Akan Datang!

Wednesday, August 27, 2014

Review: Godzilla

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gareth Edward
Pelakon | Aaron Taylor-Johnson, Ken Watanabe, Elizabeth Olsen

Aku harus cakap yang filem arahan Roland Emmerich yang tayang tahun 1998 tu far way better dalam deliver dia punya plot, dan lebih tenang dan menarik untuk sebuah filem menghiburkan. Malangnya, Gareth Edward ni, sudah pergi lebih dari tu dan berjaya membawa satu versi Godzilla yang sangat lebih baik seolah olah ‘benda tu’ benar benar sebuah makhluk hidup yang betul betul menggerunkan, dan juga kuat! 

Godzilla kali ni nampak tembam dan ‘banyak air’ kat perut. Mungkin dia banyak menyelam sambil minum air kot. Tapi, apapun, creature tu dalam filem ni nampak hodoh dan tidaklah menarik langsung. Malah, nampak seperti filem versi Jepun yang menggunakan manusia berkostum cuma kali ni guna CGI. I’m sorry, dalam hal ni, versi Roland Emmerich lebih kemas. 

Oh, okay! Nak kata mana satu lagi hebat, Godzilla versi kali ni, jujurnya secara peribadi far way better dari filem yang sebelum ini. Remake kali ini lebih berat, lebih jauh dalam menjadikan Godzilla sebuah makhluk yang disanjung. Ya, kalau dulu, Godzilla ni penjahat. Sekarang, dia ialah ‘god’! 

I love this movie! Mungkin secara peribadi juga, inilah filem kaiju paling real sejak dari kemunculan Pacific Rim. Godzilla kali ini lebih mendekati realiti, dengan menunjukkan suasana manusia, dan situasi yang lebih menggerunkan apabila gigantic creature berada satu dunia dengan manusia. Setiap benda yang berlaku digambarkan dengan sempurna sehinggakan kita percaya ianya wujud. 

Dari segi plotnya, Godzilla kali ni lebih berat. Aku suka sebab ianya tidak sekadar menekankan drama, dan apa saja yang nak dicerita. Filem kali ni, lebih unpredictable sehinggakan setiap detik ialah sebuah masa untuk menduga. Aku harus katakana cerita Dave Callaham ini sebenarnya membentuk sebuah pengalaman seram dalam sebuah filem monster. 

Godzilla tidak menghiburkan. Yup. Apa yang ada ialah sebuah suasana horror yang tercipta dalam situasi cemas yang direka. Watak yang ada dalam filem ni juga tidak sepenting apa yang mahu disampaikan iaitu situasinya sendiri. 

Aku tak nafikan screenplay Max Borenstein berjaya! Malah lakonan Aaron Taylor-Johnson dengan Ken Watanabe, walaupun mereka sebenarnya tidaklah nampak macam penting sangat berjaya menyuntik sebuah cerita manusia yang sempurna dalam filem ni. Kita disajikan dengan cerita yang survival yang mengejutkan dan juga kuat! 

Oh, tahniah kepada pengarah ini yang berjaya membentuk sebuah filem Godzilla yang ada aura. Aku suka part kemunculan Godzilla yang disembunyikan sehingga masa yang betul betul tepat. Dan, menyaksikan makhluk seakan akan seperti dalam filem Cloverfield tu mungkin sedikit mengecewakan. Nampak tak original, but ya, acceptable! 

Dark, mind blowing, unpredictable! Pengarah visionary ni mungkin berjaya menarik penonton untuk menyanjung Godzilla sebagai ‘god’! Godzilla ada rasa seram dan rasa realnya yang tersendiri. Dengan babak babak yang sangat menakjubkan, aku rasakan Godzilla antara filem kaiju yang hebat dalam ceritanya yang tersendiri. Hail, Godzilla! 

4.5/5

Review: Pengantin Malam

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Farid Kamil, Nora Danish

Ibarat sebuah filem copy paste, dan idea tampal tampal yang tidak sempurna langsung. Pengantin malam umpama sebuah filem yang ditempel temel dan kemudiannya membentuk sebuah filem seram panjang yang tidak berjaya memberikan perasaan baru pada plotnya. Namun, aku harus akui yang Eyra Rahman ada rohnya tersendiri dalam menghasilkan filem seram. Cuma, Pengantin Malam masih belum sampai ke tahap sepatutnya. 

Pengantin Malam tidak berjaya untuk bercerita. Apa yang ada hanyalah penutup saji yang menutup makanan dengan pelbagai corak seram yang berantai. Lepas satu satu, lepas dua dua, lepas tiga tiga, kiranya seramnya sepanjang masa. Tidak ada cerita yang betul betul kuat apabila Pengantin Malam hanya berbekal dengan moment seram yang mengejutkan penonton dengan gaya biasa dan boleh diagak. 

Eyra tidak mampu untuk memberikan kekuatan kepada penceritaan Pengantin Malam. Seperti filem yang ideanya dicopy pasta dari filem filem luar, Pengantin Malam tidak ubah seperti filem What Lies Beneath versi Eyra. Malah, beberapa moment seram filem ni juga diambil dari filem seram luar, paling jelas ialah adegan selimut yang menjerut tu, dari filem The Apparation!

Apa yang korang nampak dalam Pengantin Malam bukanlah sebuah cerita. Tapi, apa yang aku nampak hanyalah sebuah koleksi moment seram yang banyak. Pada akulah, dari memerhati moment seram itu, aku akui yang Eyra pandai dalam satu dua moment seram yang menjadi. Walaupun terlalu banyak moment seram yang memberi perasaan menyemak, aku harus akui moment kubur kat belakang kereta tu sesuatu yang ikonik! 

Malah, untuk ending filem, Eyra nampaknya memberikan sepenuhnya untuk adegan Nora Danish dirasuk. Walaupun aku rasakan ending filem ni terlalu ringan, tapi itu sajalah bahagian yang rasanya Eyra tangani dengan sempurna. 

Mungkin Eyra harus singkirkan Nora Danish. Pelakon ni sudah tiada aura dalam filem filem Eyra mahupun MIG. Gayanya tidak mampu untuk mengangkat satu persembahan yang baik. Walaupun aku ketepikan saja keciplakan yang berlaku, aku mengharapkan idea ini ditangani dengan sempurna. Namun, Nora Danish seperti merosakkan segalanya. 

Malah, Pengantin Malam juga seharusnya menjadi lebih sulit dan sukar dari apa yang aku nampak. Melalui apa yang aku tonton, penulisan cerita ni seperti diambil mudah, dengan memenuhkannya dengan dialog dialog yang sangat layu, kuyu, dan juga terlalu biasa untuk sebuah cerita yang bergelar filem. Bayar tiket mahal mahal, dapat gred drama! 

Gagal ditangani dengan baik pada ceritanya, Pengantin Malam ialah satu lagi kegagalan. Namun begitu, aku harus akui pengarah ini berjaya membentuk moment seram yang boleh dikatakan ikonik walaupun ada sesetengahnya kurang menjadi. Apapun, total wasting of time untuk menonton. Namun, bagi yang nak tengok babak Nora Danish muntahkan darah hijau, filem ni untuk anda. 

2/5

Friday, August 22, 2014

Review: Brick Mansion

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Camille Delamarre
Pelakon | Paul Walker, David Belle, RZA, 

Luc Besson akhirnya macam tak ada benda nak dibuat, lantas, dia teringat nak rewrite semula Banlieu 13 yang pernah popular dalam bahasa French suatu ketika dulu. Pelik benarlah, buat apa nak remade something yang sudah ada? Ah, mungkin tak ada cerita lain untuk paparkan seni Parkour yang dimiliki pelakon hebat David Belle kot. Apapun, Brick Mansions adalah tribute yang seharusnya ditonton kerana ianya buah tangan terakhir Paul Walker. 

Walaupun penulisnya sama, Brick Mansions tidak mampu untuk memberikan kekuatan filem asalnya. Filem ni nampak cuba untuk lari dari cerita asal, namun sedikit sebanyak kelihatan seperti sebuah filem salin balik yang tidak berjaya. Walaupun pengembangan pada satu dua cerita berjaya mengubah plotnya dan menjarakkan cerita asalnya dengan cerita baru, Brick Mansions tidak mampu mengubah penulisannya yang kelihatan seperti dicincang cantum dengan tidak kemas. 

Namun, tidak mengapalah. Lagipun, apa yang kita mahu lihat ialah bagaimana seni Parkour yang menyebabkan filem asalnya berjaya mampu memberikan satu factor X dalam filem ni. Ditambah pulak dengan Paul Walker yang menghiasi filem ni. Dan kebetulan pula, ini menjadi filem terakhirnya sebelum meninggal dunia dalam car crash. 

Keseluruhan ceritanya, Brick Mansion hanyalah sederhana menghiburkan. Tidak boring, tidak hebat, tetapi sekadar boleh memenuhi keperluan remake. 

David Belle nampaknya tidak menyerlah dalam filem ni. Entah kenapa, aku lihat editingnya kelihatan seperti mahu menutup ruang untuk menyaksikannya berdialog. Malah, aku rasakan dialognya nampak kurang menyerlah daripada filem asal. 

Paul Walker juga, pada lakonannya yang terakhir ini, hanya mampu memberikan lakonan yang sederhana. Walaupun aku agak puas hati dengan lakonan aksinya yang agak memuaskan, dialog dan lakonannya masih tidak mampu untuk menghidupkan Brick Mansions yang sudah mula hilang sengat dari masa ke masa. 

Komedinya, kadangkala tenggelam. Aku tak pasti sama ada aku mahu ketawa, atau dialog itu cuba untuk serius dalam keadaan yang dipaparkan. Entah kenapa, garapan Brick Mansions tidak mampu untuk menandingi filem asalnya yang jauh banyak lebih hebat dari remake ini. 

Apapun, dari plot yang agak kurang memuaskan, ceritanya yang sederhana, dan juga lakonan yang agak biasa, Brick Mansions menjanjikan satu kepuasan iaitu menonton aksi. Memang itulah satu satunya factor x yang membuatkan Brick Mansions tidak membosankan. Tak semua filem boleh diHollywoodkan. Kadangkala yang original perlu kekal sebagaimana asal. MengHollywoodkan filem asal, seperti memberi calar kepada filem asal itu sendiri. 

3.5/5

Review: Divergent

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Neil Burger
Pelakon | Shailene Wodley, Theo James, Miles Teller, Alsel Elgort

Aku sebenarnya dah malas nak tonton Divergent sebab filem ni sebenarnya filem dari novel young adult yang nampak seperti memberikan satu rasa ‘jom pindahkan semua novel young adult ke filem’ oleh Hollywood. Ya, mana tidaknya, setelah Twilight yang muncul sekali setahun, kemudiannya diikuti The Hunger Games yang mengikut formula yang sama, Divergent juga bakal menjadi satu siri filem yang bakal diikuti. 

Malas malas pun, aku gagah tonton. Entah kenapa, apa kekuatannya, apa rohnya pun aku tak tahu, filem arahan Neil Burger ini boleh tahan. Untuk sebuah filem yang memerlukan kepala otak penonton menerima sebuah setting yang fictional sebegini, Divergent berjaya memahamkan dan memberikan rasa logiknya dalam dunia yang fiksyen ini. 

Seperti filem filem young adult yang lain, filem ni dibintangi pelakon yang taklah ternama, tetapi pada aku penonton muda pasti kenal. Mungkin aku ni dah terlalu tua untuk mengenali Shailene Woodley, Theo James dan lain lain sebab mereka ni jarang muncul sebagai karakter utama dalam filem filem yang lebih berat dan mantap! Apapun, tak kenal maka tak cinta ler kan? 

Divergent terbahagi kepada dua bahagian. Mungkin bagi yang membaca bukunya, pasti mereka lebih arif. Namun, bagi aku yang hanya menonton filem, aku rasakan filem ni semacam dua cerita yang sebenarnya tak ubah seperti sebuah siri tv. Ada episod episodnya dari masa ke masa yang sebenarnya memberi ruang untuk ceritanya berkembang, dan ya, memberi rasa untuk menunggu sekuelnya. 

Kita mengikut watak Tris dalam sebuah kehidupan yang agak fiksional daripada kepala otak geliga Veronica Roth. Walaupun kalau nak fikir logik, golongan tersebut sangatlah tidak wujud dalam dunia ini, setting karakternya menjadi dan dengan setting inilah, ceritanya dan masalah terjadi. Separuh masa pertama mungkin sekadar biasa biasa sebab memberi peluang kepada karakter Tris untuk dikenali, difahami dan diadili. 

Separuh masa kedua, dimana masalah sebenar tercipta, itulah dimana Divergent mencapai tahap orgasmnya yang tersndiri. Saat masalah mula tercipta, aku mula rasa semangat untuk menonton mula membesar dan tetiba rasa seronok nak tonton sampai habis. Aku ingatkan ceritanya kecil, tipikal dan biasa biasa, tapi rupanya ceritanya membawa keseronokan yang tersendiri. 

Bagi yang nak filem yang berat, Divergent mungkin akan sedikit kurang memuaskan sebab filem ni memang aim kepada remaja. Aksinya pun sedikit kurang memuaskan, namun, plotnya mungkin kekuatan yang ada. 

Kalau nak diberikan rate, filem ni jatuh kepada filem yang bisa ditonton. Seronok dalam perjalanan cerita dan kejutannya walaupun babak perjalanan Tris kelihatan lebih berat daripada masalah masyarakat yang nak dipaparkan. Divergent bukanlah ajaib atau hebat, tetapi untuk sebuah pengalaman drama yang sesuai untuk remaja, filem ni memuaskan untuk generasi yang disasarkan. 

3.5/5

Eksklusif: Pesawat Bawa Jenazah MH17 Buat 'Air Turn-back' Sebelum Mendarat

Menerusi laman Flightradar24, anda sebenarnya dapat melihat pesawat yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 telah membuat air turn-back di ruang udara bersebelahan Slim River dan kemudian berpatah balik di Longkap sebelum meneruskan semula perjalanan ke KLIA. 



Pesawat MAS6129 ini mungkin berbuat demikian untuk tiba tepat pada masa yang ditetapkan seperti yang dirancang. 

Berikut ialah flight path pesawat MAS6129 yang selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang, Selangor.

sumber: flightradar24

p/s: admin mengucapkan takziah ke atas semua keluarga mangsa yang terlibat. moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Friday, August 15, 2014

Review: The Expendables 3

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Patrick Hughes
Pelakon | Sylvester Stallone, Arnold Schwarzennegger, Jason Statham, Mel Gibson

Walaupun kali ini, filem yang dibintangi pelakon veteran Stallone ini bakal menggabungkan pelakon yang lebih ramai daripada gabungan superhero dalam The Avengers, filem ketiga The Expendables ini sebenarnya tidak mampu berganjak dari apa yang dikatakan sebagai biasa. Filem ni ada sesuatu yang baik, namun, garapannya tidak mampu untuk memberikan sesuatu yang lebih baru dari pembaharuan ‘gabungan’ pelakon sedia ada. 

Aku akui yang dengan membandingkan The Expendables 2 dengan yang ini, filem ni lebih yakin dalam membina naik turun ceritanya. Dalam filem kali ni, Patrick Hughes yang mengambil kerusi pengarah dari Stallone nampaknya memberikan sesuatu yang lebih gelap. Dari permulaan filem, hinggalah habis filem, kita disajikan dengan set set yang melambangkan total catastrophe yang bakal disajikan. 

Malah, filem ni, yang mana dibintangi jejaka jejaka pojaan dunia ini, seperti Stallone, Schwarzennegger, FordStatham, Gibson dan ramai lagi ini sebenarnya amat berani untuk membentuk sebuah renunion caranya tersendiri. The Expendables 3 adalah satu tribute pelakon pelakon aksi veteran yang sangat mengujakan dari auranya. 

Malangnya, kalau nak dikatakan daripada keseluruhannya, apa yang apPatrick Hughes bagi hanyalah sedikit daripada segala galanya. Filem ketiga ini nampaknya kelihatan jelas seperti sebuah filem gred B yang mempunyai pelakon gred A. Garapan pengarah ini memberikan rasa yang agak kaku, tidak memberi peluang untuk merasa aksi dengan lebih dalam, dan tidak berjaya membawakan sebuah jiwa yang baru. 

Filem ni yang lebih nampak bersifat peribadi, yang bertitik tolak dari keputusan Barney setelah berjumpa Stonebanks nampak dipenuhi emosi jejaka yang pada aku sampai. Namun, apabila pemberatannya lebih kepada aksi lasak yang dilakukan pelakon yang ramai, filem ni tak ubah seperti sebuah permainan video yang dikawal oleh Patrick Hughes. Tak ada cerita yang tough, yang ada hanyalah aksi yang lasak dengan CGI yang lemah! 

Tabik spring kepada Antonio Banderas dalam lawaknya yang mampu memberi rasa baru. Namun, aku masih rasakan karakternya tidak mampu menampung banyak kelemahan filem ni. Paling ketara, ialah dialog dan ceritanya yang mendatar. Tersangatlah mendatar sampaikan apa yang aku nampak, hanyalah sebuah filem yang tidak ber’getar’. Macam drive di jalan rata. Tanpa rasa tapi seronok. 

The Expendables 3 sebenarnya cuba untuk membawa generasi baru, dalam sinisnya Stallone sebagai penulis cuba untuk berkata ‘jom, akhirnya dah sampai masa untuk kami bersara’. Tetapi, mereka akhirnya berkata ‘no lah, kami tua, tapi kami masih mampu beraksi!’. Dan itulah apa yang anda akan dapat dengan The Expendables 3. 

Ok, pada aku The Expendables 3 hanyalah sebuah filem aksi yang walaupun letupannya gah, namun hanya mampu digelar filem Gred B. Penataan Patrick Hughes amatlah tidak mampu untuk memberikan filem ni kekuatannya yang tersendiri. Mungkin bagi peminat filem aksi, aku rasa seronok melihat reunion berganda dalam filem kali ni. Dan disebabkan itulah, aku rasa pejam mata sebelah lah melihat plot yang digarap dengan mendatar itu. Biarlah reunion menjadi reunion. 

3/5

Sunday, August 10, 2014

Novel: Trilogi Syahadat Cinta (Taufiqurrahman Al-Azizy)

Novel ni tak lebih dari menekankan unsur ugama macam novel agama lain. Ibaratnya, korang membaca sebuah kitab agama tetapi disampaikan dalam format penceritaan. Dan sekali sekala terhibur dengan ceritanya, maka manfaatnya juga didapat. Syahadat Cinta ini ada dalam satu kompilasi trilogy. Justeru, membaca ketiga tiga trilogy serentak seumpama memenuhkan ruang otak dengan ilmu agama secara santai. 

Taufiqurrahman Al-Azizy nampak pandai membawa cerita dengan momentumnya tersendiri. Novel ini tidak hanya sekadar cinta biasa. Penulis bijak memaparkan suspensnya, juga dengan pelbagai persoalan agama melalui watak utamanya, seorang lelaki kaya yang mahu belajar agama. Nah, inilah yang menyebabkan tiga buku tercipta. Sebuah watak ‘freshie’ yang memberikan satu sisi baru novel agama. 

Membaca Syahadat Cinta, dari buku pertama hingga buku terakhir memberikan korang cerita cinta yang biasa. Persoalan tentang poligami semestinya dibincangkan. Namun, penulis bijak memaparkan masalah agama dalam setiap sudut masalah yang dibina. Malah, cerita di kubur, tak silap aku dalam buku kedua, adalah satu momen yang fiksi tetapi hidup. Sangat hidup! Rekomendasi bagi yang mahu mencuba. 

4/5

Tuesday, August 5, 2014

Review: CEO

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Razaisyam Rashid
Pelakon | Beto Khusairi, Remy Ishak, Christine Suzanne

Kau tahu, filem ni lebih cun dari Karipap Karipap Cinta, lepas dapat tahu yang penulis novel catchy tu yang menulis skrip cerita ni. CEO nampak macam kelibat filem biasa yang tak ada taring, tapi sekali layan baru aku dapat rasa yang filem ni dibikin oleh orang yang benar benar tahu tentang filem. Ada kuasa yang menunjukkan filem ni seharusnya menjadi ‘cikgu’ kepada filem lawak popular Adnan Sempit. Ya, inilah cikgu kamu, ‘Adnan Sempit’. 

Itu cina punya filem, yang ada itu Shaheizy Sam punya pelakon, sama itu Yana Samsudin, seharusnya menjadi sebegini. Inilah yang dikatakan sebuah komedi yang benar benar tahu komedinya. Tidak slapstick, tidak mengada ngada, cukup rasa, dan permainannya nampak ringan tetapi boleh terapung dengan situasi yang santai. CEO sah sebuah filem komedi yang punya kelainan, dalam ayat biasa. Ayat aneh sikit, macam coklat Cadbury. 

Bijak, kelakar, dan inovatif. CEO membuktikan yang filem korporat mampu menerima layanan komedi cara mereka. Apa yang Adnan Sempit 3 buat, tak silap aku, hanyalah macam hingus meleleh. Dan CEO, dah lap menjadi wajah yang centik. Filem komedi korporat yang tahu apa yang seharusnya diberi, tahu seharusnya penonton mahukan. Tahniah, Razaisyam Rashid. 

Kau tahu, Remy Ishak tidak berada pada tahap meluat seperti dalam Cun. Gayanya, cukup cukup rasa, lawaknya pula ada feel, dan tahniah pada skripnya yang bagus, beserta juga dialog yang sangat kena. Beto pula, amatlah cantik karakternya, dengan lakonannya yang selamba bersama gandingan gigirlnya Christina Suzanne, memberikan satu rasa kebudak budakan yang kena gaya. Bulls eye! 

Bagi yang rasa tak percaya, filem CEO hanyalah filem yang simple. Cerita si kaya jadi si miskin tetiba. Si miskin pula jadi si kaya tiba tiba. Dua kehidupan yang pada masa yang sama mengungkap sebuah perjalanan hidup. Dan cerita ini mengingatkan aku kepada filem Hollywood yang ringan dan tidak memerlukan kita untuk pecah kepala tetapi mampu untuk pecah urat perut untuk ketawa dengan gayanya. 

Aku tak nafikan, setiap babak dalam filem ni tidak ada pun yang macam bawang goreng yang sengaja ditabur atas nasi goreng untuk sengaja kasi hiasan. Setiap babaknya, ada lawaknya tersendiri. Berantai pula tu. Dan ianya pertama kali aku gelak, hanya dengan menonton lawak yang berulang ulang tapi dalam situasi yang berbeza. 

Oh, jatuh cinta dengan filem ni. Alangkah baiknya kalau filem macam nilah yang menghiasi industry. Ini lawak yang tidak kosong, tidak syok sendiri, dan tenang dalam penyampaiannya. Oh, CEO, ruginya tidak menonton di pawagam! 

Adnan Sempit dengan sedikit sentuhan yang mengingatkan aku kepada Hollywood dan French! Itulah CEO. Dan aku tak rasa bersalah jika aku kata, siapa sajalah yang memegang genre komedi, dan sedang membikin filem komedi yang syok sendiri untuk ditayang dipawagam, untuk belajar dengan mamat yang bikin filem ni. Karya ringan, komedi yang cantik. Ternyata, komedi yang seringan ini, bukanlah diambil ringan ketika skrip dibikin. Tahniah untuk CEO! 

4.5/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...