Filem aksi terakhir yang dilakonkan Jackie Chan ini nampaknya tidak seperti filem filemnya dahulu. Seperti usianya yang sudah makin lama makin tua, dia nampaknya nampak seperti cuba untuk membuaskan penontonnya, juga para peminatnya dengan apa yang dia mampu lakukan. CZ12, sebuah filem aksi yang ditunggu tunggu nampaknya mungkin mampu memberikan adventure dan komedi gaya Chan, namun, pada aku, ianya tak mungkin dapat menandingi filem klasiknya dahulu.
Dengan sekuel kepada siri Armor of God yang popular suatu ketika dahulu (aku amat suka ending Armor of God II), CZ 12 nampaknya hanya sebuah filem aksi Jackie Chan yang simple dan biasa. Aku nampak dalam filem ini, plotnya nampak simple saja. Dan jika anda perasan, CZ12 nampaknya mengikut format Armor of God, sebab ini dikhabarkan juga dikenali sebagai Amor of God 3.
But, overall aku rasakan filem ini macam biasalah. Seperti mana korang tengok Jackie Chan dahulu, macam itulah juga Jackie Chan sekarang. Cuma, apa yang mungkin lebih hebat dalam CZ12 adalah teknologi yang digunakan dalam filem ini yang lebih advance berbanding filem filem yang dia lakonkan pada 90an terdahulu.
Dalam filem ini, Jackie Chan nampaknya cuba menggunakan sehabis mungkin teknologi untuk membantu kekuatan cerita ini. Hasilnya, wujud scenario scenario yang hebat seperti adegan kapal yang tersepit di celah batu, juga adegan kejar mengejar yang agak cun dan juga adegan akhir yang nampak agak hebat walaupun rasanya dah beberapa kali dipaparkan dalam filem Hollywood.
Arahan Jackie Chan nampaknya still membawakan komedi slapstiknya yang memang hebat. Dia tahu dimana komedi patut diletak, dia tahu apa yang mampu buat penonton gelak. Dan kesemuanya diadun sempurna. Walaupun begitu, dengan peredaran masa, kualiti syot syot nampak macam 90 an punya movie. Malah, suntingan juga nampaknya masih mengambil gaya biasa filem filem Jackie Chan yang 90 an punya.
Apa yang paling menarik di sini ialah filem ini nampaknya menggambarkan satu dunia. Menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina dalam kuantiti yang hampir sama banyak, filem ini juga mungkin dibina sebagai tribute kepada peminat dari seluruh dunia. Lihat saja bahasa Thai, bahasa Perancis, Hindi dan juga beberapa bahasa lain yang diselitkan dalam filem ini. Nampak menarik.
Namun, beberapa aspek nampaknya aku rasakan agak mengecewakan. Satunya, watak Jackie Chan dan kumpulannya nampak tidak saling berhubung dengan baik antara satu sama lain. Aku hanya nampak Jackie Chan dan dirinya dan bukannya kumpulannya yang banyak membantu perjalanan misinya. Tidak ada emosi antara mereka dan tidak ada perkara yang membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat dalam kerjasama.
Keduanya, ceritanya nampak menyelitkan komedi aksi, tetapi pada akhir filem, Jackie Chan cuba untuk menyelitkan emosi kepada penonton untuk bersimpati dengan usahanya menyelamatkan patung tu. Namun, disebabkan tak ada event event yang mungkin boleh mewujudkan emosi itu, adegan Jackie Chan yang kepalanya terhantuk batu itu kosong, walaupun ianya cuba memaksa penonton untuk bersedih.
CZ12 bukanlah sempurna. Namun, sebagai tribute, ianya masih boleh dinikmati. Mungkin akan ada yang kecewa kerana Jackie Chan hanya bertarung dalam satu fighting scene sahaja. Yang selebihnya, hanyalah babak babak aksi yang tidak membawa koreografi aksi tetapi lebih kepada kejar mengejar biasa. Ada beberapa aksi lain yang dibawa oleh pelakon pelakon lain dan bukannya Jackie. Hampa kan? Tetapi sekurang kurangnya, Jackie dah beraksi untuk satu fighting scene pun dah ok.
4/5
No comments:
Post a Comment