Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Colin Trevorrow
Pelakon | Chris Patt, Bryce Dallas Howard, Irfan Khan
Mesti semua orang menanti bagaimana filem dinosaur paling berjaya dari Spielberg menerima sentuhan baru. Dengan teknologi yang jauh bezanya dari zaman trilogy Jurassic Park dulu, pasti penonton yang semasa kecilnya menonton filem ni mahu merasai pengalaman baru memasuki dunia dinosaur ini pada usia yang lebih matang dengan lebih luas dan tanpa ada penghalang untuk imaginasi dinosaur berleluasa.
Jurassic World ni pada aku semacam sebuah pengalaman kembali ke dunia dinosaur yang memang akan membuatkan penonton yang pernah menonton trilogy dulu rasa teruja pada satu sisi. Kalau yang tiga dahulu tu, kita diceritakan oleh Spielberg bahawa pengunjung memang tak sempat untuk menikmati keindahan Jurassic Park apabila ianya mula jadi kucar-kacir.
Kali ni, dengan berakhirnya tragedi Jurassic Park 3, dan selang berbelas tahun, taman tema dinosaur itu dibuka kepada awam. Pada yang ingin mengimbau pengalaman merasai dunia dinosaur itu, Jurassic World memang menawarkan satu ‘tour’ yang memang menarik. Dengan teknologi, kita digambarkan yang Jurassic World ada sistem yang lebih moden dan futuristic.
Sebahagian filem dihabiskan dengan membawa penonton melawat hampir keseluruhan pulau. Sambil-sambil tu, kita dibawa melihat pertunjukan yang memang takkan pernah dibayangkan kalau dinosaur tu wujud kat bumi. Ternyata, filem ni memang sebuah filem tribute kepada filem yang tiga dahulu.
Itu dari satu sisilah. Kalau nak cerita pasal the whole story, aku rasa Jurassic World tak lebih dari tribute. Dia berjaya bawa aku ke dalam Jurassic World tapi tidak membawa feel seperti yang aku pernah rasa semasa menonton Jurassic Park. Filem ni punya cerita pun tidak berjaya untuk menyajikan satu adventure yang betul-betul tough.
Kita diperkenalkan dengan Raptor (dari Jurassic Park 3) kalau seingat akulah. Kemudian, problem kali ni ialah adanya dinosaur kacukan yang lebih bijak dari raptor yang bijak (rujuk Jurassic Park 3). Dan ini kisah survival si Claire dengan anak-anak sedaranya yang datang melawat ke Jurassic World tu.
Honestly, aku kurang suka bila Owen dan Claire diperkenalkan dengan cara yang tergesa-gesa. Tidak ada ruang yang cukup untuk aku merasa yang mereka ini ialah watak utama dalam filem ni. Aku seolah-olah tak tahu cerita mana yang sebenarnya nak bercerita. Terlalu banyak plot kecil yang sebenarnya seperti sebuah setup untuk Jurassic World 2 mungkin. Namun, setup tulah yang sebenarnya buat filem ni hilang arah.
Jurassic World tidak berjaya membawa roh filem terdahulu. Kurang dinosaur diserlahkan sebagai major part of the film. Sebaliknya, terlalu banyak adegan sembang dan juga drama manusia yang menghimpit dan memenuhkan filem. Come on, ini filem dinosaur. Lebihkanlah dinosaur tu! Patutnya, dinosaur menghuni hampir keseluruhan filem. Bilangan dinosaur yang berada dalam filem ni pulak boleh dikira. Aiseh!
Tidak banyak moment yang boleh buat aku rasa wawwww .... uhhhhh... eeeewwww... dan sebagainya. Aku menanti bila dinosaur spesies baru tu keluar, namun, aku tak dapat apa yang aku mahu. Adventurenya kurang dan semuanya bergantung kepada punchline Chris Patt yang tak ubah seperti menonton Guardian of the Galaxy versi dino.
Walaupun filem ni menyajikan elemen tentera dan juga high tech weapon, ianya tidak digunakan dengan sebaiknya. Sekaligus, ianya masih tidak mampu untuk memberi rasa ganasnya dinosaur. Senang cakap, roh tak ada. Aku expect filem ni ada banyak dino fight, dan juga visual yang memang best. Imbas kembali The Lost World dan Jurassic Park 3 yang memang memuaskan hati. Tapi Jurassic World hanya ada satu je kot dino fight yang gah.
Jurassic World berjaya bawa penonton kembali ke Jurassic Park hanya sekadar untuk mengimbau kenangan. Ceritanya jauh dan kurang umph berbanding yang dulu-dulu. Tidaklah gagal. Cuma sederhana sahaja untuk sebuah kesinambungan yang berjarak agak jauh. Mungkin pandangan korang berbeza, tetapi, aku suka Jurassic World kerana hidupnya dunia taman tema itu dengan wajah-wajah Asia (taukenya orang Asia kot!) dan aku benci juga kerana ceritanya yang tak seberapa garapannya.
1 comment:
bg aku bro,, filem ni francais die paling smart,, jalan cerita ok,, sedap,, sye setuju tentang watak hero, heroin, budak2 tu perkenal terlalu cepat,, feel adventure meredah hutan mcm dalam filem first xde,, ade pon pemuat rasa,, tpi ending fight, ending scene,, terbaik,, action pon seronok tgok,, grafik pon lawa,, tpi tu la,, total,, its a good movie and the best francais,, dpat tau dah sape punca embrio tu nak diseludup,, inGen nak,, pasaran gelap pon nak,,
Post a Comment