Akan Datang!

Sunday, June 28, 2015

Review: Minions

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Pierre Coffin, Kyle Balda
Pelakon (suara) | Sandra Bullock, Jon Hamm, Michael Keaton

Aku rasa macam aku dah boleh faham bahasa yang aku sendiri tak pernah belajar. Walaupun tak berbekalkan subtitle, adalah agak pelik kerana aku sendiri mampu untuk memahami dan ketawa terbahak-bahak menonton filem ni. Gila! Memang! Aku sendiri yang dah tua ni pun mampu untuk ketawa walaupun ianya filem yang simple dan sangat-sangatlah tak ada apa-apa bagi penonton macam aku. Tapi tulah, aku suka filem ni! 

Kah3, memang gila! Filem ni memang gila. Aku pada mulanya agak ragu-ragu dengan kekuatan filem ni kerana aku sendiri tidak dapat ‘out of box’kan otak aku ini bagaimana the minions harus bergerak tanpa Gru. Tetapi penulis Brian Lynch telah berjaya membawa kisah makhluk kuning si peminat banana ini dengan jaya dan juga hebat! 

Kelakar minion memang nampak bodoh. Dengan bahasa apa-apa entah, yang bercampur-campur dengan perlakuan mereka yang tak terjangka, Minions memang sebuah filem yang 100% lawak. Memang nampak bodoh, tetapi mampu jadi ubat untuk hati yang gundah gulana. Kalau aku, filem ni memang lebih hebat dari Despicable Me sendiri apabila Gru berjaya ditenggelamkan dengan makhluk belaannya sendiri. 

Minions meminjam komedi Mr. Bean sebenarnya. Ianya komedi slapstick yang digarap dengan cukup sifat. Tetapi, kadangkala otak aku akan terbayang lagak Mr Bean cuma kali ini dalam bentuk animasi. Dengan tiga minions yang mempunyai karakter berbeza, filem ni memang tak henti-henti dengan adegan lawak yang tak kering gusi.

Dari segi visualnya, Minions memang memang terbaik. Visualnya memang cukup sifat dan sangat realistik. Watak Minions yang memang agak simple tu sungguh-sungguh real dan menjadi. Memang tak terjangka woi! 

Kehadiran Scarlett Overkill dari suara Sandra Bullock antara satu-satunya masa untuk korang relief sekejap dari gelak. Wataknya tak lawak mana, tetapi cukuplah untuk membuatkan lawak Minions ni jadi terlebih dos dan menjadikan filem ni terlalu bodoh. Geoffrey Rush sebagai narrator pula memang ohsem! 

Kalau korang nak tengok filem yang penuh dengan plot logik memang Minions bukanlah filemnya. Kalau korang nak ketawa terbahak-bahak tanpa henti, memang Minions antara filem yang wajib tonton. Memang nampak macam filem ni untuk budak-budak. Tetapi, ianya memang sebuah filem untuk semua lapisan masyarakat. Ianya mampu hilangkan stress. Sungguh! Aku tengah mengantuk masa layan sebab penat berjalan. Tonton Minions, terjaga terus sebab tak henti ketawa. 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Thursday, June 11, 2015

Review: Jurassic World

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Colin Trevorrow
Pelakon | Chris Patt, Bryce Dallas Howard, Irfan Khan

Mesti semua orang menanti bagaimana filem dinosaur paling berjaya dari Spielberg menerima sentuhan baru. Dengan teknologi yang jauh bezanya dari zaman trilogy Jurassic Park dulu, pasti penonton yang semasa kecilnya menonton filem ni mahu merasai pengalaman baru memasuki dunia dinosaur ini pada usia yang lebih matang dengan lebih luas dan tanpa ada penghalang untuk imaginasi dinosaur berleluasa. 

Jurassic World ni pada aku semacam sebuah pengalaman kembali ke dunia dinosaur yang memang akan membuatkan penonton yang pernah menonton trilogy dulu rasa teruja pada satu sisi. Kalau yang tiga dahulu tu, kita diceritakan oleh Spielberg bahawa pengunjung memang tak sempat untuk menikmati keindahan Jurassic Park apabila ianya mula jadi kucar-kacir. 

Kali ni, dengan berakhirnya tragedi Jurassic Park 3, dan selang berbelas tahun, taman tema dinosaur itu dibuka kepada awam. Pada yang ingin mengimbau pengalaman merasai dunia dinosaur itu, Jurassic World memang menawarkan satu ‘tour’ yang memang menarik. Dengan teknologi, kita digambarkan yang Jurassic World ada sistem yang lebih moden dan futuristic. 

Sebahagian filem dihabiskan dengan membawa penonton melawat hampir keseluruhan pulau. Sambil-sambil tu, kita dibawa melihat pertunjukan yang memang takkan pernah dibayangkan kalau dinosaur tu wujud kat bumi. Ternyata, filem ni memang sebuah filem tribute kepada filem yang tiga dahulu. 

Itu dari satu sisilah. Kalau nak cerita pasal the whole story, aku rasa Jurassic World tak lebih dari tribute. Dia berjaya bawa aku ke dalam Jurassic World tapi tidak membawa feel seperti yang aku pernah rasa semasa menonton Jurassic Park. Filem ni punya cerita pun tidak berjaya untuk menyajikan satu adventure yang betul-betul tough. 

Kita diperkenalkan dengan Raptor (dari Jurassic Park 3) kalau seingat akulah. Kemudian, problem kali ni ialah adanya dinosaur kacukan yang lebih bijak dari raptor yang bijak (rujuk Jurassic Park 3). Dan ini kisah survival si Claire dengan anak-anak sedaranya yang datang melawat ke Jurassic World tu. 

Honestly, aku kurang suka bila Owen dan Claire diperkenalkan dengan cara yang tergesa-gesa. Tidak ada ruang yang cukup untuk aku merasa yang mereka ini ialah watak utama dalam filem ni. Aku seolah-olah tak tahu cerita mana yang sebenarnya nak bercerita. Terlalu banyak plot kecil yang sebenarnya seperti sebuah setup untuk Jurassic World 2 mungkin. Namun, setup tulah yang sebenarnya buat filem ni hilang arah. 

Jurassic World tidak berjaya membawa roh filem terdahulu. Kurang dinosaur diserlahkan sebagai major part of the film. Sebaliknya, terlalu banyak adegan sembang dan juga drama manusia yang menghimpit dan memenuhkan filem. Come on, ini filem dinosaur. Lebihkanlah dinosaur tu! Patutnya, dinosaur menghuni hampir keseluruhan filem. Bilangan dinosaur yang berada dalam filem ni pulak boleh dikira. Aiseh! 

Tidak banyak moment yang boleh buat aku rasa wawwww .... uhhhhh... eeeewwww... dan sebagainya. Aku menanti bila dinosaur spesies baru tu keluar, namun, aku tak dapat apa yang aku mahu. Adventurenya kurang dan semuanya bergantung kepada punchline Chris Patt yang tak ubah seperti menonton Guardian of the Galaxy versi dino.

Walaupun filem ni menyajikan elemen tentera dan juga high tech weapon, ianya tidak digunakan dengan sebaiknya. Sekaligus, ianya masih tidak mampu untuk memberi rasa ganasnya dinosaur. Senang cakap, roh tak ada. Aku expect filem ni ada banyak dino fight, dan juga visual yang memang best. Imbas kembali The Lost World dan Jurassic Park 3 yang memang memuaskan hati. Tapi Jurassic World hanya ada satu je kot dino fight yang gah. 

Jurassic World berjaya bawa penonton kembali ke Jurassic Park hanya sekadar untuk mengimbau kenangan. Ceritanya jauh dan kurang umph berbanding yang dulu-dulu. Tidaklah gagal. Cuma sederhana sahaja untuk sebuah kesinambungan yang berjarak agak jauh. Mungkin pandangan korang berbeza, tetapi, aku suka Jurassic World kerana hidupnya dunia taman tema itu dengan wajah-wajah Asia (taukenya orang Asia kot!) dan aku benci juga kerana ceritanya yang tak seberapa garapannya. 

3/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Wednesday, June 10, 2015

Lirik Kun Anta & Biografi Humood AlKhudher


Humood AlKhudher, artis Awakening Records ini sudah mula mendapat tempat di kalangan muda-mudi Malaysia. Lagu Kun Anta meniti di bibir-bibir. Nah, aku berikan maksud lirik lagu ini yang dipetik sumbernya dari Youtube.

Sedikit Biodata Humood AlKhudher boleh dibaca di nota Facebooknya di sini : link

My name is Humood Alkhudher. I was born in Kuwait in 1989. I was blessed with an educated, wise, and friendly father and a lovely mother. My father is a professor in psychology. He received his PhD degree from Great Britain, which is where I spent most of my childhood. My mother is an educated, friendly, creative person. I always love being around her and listening to her touching advice. She always pushes me ahead to achieve my goals and is a great influence and support throughout my life. 

I’ve always given great attention to beauty and Art. I feel that I’m addicted to anything beautiful in this world. That’s why when I look at my best interest; music comes first. I’ve always believed that every person in this world is powerful. Smart people are those who implement all their potentials in something beneficial. 

I feel that Allah has blessed me with a beautiful voice and great talent. I have tried my best since I was ten-years-old to improve my skills and contribute something useful to this world. I was blessed with an uncle who was already a well-known artist. I followed him into the studios and watched every step he made. I watched the way he wrote the lyrics, set up the rhythm, assembled the vocals, and performed on stage. I learned from his experience, which resulted in the reduction of the steps to my success. Afterwards, I had several offers from other artists to join them in their albums. I did not miss any opportunity and gave my ultimate effort to sing my best. My first auditions were very successful -Alhamdulillah; and the positive reaction of the audience was and will always be the inspiration to improve, to contribute more and more songs.

“What’s your goal in entering this field?” A random question I’ve always been asked. Most people think that artists are only seeking recognition or fame, but why circulate this theory onto all artists! I would lie if I said that fame was never in my mind, but it was never a primary goal for me. I believe that the greater the fame that you earn in this life, the greater the responsibility that comes with it. I believe that it’s my duty to express and defend my religion, country, and society. I believe that Allah will ask me on the Day of Judgment how I used the tools he has provided me with; and I'm working hard to be able to provide an honorable answer for that day. That’s why I spread the words of peace, love, morality, and Islamic spirituality in all my songs and performances.
source - FB Humood AlKhudher



♪ ✿ Lirik - Kun Anta | كلمات - كن أنت ✿ ♫ لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم Liujarihim, qollat tu zhohira ma fihim Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya. فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر Fabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar, Jadi aku boleh jadi seorang yang lain, hanya untuk berbangga و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina, dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu, aku akan dapat kelebihan. فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر Fawajad tu anni kha-sir, fatilka madhohir, Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini. لا لا La la, لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala, Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar. لا لا La la, نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas. Oh Wo Oh (6x) كن أنت تزدد جمالاً Kun anta tazdad jamala Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada. Oh Wo Oh (6x) كن أنت تزدد جمالاً Kun anta tazdad jamala aaa Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada. la la la la laaa la la la laa la laa la la la la laaa أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum, Sungguh aku menerima mereka, tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka إلا بما يرضيني، كي أرضيني Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni, melainkan apa yang aku terima itu, aku telah redha. سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا Sa akunu ana, mithli tamaman hazana, Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri, inilah aku فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni, hal ini kurasakan sudah cukup, dan aku sangat pasti. لا لا La la, لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala, Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar. لا لا La la, نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas. Oh Wo Oh (6x) كن أنت تزدد جمالاً Kun anta tazdad jamala Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada. Oh Wo Oh (6x) سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum, Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku. وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم Wa akunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum, Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku. سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم Saakunu ana, man ardho ana, lan as a’ la liri dhohum, Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku, aku tidak perlukan orang lain menerimaku. وأكون أنا، ما أهوى أنا،  لن أرضى أنا برضاهم Wa akunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biri dhohum, Aku akan jadi apa yang aku suka, kenapa aku perlu berpuas hati dengan keinginan mereka. لا لا La la, لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fil qalbi talala, Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini, di dalam hati ia bersinar. لا لا La la, نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى Nurdhin nas sa bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas. Oh Wo Oh (6x) كن أنت تزدد جمالاً Kun anta tazdad jamalaaa Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada. Oh Wo Oh (6x) كن أنت تزدد جمالاً Kun anta tazdad jamalaaaaa Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Tuesday, June 2, 2015

Review: San Andreas

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Brad Peyton
Pelakon | Dwayne Johnson, Carla Gunino, Alexandra Daddario

Selepas ketakutan tahun 2012 difilemkan, rasanya dah lama kita ni tak disajikan dengan filem bencana alam yang betul betul baik. I mean, untuk sebuah filem yang lebih mensasarkan untuk penonton bergembira dan enjoy semua kemusnahan dan merasai seolah-olah ianya benar benar berlaku. Yup, 2012 mungkin antara filem besar yang memuaskan. Siapa tak kenal Rolland Emmerich tu kan? Tetapi, ending 2012 yang agak fiksyen dan ‘illuminati’ tu mungkin menghilangkan rasa realiti tu. 

San Andreas arahan Brad Peyton daripada cerita asal Andre Fabrizio dan Jeremy Pasmore yang ditulis lakonlayarnya oleh Carlton Cuse ini lebih kecil daripada memaparkan sebuah bencana sejagat. Pada masa filem bencana lebih mengajak manusia untuk berasa takut dengan global disaster, San Andreas hanya menumpukan kepada sebuah bandar atau daerah. 

Simple, mencemaskan dan juga tidak senang duduk! Itulah perasaan apabila filem ni bergerak ke hadapan. Bermula dengan adegan pengenalan watak Dwayne Johnson sebagai Ray menyelamat di sebuah cerun berbahaya, filem ni tidak membuatkan penonton untuk menunggu bencana seterusnya. Tidak sampai beberapa minit, filem ni mencetuskan lagi rasa gerun dengan tragedy Hoover Dam. 

Honestly filem ni memang sebuah adventure dalam bencana yang memang mudah. Ianya bukanlah mahu mengajak manusia berfikir dan membawa pemikiran seperti filem 2012. Ianya sebuah filem bencana yang dibikin untuk membuatkan penonton rasa terhibur dan dapat merasa detik debaran yang dirasai watak watak. Plotnya pun taklah besar mana. Ianya hanya mirip The Impossible yang cerita pasal tsunami tu! Just with extra cheese of action! 

Walaupun aku rasakan plot filem ni, yakni kisah si Ray dan Emma yang mencari anaknya Blake yang terperangkap, which is very typical plot, filem ni memang filem yang memang buatkan korang rasa berdebar. Thanks to the CGI yang pada aku sangat mengagumkan, ditambah pulak dengan scene yang memang selayaknya berada dalam filem sebegini. 

Kalau nak bandingkan adegan kereta kat atas jalan yang sedang retak dan dikejar donut besar dalam 2012, filem San Andreas ada banyak moment cemas yang sangat best! Scene tsunami yang memang thrilling giler, dengan bangunan yang runtuh di sana sini memang memadatkan filem San Andreas sebagai sebuah filem bencana alam yang mind blowing! Oh, skor muziknya juga membantu menaikkan rasa seram dan feel meremang bulu roma! 

Tapi, San Andreas tak lebih dari sekadar filem popcorn. Kalau nak fikir logik dan juga fakta, aku rasakan filem ni takkan mampu memuaskan korang. Namun, kualiti entertainment yang akan didapati, lebih dari yang dijangkakan. 

San Andreas memang 100% filem bencana yang dibikin sebagai hiburan. Ada sedikit ketakutan jika bencana itu benar benar berlaku muncul. Tapi, cuba untuk ketepikan semua fakta dan juga ilmu geo yang korang tahu dan enjoy it sebagai sebuah filem popcorn yang best! Menyaksikan Dwayne Johnson sebagai pelakon dalam filem ni juga membuatkan aku menyangka yang dia lebih better berada dalam 2012 menggantikan John Cusack! Kan? 

4.5/5

suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...