Akan Datang!

Saturday, November 21, 2015

Review: The Hunger Games - Mockingjay Part 2

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Donald Sutherland

Mana penghujung yang sangat mendebakan dan epik tu ? Itu yang menjadi persoalan apabila selesai sahaja aku menonton The Hunger Games: Mockingjay Part 2. Aku bertanya soalan tu bukan kerana aku rasakan aku tak faham. Tapi, aku bertanya kerana sebagai sebuah bahagian akhir kepada siri The Hunger Games, aku tidak jumpa satu penghujung yang betul-betul meyakinkan dan juga berat untuk membuatkan penonton rasa sebak meninggalkan trilogy yang sudah berakhir ini. 

Sedikit kecewa. Itulah yang aku dapat luahkan apabila menonton Mockingjay Part 2. Bahagian yang seharusnya menjadi sangat epik dalam perjalanan Katniss dan Peeta ini memang gagal untuk menghabiskan ‘permainan’ yang bermula dengan gempak dan membuatkan penonton puas. Justeru, aku hanya mampu lega yang aku berjaya menghabiskan sisa penontonan siri The Hunger Games walaupun gagal mendapatkan rohnya yang sebenar. 

Apa yang aku jangka dari Mockingjay Part 2? Senang sahaja. Sebagai sebuah buku yang dibelah dua, seperti Twilight misalnya, aku mengharapkan skripnya dan ceritanya seharusnya lebih kuat dan bersemangat dalam bercerita. Maklumlah, menjadikan sebuah buku kepada dua filem bukan sebuah perkara mudah. Apabila Twilight berjaya melakukannya, The Hunger Games pula berada di pihak yang gagal. 

Mockingjay bermula dengan baik. Aku hanya mahu melihat Katniss itu bangkit dan membawa kepada adventure yang lebih baik. Keyakinan Katniss seolah-olah terselindung dengan pelbagai masalah yang nampak naik turun sekaligus menghalang Katniss dari menonjol. Aku sendiri kurang memahami kenapa Katniss seperti berada di belakang ‘permainan’ sedangkan dia seharusnya lebih menonjol. 

Adventure apabila geng Katniss sampai je kat Capitol nampak energetic . Cuba untuk membandingkannya dengan The Maze Runner, ya, Hunger Games dah mula kalah. Namun, aku rasakan bahagian-bahagian itu sahaja sehinggalah diserang mutan itu adalah momen-momen yang mendebarkan dalam filem ini. Selebihnya, sehinggalah pembunuhan beramai-ramai itu hanyalah pelengkap sahaja. 

Ending filem ini nampak tergesa-gesa. Mungkin bagi yang bakal menonton, jangan melepaskan saat-saat akhir filem sebab ianya sangat confusing kalau korang miss. Ending filem ni macam bullet train tetapi korang tak rasa pun keindahan sebuah ending yang epik. Bila ending tu jadi, aku macam cakap ‘tu je ke?’ dan cerita pun berakhir. Kasihan. 

Nampaknya The Hunger Game: Mockingjay Part 2 berakhir dengan sisa-sisa yang tidak mampu untuk membuatkan aku rasa kagum. Ya, aku terima sahaja filem ni sebagai penutup tetapi aku rasakan Katniss harus lebih gah dan epic daripada sekadar hanya berbekalkan panah dan busur serta emosi macam orang tengah haid. Huh! 

Capitol dan seluruh isi alamnya nampaknya terpaksa menerima semuanya yang terjadi. Aku juga nampaknya terpaksa menerima walaupun sedikit kecewa dengan pengakhiran ini. Sungguh, aku mahukan sebuah pengakhiran yang gah dan mampu buat aku teresak-esak meninggalkan dunia Panem. Tapi, malang sungguh, aku sedih sebab Twilight lagi best Part 2nya dari The Hunger Games. Kasihan. Sob3. 

3/5

Friday, November 6, 2015

Review: Spectre

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Sam Mendes
Pelakon | Daniel Craig, Christoph Waltz, Lea Seydoux

Selepas beberapa filem Bond lakonan Daniel Craig yang agak berat dan percubaan untuk reset semula atau kemaskini franchise Bond, akhirnya Bond lakonan Daniel Craig sudah sampai fasa matang. Aku merindui Bond yang ada satu misi dalam satu filem seperti dulu-dulu macam Pierce Brosnan dan sebelumnya. Semenjak Daniel Craig ambil alih, filem Bond lebih heavy dan lasak dan aku menantikan filem Bond yang ringan dan sedikit fictional. 

Yup! Spectre memenuhi keperluan itu. Tidak seperti Skyfall yang memberatkan kisah peribadi dan latar belakang Bond, Spectre cuba untuk bermula dari hitamnya Bond dan kemudian memberikan sebuah kisah yang sedikit ringan dan ada kontinuiti dari filem sebelumnya. Tetapi, kalau korang langkau dari menonton Skyfall, memang korang akan blur lah sekejap sebab Spectre berkait rapat dengan filem Bond Daniel Craig yang lain sebelum ini. 

Spectre ni macam filem Bond yang muda. Filem Bond yang sudah ada pertukaran pemain yang sangat-sangat banyak, bersama dengan kesegaran watak-watak baru. Ben Whishaw dengan watak Qnya. Pastu dengan watak M yang baru. Semuanya menjadikan Spectre nampak muda pada kehadiran watak-watak yang berganti pemain ini. Itu bagus. Segar! Malah, ada kemunculan watak villain yang ikonik dalam filem Bond yang sudah lama x muncul, Ernst Stavro Blofeld.

Filem kali ini memang pantas dengan aksi-aksi yang luar biasa. Walaupun ianya bukanlah sebuah filem yang ada aksi non-stop, aku rasa peminat Bond akan puas hati kerana filem ni tidak lagi bermain dengan keseriusan melampau macam dalam filem-filem Bond sebelum ini. Filem Spectre diadun dengan Bond yang control macho seperti biasa, komedi sikit, dan juga villain yang sanggup lakukan apa sahaja! 

Oh, aku cukup suka Bautista dalam filem ni. Walaupun dia muncul tak banyak pun, dalam dua babak aksi kalau tak silap, dia ni sudah seperti pencuri perhatian. Malang masa dia di skrin tak cukup lama. Tapi, puas hati apabila Oberhauser juga akhirnya mengambil semula peranan villain di akhir cerita. 

Aku juga cukup suka setting Bond kali ini. Dari tempat-tempat di seluruh dunia, sehinggalah tempat yang macam aku rasa ‘oh, ini wujud ke?’, semuanya memang ohsem. Malah, aksi dalam filem kali ini juga lebih panjang dan juga melampau. Aku rasa korang yang minat aksi dan merasakan filem Bond yang sebelum ni macam gagal je nak puaskan korang, nah, Spectre dah packed aksi-aksi gempak yang paling best untuk korang tonton! 

Tarikan filem ni pada aku ialah pada opening scene. Dalam babak pembukaan, pengarah Sam Mendes menggunakan ‘continuous shot’ dalam memperkenalkan Bond. Ianya sangat menarik. Dah la pembukaannya dah menarik, pastu trus pula kepada opening action yang memang mengujakan. Memang aku rasa inilah pembukaan filem Bond yang sangat best sekali. Terbaik boh! 

Kasihanla pada si Monica Belluci, aku ingatkan dia ni akan jadi gadis Bond. Tapi kan, rasa geli lah juga kalau si Monica yang umur dah 50 lebih ni jadi Bond girl for the whole movie. Rasa macam sia-sia sahaja kemunculannya dalam filem ni. Terlalu kecil masanya untuk dinikmati. 

Kalau nak cakap pasal watak Bond pula, aku rasakan inilah watak Bond paling best dalam siri filem Bond lakonan Daniel Craig. Bond dah pandai buat lawak sekali sekala, dan kadangkala wataknya nampak longgar dan tidak terlalu terikat dengan karakter. Aku suka dialog-dialog yang dituturkan, dan juga setiap konfrontasi Bond dengan penjahat yang ditulis dengan baik. Oh, love storynya juga bagus! 

Senang cakap, filem Bond kali ni memang action-driven. Kalau korang rasa menyesal tonton Skyfall sebab aksinya macam biasa-biasa je, tonton Spectre dan korang akan berjaya gain semula rasa percaya korang terhadap aksi-aksi lasak filem Bond. Even takde lagi gadget canggih yang berlambak macam dulu-dulu, filem Bond kali ini memang bakal memuaskan korang yang mendambakan filem Bond yang mirip dengan Bond dulu-dulu. 

4.5/5


suka baca novel FIXI, LEJEN PRESS, BUKU HITAM, DUBOOK PRESS dan PTS??
untuk senarai buku: klik sini
whatsapp 0199960461 untuk order! 3 buku RM50 termasuk pos (semenanjung sahaja) untuk FIXI, LEJEN PRESS dan BUKU HITAM!
like fanpej : klik sini
follow insta : klik sini
follow twitter : klik sini

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...