Disebabkan buku itu sudah sold out, dan ramai yang minta untuk memuat naik cerpen admin yang pertama, maka berikut, admin sajikan cerpen admin yang membawa admin ke bidang penulisan.
Ini ialah edisi tanpa edit. Beberapa kesalahan ayat dan juga tanda baca harus diabaikan.
Hidup aku tak macam orang lain. Lebih simple,
aku bandingkan dengan jiran akulah. Tiap tiap malam saja, tenang saja. Kosong
tanpa bunyi. Dari jendela rumah aku, kedengaran bunyi rancangan tv dimainkan.
Malam ini mereka mainkan channel yang sama.
Ada rancangan sci-fi kegemaran di skrin tv cabuk yang tersengguk di sudut
bilik.
Aku tak ada mood nak menonton. Lalu aku berada
di sini. Di tepi jendela tingkat dua rumah orang kaya, memerhati ke sebuah
rumah kecil di sebelah. Seronok. Tenang. Tanpa bunyi. Aku impikan keluarga
seperti mereka. Namun, aku tak rasa aku mampu jadi seperti mereka. Sebab aku
adalah aku, mereka adalah mereka.
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah itu dah biasa aku dengar.
Mala mini kaca itu pecah lagi. Nasib baik pinggan kaca itu hanyalah barang tepi
jalan. Jadi, sekali ianya pecah, boleh saja dibeli lain.
Praaaanggg!!!
Bunyi kaca pecah sekali lagi. Aku buat tak
endah sebab aku tahu…
Praaanggg!!!!
Bunyi kaca pecah kedengaran sekali lagi!
Back to the Future di siaran tv tidak habis
lagi ditayangkan. Namun, malam ini aku tidak ada mood untuk menonton.
Tak perlulah aku beronomatopoeia
berkali kali sebab bunyi itu terlalu biasa. Kaca pecah. Pintu dihempas deras!
Semuanya dah jadi ayat lazim bagi telinga aku. Malah, aku boleh menghafal
tayangan drama radio privasi itu setiap malam.
Itu bukan radio. Tapi aku gelarkan radio sebab
aku akan berada di dalam bilik aku sendiri sambil mendengar bunyi tanpa melihat
wajah. Sambil mata aku mengintai jiran sebelah, telinga aku menangkap bunyi
bising itu setiap malam.
Jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Hari ini
aku tidak ada apa apa kerja yang hendak dilakukan. Biasalah, penganggur
berijazah katakan. Malam masih muda, tapi aku rasakan malam yang muda tak mampu
buat mata aku terbeliak untuk terus hidup. Mengantuk!
Warrrrghhhh!!!!!
Lantas jendela aku tutup!
Langkah kaki aku berderap diatur langkah.
Berjalan setapak demi setapak mengikut rentak mata yang sudah mengantuk. Mata
memfokus ke arah katil yang sudah bersedia mendakap.
Dan aku rebahkan diri walaupun bunyi bising
itu masih belum berhenti.
Ah, lantaklah!
….
Pagi esoknya, aku lakukan tugas biasa. Mandi,
kemudian keluar dari rumah tanpa sarapan dan berjalan di kaki lima. Kenderaan
berulang alik tak henti henti. Mengejar masa.
Ada ke
tempat kerja.
Ada ke
sekolah.
Pelbagai
tempat. Pelbagai ragam. Pelbagai sifat.
Aku
pula, sambil beg digalas, dengan berbaju tshirt, berseluar jeans, aku berjalan
malas menuju ke arah tuju.
Tak ada
apa yang luar biasa hari ini.
Kaki aku
sampai ke destinasi…
Tok!
Tok! Tok!
Tak ada
respon. Perkara biasa. Aku terus menunggu di hadapan pintu. Tiba tiba, pintu
itu terbuka dengan sendiri. Bukan sendirinya ia terbuka, sudah tentu tombolnya
terlebih dahulu dipulas oleh Cikgu Taim.
“Ah
selaymat daytang, Angus..weylcome.. caum moon eeiin..”, doktor yang belajar di
luar negara selama setahun itu berdiri di hadapan pintu. Tersenyum riang
melihat aku di situ.
Tanpa
banyak tanya, aku terus masuk ke dalam rumah.
Macam
biasa, bau bau cairan kimia nampaknya menusuk hidung. Seperti kelmarin,
kelmarin dulu, dan juga hari ini, itulah bau bau yang memenuhi ruang rumah
Cikgu Taim.
Oh, ya!
Aku
sebenarnya bukanlah penganggur sepenuh masa. Aku sebenarnya bersahabat baik
dengan cikgu aku ini yang aku sudah kenal semejak dari sekolah. Cerita cikgu
yang pernah mengajar kimia pada zaman aku bersekolah ini agak best! Dia ibarat
Einstein! Namun, disebabkan pengetua agak jeles dengan penemuan penemuan baru
yang tidak berkaitan dengan silibus yang diajar di sekolah, cikgu Taim
dipindahkan ke sekolah lain.
Pindah
sekolah pun perkara sama terjadi. Lalu, disebabkan malas menjadi barang tolak
sana sini, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti dan menjadi saintis sepenuh masa.
Dia
menyambung pelajaran di sebuah universiti di luar negara selama setahun dan
kemudiannya pulang dan menetap di kawasan perumahan aku. Aku kenal dia sebulan
lalu apabila kami terserempak di sebuah kedai rojak.
Dan
bermulalah kisah aku dan dia... ewah..
“Hawww
areee youu tudeiii?”
“Fain,
macam biasa. Orang tua tu tak habis memekak.”
Cikgu
Taim menutup pintu dan bergerak mendekati aku.
“Everei
day proong preeng proong preeng..
Peliks.. Mereyka tak letih ke??”
“Taks
adew yang peliks... eh.. tak ada yang pelik.”, kata aku yang agak kecewa dengan
keadaan yang aku alami sekarang.
“Bertheneangg..
everytink wil bi solv... Bertheneanggg..”
“Kalaulah
aku dapat undurkan masa... tapi tu semuanya mengarut.”, kata aku sambil
memandang beberapa gadget yang baru dicipta oleh cikgu Taim di atas meja.
Cikgu
Taim diam. Aku dapat rasakan dia telah terfikir sesuatu. Biasalah, macam drama
tv yang aku selalu tonton di kaca tv tiap tiap petang.
Ya,
memang cikgu Taim ada fikir sesuatu. Pasti, dalam fikiran aku pula, dia ada
gadget yang boleh membantu aku.
“Marrrie..”
Cikgu Taim mengajak aku ke satu sudut
rumahnya.
Aku
hanya menurut. Muka mencuka.
Di
hadapan aku ada sehelai kain hitam yang menyelaputi satu benda yang tidak
diketahui. Tetapi, dari pengamatan aku, aku dapat rasakan benda ini memanglah
besar. Apakah benda itu, aku tak dapat nak agak.
“Apa
ni?”
“Mai
neuuu invensyiioon..”
“Kelmarin
tak ada pun?”
“Kewlmareen
is not yeour birtdeeyy kan?”
Oh my
Allah!!! Hari ini birthday aku. Alamak. Aku sendiri terlupa. Bagaimana cikgu
gila ini boleh pula mengingatinya. Dua orang tua itu pun tidak pernah ambil
tahu. Oh, aku sangat terharu. Terus wajah aku bertukar ceria.
“Oh..
shhh...”
“Ah, ah,
ah.. main yor word heh..”
Tegas
cikgu Taim memotong kata kata aku. Aku sebenarnya dah terbiasa untuk menyebut
perkataan taboo itu bila aku teringat sesuatu. Lantas aku kawal diri! Sabar!
“Yew
olredi mek a wish jas nawww... Now... aii introdiusss yu...”, tangan cikgu Taim
memegang hujung kain.
Aku
berdebar debar..
....
Mata aku
kelabu. Kabur!
Terdengar
bunyi kereta lalu lalang. Sibuk. Aku hanya diam tak bergerak. Aku masih belum
tahu aku di mana.
Apa yang
aku ingat, berdasarkan basikal mini yang rebah di hadapan aku, aku terjatuh
dari basikal di hadapan aku dan tersembam ke atas rumput hijau. Mungkin itu
yang terjadi. Entah! Aku tak ingat.
Aku tak
ingat apa apa!
Aku cuba
untuk mengingat satu cebisan yang aku rasakan amat penting sebelum mata aku
kabur. Namun, setiap kali aku cuba ingat, kepala aku seperti ditindih batu
bata. Berat! Seperti mahu pecah!
Ada satu
nama yang aku cuba ingat. T... t... t... arrrghhh!!!!!
Aku
tenangkan diri. Ada orang lalu lalang, tetapi tak ada siapa pun pedulikan aku.
“Arggh..
sakitnya..”, lutut aku rasa gatal. Rasa itu kemudian bertukar kepada pedih.
Makin lama aku tahan, pedih itu menyucuk nyucuk.
Aku cuba
bangun. Ya, pasti tiada apa apa bahagian badan yang patah. Cuma pedih akibat
luka saja.
Lantas
aku menghala ke basikal mini di hadapan aku. Basikal aku itu aku pegang dan
tegakkan. Lantas aku tolak perlahan lahan mengikut laluan pejalan kaki yang
disediakan.
“Hey!!
Itu basikal saya...”, tiba tiba kedengaran seorang gadis menjerit dari hadapan
jalan. Aku menoleh.
“Basikal
saya!!! Jangan ambil...!!!!!”, jerit gadis itu lagi.
Basikal
yang aku pegang ini basikal dia? Pelik! Ini basikal aku. Aku ingat lagi,
basikal itu ada di hadapan aku. Jadi, akulah yang terjatuh dari basikal itu.
Ini
basikal aku!
Aku
menunggu. Gadis itu nampak berbeza. Nampak seperti gadis di dalam potret potret
lama yang tergantung di dinding dinding rumah aku. Potret ibu aku yang...
Tunggu
sekejap!
Potret
ibu aku? Tunggu sekejap. Dunia ini lain. Baru aku perasan. Kenderaannya! Macam
cerita P. Ramlee!
Gadisnya..
berkaca mata besar! Macam cerita hitam putih. Bersanggul!
Tunggu!
Ada
sesuatu yang tak kena...
Kepala
aku rasa pening lagi. Lantas aku rebah di bahu jalan. Tak ada siapa menolong.
Basikal mini iku jatuh semula ke tepi jalan.
“Hei,
pencuri! Kenapa ambil basikal saya..”, tanya gadis itu lalu mengambil basikal
mininya.
Aku
tidak mampu menjawab. Kepala aku masih pening!!
“Hei,
kamu ok?”, gadis itu kelihatan curiga dengan keadaan aku.
Tiba
tiba, pening aku hilang.
Aku
terus bangun. Berdiri menunjukkan kelelakian. Matlamat aku, aku mahukan basikal
mini itu kembali.
“Kenapa
kamu berpakaian lain macam saja... kamu dari mana?”
Pertanyaan
gadis itu lantas mengejutkan satu sudut otak aku untuk mengarahkan mata aku
untuk menunduk.
Oh,
tidak!
Pakaian
aku, dan lelaki lelaki lain di sekitar berbeza sekali. Tiada seorang pun aku
nampak memakai pakaian sebegini di sekeliling.
Apa
sudah jadi!
“Saya...
minta maaf.. Saya ingat itu basikal saya...”, lantas untuk tidak merumitkan
keadaan, aku terus meminta maaf.
“Kamu
dari mana ya? Pelik sangat cara kamu berpakaian...”, tanya gadis itu lagi.
Saat itu
otak aku mencetuskan cebisan puzzle yang tertinggal. Baru aku teringat mesin
hadiah hari lahir aku dari cikgu Taim itu telah membawa aku ke sini. Saat itu,
aku teringat juga hajat aku untuk kembali ke zaman dahulu untuk membetulkan
keadaan keluarga aku.
Ini
zamannya! Tahun bila aku tak tahu! Tapi, aku tahu yang aku sudah dihantar
menerusi satu medan yang membawa aku ke sini. Dan, perjalanan aku untuk
membetulkan keadaan pun bermula.
Tapi!!!
Tapi!!!
Di mana
aku harus mulakan...?
Aku tak
tahu ini zaman apa?
Aku tak
tahu bagaimana rupa ibu aku masih muda...!!
Eh,
sekejap! Wajah yang memegang basikal mini di hadapan aku ini sedang merenung
tajam wajah aku. Aku perlu lakukan sesuatu! Aku perlu buat dia pergi dari sini.
Aku tak ingat apakah keadaan yang ingin diperbetulkan. Tetapi, semakin aku cuba
mengingat, semakin banyak memori aku bercantum dan bergabung.
“Kamu
ok?”, tanya gadis itu.
Aku
hanya mengangguk.
“Lutut
kamu luka.”, kata gadis itu lagi.
Aku
diam.
Memori
aku mula bercantum cantum. Dan aku tahu siapa gadis di hadapan aku. Aku kenal
siapa gadis berbasikal mini itu!
“Mak?”
Gadis
itu memandang pelik! Mungkin malas mahu ambil tahu, dia terus berlalu pergi
dengan basikal mininya meninggalkan aku terkontang kanting seorang diri.
Perasaan
ini agak pelik. Bagaimana aku harus lenturkan masa silam yang ditakdirkan
terjadi? Dan bagaimana aku harus kembali ke masa aku semula?
Aku
berjalan ke arah pancur air di tengah taman. Kedua telapak tangan kemudian
mencedok air dan diusap ke muka.
Bagaimana
aku harus betulkan keadaan??
Hati
kecil aku bertanya.
Saat
pantulan wajah aku terukir di air, aku baru tahu sesuatu...
...
...
...
“Aku tak
perlu ubah masa silam untuk ubah masa depan sebab masa depan itu akan terjadi
disebabkan aku. Aku ialah suami mak aku di masa hadapan..?? Oh... shhh...”
Terduduk!
-----------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------