tanaka berjaya meminjam elemen dalam Gone Girl untuk diserapkan dalam filem ni. Korang akan lihat satu lagi filem yang memaparkan gilanya wanita! Jalan ceritanya digarap dengan simple dan mudah, dan ianya tidak membosankan. 

Nota membawa kita menelusuri keindahan Sarawak dalam pemandangan visual yang memukau. Jarang sebenarnya kita dipaparkan dengan visual yang sangat hebat sebegini. Tambah pula, ianya berada dalam sebuah filem psycho thriller yang sangat brilliant dan juga ada kick! 

Aku suka dengan garapan filem ni. Pada mulanya, aku macam blur sebab filem ni tidak banyak dialog. Namun, aku dapat rasakan yang filem ni akan menunjukkan taringnya pada masanya yang berganjak. Ya, memang aku tak silap. Kehadiran pelakon Ramli Hassan tidak mengecewakan. Lakonannya mengimbangkan lagi jiwa Hans Isaac dan juga Maya Karin yang sudah kacau itu. 

Bayangkan, dengan hanya empat watak, filem ni berjaya berjalan dengan lancarnya tanpa bosan selama 1 jam 30 minit. Memang filem ni power sebab dialognya meyakinkan dan juga lakonannya juga cukup rencah. Hans Isaac tidak banyak berdialog, Maya Karin juga. Namun, aura mereka sampai. Ramli Hassan pula pemeriahnya, dan dia pula tidak melebih-lebih. 

Cuma aku kurang suka bila ceritanya berakhir dengan typical Malaysian style yakni kena tangkap polisi! Aku lebih suka jika filem ni habis dekat Maya Karin bagi nasi yang dimasak dengan miang buluh. Itu lebih power. Bab Maya Karin di jel semua tu dah lebih dan sangat-sangat mengurangkan psychonya filem ni. Aku faham, ianya menggambarkan yang 'pandai tupai lompat, jatuh ke tanah jugak', tapi kurang sukalah. Huh!

Nota ialah psychological thriller yang memang mencorakkan standard baru dalam industry. Kesian, aku tak berpeluang menonton filem ni di wayang dek kekangan waktu. Betullah yang dulu aku ada cakap yang orang luar harus masuk ke dalam industry dan tidak harus membiarkan pengarah Melayu yang tak reti mengarah ni mencorakkan industry kita. 

Di tangan pengarah jepun ini, filem Nota nampak internasional sekali. Sebuah filem psycho yang kelihatan meminjam Gone Girl dengan cukup rasa tetapi mampu untuk mengekalkan originalitinya. Maya Karin dan Hans Isaac pada lakonan yang hebat dan juga skrip yang memukau, Nota bakal buat korang rasa seramnya bila berdampingan dengan ‘kuasa wanita’. 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Monday, September 21, 2015

Review: Jejak Warriors

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Saw Teong Hin
Pelakon | Nadiya Nissa, Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim

Macam mana nak portray sebuah filem tentang pasukan bola sedangkan filem-filem kita, yang bercerita pasal bola semuanya gagal. Aku ingat lagi, dulu, ada filem Gila Bola lakonan Fazly Zainal dan juga Linda Onn yang bercerita pasal futsal (diketika futsal masih menjadi fenomena baru) dan ianya gagal sama sekali. Itu baru futsal, dah gagal. Ini bola sepak, sesuatu yang besar dan gah di mata rakyat Malaysia, bagaimana pula? 

Hmm, Jejak Warriors memang tidak terbaik. Percayalah, untuk membikin sebuah filem yang dipenuhi semangat kesukanan yang besar seperti Barat mahupun India, kita masih jauh ketinggalan. Jejak Warriors mahu mengisi ruang kosong itu, malangnya ianya masih gagal. Ianya masih menampilkan standard filem biasa orang kita. Belum ada perkara yang harus dibanggakan walaupun filem ni ada idea segar.

Apa yang ada dalam filem Jejak Warriors ialah sesuatu yang segar. Maklumlah, Saw Teong Hin yang sudah membikin Hoore! Hoore! dan juga Puteri Gunung Ledang cuba bawa habis baik filem pasal bola sepak ini. Namun, aku rasakan sedikit kekecewaan apabila filem ni tidak ubah seperti sebuah drama biasa yang hanya disuntik roh filem. 

Roh filemnya kurang. Mohd Aliff Firdaus yang menjadi tunjang utama gagal menyerlah walaupun Nadiya Nissa cuba sehabis dayanya untuk membangkitkan semangat yang ada. Aku gagal untuk mendapatkan satu lakonan yang bermutu dari pelakon kecil ini dan ianya antara faktor kegagalan filem ini, rasanya. 

Walaupun aku sedikit kecewa dengan garapan Alfie Palermo dalam naskah kali ni, aku rasakan yang Jejak Warriors bukanlah sebuah filem yang mengecewakan. Jika korang rasa ianya terlalu teruk, sila tarik balik. Pada aku, filem ni sekadar memenuhi tuntutan drama. Kita boleh berhibur dalam menghayati perjalanan Wan Raja, namun untuk mendapatkan roh semangat kesukanan (yang sepatutnya ada) masih kurang.

Ada beberapa moment yang menjadi. Namun, ianya sekadar ada dan kemudiannya dilupakan. Adegan Ogy Ahmad Daud marah Nadiya Nissa memang all out! Cayalah! 

Saw Teong Hin nampaknya cuba sehabis baik untuk mengimprovekan skrip yang terlalu biasa ini. Garapan visualnya tidak ditinggalkan. Pengarah ini berjaya menampilkan permainan bola sepak yang menjadi dan itulah satu-satunya perkara yang baik dalam filem ni. Adegan Nadiya Nisa ddan Aliff Firdaus masuk ke tengah padang ialah sesuatu yang unpredictable dan berani. 

Walaupun aku macam rasa bersemangatnya dan ingin memuja Red Warriors kerana filem ni, rohnya tidak mampu untuk menarik aku berbangga dengan filem ni. Aku akui, lakonan Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal semuanya boleh dikatakan menjadi setakat diorang mampu dan aku berpuas hati. Namun, untuk sebuah filem yang mengangkat martabat Red Warriors sebagai pasukan yang terbaik, ceritanya harus lebih gagah dari yang ada. 

Untuk standard sebuah filem, Jejak Warriors masih gagal. Standard tv, mungkin ini lebih baik dari drama tv yang sedia ada. Aku berharap dengan menonton Jejak Warriors aku dapat rasa gahnya Red Warriors, namun ianya masih gagal. 

3/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Saturday, September 19, 2015

Review: The Transporter Refueled

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Carmille Dellamare
Pelakon | Ed Skrein, Ray Stevenson

Apalah yang ada pada The Transporter kalau takde si mamat Jason Statham. Kalau takde dia, memang Transporter tidak jadi satu filem yang baik. Memang aku rasakan filem ni cuba menarik perhatian dengan adegan aksi yang gempak dan juga kejar mengejar yang power, namun, ianya masih kurang segar jika Statham tidak ada di dalam filem ni. Itulah yang aku rasakan setelah menonton The Transporter Refueled. 

Membandingkan The Transporter Refueled dengan filem yang terdahulu, filem ni ada perkara yang sama dengan yang dulu iaitu kereta, perempuan dan juga warna filem yang cantik. Tapi, apa yang takde dalam filem kali ini yang menghampakan ialah Jason Statham, penjahat yang gila, serta plot ringkas tetapi padat dengan aksi. 

Filem ni gagal untuk membawa misi yang ringkas macam dalam filem-filem dulu. Walaupun ringkas, 1 jam 20 minit yang diberi untuk menghayati rasa macam cepat je sebab kita enjoy! Dalam filem ni, 1 jam 20 minit rasa macam lama bebeno. Sebab terlalu banyak pi mai pi mai yang menghapuskan ikoniknya watak Frank Martin! 

Plot The Transporter Refueled terlalu panjang. Dimana kita mengagak filem ni bakal berakhir seperti trilogy dahulu, ianya tidak terjadi. Permainan Anna terlalu complicated dalam sebuah filem yang mengharap untuk jadi seringkas mungkin. Malah, aku tak sangka yang filem ni dicorakkan jauh dari iga filem terdahulu sekaligus menghilangkan wajah Frank Martin yang kita kenal. 

Frank Martin pula, kali ini tidaklah menjadi hero sangat. Wataknya keluar masuk, terumbang ambik sama ada nak jadi main character atau Anna yang jadi main character. Aku sendiri tidak rasa yang Frank Martin kali ni menonjol dari dulu. Kecewa apabila Frank Martin hanya sasa pada fighting scene tetapi tidak mampu memberi aura machonya macam Frank Martin yang dulu. 

Malah, kalau nak tengok pada aksinya, aku sendiri rasakan ianya tidaklah terlalu kreatif mana. Ya, aku rasa best je babak kat airport tu, tetapi aku rasakan banyak scene aksi direka hanya untuk diletakkan dalam movie suka suka je. Pada aku, gabungan antara dramanya dan aksinya tidak dijalinkan dengan baik. Apa tidaknya, perkara kecik pun boleh bergaduh. Filem ni, kalau Bollywood, ibarat filem yang tak sesuai nak isi lagu-lagu tetapi diorang gagah nak isi jugak! 

Plot yang tidak digarap dengan baik adalah satu kekurangan. Malah, terlalu banyak adegan Frank Martin di luar kereta juga agak kurang menyenangkan. Come on. Ini Frank Martin n his car. Biarlah ceritanya bekisar tentang kereta dan dia seperti dalam filem filem dulu! 

Mengecewakan. Aku rasakan Jason Statham harus kembali. Siri filem Transporter harusnya lebih umph dari ni. Adegan fighting yang sengaja dipanjangkan tanpa kesinambungan yang bagus, ditambah pula dengan pengembangan watak yang tidak sempurna, semuanya melemahkan filem ni. Terlalu banyak kekecewaan sehinggakan aku rasakan macam nak main je handphone masa tonton filem. Hilang fokus! 

2.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Friday, September 18, 2015

Review: Polis Evo

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Ghaz Abu Bakar
Pelakon | Zizan razak, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik

Ghaz ni memang serba boleh. Bab nak upkan Zizan punya lakonan memang pengarah ni terbaik. Di tangan pengarah ni, Zizan memang luar dari kotak. Super lawak dan super serius dalam lakonan. Senang cakap, tak ada pengarah lain yang mampu ‘tambat’ Zizan melainkan Ghaz. Kalau aku katakan ini ialah filem kedua selepas Tokan yang membuatkan Zizan timbul, sila percaya. Tak nak percaya pun, sudah! G main jauh-jauh! 

Oh, lupa nak habaq. Misi menonton Polis Evo ni memang aku buat gila sikit. Aku sengaja suka-suka travel 200km dari Besut ke Kerteh hanya untuk enjoy the movie. Dan ternyata, ianya tidak mengecewakan. Ghaz Abu Bakar yang telah mengecewakan aku dengan sekuel Cicakman 3 sudah kembali menebus maruahnya dalam pembikinan filem aksi ini. 

Filem ni memang cool, wa cakap lu! Kalau korang suka tonton cite omputeh, memang korang akan rasa meremang tonton filem Polis Evo. Mana tidaknya, semua elemen filem aksi Hollywood ada dalam filem ni. Ghaz seperti sudah membaca kitab-kitab suci filem Hollywood dan kemudiannya menumpahkannya ke dalam filem ni. Elemen sama cuba ditampilkan dalam Cicakman 3, tapi gagal. 

Apa ada dalam Polis Evo? Kalaulah Polis Evo ialah resipi Burger King (taip sambil makan Burger King sekarang), ianya ialah kombinasi roti burger Bad Boys yang digoreng oleh peminat Michael Bay. Intinya pula ialah tiga perkara yang membuatkan Fast & Furious berjaya iaitu kekeluargaan, persahabatan dan juga penjahat yang sanggup lakukan apa saja untuk tak nak kalah. Oh, sosnya pula ialah komedi cara Malaysia yang cukup rasa.

24 movie mistakes filem POLIS EVO


Filem ni ada penjahat paling ganas dalam sejarah filem Malaysia (tak tau la kalau ada yang lagi padiyappa dari ni). Even gangster-gangster KL Gangster pun boleh kalah. Watak jahat yang dibawa Ayie Husairi memang nampak cool, macam dalam filem Tamil tu, tapi dia punya kejahatan memang mega. Korang akan rasa macam tonton penjahat Tamil kecek Terengganu / Besut boh! 

Gabungan Shaheizy Sam dan Zizan pula blend well. Memang Zizan ada had lawaknya, dan Shaheizy Sam pula dengan gaya selambanya yang banyak menangkis ‘lawak-lawak’ yang dibawa Zizan. Memang diorang nampak sesuai di layar. Belum pernah lagi aku tonton filem polis Malaysia yang memaparkan duo sebegini. 

Jelas dan nyata, filem ni memang Bad Boys versi Malaysia. Memang olahan ceritanya, mahupun dari segi visualnya pun korang akan rasa yang Ghaz banyak meminjam teknik kamera yang digunakan oleh Michael Bay dalam filem Bad Boys. Malah, adegan kejar mengejar paling gempak tu pun mengingatkan aku kepada Bad Boys 2 (sama tapi tak serupa, hehe). Malah, adegan tembak sambil ‘pose hebat macam tak sedar diri ketika menembak’ ketika Insp. Khai dan Sani ditangkap penjahat tu tak bleh blah! Tapi, memang cool. 

Memang filem ni menggunakan logik filem yang banyak. Kalau korang fikir logik, memang berlindung di sebalik sampan bila kena tembak memang perkara yang bodoh. Hollywood pun berlindung di sebalik benda-benda metal kalau kena tembak. Kelakar, tapi convincinglah, kalau ikut logik filem. Malah, aku juga fikir bakpelah Sani gunakan forklift yang slow untuk letupkan kapal penjahat, padahal gunala kereta hok laju sket. Penjahat tu pon bodoh. Tercongok je dok nembok. Larilah. Haha.. 

Apapun, aksi-aksi filem ni memukau. Korang takkan jumpa aksi-aksi macam ni dalam filem aksi lain, kecuali Ghaz yang arah! 

Korang wajib tonton filem ni! Kalau korang nak cakap filem Melayu sampah, tarik balik, cepat! Kalau Polis Evo ni ditayangkan di Thailand, aku rasa mereka pun kagum. Polis Evo memang sebuah filem yang tangkas dan hebat! Filem yang berjaya mengangkat betapa susahnya menjadi polis apabila berhadapan dengan penjahat yang gila babi bijak dan ganas! Dengan Zizan yang all out dalam lakonannya, Polis Evo aku kira antara filem aksi Melayu terbaik pernah dihasilkan setakat ini! 

4.5/5 

p/s: sedih! Terperasan mike kecil yang dipakai Zizan sekejap lekat kat telinga, sekejap terjatuh atas pasir between syot masa diorang berbaring lepas pertarungan akhir. Kantoi!! LOL

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Nadia Ngidam Cili

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Muzammer Rahman (NADIA), Junad M Nor (NGIDAM), Edward Chee Boon (CILI)
Pelakon | Beto Kusyairy (NADIA), Liyana Jasmay (NGIDAM), Azman Hassan (CILI)

Buat pertamakalinya aku akan ulas sebuah filem yang diterbitkan dengan unik sekali. NADIA NGIDAM CILI korang boleh tonton tanpa bayar tiket sesen pun. Filem ini ialah kolaborasi penerbit buku indie iaitu FIXI, LEJEN PRESS dan juga DUBOOK PRESS sebagai penghargaan kepada pembeli buku mereka dan juga sempena sambutan Hari Malaysia.

Ini review aku secara ringkas, sebab filem pun ringkas! Aku telah mulakan penontonan dengan menonton Ngidam, lalu Cili dan seterusnya Nadia. 

NGIDAM  (Lejen Press) 

Filem pendek arahan Junad M Nor yang dibintangi Liyana jasmay dan Amerul Affendi ni ringkas je. Tak de pening kepala pun. Ceritanya pasal si Sarah yang mengidamkankan tv LED 60 inci. Pada aku, persembahannya biasa namun pada komedinya, itu sesuatu yang menjadi faktor untuk korang tonton filem ni. 

Lagak Amerul Affendi dalam lakonannya tidak mengecewakan dan korang pasti akan gelak besar melihat twistnya yang sempurna! Itulah, lain kali, kalau dah mengidam, kena tunaikan. Kalau tak, jadi macam Sarah, kah3! 

4/5 

CILI (Fixi) 

Jujurnya, selepas menonton Ngidam, jangkaan aku ialah Cili seharusnya lebih hebat dari Ngidam. Maklumlah, ini ialah karya adaptasi Nadia Khan dan penulis ini sendiri yang menulis skripnya. Tapi, apa yang aku dapat hanyalah cerita pasal advantura mencari cili yang biasa. Aku menanti moment adventure sepanjang perjalanan mencari cili. Tapi, yang ada hanyalah ‘cili ada x? cili ada x?’. 

Sedikit mengecewakan pada garapannya. Namun, aku suka dengan scene pengenalannya. Visualnya cantik. Bermula dari dalam kereta sampailah ke warung Cili Pak Rabu. Itu jelah yang cantik. Lain-lain, drama biasa yang komedinya kurang. Pahamkan aku, bukan ke orang buat nasi lemak pakai cili kering? Hmmm… 

3/5 

NADIA (Dubook) 

Yang ni pula adaptasi dari #Cerita Seram tulisan Jarr Najmuddean. Yang ni memang banyak pelakonnya. Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Sara Ali antaranya. Pada aku, nak kata filem ni seram tu, takdelah seram mana. Tetapi, kalau dah Azhan Rani berlakon, memang seram tu ada la kat wajahnya. Tambah-tambah pulak lakonan Sarah Ali, even sekejap je, memang meremangkan. 

Cuma kalau korang tanya aku filem Nadia ni seram ke tak, memang aku jawab taklah. Sebab aku ni penonton seram yang mengharapkan rumah gegar-gegar, pintu tingkap buka tutup, dan juga raungan rasukan yang lebih dari apa yang ada dalam filem ni. 

3/5 

Ulasan keseluruhan: 

Bukan nak support kompani yang keluarkan novel aku sendiri, tapi aku paling suka komedi ringan yang dibawa oleh Ngidam. Pada aku, Ngidam memang santai dan unpredictable dan di celah-celahnya ada mesej yang senang dihadam. Mungkin bagi yang jenis cuba mencari yang tersirat dalam babak-babak cari cili dalam short filem CILI dan juga misteri NADIA, korang akan suka dua filem ni. Terpulang, masing-masing ada citarasa berbeza. Nadia Ngidam Cili memang membawa roh indie, dari buku ke layar. Dan ianya menjadi!

Tiga filem pendek ini boleh korang tonton kat link di bawah. Klik dan layan ok! 

NADIA 

NGIDAM 

CILI 

Sekian.

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Sunday, September 13, 2015

Review: Maze Runner - The Scorch Trials

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Wes Ball
Pelakon | Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Aidan Gillen

Wes Ball kali ini membawa keluar dari Maze yang menjadi premis filem pertama. Tetapi, Wes Ball tidak lupa untuk memupuk elemen filem pertama yang masih berkonsepkan ‘lari sana dan jangan berhenti’. The Scorch Trials merupakan sebuah kesinambungan filem The Maze Runner bagi yang mahu mengetahui apa kesudahan watak-watak di dalamnya. Kalau korang nak tonton filem ni untuk suka-suka, aku rasa korang sudah bazirkan masa. 

Apa yang ada dalam The Scorch Trials? Senang je. Kalau korang dah biasa tonton Divergent mahupun Hunger Games yang mana tergolong dalam filem YA yang diterjemah dari novel, korang akan alami rasa déjà vu. The Scorch Trials tiada elemen baru yang membezakan filem ini sebagai sebuah filem YA yang luar biasa mahupun jauh dari kebiasaan. Ianya hanyalah jiwa muda yang tidak segar malah tidak ada penambahbaikan dari segi plotnya. 

Lari dan terus lari. Seperti elemen dalam filem pertama, filem ni punya unpredictable plot yang memang takkan dapat diagak. Konsep lari dan kau settelkan je masalah yang kau jumpa menjadi cerita dalam filem ni. Thomas dan rakan-rakannya tak habis-habis dari awal hinggalah habis filem. Iyalah, nama pun The Maze Runner. Confirm diorang fit kan! 

Upgrade terbaru dalam siri The Maze Runner kali ini ialah zombie. Walaupun pada aku, zombie dalam filem ni takdelah memainkan peranan besar, ianya mampu memberikan rasa cemas yang lebih baik. 

Aku juga perasan yang aksi cemas dalam filem ni nampaknya sudah berjaya diupgrade dengan baiknya. Adegan Thomas cuba menyelamatkan Brenda yang jatuh kat atas cermin bangunan yang sudah tumbang tu mendebarkan. Apatah lagi adegan ikonik Thomas cuba celah masuk dalam pintu yang hampir-hampir tertutup tu! 

Nak dikira tentang rasa, aku rasa filem ni ada part yang bosan dan illogical. Tetapi, disebabkan ianya ada twist yang baik untuk filem ketiga, aku rasakan aku abaikanlah bahagian bosan itu. Kebosanan tercetus kerana filem ni menjadi ‘maze’ yang bergerak ke hulu hilir cuba untuk membentuk ceritanya. Pelbagai babak seperti diletakkan untuk aksi cemas namun tidak berkeperluan untuk mengisi plot. Namun, semuanya diselamatkan dek twist yang cantik dan adegan akhir yang sangat dark! 

Aku tidak mengharapkan filem ni membawa elemen filem pertama, tetapi aku cuma harap filem ni berkembang dengan drama yang dikembangkan dengan baik. Malangnya itu tiada. Tetapi, untuk sebuah filem yang dibina dengan bakal adanya sambungan ketiga, The Scorch Trials mungkin layak ditonton. Tak perlu expect sesuatu yang lebih dengan sekuel ini pada plotnya. Namun, korang akan puas hati dengan adegan cemas yang memuaskan!

Not badlah. Hanya untuk yang menonton filem pertama. Cuma secara peribadi, aku rasa macam filem ni dah jadi 'maze' yang cuba untuk diselesaikan. Tetapi sungguh, twistnya memang tidak mengecewakan!

3.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...