Akan Datang!

Thursday, September 29, 2011

Sneak Peek: Real Steel


Kini arena pertarungan bukan hanya untuk manusia. Bayangkan jika robot setinggi 8 kaki bertarung dalam gelanggang boxing. Ini premis dari filem terbaru, Real Steel. Bakal menghimpit pawagam 13 Oktober 2011. Real Steel dibintangi Hugh Jackman berdasarkan cereka pendek tahun 1956 bertajuk STEEL tulisan Richard Matheson. Walaupun karakternya sudah diganti, tulisan Richard Matheson itu masih mengekalkan setting American yang serba old fashioned.

Sinopsis:
Robot kini sudah menggantikan manusia dalam pertarungan tinju. Charlie Kenton lakonan Hugh Jackman kalah untuk menjadi juara tinju apabila robot sudah menguasai gelanggang. Kini dia hanyalah promoter sambilan. Setelah dia kesesakan dalam hidup, dia akhirnya bersedia untuk misi baru, membina robot bersama anaknya Max (Dakota Goyo) untuk satu pertarungan gelaran juara.



Monday, September 26, 2011

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze



Kisah perubahan saudara Sham Kamikaze dan bagaimana Allah menunjukkannya jalan hidayah. Sebuah renungan untuk diri kita.

Wednesday, September 21, 2011

Review: Warrior

First of all, aku memang nak ucapkan bebanyak terima kasih to ChurpChurp sebab giving me a pair of ticket untuk menonton filem ini. Tak sangka pulak giveaway kali ini amat mudah (memang giveaway diorang mmg mudah… tapi tak sangka semudah itu) dan keadaan aku yang mengizinkan membenarkan aku untuk menyertai special screening ini. Bertempat di Hall 10 TGV KLCC Jam 9 malam tanggal 20 September 2011, aku berpeluang menonton Warrior bersama geng geng churperz yang lain.


Mungkin ramai yang tidak mengetahui filem ini. Dari poster filemnya, nampak macam sebuah pertandingan boxing biasa. Tapi aku sendiri pada awal sesi promosinya dahulu, tidak menyangkakan yang Warrior ini adalah sebuah filem. Jangan terlalu mengharapkan nama besar dalam filem ini. Tetapi, aku yakin filem ini bakal memberikan satu ruang untuk anda bersorak gembira jika anda penggemar wrestling dan juga seni mix martial art.


Teringat aku kepada beberapa filem sebegini dahulu. Suatu ketika dahulu, pernah muncul filem Never Back Down. Beberapa bulan dulu juga, filem boxing bertajuk The Fighter juga menjengah pawagam. Dan jujurnya, aku tak menonton kedua dua filem tersebut kerana ianya bukan filem yang aku gemari. Tapi, for me Warrior seumpana starting point untuk aku menonton filem bergenre sebegini. Konklusinya, genre sebegini hebat juga sebenarnya.

Warrior mengetengahkan Joel Edgerton (The Thing, Animal Kingdom, Star Wars Episode 2 & 3) dan Tom Hardy (Bronson, RocknRolla, Sucker Punch, Inception) sebagai tunggak utama dalam sebuah kisah yang bertemakan kekeluargaan, kemaafan, dan juga kehidupan.


Secara kasarnya, Warrior sebenarnya memfokus kepada pertandingan mixed martial art (MMA) yang dikenali sebagai Sparta. Sebuah pertandingan yang menggabungkan wrestler2 terbaik untuk bertarung mendapatkan USD 5 juta. Brendan dan Tommy adalah adik beradik dan merupakan anak kepada bekas peninju, Paddy (Nick Nolte). Brendan adalah bekas peninju yang sudah bersara dan berkeluarga. Kini, dia hanya guru fizik di sebuah sekolah.

Namun, kesesakan kewangan membuatkannya menyertai Sparta. Tommy si adik, yang punya kisah lampau kembali kepada ayahnya meminta untuk diajarkan ilmu boxing untuk menyertai pertandingan tersebut. Brendan si abang berusaha sebaik mungkin untuk muncul juara. Tetapi, apa yang tidak diketahuinya, finale perlawanan ini bakal menemukan mereka dalam satu gelanggang. Walaupun mereka bersaudara, seseorang mesti kalah.


Keseluruhannya, aku rasakan first half filem ni bosan. Emosi yang berat dan mampu untuk menjana reaksi reaksi spontan (I mean, macam orang tengok gusti kat depan tv) adalah pada second half. Menonton Warrior pada second half seolah olah seperti menonton wresting secara live dalam bentuk lakonan.Second half memang mendebarkan, walaupun kita sudah tahu bahawa filem ini bakal menemukan pertarungan antara abang dan adik, kita masih mahu tahu siapa yang menang, dan siapa yang bakal kalah. Pendapat aku, finalenya adil dan memang wajar.

Aku suka lakonan Nick Nolte. Nampak bagaimana anak anaknya meminggirkannya kerana masa silamnya. Bagaimana seorang ayah itu menangis apabila semua anak lelakinya tidak mampu untuk menerima hakikat kisah lampau. Aku suka sangat. Wataknya ada emosi dan mampu untuk member tangisan. Kevin Dunn pula (kalau sape tak kenal, pelakon ni menjadi bapa kepada Sam Witchwicky dalam Transformer) sebagai principal sekolah Brendan yang tidak menggemari aktiviti Brendan sebagai street fighter kelakar. Jelasnya, watak principal Zito ni menunjukkan bahawa pengetua ni, even skema benar kat sekolah, dalam hati diorang minat juga hal hal fighting ni. Kalau tak faham apa aku cakap, g tengok sendiri lah.


Keseluruhannya, filem ni bukanlah untuk penggemar aksi yang boom boom bang. It’s a dush dush dush! Sebuah filem streetfighting yang mengajar erti hubungan kekeluargaan, kisah cinta luar biasa antara saudara juga tentang dendam dua saudara yang akhirnya berakhir dengan satu konklusi yang begitu menyentuh hati. Warrior mungkin tidak akan mendapat sambutan yang hangat, tetapi filem ini memang dilengkapi dengan mesej mesej yang cukup berkesan untuk dijadikan pengajaran.

Satu lagi pakej istimewa filem ini yang tidak diketahui (mungkin), filem ini menampilkan kemunculan Kurt Angle sebagai Kobra. Hebat!

3/5

Monday, September 19, 2011

Review: Hantu Bonceng

Sempat juga aku menonton filem Hantu Bonceng yang dicanang mencapai kutipan sehingga RM8 juta sepanjang tayangannya Aidilfitri lalu sekaligus menjadikannya sebagai filem pertama dalam musim perayaan yang mencatatkan kutipan tertinggi. Berdasarkan apa yang aku lihat dari formula Adnan Semp-it, aku rasakan filem ini menggunakan olahan komedi yang sama, tetapi dengan suntikan beberapa idea baru yang membuatkan Hantu Bonceng boleh berdiri sebagai filem komedinya tersendiri.


Hantu Bonceng memang sebuah filem seakan akan parody. Entahlah, even ianya tidaklah menggunakan babak babak filem lain untuk dikomedikan, Hantu Bonceng seperti menggunakan reality sebenar untuk dijadikan bahan komedinya. Unsur agama antara yang jelas digunakan. Tetapi ianya taklah sampai ke tahap menghina (pada pandangan aku…). Sejauh mana penulis ini cuba untuk menerapkan gaya komedinya, aku rasakan Hantu Bonceng mempunyai komedi yang lebih jauh hebatnya berbanding Adnan Semp-it.


Ok. Kita jauhkan Adnan Semp-it dari review ini. Sekarang, hanya Hantu Bonceng sahaja, berdiri sendirinya dengan reviewnya tersendiri. Ramai orang mengatakan bahawa komedi Zizan menjadi tunggak utama filem ini. Aku percaya! Aku rasakan persembahan dalam filem ini rasanya lebih baik dari karakternya dalam filem KL Gangster. Namun, masih ada lagi yang perlu diperbaiki mutu lakonannya. Sesetengah lakonan Zizan nampak kaku, dan terlalu skema. Namun, mungkin di situ letaknya komedi pelakon ini.


Pada aku, daripada ceritanya, Ahmad Idham hanya membawa idea biasa sahaja. Idea mat rempitnya, idea hantu hantunya, dan yang penting adalah penerapan mesej. Namun, aku rasakan cukup sukar untuk penonton yang menonton suka suka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Aku nampak mesejnya, tetapi aku rasakan mesej tersebut lebih dipandang sebagai satu ‘penghinaan’ terhadap sesuatu. Terpulanglah kepada penonton untuk menilainya.

Jujurnya, kalau ditanya adakah filem ini mencapai tahap apa yang aku inginkan? Jawapan aku, sudah tentu tidak.


Kenapa? Pertamanya, aku mampu bertahan untuk menerima jalan ceritanya tetapi bila dengar gubahan muziknya yang entah apa-apa, emosi dah mula down. Jujurnya, aku rasakan skor muzik filem ini terlalu banyak mengisi ruang sehingga tidak ada masa untuk diam sekejap pun. Bayangkan babak aksi yang begitu fast-paced digabungkan dengan muzik yang agak slow dan biasa. Resultnya, emosi untuk babak tersebut tak timbul.

Aku lebih mempercayai garapan Syamsul Yusof yang pandai menggabungjalin skor muzik untuk filemnya walaupun skor muzik tersebut bukanlah original buatannya.

movie mistakes dalam filem HANTU BONCENG:

Keseluruhannya, Hantu Bonceng filem komedi biasa saja. Aku hairan, kenapa filem sebegini mampu untuk mencapai tahap RM8 juta, sedangkan Hikayat Merong Mahawangsa yang garapannya lebih hebat, kemas dan mengagumkan hanya mampu mencapai RM6juta? Penonton kita hanya menonton filem tahap ni je ke? Tahap filem yang tak mampu untuk mencapai tahap penonton global. Tahap yang hanya mampu untuk membuatkan filem tersebut terkurung dalam Malaysia sahaja. Anda fikirkan. Renung renungkan dan selamat beramal!...:-)

3/5

Monday, September 12, 2011

Sneak Peek: Don 2


Don 2, sekuel kepada filem SRK yang mana adalah remake kepada filem Don asal lakonan Amitabh Bachchan bakal berada di pawagam Disember ini. Apa lagi, jom tonton trailer untuk sedutan filem aksi hebat ini..

Jangan lupa saksikan MTVnya:





intai filem SRK, Ra.One di bawah:
Intai RA.ONE

Sneak Peek: Ra.One


Don 2 dijangka muncul Disember ini, Ra.One menjadi filem pertama taruhan Shah Rukh Khan tahun ini. Jom tonton trailer di bawah...


Klik link dibawah untuk preview lagu dari filem ini:

DILDARA
CHAMMAK CHALLO (featuring Akon)

Friday, September 9, 2011

(Movie Mistakes) Pirates Of The Caribbean 4


Filem keempat francais popular ini nampaknya lebih hitam, kejam dan luar biasa. Walaupun aku lebih menyukai 3 sirinya sebelum ini, filem keempat ini tidaklah begitu kurang hebatnya. Namun, sehebat mana pun filem ini, nah baca link dibawah.

juga, dapatkan percuma

Sneak Peek: Ombak Rindu


Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.



Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. (sumber: http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Ombak_Rindu_1064)

Ombak Rindu sebuah filem arahan Osman Ali (Cun, Anak Halal, Puaka Tebing Biru) dan dibintangi Aaron Aziz, Lisa Surihani, Maya Karin, Bront Palarae. Daripada penerbit Lagenda Budak Setan, Sharad Sharan. Akan datang!





p/s: first time tengok Maya Karin bertudung...

Thursday, September 1, 2011

Review: Sang Pencerah

Bila kita buat perbandingan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dari sudut perfileman, aku sebagai penonton melihat bahawa dua negara ini punya idea idea yang berbeza. Jujurnya dalam keseluruhan idea, jika genrenya romantik, mahupun komedi, aku lebih menyukai idea filem Malaysia. Malah, genre seram dan drama juga aku turut support filem tempatan. Namun, satu idea yang pada aku terlalu menarik untuk menjadi faktor untuk meminati filem Indonesia adalah genre filem agamanya. Filem agama Indonesia ada ciri ciri tersendiri yang membuatkannya spesel dan tidak terlibat dalam kancah politik perfileman.

Aku lihat bahawa filem agama seperti Ketika Cinta Bertasbih, juga perintisnya Ayat ayat Cinta berada dalam satu skop romantik yang masih samar samar untuk dibaca sebagai dakwah. Namun kehadiran lambakan filem agama Indonesia selepas itu nampaknya sudah berani masuk ke dalam akar umbi agama untuk membawakan dakwah secara tidak terselindung lagi. Kisah kisah agamanya lebih kuat, malah telus dalam mengujarkan isi isi. Itu antara faktor aku menyukai filem Indonesia bergenre agama.

Disebabkan filem Indonesia sukar untuk dicari di pasaran Malaysia, makanya peminat peminat hanya mampu menunggu di tv, atau mungkin saja mendownload bahkan mencari DVD. Tetapi, kualiti filem Indonesia tidak semuanya menarik. Promosi yang kurang juga faktor filem mereka tidak sampai ke bibir rakyat Malaysia. Politik kita mungkin.


Aku sempat menonton satu lagi filem keagamaan yang begitu semangat sekali memperjuangkan isinya, juga kisah Belanda mereka, patriotisme dan semangat agama mereka yang bertajuk Sang Pencerah. Sudah lama filem ini ditayangkan di Indo, syawal tahun 2010 agaknya (merujuk kepada poster filem). Aku rasakan ini antara filem biografi yang begitu bersemangat menentang pahaman menurut perintah membuta tuli. Tak mampu aku bercakap panjang kerana ilmunya sedikit.

Sang Pencerah bagi yang berlum mengetahui, adalah sebuah filem yang dinobatkan anugerah filem terbaik di Festival Filem Indonesia 2010. Menurut sumber sumber yang aku baca, kontroversi melanda gara gara pemilihan filem ini untuk takhta tersebut. Abaikan saja.

Keseluruhannya, filem ini nampaknya mengkritik hebat amalan amalan bertentangan agama. Itu yang aku jelas dapat lihat. Dialognya telus, dan terang terangan membidas pemikiran sempit penganut agama. Apa yang paling menarik dalam filem ini adalah bagaimana karakter utama filem ini, Kiyai Dahlan membetulkan semua pegangan agama di Yogjakarta pada zamannya. Zaman tersebut (menurut filem), orang Islam di situ (Jogja) tidak pernah sedar dan tahu sepanjang berzaman mereka beribadah bahawa masjid mereka sebenarnya bukan menghadap ke Makah, tetapi sebenarnya mengadap ke Afrika.

Sudah semestinya kiyai kiyai agama mula tidak menerima perubahan ini. Katanya islam itu ada di mana mana, di hati kita dan jiwa kita. Arah kiblatnya tidak menjadi masalah. Jadi, penyelesaiannya bagaimana? Saksikanlah. Tersenyum aku mendengar dialog dialog yang bijak. Dasarnya, babak isu kiblat ini sebenarnya menunjukkan kebongkakan orang agama yang menyangka diri mereka penuh dengan ilmu.


Filem ini juga menunjukkan bagaimana pergerakan Muhammadiah, yang diasaskan Kiyai Dahlan mula mengubah sejarah Islam di Indonesia. Dipaparkan bagaimana pengajaran Islam itu tidak perlu untuk melibatkan orang Islam saja malah Islam juga boleh dipelajari orang bukan Islam. Juga ditonjolkan bagaimana Kiyai Dahlan menggunakan pendekatan pendidikan 'penjajah' untuk mengajar Islam. Kiyai Dahlan dikatakan kafir kerana mengajar Islam menggunakan meja dan kerusi (dahulunya orang belajar Islam di mesjid hanya bersila saja), juga menggunakan alat mengajar seperti buku dan papan hitam. Isu yang berat tetapi itulah realiti zaman 1912 dan kebelakangnya.

Ini adalah sejarah. Sang Pencerah adalah kisah biografi pemimpin pertamanya, Kiyai Haji Ahmad Dahlan yang menjadi pemimpin Gerakan Muhammadiah dari 1912 sehingga 1922. Bagi yang tidak mengetahui tentang pergerakan ini, ianya adalah pergerakan Islam yang terbesar di Indonesia yang menggunakan pendekatan mengikut cara nabi. Baca lebih lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammadiyah.


Karya Hanung Bramantoyo ini lembut dalam alunan babak babaknya. Dialognya begitu mendalam dan cukup meyakinkan. Dibintangi Lukman Sardi sebagai Ahmad Dahlan, filem ini memang sebuah filem yang patut menang anugerah. Dengan kos yang nampaknya begitu mahal jika dilihat daripada kostum, set dan lokasi, memang ianya berbaloi untuk ditonton. Tetapi serius, peminat filem yang fast pace mungkin akan bosan kerana filem ini lebih terarah kepada diskusi tanpa sedar semasa kita menonton.

Keseluruhannya, Sang Pencerah memang satu pengajaran dan ilmu pengetahuan. Sebuah lagi hadiah Indonesia buat agamanya. Malaysia bila lagik?

Sneak Peek: Cinta Kura Kura


Siapa cakap kura kura tak boleh bercakap? Daripada KRU Studios, mempersembahkan filem bertajuk CINTA KURA KURA, sebuah filem Nizam Zakaria. Dibintangi Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8. Sebuah romantik komedi era baru. Akan datang 1 Mac 2012.


Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.



Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...