Firstly, aku memang salutelah idea nak bawak Lawak Ke Der 2 ni ke panggung sebab satunya, memang filem ni (yang agak janggal jugak nak digelar filem) telah memecah tradisi filem di Negara kita. Tahniah! For the first time orang tengok persembahan istana budaya di panggung dan membayar untuk ketawa terbahak bahak. Pada aku, Lawak Ke Der 2 tak rugi. Pada yang suka ketawa, pastinya filem ni buat korang gelak tak ingat dunia.
Persembahan masing masing punya jiwa tersendiri. Macam Lawak ke Der yang dahulu lah, persembahan persembahan Jozan, Boboi dan Harith Iskander dipersembahkan berselang seli dengan komedi komedi barunya. Apa yang aku nampak dalam lawak Ke Der 2, Boboi masih tipikal Boboi. Mungkin ada sedikit anjakan yang Afdlin cuba buat malangnya masih tidak dapat menghilangkan aura Datin Maimon dalam Lawak Ke Der satu.
Jozan pula bawak benda yang sama je macam yang dulu. Cuma apa yang ditukar, adalah storylinenya. Dan pada aku, walaupun bermain dengan konsep yang sama saja, lawaknya terkawal dan ceritanya agak baik. Komedinya juga sedikit sederhana dan tidak melebih lebih sangat. Cuma kadangkala saja macam tak berapa nak menjadi bila komedi yang sama diulang ulang berkali kali dalam jarak masa yang agak dekat.
Persembahan Harith Iskandar pulak macam lebih baik dari dulu. Walaupun aku rasakan yang Lawak Ke Der tu macam lagi best, aku rasa persembahan kedua ni, aku nampak macam Harith sudah tahu untuk kembangkan penonton stand up komedinya. Dalam Lawak Ke Der 2, Harith aku lihat banyak gunakan bahasa Malaysia instead of bahasa inggeris. So, orang yang kurang memahami komedi stand up macam ni akan boleh tersenyum senyum dan ketawa dengan sindiran yang diberikan.
Nak cakap yang kepuasan untuk menonton Lawak Ke Der 2 memang tahap gaban punya gelak terutama bila sampai part Jozan. Boboi agak sederhana walaupun pada aku, persembahan kapal terbang redho yang nampak macam kelucahannya terlampau melampau boleh dikatakan menutupi kelemahan persembahan pertama. Mungkin Boboi patut do something different kot dari hanya belakon jadi cross dresser.
Tak banyak nak dikomen dengan Lawak Ke Der 2 sebab ianya hanyalah persembahan pentas. Tak layak kalau aku nak komen dari visual, setting dan segala bagai sebab ini hanyalah persembahan pentas yang hanya ditayangkan di layar besar. Cuma aku nak cakap, Lawak Ke Der 2 mungkin punya lawak yang hebat dan baik. Namun, aku masih rasa visual yang ditonjolkan, I mean rakaman persembahan masih lagi tahap kualiti untuk ditonton di tv.
Next time, harap ada lagilah Lawak Ke Der 3. Sebab daripada bergelak dengan komedi filem yang biasa, penonton boleh menukar selera menonton persembahan yang berlainan dari sekadar wayang. Overall, Lawak Ke Der 2 best walaupun aku rasa agak tak puas hati dengan censorship yang dikenakan. Few babak macam cuba dilindungi kelucahannya dengan tunjukkan visual penonton. Oh my! Amatlah tidak wajar. Mengganggu komedi je!
4/5
No comments:
Post a Comment