Akan Datang!

Wednesday, January 16, 2013

Review: Kahwin 5

Mungkin pada pandangan peribadi aku katakan yang ini adalah filem Showbiz yang paling simple dibikin walaupun dengan situasi yang melebih lebih. Bukanlah nak menyatakan yang kualiti ini teruk ke ape, Cuma aku nak katakan yang filem ini rasanya boleh dicambahkan dengan baik jika penulisnya lebih berani dan juga lagi terbuka. Ideanya dah cun, iaitu tentang kahwin sampai lima, which is very impossible dalam dunia nyata. 

Idea yang cun tu dah ok. Jujurnya aku tak kisahlah dengan idea tu sebab Nizam Zakaria sebelum ni dah menampilkan idea out of the boxnya melalui cerita kura kura bercakap. Tapi, yang aku fikirkan dan nilaikan adalah bagaimana pengembangan idea tersebut yang cuba dibawa untuk penonton. Nampaknya masih tidak mampu menampilkan sesuatu yang baru walaupun ianya adalah idea yang memang pelik dan hebat! 

Apapun, Kahwin 5 memang mengekalkan trademark filem filem Showbiz yang memang menarik untuk disaksikan. Dengan identitinya untuk mewujudkan filem tahap biasa dengan kualiti berbeza dengan filem MIG, nampaknya dengan kisah yang agak pelik ini, Kahwin 5 nampaknya boleh dibanggakan. CGInya, kredit titlenya yang agak comel dan hebat, juga visualnya juga memang menampilkan peneletian dari satu sudut. 

Dari satu sudut lain, terutama penceritaannya, Kahwin 5 nampaknya kadangkala goyah. Beberapa babak nampak berulang ulang saja isinya terutama sekali babak babak Dr. K hendak memilih untuk menceraikan isterinya. Rasanya dua kali babak yang hampir sama pengisiannya dimasukkan. Nampak macam tak ada babak lain untuk membawakan isu kahwin lima nih. 

Malah, penceritaan bagaimana datuk K berkahwin hingga empat itu nampaknya tidak berapa bagus untuk dipanjangkan menjadi sebuah babak yang panjang berjela. Aku rasakan, focus yang lebih baik haruslah diberi kepada watak Cico yang cuba meminta Dr. K untuk berkahwin dengan adiknya. Aku rasa, jika watak Cico dilebihkan, konfliknya nampak lebih umph sebab konflik utamanya adalah bermula dengan Cico dan akibatnya terjatuh kepada empat orang isterinya. 

Sekadar komen penonton biasa, aku rasakan komedinya memang seksi habis. Nampak berani. Itu yang agak tertelan air liur jugaklah dengan komedi double meaningnya. 

Entah kenapa aku rasakan agak janggal dengan babak Rahim meneledon Saadia, isteri Dr. K yang pertama apabila beritahu yang dia diculik Cico. Bukan apa, belum pun Cico beritahu yang dia sedang mengekori kereta Dr. K (Rahim hanya beritahu yang dia berada atas lebuh raya dan bukannya tindakannya mengekori van Cico), tetiba saja bini Dr. K tu suruh follow van. Macam pelik jer… ada terlepas tang mana mana? 

Malah, watak Sofi Jikan nampaknya ditinggalkan macam tu je sepanjang filem dan hanya digambarkan melalui panggilan telefon saja. Konflik nak ceraikan isteri yang rasanya berulang ulang saja isinya diceritakan lebih banyak. Itu yang kadangkala buat aku termenguap sebab aku mengharapkan si jahat Cico ini lebih dibawa ke dalam untuk menjadikan konflik itu utuh dan bukan hanya sekadar watak sampingan. 

Lakonan Usop Wilcha memang superb. Cuma aku rasa kegedikannya dan kegatalannya kadangkala memualkan. Namun, aku tak menyangka pula yang Usop Wilcha ni bijak bermain dengan emosi. Amat menyukai babak dia di Pavilion. Ada emosi. Kalaulah si Usop ni belakon watak serius mesti hebat kan? Antara isteri si Dr. K ni pula, lakonan Dian P. Ramlee nampaknya best. Manakala Norish Karman pula tenggelam habis. Andrea Abdullah cuba untuk terbaik namun biasa biasa saja. Marsha sederhana. 

Ending yang memang agak pelik dan tak masuk akal nampaknya macam menunjukkan filem ni tersepit dalam menyelesaikan konflik kahwin lima nih. Entah kenapa aku rasa tindakan Fara nampaknya amat baik untuk dijadikan konflik tetapi sebab musababnya (yang diterangkan di akhir filem) nampak tersangatlah agak longgar dan tidak dapat diterima oleh aku. 

Apapun, Kahwin 5 memang idea out of the box. Malangnya, penceritaannya yang masih tidak menjadi luar biasa menjadikan filem ini sebuah filem komedi biasa. Apa yang luar biasa hanyalah permainan visualnya yang baik. Dengan Usop Wilcha yang kadangkala menjengkelkan, mungkin aku rasakan Kahwin 5 sebuah filem yang punya cerita sederhana tetapi punya kualiti visual yang lebih baik dari filem murahan MIG. 

2/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...