This is what I called a great movie! The Expendables 2 memang memenuhi selera filem aksi yang sudah lama ditinggalkan. Seingat aku, filem bergenre aksi real sebegini, yang mana selalu dilihat dalam filem home entertainmnent jarang benar muncul di pawagam beberapa tahun ini. Nampaknya otai otai ini bergabung dalam memenuhi selera peminat filem aksi, dan ya, inilah ia… permintaan dipenuhi. Sebuah filem aksi yang memang khas ditujukan buat peminat aksi!
Dengan casting yang agak besar dan juga berganda dari filem pertama, The Expendables 2 cuba sepenuh penuhnya untuk menfokuskan kepada aksi aksi yang cukup lasak. Boleh dikatakan kengerian juga bagi penonton yang tidak menyukai pembunuhan beramai ramai. Pada aku, filem ini cukup senang dinilai. Ianya sebuah filem aksi, tanpa apa apa tujuan menasihat ataupun double meaning. Cukup sekadar duduk melihat aksi otai bergaduh. That’s it!
Itulah sebuah filem Stallone. Rambo 4, jika anda masih ingat juga mengekalkan formula yang sama. Aksi yang cukup ganas dan juga letupan sana sini. Tidak perlulah dipertikaikan lagi lakonan lakonan bintang bintang aksi yang cukup gah dan terkenal. Apa yang penting, penonton mahu melihat bagaimana kesemua bintang bintang otai ini berada dalam satu filem seperti sebuah reunion.
Perlu diketahui, Jet Li memegang watak yang agak sikit juga dalam filem ini. Malah, kehadiran Chuck Norris, Bruce Willis dan juga Arnold Schwarzennegger bukanlah dalam aksi yang besar. Mereka adalah cameo yang hanya bertindak menggerakkan cerita. Apa yang akan disaksikan adalah lebih banyak tertumpu kepada karakter Stallone dan juga Statham yang lebih banyak berbicara. Ludgren juga diisi komedi walaupun sekadar biasa saja.
Awal filem sudah diledakkan dengan aksi aksi dari gabungan otai otai ini, sekaligus menjadi penutup kepada beberapa kelemahan screenplay yang nampaknya tidak begitu memberansangkan. Pada pandangan aku, plot kali ini nampaknya lebih teramat simple berbanding dulu. Malah, dengan usaha habis baik si Stallone menulis skrip dengan tujuan untuk memasukkan cameo cameo, nampaknya kecacatan dalam beberapa adegan tidak dapat dielakkan dek kerana cameo Chuck Norris dan Arnorld Schwarzenneger dimasukkan dengan tidak sempurna.
Scene Chuck Norris muncul entah dari mana, juga situasi dalam gua yang juga tidak berapa meyakinkan, disertakan dengan keganasan si penjahat Van Damme yang agak luar biasa tetapi tidak terlalu jelas motifnya, The Expendables 2 punya plot hanyalah sebagai jambatan aksi saja. Abaikan segala persoalan siapa sebenarnya Chuck Norris dalam filem ini. Abaikan saja apa saja unlogika dari babak babaknya. Let focus untuk berhibur dengan aksi yang lebih hebat dari filem James Bond ni.
Walaupun skor muzik agak hebat, beberapa aspek CGI nampaknya tidak dilakukan dengan sempurna. Hal ini menjadikan efek dalam filem ini sesetengahnya kurang meyakinkan. Seperti sebuah filem gred B yang terlepas ke pawagam. Namun, sekali lagi, apa yang penting bagi filem ini adalah aksi, aksi dan aksi. Aspek lain itu hanyalah jambatan. Sebuah filem yang memang tidak mementingkan plot, efek dan lain lain melainkan aksi semata mata.
Totally full of action. Serius filem ni cukup lasak. Seperti mana anda lihat The Expendables yang pertama, kalikan saja dengan dua, maka anda akan dapat The Expendables 2. Cuma dibandingkan pada plot, yang pertama adalah lebih baik dan juga berpijak pada reality. Namun, dengan Van Damme sebagai ketua jahat, pastinya pertarungan Stallone dan Van Damme sebuah pertarungan yang tak mungkin harus dilepaskan. Mungkin untuk The Expendables 3, Stallone tak patut menulis lakonlayar dan skripnya.
4/5
No comments:
Post a Comment