Akan Datang!

Tuesday, September 30, 2014

Review: Edge of Tomorrow

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Doug Liman
Pelakon | Tom Cruise, Emily Blunt, Bil Paxton

Filem ni meraikan time travel yang sangat lain dari yang lain. Aku pernah tonton Loopers, tapi cara time travelnya mungkin jauh berbeza dari Edge of Tomorrow. Filem ni seolah olah meraikan elemen time travel dengan membawa watak kita, si Cage yang dituduh belot berada dalam satu time travel yang melampau. Mana tidaknya, kalau tak puas hati, boleh pulak reset balik untuk ubah perkara, kan! 

Itulah keunikan filem ni. Elemen time travelnya diukir dengan cara main, kalah, mati, reset balik! Macam main game kat dalam pc ataupun apa apa jelah platformnya. Cuma bezanya, kita tidak mampu untuk mengawal dan hanya menyaksikan permainan ini bermain dengan sendirinya dan dikawal pengarahnya sahaja. 

Mungkin bagi yang kurang biasa dengan filem time travel, filem ni sedikit mengconfusekan. Bukan apa, elemen time travelnya pekat, dan the whole film ialah tentang time travel dan perubahan dalam setiap perjalanan hidup kerana déjà vu. Dan, penonton perlu paham rules of time travel yang ditanam supaya dapat join the story! 

Filem adaptasi All You Need Is Kill tulisan Hiroshi Sakurazaka ini diadaptasi ke lakonlayar oleh Christopher McQuarrie, Jez Butterwoth dan John-Henry Butterworth dengan suntikan elemen yang pelbagai. Kita disajikan dengan kisah cinta tak kesampaian Rita dan Cage, juga disulam dengan komedi time travel yang sangat menjadi, juga keseriusan dalam cerita patriotik. 

Pengarahan Doug Liman tidak dinafikan menjadikan filem ni padat dengan moment yang menjadi. Penonton perlu stay awake untuk kenalpasti detail ceritanya, dan kalau tak pun, confirm akan stay awake jugak sebab korang nak tengok bagaimana twistnya akan berlaku. 

Aku rasakan yang Doug Liman ni nak spoofkan filem Starship Troopers, pastu campur aduk dengan elemen time travel. Pastu, campur lawak sana sini, dan yup, maka jadilah Edge of Tomorrow yang sangat menghiburkan ni. 

Lakonan pulak, aku rasakan lakonan Tom Cruise antara yang terbaik. Walaupun sebenarnya, aku kurang tahu beza wataknya sebab dulu, bila tonton Oblivion, cara dia bawa karakternya lebih kurang. Lembut tapi pada masa yang sama bila beraksi, mampu memberikan elemen energy yang sempurna. Cuma aku rasakan dia sangat bagus berjenaka! Hah, itu yang aku rasa baru aku nampak. 

Honestly, aku rasakan Edge of Tomorrow ialah roller coaster ride yang sangat menarik. Permainan time travel yang aku rasa paling simple dan mudah tetapi berjaya membuatkan kita bercerita selepas menonton. Dan, korang tau tak satu perkara, aku dah tulis dah review ni suatu ketika dulu, dan korang mesti tak percaya. Tapi, believe me, aku dah tulis review ni dulu! 

4/5 

p/s: bagi yang confius tentang ending Edge of Tomorrow, klik link ni. 

Monday, September 29, 2014

Review: Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Kumpulan Bocey, Eppy Kodiang, Yassin

Tahap filem ni boleh dikatakan umpama kau campak pelakon Bocey tiga orang ni dalam hutan, dan biarkan mereka cari jalan pulang. Ada yang sesat, ada yang masih blur blur dan ada yang masih bersuka ria. Dan keseluruhannya, mereka akan sesat sebab tidak tahu jalan pulang yang sebenar. Maka, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ialah ‘hutan’ itu, dan Bocey ialah pemain yang gagal cari jalan pulang. 

Nampak benar filem ni seperti sebuah benda yang umum. Tak ada cerita yang spesifik pada awalnya, blur blur tapi sedaya upaya menghappykan penonton dengan lakonan kumpulan Bocey yang bersahaja. Taklah bersahaja mana, cuma mereka menjadi diri mereka sepertimana kita lihat di pentas di siaran siaran tv. 

Sebuah filem bodoh. Dengan Bocey yang cuba membodohkan lagi keadaan, filem ni jadi sampah yang sangat busuk. Dengan skrip yang betul betul tidak kuat, tidak ada aura, tidak serius, dan semua elemen stupidity yang gagal menghairahkan penonton untuk ketawa, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ni hanyalah indah pada tajuknya saja. 

Pasal pe? Pasal aku bila dengar tajuk ni, lantas aku teringatkan filem I Know What You Did Last Summer yang menggunakan tajuk yang sangat panjang giler! Pada dasarnya, tajuk filem ni unik, tapi tulah, hanya tajuk je unik, tapi filem tah pape! 

Ye, memang Bocey tu dicampak ke dalam filem ni untuk melawak. Tapi, kalau nak melawak sahaja, tanpa ada cerita yang tough dan meyakinkan, baik kau buat sketsa wahai encik Hashim Rejab. Aku tidak ada masalah dengan apa yang Bocey sampaikan, tapi aku ada masalah dengan cara berceritanya yang sangat menyesatkan. 

Mana tidaknya, kisah bermula dengan pengenalan tiga watak, yang pada aku sangat terlalu luas dan tidak penting mana untuk diceritakan. Tajuknya juga kelihatan tidak relevan apabila filem ni tidak mampu menyampaikan apa yang ingin disampaikan dengan cara baik. Kehadiran Epy Kodiang pada pertengahan filem sudah lambat. Filem ni dah hancur saat Epy masuk, dan kat situ baru kau mula nak bagi ‘the game’? 

Sepatutnya, plot Epy Kodiang tu bermula lebih awal, lebih dikemaskan, dan bahagian awal filem yang nak fokus pada lawak Bocey, dibuang sahaja jika tidak diperlukan. Ya, aku mahu lihat filem! Bukan sketsa! 

Ah, tak dapat dinafikan yang filem ni memang sebuah kesampahan yang amat. Aku bukanlah fans Bocey, tapi aku yakin mereka mampu untuk pergi lebih jauh jika mereka berada dalam pengarah yang lebih cantik gaya komedinya. Ops, tambah sikit lagi, jika mereka berada dalam sebuah skrip yang kemas dan memuaskan, itu mampu angkat mereka juga. 

Totally a crap, tak ada apa yang mampu ditonton melainkan sebuah filem yang malas, tidak ada roh, sesat lagi menyesatkan, dan bodoh. Sebuah filem yang tidak menggambarkan kekuatan Bocey yang seharusnya ada. Sesuatu kegagalan tahap dewa untuk pelakon ini bangun. Aku teringat bagaimana SepahTu mampu beraksi dalam movie mereka dengan jaya. Dan Bocey, hmm… mereka dijatuhkan sebelum mampu naik.

1/5

Sunday, September 28, 2014

Review: Adnan Sempit Sawadikap

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Shaheizy Sam, Along Champ, Yana Samsuddin, Intan Ladyana

Aku kategorikan filem ni sebagai satu pembersihan imej Adnan Sempit yang sangat sangat menarik untuk disaksikan. Orang orang di sebalik filem yang sangat dikenali dengan naik turun jatuh bangunnya berjaya menyadurkan sebuah persembahan Adnan Sempit yang fresh dan sangat baru. Umpama sebuah reboot yang berjaya memansuhkan kesempitan Adnan Sempit dalam cerita ceritanya yang makin lama makin bodoh! 

Mengasingkan Intan Ladyana dan Yana Samsuddin dalam filem ni sangat bijak. Adnan Sempit berfokus, dan memberi peluang untuk filem ni tidak menjadi bodoh seperti filem filem lepas. Walaupun filem ni dikenali dengan lawak yang similar bagi filem filem sebelumnya, aku rasa filem ni ‘pengurangan lawak cliché’ itu ada walaupun sisa sisanya masih menjengkelkan. 

Aku tak nafikan Ismail Bob Hashim berjaya memberikan Shaheizy Sam satu peluang untuk menyatukan jiwa 8 Jam ke dalam Adnan Sempit. Filem yang bersetting di Thailand ini ternyata punya aksi maksi yang sangat memuaskan, ditambah pula dengan komedi yang aku katakan sebagai menyegarkan mata memandang. 

Menyaksikan adventure Along Raja Lawak dan Shaheizy Sam dalam filem ni seperti menonton sebuah filem buddy yang boleh tahan hebatnya. Malah, gelagat mereka disulam dengan ‘serius’ dan cantek walaupun aku masih mual dengan English broken yang Adnan tuturkan. 

Aku puas hati dengan filem ni sebab adventurenya sangat berjaya walaupun ya, korang masih akan rasa filem ni masih kadangkala ada sisa sisa yang tertinggal. Upgrade seperti lumba tuk tuk dan aksi belasah belasah yang cantek dan boleh tahan, bersama dengan adegan berangan yang berjaya membuatkan filem ni ada hiasan yang menarik. 

Ceritanya ada cerita. Tak hanya berfokus pada babak dan kekosongan untuk mengisi cerita. Kejutan yang menjadi, dan semua persembahan yang memukau (untuk kategori filem Adnan Sempit sahaja) membuatkan aku rasakan filem ini antara filem Adnan Sempit paling best dari segala galanya. Komedinya ringan, ceritanya bagus, dan aksi padatnya antara bonus yang perlu diberi perhatian. 

Tidak dinafikan permulaan filem ni seperti biasa, sangat hambar, namun aku rasa baik menunggu untuk kisahnya yang sangat lain dari Adnan Sempit dahulu. 

Adnan Sempit Sawadikap berjaya mengembalikan maruah filem ni. Sepatutnya, inilah sebuah Adnan Sempit yang harus diukir dari dulu. Namun, takpe, timbul juga kekuatan filem ni yang aku kagumi. Terpulanglah pada orang lain. Pada aku, aku enjoy dan bergelak ketawa dengan filem ni walaupun ya, kau akan lihat Shaheizy Sam seperti kurang menjadi sekali sekala. 

4./5

Saturday, September 27, 2014

Review: Her

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Spike Jonze
Pelakon | Joaquin Phoenix, Amy Adams, Scarlett Johansson

Amat pelik untuk sebuah filem yang berpusat pada seorang sahaja watak mampu untuk membawa penontonnya berlayar seolah olah melihat satu kepelbagaian karakter dalam filem itu. Filem sebegini, memang agak pelik sebab penonton dibawa untuk takjub dan mengikuti seorang watak yang tidak dikenali dalam ceritanya yang pelik lagi misteri. Itu Spike Jonze bawak untuk filem Her! 

Filem ni berada di satu dunia yang jauh, terasing dan mengasingkan minda penonton dari penontonan kisah biasa. Kita diperkenalkan dengan watak Theodore lakonan Joaquin Phoenix yang nampak lonely dan selalu duduk sorang sorang, bercakap dengan suara komputer yang menjadi kehidupannya. Memang dari situ dah pelik dan kita mula accept filem ni sebagai si fi. 

Kemudian, datang satu lagi kisah besar yang akan menjadikan Her sebuah filem yang unik. Samantha, the voice yang menghiasi filem ni dengan warna menjadikan Her sebuah filem romantik yang sangat pelik. Maklumlah, Samatha ini bukanlah manusia, tetapi satu ciptaan dunia itu yang sangat unik. 

Maka, bagi yang menerima dan mula masuk dalam cerita dan cintanya, Her akan menjadi sebuah buaian cinta yang sangat romantik. Namun, ianya sangat pelik dan weird apabila kita hanya menonton seorang lelaki yang sedang bercinta dengan suara komputer. 

What the heck! Scarlett Johansson berjaya memberikan roh dan jiwa pada filem ni. Dengan berbekalkan dialog antara Theodore dan Samatha, Her berjaya mengekalkan momentum cinta dan nafsunya walaupun hanya berbekalkan lakonan Juaquin Phoenix dan suara Scarlett Johansson. Tak dinafikan Black Widow ni punya suara yang sangat memukau walaupun badannya taklah seksi mana (seperti yang ditonton dalam Into The Skin). 

Penonton akan rasa bosan jika kurang biasa menonton filem yang pelik. Maka, bagi yang ingin menonton, aku nasihatkan yang filem ni tidak dilakar di alam nyata, tidak real, dan berteraskan fantasi semata mata. Berimaginasi antara sesuatu yang penting saat kau tonton filem yang lonely dan weird sebegini. 

Apapun, walaupun filem ni pelik, aku faham yang filem ni cuba ungkap pasal love dan jiwa seseorang. Tentang persoalan hubungan yang sebenar, dan apa akan jadi kalau teknologi terlalu menjadi manusia. Huh, I wish one day Samantha is real! 

Ok, overall memuaskan. Untuk yang mahukan filem romantik yang berlainan, mampu buat korang sentap dan rasa jiwang, Her mungkin menarik untuk korang. Namun, korang takkan dapat rasa kisah cinta biasa dan momen biasa kerana Her adalah sebuah filem yang unik, pelik dan segar! Korang rasai sendiri dan lalui jiwa cinta Theodore dalam dunianya. 

4/5

Saturday, September 20, 2014

Review: A Haunted House 2

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Michael Tiddes
Pelakon | Marlon Wayans, Jaime Pressly, Essence Atkins, Gabriel Iglesias

Tidak seperti filem yang pertama yang boleh dirasakan jenakanya walaupun agak bodoh, A Haunted House 2 sedikit mengecewakan. Entah tang mana kurang silapnya, A Haunted House 2 nampak seperti terdesak untuk dibina, disiapkan, dan ditayangkan. Filem ni tidak berupaya untuk menjanjikan lawak bodoh yang menjadi dan menjadikan A Haunted House 2 lebih stupidity dari filem predesessornya yang ditayang tahun lepas. 

Jaime Pressly, minah yang menggantikan Essence Atkins nampak menjadi factor utama. Lakonannya hilang, keras dan malas. Aku rasa yang si Marlon macam tak boleh nak blend in dengan dia, dan si Jaime ni pun macam kurang nak beraksi bersama dengan Marlon. Kesian, macam terdesak je aku tengok Jaime Pressley ni berlakon. Kenapa eh? 

First half filem ni berjaya ulang komedi yang disajikan filem pertama. Komedi macam anjing mati, dan kegilaan seks pelik Malcolm mungkin ulangan yang korang akan sedar. Tapi, lawaknya mula turun sedikit demi sedikit apabila filem ni mulai hambar di pertengahan. Dan in the end, filem ni hanya menjadi filem komedi yang gagal. 

Mengambil kisah The Conjuring, ditambah dengan beberapa filem lain yang aku tak ingat tajuknya, aku nampak A Haunted House 2 nampak terdesak untuk dimasukkan komedinya. Keterdesakan ini sebenarnya memberi ruang untuk filem ni menjadi sampah yang tidak berjaya untuk komedi, tapi sekadar menjadi penyambung kepada ceritanya yang pertama. 

Ternyata walaupun filem ni lack of comedy, dan lebih teruk dari yang pertama, filem ni sebenarnya menyimpan plot yang sempurna untuk sekuel yang ketiga. Namun, aku rasakan plotnya bukanlah major point yang harus dilihat kerana kalau nak lihat plot, better lihat filem biasa yang tidak bergenre parody. Apa yang penting ialah kekreatifan mensampahkan filem yang sempurna. 

Yup, semuanya macam ada yang tak kena. Dari lakonan, hingga ke Anabelle yang menjengkelkan, semuanya tidak mampu untuk membuatkan aku gembira dengan lawaknya. Menjengkelkan yang amat. 

Kalau nak bandingkan filem ni dengan filem pertama, korang akan sedar filem ni lebih sakit untuk ditonton kerana filemnya kurang berkesan dari banyak aspek. Dan filem ni ialah sesuatu yang terlalu sia sia untuk aku sia siakan masa. Dan untuk hiburan komedi parody, aku sudah mula lihat yang filem parody yang mula naik pada A Haunted House sudah mula mengalami era jatuh semula pada A Haunted House 2. 

2/5

Friday, September 19, 2014

Review: A Haunted House

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Michael Tiddes
Pelakon | Marlon Wayans, Essence Atkins, Cedric The Entertainer, Nick Swardson

Selepas lama tak datang dengan filem filem parody selepas tamatnya Scary Movie dan filem seangkatan, Marlon Wayans, akhirnya datang dengan filem parody terbaru ni. Filem ni memang kalau korang tak suka Scary Movie, aku tak sarankan untuk tonton. Pasal pe? Sebab filem ni hanyalah filem kosong yang ditonton untuk membuang masa. Yup, nothing to remember, nothing to forget. Semuanya ruang kosong yang bercerita. 

Bagi yang biasa dengan parody, korang pasti akan tengok satu perkara, filem apa yang diparodikan dan bagaimana mereka connect each filem menjadi sebuah cerita baru yang kelakar. A Haunted House mengambil idea Paranormal Activity, dan beberapa filem found footage. Bagi yang suka Paranormal Activity, filem ni ialah versi kelakar untuk filem seram itu. 

Mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, lawak yang sangat kasar, dan babak yang sangatlah bodoh, A Haunted House bukanlah sebuah filem yang mementingkan plot. Malah, tak perlu untuk persoalkan logika dan semua itu ini tentang cerita kerana apa yang mahu diberi hanyalah kelakar yang bodoh dan enjoyable. 

Komen aku tentang filem ni, aku rasakan ianya berjaya mengembalikan aura Scary Movie setelah filem filem parody mulai menurun kualitinya. Walaupun sebenarnya kualiti filem ni sebenarnya sama je dengan kualiti filem parody lain, garapan Marlon Wayans dan Rick Alvarez dibawah arahan pengarah Michael Tiddes nampak segar dan sedap dipandang. 

Malah, Marlon Wayans memuaskan disamping Essence Atkins. Kalau nak bandingkan filem komedi parody dengan filem ni, boleh tahan jugaklah gabungan mereka. Kalau banding dengan filem lain yang bukan parody, korang pahamlah mereka berada di aras mana. 

Gaya kameranya simple dan berjaya untuk memberi aura found footage. Dan babak Paranormal Activity berjaya diparodikan walaupun kadangkala ianya nampak menjengkelkan dengan babak babak yang keterlaluan. 

Ianya filem yang baik untuk ketawa, bukan untuk menang anugerah ke apa, tapi untuk santai ringan bersama rakan rakan (bukan family kot), filem ni boleh layan. Kebodohan yang disajikan mungkin memuaskan sebab kadangkala melihat sesuatu yang bodoh boleh hilangkan stress orang pandai. Sebuah filem dengan simple plot, dan simple karakter yang korang akan suka. 

4/5

Thursday, September 18, 2014

Review: Mat Tudung

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Waan Hafiz
Pelakon | Fizz Fairuz, Izzue Islam, Nelydia Senrose

Malaysia dah ada revolusi lawak yang tersendiri. Aku mula mula tak percaya yang Mat Tudung mampu untuk keluar dari kotak filem komedi biasa. Tapi, lepas tonton, aku harus tolak tanggapan tu jauh jauh sebab Mat Tudung berjaya menjadi filem komedi yang ohsem dan sangat menjadi. Karya anak syarikat KRU studio ni telah masukkan semua sifat filem lawak yang menjadikan filem ni berani untuk merevolusi komedi Malaysia. 

Mungkin Mat Tudung nampak terlalu berani. Filem ni melanggar pelbagai etika dan norma masyarakat Timur dengan menyajikan selera lawak dewasa yang mungkin kurang sesuai untuk dinikmati segenap lapisan. Malah, filem ni juga berani untuk mempersembahkan karakter lelaki berperwatakan wanita yang mungkin akan menyebabkan rasa kurang selesa bagi sesetengah orang. 

Namun, itulah sesuatu yang segar dari ladang. Filem arahan dan lakon layar Waan Hafiz ni keluar dari kepompong komedi, dan sekaligus secara peribadi, menjadi filem komedi yang thor-baik untuk tahun 2014! 

Aku tak nafikan yang permulaan filem ni nampak macam tak ada apa apa yang mengujakan. Permulaan filem ni nampak agak kelam kabut, cemas dan sesak nafas dengan narration yang berselirat. Malah, kerempitan yang cuba dipaparkan seumpama cuba memberi impression filem ni macam filem mat rempit biasa. 

Namun, bila Johari bertukar menjadi Johana, semuanya berubah. Aku rasakan lawak dewasanya berjaya buat aku ketawa tak hengat. Malah, setiap situasi yang dicipta untuk komedi sangat fresh dan tidak mampu untuk memberi ruang untuk bosan. Namun, dalam komedi bersahaja, ceritanya tidak lari dari menyampaikan mesej yang mana menjadikan filem ni tidak kosong. 

Yup, tidak kosong. Korang akan rasa elemen romantiknya sangat jelas, mesej familinya juga digarap tanpa main main, dan komedi dewasanya juga bukanlah diletakkan dengan niat untuk nafsu semata mata. Aku rasakan penulisannya menjadi, dan Mat Tudung, walaupun tajuknya macam filem tipikal Melayu, berjaya untuk lari dari tipikalitinya. 

Lakonan Fizz Fairuz menjadi. Malah, rasa sesuai pulak dia jadi minah tudung. Aku rasa dia memberikan persembahan yang memukau. Romantik, drama dan komedinya disadur dengan cantik. Dan, Izzue yang mana aku sentiasa tidak yakin dalam setiap lakonan komedinya dari dulu, berjaya membuat aku percaya yang dia boleh berkomedi! 

Mat Tudung ada visual yang sangat menakjubkan. Kalernya terang, rainbow-like yang menjadikan filem ni ‘mahal’. Disulam pulak dengan hiasan efek yang meriah, Mat Tudung bukan sekadar filem komedi yang gila. Ianya sebuah kemeriahan lawak yang sempurna bagi yang sedikit open minded, dan berasa ingin santai santai dengan cara lawak orang muda masa kini. 

4.5/5

Wednesday, September 17, 2014

Review: A Million Ways To Die In The West

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Seth McFarlane
Pelakon | Seth McFarlane, Liam Nelson, Charlize Theron, Amanda Seyfried

Satu benda yang buat korang nak tengok filem ni pasti pasal Liam Nesson kan? Of course la! Maklumlah, pelakon yang dah pernah berlakon jadi tuhan, jadi hero kepada family, dan juga telah berjaya solve misteri dalam kapal terbang ni belum pernah pegang watak komedi sepanjang kariernya. Justeru, menonton A Million Ways To Die In The West memberi kita peluang nak judge mamat ni sama ada dia ni pandai melawak atau tak. 

Yup, sangatlah lawak bila Liam Nesson cuba untuk menjadi pak lawak. Ianya tak menjadi langsung. Namun, sekurang kurangnya, dia sudah berjaya memberikan satu lagi sisi baru lakonannya. Dia masih agak ‘gagah’, ‘arrogant’ dan kurang ‘longgar’ untuk komedi. 

Filem arahan Seth McFarlane ini, yang mana sebelum ni dikenali kerana mengarahkan filem Ted ni adalah filem santai. Filem ni sangatlah kosong, tidak bermoral, dan hanya nak buatkan penonton lihat, santai dan tu je. Tak ada apa yang membuatkan filem ni untuk diperbincangkan. Ah, lebih kurang macam Scary Movie, yang just bercerita macam ular kena bedal. Tak ada arah tuju yang sempurna. 

A Million Way To Die In The West ni mengikut watak Stark, atau nama penuhnya Albert Stark, si pengembala yang pengecut. Perjalanan hidupnya, dari dipermainkan kekasihnya, hingga dia bertemu si gadis cantik misteri, Anna adalah premis cerita. Perkara paling besar yang Albert Stark tak pernah tahu ialah, Anna ialah isteri kepada penjenayah besar, Clinch. 

Dengan cerita yang simple dan mudah, filem ni menekankan komedi yang sangat dewasa dan tidak sesuai untuk golongan muda. Seperti anda menonton Ted, macam tulah ragam filem ni. Sangat rude, namun untuk golongan dewasa, ia mungkin menghiburkan. 

Aku rasa, membandingkan editing filem ni dengan Scary Movie ialah wajar. Filem ni punya editing yang sangat simple dan nampak murahan. Pendek kata, editingnya kadangkala mengurangkan logika, dan menjadikan filem ni nampak kurang berkualiti. A Million Ways To Die In The West terlalu santai dan ringan dalam kerja suntingan. Sangat mengecewakan! 

Kalau nak kata komedinya kelakar, aku rasa tidak sangat. Namun, ada juga satu dua part filem ni yang mampu buat aku ketawa. Jadi, aku kira lawaknya ok. Boleh diterima. Mungkin aku kurang biasa dengan lakonan Seth McFarlane yang nampak sangatlah terlalu jadi diri sendiri. Maklumlah, dia pengarah, dialah pelakonnya. 

Tapi, aku tak nafikan yang skor filem ni sangat best! Joel McNeely membuatkan filem ni kelihatan seperti filem koboi Walt Disney untuk orang dewasa. Ada roh yang sangat pelik bila bergabung dengan filem yang berada di tempat yang salah, pada masa yang salah ini. Musiknya antara yang menjadi kegemaran aku untuk filem ni. 

Totally, sederhana. Tak kelakar sangat, ringan dan weird. Aku tak janjikan yang filem ni mampu puaskan semua orang. Tapi, aku rasa, bagi yang nak rileks otak, jauhkan kanak kanak, dan layan filem ni. Kalau bosan, terus tidur. Kalau best, layan sampai habis. Jangan rasa pelik dengan gabungan elemennya, sebab awal filem ni dah cakap filem ni ‘at the wrong place, and at the wrong time’! 

3/5

Tuesday, September 16, 2014

Review: Bhoothnath Returns

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Nitesh Tiwari
Pelakon | Amitabh Bachchan, Parth Balareo, Boman Irani

Bhootnath mungkin kurang familiar bagi yang bukan kaki Bollywood. Filem yang ada Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, dahulunya antara yang sukses dan berjaya. Amitabh Bachchan yang menakjubkan, komedi kanak kanak yang menghiburkan, dan mesejnya yang simple dan berguna menjadikan Bhootnath sebuah filem yang berjaya. Dan kini, Nitesh Tiwari kembali bawa filem ni dalam sekuelnya yang baru. 

Bhootnath Returns tak ada SRK sebagai main role. Dia hanya muncul sebagai cameo bersama Ranbir Kapoor. Nitesh Tiewari membawakan Bhootnath sebagai sebuah filem yang tidak lagi fokusnya kepada kanak kanak. Ianya lebih kepada sebuah cerita yang ringan, namun isunya sangat berat. Paling penting, filem ni punya sifat patriotism yang sangat tinggi. Ditayangkan di India ketika election pada April, filem ni sebenarnya bijak memanipulasi situasi dalam mengaut keuntungan. 

Ditayangkan pada musim pilihanraya, Bhootnath menarik penonton dengan membawa tema yang sama. 

Menariknya, walaupun filem ni nampak mendekati sebuah cerita yang sangatlah mempromosikan pilihanraya, semangat turun mengundi, dan hakikat sebuah pilihan raya, ianya disampaikan dengan cara ringan dan mudah ditelan. Pendek kata, kisahnya yang besar berjaya dilembutkan dengan cerita hantu yang simple, senang dan bermesej. 

Kalau nak cerita dari aspek keseluruhan, aku tak nafikan kekuatan pada penyampaian mesejnya adalah satu kekuatan. Bhootnath Returns tidak hanya bermain dengan komedi tetapi pada masa yang sama mengajak untuk penonton, especially penonton India untuk menilai tentang situasi negara mereka. Dan tema besarnya pula, Bhootnath mengajak kita untuk bersemangat untuk join pilihanraya. 

Aku rasakan walaupun isunya antara yang unik dan menarik, Bhootnath Returns sebenarnya kurang kekuatan dalam beberapa babak. Bhootnaths kali ini tidak mampu untuk memberikan plot yang terlalu cantik. Hanya sekadar terhibur dengan pelakon cilik, Parth Bhalerao yang pertamakalinya berlakon dalam filem. Unik dan sangat bijak pelakon cilik ni! 

Menampilkan muzik yang bergenre pop dan rap, aku rasa, bagi yang suka filem yang pertama confirm suka filem ni! 

Apa yang ada pada Bhootnath Returns ada ialah lakonan yang sangat excellent dan thor-baik! Temanya juga ada jiwa yang bersemangat dalam isu patriotismenya. Namun, penyampaiannya masih biasa biasa dan kelakarnya menjadi. Bhootnath Returns berjaya memberi satu kekuatan dalam mendidik penonton, dan pada masa yang sama menjadikan ianya satu bahan yang ringan sebagai ‘learning package’ yang superb! 

3.5/5

Friday, September 12, 2014

Review: The Maze Runner

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Wes Ball
Pelakon | Dylan O'Brien, Will Pouter, Kaya Scoledario

Nampaknya, banyak filem sekarang menumpukan sasarannya kepada young adult. Adaptasi novel trilogy bacaan orang muda diadaptasi bergilir gilir. Ada yang gagal, ada yang menyerlah. Dari siri Divergent, Twilight sehinggalah Mortal Instruments, semuanya ada naik turun. Hunger Games tidak ketinggalan. Dan, The Maze Runner adalah adaptasi terbaru untuk percubaan. 

Sebelum filem ni ditayang di panggung, aku sangat skeptical tentang kejayaan filem ni. Membandingkan filem ni dengan The Hunger Games tidak mampu dielakkan. Yalah, konsep ‘game’, ‘setting yang dicipta’, dan isu yang hanya wujud dalam dunia itu saja adalah idea yang mirip dan lebih kurang. 

Selepas menonton, aku tak nafikan yang filem ni ada auranya yang tersendiri. Filem arahan Wes Ball, yang mana menjadi filem full length pertamanya, so far, lebih baik dari The Hunger Games. Casting yang sempurna untuk sebuah cerita yang simple dan menarik menyebabkan filem ni kelihatan macam Resident Evil untuk young adult dengan rencah Lost! Ceritanya dipenuhi dengan aksi yang padat dan cemas dan cukup kuat untuk menarik golongan dewasa untuk menontonnya juga. 

Namun begitu, filem ni tidak mampu menyajikan sebuah drama dystopian yang baru. Cara ceritanya dihidupkan, sebenarnya hanyalah cara biasa. Tiada sesuatu yang menakjubkan dalam aspek itu. Namun, misteri ceritanya, sempurna. 

Walaupun filem ni dibarisi casting muda yang mungkin tak ramai kenali, dan ada yang hanya dikenali melalui siri tv, gabungan mereka membentuk sebuah filem yang segar. Watak Thomas lakonan Dylan O’Brien boleh dipuji. Malah, Blake Cooper sebagai Chuck antara karakter yang menambat hati. 

Aku tak nafikan yang filem ni sedikit lambat rohnya dan kadangkala longgar dalam beberapa perkara termasuk the maze itu sendiri. Namun, aku tak rasakan ianya satu perkara yang mengganggu kerana ada sisi lain filem ni yang masih menarik untuk disaksikan. 

Pengarahan Wes Ball jelas berjaya mengupgrade filem ni daripada menjadi filem young adult biasa. Aksinya sangat menjadi. Garapan screenplay Noah Oppenheim dari tulisan novel James Dasher ini sangat menjadi walaupun aku masih rasakan persoalan kenapa the maze itu diwujudkan untuk gladers adalah persoalan yang perlu diperjelaskan dengan lebih besar. 

In the end, filem ni sebenarnya satu permulaan. Berakhirnya filem ni bakal menentukan sama ada korang akan terpaut untuk saksikan sekuelnya atau tidak. Pada aku, aku dah terpaut. Ternyata tidak mengecewakan. The Maze Runner bakal menyaksikan satu lagi filem yang bakal diikuti oleh peminat novelnya. Dan untuk tahun ini, aku pilih filem ni untuk menjadi filem young adult terbaik di hati! 

Jujurnya, benda yang paling aku suka tentang filem ni ialah maze itu sendiri. Tanpa maze tu, The Maze Runner akan jadi filem biasa.Sekuelnya nanti, aku fikir adakah auranya akan sama kerana filem ni sudah menghampiri gaya Resident Evil dan meninggalkan maze yang menjadi satu faktor penting untuk filem ni. 

4/5

Wednesday, September 3, 2014

Review: The Fault in Our Stars

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Josh Boone
Pelakon | Shailene Woodley, Ansel Elgort, Nat Wolff, Willem Dafoe

Adaptasi novel best seller dari John Green, bagi yang tahu kekuatannya, bakal menyaksikan sebuah filem yang sangat bersemangat. Aku memang dah lama ternanti nanti filem ni. Bukan sebab aku peminat tegar John Green. Tapi, The Fault in Our Stars memulakan satu minat baru terhadap novel John Green. Itu satu! Dan, filem ni juga antara filem teen romantik yang agak lama aku inginkan dan harapkan semejak A Walk To Remember. 

Ok, kalau nak cerita pasal filem love story, memang Hollywood kurang menarik perhatian aku dalam genre sebegini. Kekuatan The Fault in Our Stars, yang berjaya menarik aku untuk menonton ialah pada karakternya yang unik, of course, dan juga ceritanya yang yup, unpredictable! Dan, bagi peminat yang telah membaca novel ni, pastinya korang akan ternanti nanti quotation dari buku yang diterjemahkan dalam filem ni. 

Aku harus cakap yang The Fault in Our Star terbaik dalam segala galanya. Penterjemahannya menjadi. Tidak membosankan dan cukup untuk sebuah perjalanan kisah hidup dan romantika teen yang sangat unik. Malah, filem ni juga ada kekuatan Shailene Woodley dan Ansel Elgort yang sangat berjaya menghidupkan suasana, dan sekaligus menjadikan filem ni ada rencah yang sempurna. 

Filem The Fault in Our Stars ni bukanlah bernaratif cinta yang lurus dan straight forward. Filem ni, pada aku, ianya lebih kepada paparan kehidupan. Ceritanya tentang kehidupan dan apa yang ada di sekitarnya. Di sebalik kisah cinta Hazel dan Gus, filem ni bercerita tentang pelbagai sisi kehidupan yang menjadikan ianya penuh dengan sesuatu yang sangat memotivasikan. 

Pengarahan Josh Boone dengan tulisan adaptasinya oleh Scott Neustadter dan Michael H Weber berjaya menangkap dari saat filem itu bermula. Dicampur pula dengan sinematografi yang sangat cantik, filem ni berjaya menyuntik semangat romantiknya yang sempurna. 

Ya, filem ni berjaya buat aku rasa sebak. Sob3. Bukan senang untuk alirkan air mata ok kalau lelaki kental seperti aku menonton filem sebegini. Ya, aku harus beri tepukan kepada Shailene Woodley yang memang sesuai dengan watak dan jujurnya, dia lebih hebat dari watak yang dilakonkan dalam filem Divergent. 

The Fault in Our Stars is not about love story. Ianya tentang kesempurnaan dalam membikin sesebuah filem. Ada kimia antara pelakon. Ada kimia antara ceritanya dan penonton. Ada juga jiwa yang dekat untuk dirasa. Dan roller coaster emosi ini sesuatu yang tidak mampu dilepaskan kalau korang peminat filem air mata. 

Yup, a must watch! Filem yang sempurna dan jarang dirasa. Selepas A Walk To Remember, aku rasa inilah filem kedua yang sangat dekat di hati. Karya John Green ini bukanlah sekadar hanya fiksyen yang bercerita. Ianya sebuah garapan tentang situasi hidup yang sangat dekat dengan setiap penonton iaitu kematian. 

Menyentuh hati dan lakonan yang mantap, The Fault In Our Stars direkomendasi untuk pencinta filem air mata. 

4.5/5

Review: Bad Neighbors / Neighbors

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Nicholas Stroller
Pelakon | Zack Efron, Seth Rogen, Rose Bryne

Ish, sebenarnya aku nak rekomendasi filem ni pada penonton memang agak payah. Bukan apa, filem ni memang sebuah filem yang sangatlah ‘nakal’ dan tidak sesuai untuk golongan yang betul betul belum cukup umur. Al maklumlah, kalau dah namanya ada Seth Rogen dalam filem ni, semestinya korang akan paham apa yang bakal korang saksikan dari A sampai Z. Neighbors, ataupun dikenali juga sebagai Bad Neighbors memang hanya untuk dewasa. 

Oh, kejap! Ada Zack Efronlah! Bukan ke dia ni mamat yang berlakon dalam filem filem Disney tu? Hah, yolah tu. Kalau korang nak tahu, korang akan menonton Zack Efron dalam sebuah persembahan yang sangatlah mengejutkan. Dia bukan lagi seperti dulu. Dia bukanlah seorang mamat yang hensem, kacak dan baik lagi. Kini, dia nakal, dan juga ‘bad boy’. Sungguh keciwalah penonton yang memoooja lelaki ini sambil menyanyi lagu lagu dari High School Musical. 

Bagaimana pula dengan ceritanya? Oh, sangatlah simple. Dari awal filem, hinggalah akhir filem, korang akan menyaksikan dua pergaduhan antara jiran jiran. Dan itulah asas cerita ini yang mempertemukan Zack Efron dan Seth Rogen. 

Nicholas Stroller punya arahan sebenarnya membawakan sebuah komedi yang sangat biasa. Pada aku, walaupun filem ni dipenuhi lawak yang sangat nakal, ianya tidak mampu untuk memberikan kekuatan pada lawaknya. Mungkin kita akan rasa terhibur, namun ianya masih tidak mampu untuk membuatkan kegersangan untuk lawak kelakar hilang. 

Penulisan Andrew J Cohen dan Brendan O’brien hanyalah biasa biasa. Ianya mampu untuk membantu membina a new Zack Efron dan memberi ruang untuk penonton ini menyerlah. Namun, untuk membawa Seth Rogen keluar dari persembahannya yang agak annoying, aku rasa ianya masih gagal. Sorry, im not Seth Rogen fan. 

Filem yang ‘nakal’ ini semestinya meminjam gaya Seth Rogen. Iyalah, dia pun selaku penerbit bagi filem ni kan bersama James Weaver dan Evan Goldberg. Jadi, apa yang anda bakal saksikan hanyalah sebuah filem yang dipenuhi dengan parti, seks, naked girls (kalau tonton edisi unrated), dan juga drugs. Maka, moralnya di sini, jangan biarkan kanak kanak menonton, jika korang malas nak jawab soalan soalan berjela yang bakal diterima. 

Personally, aku rasa filem ni tak terlalu bosan. Ianya cuma tidak mampu untuk membesar menjadi sebuah komedi. Aku nampak juga Zack Efron seolah olah menghampiri sebuah lakonan psychopath dan Neighbors juga sudah menghampiri filem thriller / psiko. Lihat saja pada perubahan watak Zack Efron dari masa ke semasa. Imbalance dan misteri… 

Apapun, bagi yang suka filem nakal macam American Pie, ataupun filem Seth Rogen sendiri, mungkin filem ni buat korang. Pada aku, filem ni tak lebih daripada sebuah filem ‘nakal’ untuk rehatkan kepala otak. Namun, secara jujurnya, komedinya agak kurang apabila filem ni tertidak sengaja bertukar menjadi sebuah filem yang hampir kepada psycho / thriller. 

3/5

Review: Oculus

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mike Flanagan
Pelakon | Karen Gillan, Brenton Thwaites, Katee Sackhoff

Rasanya, dah banyak cerita seram yang bercerita tentang cermin. Nah, semua rumah n tandas ada cermin. Dan ianya satu barang yang sangat bagus untuk menjadi sebuah premis seram kan? Seingat aku, Mirror lakonan Kiefer Sutherland antara filem pasal cermin yang menarik. Adaptasi dari filem Korea jugak tu! Malaysia juga pernah bercerita tentang cermin melalui filem Cermin. Dan kini, dari sutradara Mike Flanagan, Oculus! 

Ok, aku rasa filem ni macam ceramah pada fasa pertama. Ceritanya, wataknya simple Cuma disukarkan dengan cerita dua zaman berbeza yang diceritakan berselang seli. Pada fasa pertama, filem ni seolah olah menekankan setupnya dengan perbincangan dua adik beradik ini yang pada aku, sangat ppenanjang lebar. Dan walaupun aku rasakan excitement itu ada, menanti ‘ceramah’ ini habis adalah suatu yang memenatkan. 

Moment yang betul betul bakal menjadikan Oculus satu pengalaman seram yang cantik ialah apabila fungsi cermin itu bermula. Dan di sini, Flanagan membuatkan kita bermain antara ilusi dan fantasi. Antara realiti dan juga ketidakbenaran. Semuanya mengelirukan penonton, dan menjadi satu permainan yang cukup cantik. 

Walaupun premis filem ni sebenarnya biasa, Oculus berjaya membawa satu cara penyampaian baru untuk filem seram. Kita seolah olah tidak dapat meneka apa yang benar dan apa yang ilusi. Dan ianya berjaya meninggalkan satu ruang untuk satu penamat yang tidak terjangka. Itulah permainan Oculus yang cantik! 

Aku harus cakap yang filem ni takdelah seram mana. Elemen kejutan yang selalu jadi elemen penting filem seram tak pernah ada. Seramnya hanyalah pada permainan cermin tersebut yang cuba mencari ruang untuk memanipulasi dua watak yang ada dalam filem ni. 

Ceritanya juga bijak. Untuk melihat dua cerita yang dipaparkan, penonton dipaksa untuk berada diantara percaya dan tidak percaya semasa melihat babak babak filem. Dan anda sendiri tidak pernah tahu sama ada yang dipaparkan itu benar atau hanya ilusi. Dan paling penting, gabungjalin dua zaman berbeza sangat best sehinggakan kegeraman itu wujud pada akhir penotonan! 

Aku tak nafikan yang Katee Sackhoff dan Karen Gillan berjaya memberikan persembahan yang cukup cantik. 

Oculus ialah sebuah lagi filem seram yang bakal menjadi satu francais seram bagi peminat. Ianya sebuah filem yang bijak dan menyeramkan dengan caranya yang tersendiri. Pada aku, filem ni bakal menjadikan korang rasa tidak senang duduk kerana apa yang berlaku di akhir adalah tidak terjangka. Maka, jika anda ingin tonton Oculus, seharusnya korang perlu bersedia dengan apa sahaja jangkaan. Kerana apa yang korang saksikan nanti, tak semestinya sebuah halusinasi. 

4/5

Novel: Salmon Fishing in the Yemen (Paul Torday)


Buku ni unik. Tak pernah lagi aku baca novel yang bercerita melalui dokumen. Dalam buku ni, naratifnya tidak disampaikan secara straightforward. Apa yang ada hanyalah kumpulan dokumen yang bercerita. Dan pada aku, lari sikit dari membaca novel bernaratif biasa membuatkan aku rasa pembacaan novel ni sangat unik. 

Malah, isunya juga agak weird. Cerita pasal salmon yang nak dibawa ke Yemen. Cerita tentang misi mustahil yang cuba dilaksanakan. Dan apa yang terjadi di sekitarnya menjadikan Salmon Fishing in Yemen tidak membosankan, malah ianya sangat unik dari segala galanya. 

Aku rasakan buku ni sangat best. Yup. Aku enjoy dengan segala apa yang disajikan. Dan aku anggap membaca dokumen yang dikumpulkan ini mungkin seperti satu relaksasi minda. Kurang jumlah kata, tapi ideanya masih berjaya. Sebuah buku yang unik, dengan cerita misi mustahil yang sangat mengagumkan. 

4/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...