Akan Datang!

Sunday, January 20, 2013

Review: Minyak Dagu

Sebagai filem pembuka tirai 2013, memang Minyak Dagu membuktikan yang dia sebenarnya cuba habis baik untuk improve. Mungkin dah ramai orang kata yang dia bikin filem sebab nak untung, sebab tulah improvement dilaksanakan dalam filem ini. Ya, ada banyak peningkatan dari segi kualiti visual dalam filem ini. Malah, skripnya juga memang tahap berbeza dari filem seram yang lain. Minyak Dagu memang ada banyak keistimewaan walaupun ada kekurangan sikit sikit. 

Pertama sekali, apa yang menarik aku nak cerita di sini ialah perubahan total karakter Yana Samsudin. Nah kau, ini adalah karakter rasuk rasuk seram yang agak menguji pelakon ini. Dan pada pandangan aku, walaupun dengan babak babak biasa dalam filem filem MIG, Yana berjaya membuktikan yang dia hebat memegang apa saja watak. Aku cukup suka karakternya yang jauh berbeza dari karakter karakter manjanya dalam filem filem lain. 

Apa yang menarik dalam filem ini, ianya adalah seperti sebuah filem cinta simple dengan perebutan yang mengingatkan aku kepada filem filem rebut merebut aweks di Hollywood. Bukan ianya satu penciplakan. Ianya adalah permainan idea yang bijak dalam cara mengadaptasi satu isu yang memang belum pernah diceritakan. 

Azahari Zain yang sebelum ni pernah mengarah Mantra nampaknya memang menjanjikan sesuatu yang luar biasa dalam filem ni. Malah, endingnya memang mengingat kepada filem filem seram klasik yang endingnya menampakkan satu unsur mistik sebagai balasan atau akibat. Yang itulah menjadikan ending filem ini terbaik walaupun plotnya agak simple walaupun sedikit twist diselitkan dalam cerita ini. 

Amat hebat kualiti visualnya. Ianya mengingatkan aku kepada Sumpahan Kum Kum dari aspek penceritaannya. Permainan skor muzik aku suka. Aku amat menanti babak babak sunyi yang hanya ada bunyi latar dan dialog. Dan inilah filem MIG yang aku cari. 

Dari segi lakonan, jujurnya aku tak berapa rasakan Fizo Omar agak kuat sebagai hero. Namun, Fezrul Khan yang menampakkan kekurangannya dalam Sumpahan Kum Kum nampaknya hebat lakonannya. Mungkin dengan perwatakan yang terlakar dalam skrip menampakkan satu sisi karakter yang ada dua dalam satu (unsur jahat dan unsur baik). Watak Fizo juga ada unsur jahat dan unsur baik yang dimainkan dengan sempurna. 

Namun, aku rasa kekurangannya adalah pada babak akhir filem yang memang aku agak bingung. Aku sendiri tak faham dengan dialog sebelum flashback Azman cari bomoh untuk dapat minyak dagu. Dialog Johan yang menyatakan “semuanya bermula pada malam majlis tahlil arwah mak”, aku agak confuse sama ada itu adalah tahlil atau… errr… bacaan yassin sebelum ibu Emelda dikebumikan? Aku juga bingung adakah insiden ‘tahlil’ berlaku dalam satu malam sehingga watak Azman mati? 

Bukan apa, jika dialog Johan ialah “semuanya bermula pada malam majlis tahlil arwah mak”, aku rasakan ianya patut selang semalam or dua malam. Sebab apa yang aku faham, “pada malam tahlil arwah mak” bermaksud malam lain sebelum malam insiden akhir. Namun, apa yang aku nampak, dari insiden Azman lari ke rumah tok bomoh, dan juga ibu Emelda dikuburkan, ianya dalam satu malam yang sama. Agak membingungkan! 

Apapun, walaupun endingnya ada sedikit kebingungan, aku rasa tak ada masalah dengan filem ini. Horror kali ini lebih teratur dan dialog dialognya lebih ‘kurang ajar’ dan juga berani. Minyak Dagu mungkin sebuah filem MIG yang hebat dari segi visual, lakonan Yana dan Fezrol, malam juga dialog dialog yang agak hebat. Namun, aku rasakan kekemasan jalan cerita yang tidak dijaga kemas di akhir hanya membuatkan aku menyatakan yang plotnya sederhana. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...